Majlis Aqiqah Irfan

Ahhh malasnye nak update cerita yang dah basi. Tapi takpelah, memori nye pasal, buatlah jugak. Ok, akhirnya dah berjaya buat majlis aqiqah Irfan masa balik Terengganu haritu. Buat hari Jumaat, sama plak dengan majlis aqiqah Zahin, baby Nadxoxo. Owh Nad, akhirnya sampai ke sudah tak berpeluang pegi melawat. Sori yer... Nanti ade rezeki kite jumpe. Huhu....

Alkisahnya malam sebelum aqiqah tue Irfan tido sangat lambat, almost 2 pagi gitu. Pastu bangun dalam kul 8 pagi gitu (macam budak UTP plak jadual tido). Majlis adalah lepas solat Jumaat. Saya sangat berusaha gigih untuk tidokan Irfan at least for a few hours before the event started. Reasonnya takut nanti masa majlis baru Irfan start ngantuk, and Irfan kan suke meragam before tido. Malangnya dia takmo tido. Mata dah sangat layu tapi ego tahan ngantuk sambil merap2 (haha hebat tak leh gune term orang Perlis. Hahaha!)



Majlis adalah secara bergotong-royong cam biasa. Laki pompuan seme sibuk bergotong royong. Owh sangat best budaya gotong royong di kampung.

Para jemaah masjid

Seperti yang dijangka, bila majlis nak start jek, Irfan nangis2 sambil mata dah pejam2 sebab ngantuk. Haiihh tadi suh tido degil. Majlis nak start baru nak tido. Cabut gigi kang...


Sebenarnya masa Irfan nangis2 sangat kalut cari pacifier, tapi since ramai sangat orang, tak dapat amik sebab hadang pintu bilik. So kalut cari something nak suruh Irfan makan. Jumpe tasbih jek. Ahhh belasahlah. Pastu ramai tegur Irfan nampak alim, dahla pakai baju melayu, pegang tasbih plak tue. Hahahahaha! Sebbaik pakai baju melayu purple. Kalo oren, sure tertukar dengan sami budha. Muahaha! Owh di mana ada Irfan di situ ade beansprout pillow busuk dia tue T_T

Masa tok imam mintak Irfan, Irfan masih nangis2 lagi, tapi bila tok imam letakkan kurma and air zamzam kat lelangit Irfan, terus dia senyap sampai majlis habis. Fuuuhhh lega.... Mari tengok gambar2 majlis.




Selain aqiqah, buat potong jambul sket2. Dulu masa memula lahir dah buat sendiri2 (botak licin gitu) nie buat syarat alang2 dah ada majlis.

Tengah tengok rambut sendiri yang dipotong

Muke penat tahan ngantuk
Dah habis majlis baru jumpe pacifier and songkok. Isk isk...


Akhirnya pengsan tanpa dipinta. Since nie majlis Irfan and orang ramai datang jauh2 sebab nak tengok Irfan, angkut la jugak dia ke hulu ke hilir sambil tido. Nyenyak gila, orang melalak dalam khemah pun dia tak terjaga.

 Bangun tido terus tuka baju lubang2 sebab sangat panas pakai baju melayu di tengah2 orang ramai.


Bangun2 tido jek terus disambung dukung oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sangat dapat banyak duit. Setakat kunyah RM50 takde efek pun.


Bermain dengan manggis. Sangat gembira sudah kaya raya


Hoh gigihnye I tempek gambar banyak2. Waaahh sangat seronok balik kampung. Sekian sahaja kisah majlis aqiqah Irfan. Huhuhu....


3 comments:

f a i z a h 's December 20, 2010 at 11:40 AM  

ye ye merap~! heheheh :D kelaka la irfan siap berzikir lg ek?? pakai tasbeh tuh...leh jadi calon menantu neh...kehs...:P

Lyana December 20, 2010 at 3:17 PM  

makin beso makin comel irfan...rambut perang sey...mummy dye rambut awak eh irfan..hahahahahaha

kunaz December 23, 2010 at 12:51 PM  

haa irfan, tgk.. br pgang tasbih, dh ade org nk msk line. cube try pegang tafsir pasni. muahaha!

yana, itu bkn rambut perang. itu adalah sinaran kulit kepala yg mengovershadow rambut nipis irfan. hahaha

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.