Irfan 1st Time Naik Flight

Irfan 1st time naik flight adalah pada usia 6 bulan setengah. Yer, saye tak pernah balik kampung lagi sejak beranak. Huhu... Memula sangat kaget pikir nak bawak baby naik flight sebab dah dengar macam2 cerita. Ade yang melalak horror sampai ada orang sound cakap "Shhhhhh" Isskk stress kan kalo kene camtu. Pastu sangat takut telinga baby dengung and melalak kesakitan.

Tiket original adalah kul 4 petang dari Miri and kul 10.30 malam dari KB. Pastu sejam lagi drive baru sampai Besut, makanya total journey adalah 9 jam gitu baru sampai rumah. Sangat runsing pikir cemane nak handle Irfan sampai 9 jam. Pastu bile pospon tiket, seat untuk same timing dah full, so kene amik flight paling awal dari Miri, kul 6 pagi pastu kul 10 pagi dari KB. So total journey jadik 6 jam sahaja.

Malam sebelum naik flight, Irfan tido lambat cam biasa. So pagi esok tue dalam kul 4.30 pagi, angkut Irfan secara diam2 bawak gi airport. Tak mandi or even tuka baju pun. Haha! Takmo kejutkan dia, baby kalo tak cukup tido otak kurang berkembang. Huhu... Berjaya sampai airport sambil pangku budak 8 kilo ni tanpa dia terjaga. Saya sangat berdoa agar Irfan tido stret until sampai KL. Tapi dalam kul 5.15 pagi gitu Irfan dah terjaga dah.... T_T


 Mamai baru bangun tido

Ramai la plak orang SKO naik flight pagi tu (gi miting kat KL). Ahhh nanti kalau Irfan nangis 1 flight, sure kecoh 1 SKO pasni. Stress. Haha! Pastu ade sorang je lagi couple yang bawak baby aritu. So ade 2 baby jek dalam flight tue. Ahhh stress lagi. Kalau ramai2 baby, leh cover sket suara Irfan kalau nangis. Haha!

Irfan dah tak tido2 balik sampai flight nak take off. Tapi dia ngantuk, and Irfan jenis yang merengek2 bila nak tido. So dia merengek continuously adela dalam 10 minit pastu terlelap and then flight pun take off. Fuuuhhh sangat lega. 


Tido jugak akhirnya


Ambil kesempatan posing. Owh mata adalah sangat bengkak sik cukup tido bah. Hubby kuar wad petang Sabtu, tinggal Ahad jek nak pack and shopping segala bagai nak wat balik kampung. Subuh Isnin dah cau.

Tapi malangnya, sejam jer Irfan tido. Sejam lagi tue kami laki bini struggle nak layan dia dalam flight. Irfan cepat bosan, kalau bosan dia meragam lagi. Hoh sebbaik balik dengan hasben (bibik pun ikut tapi dia dapat seat jauh). Untuk 1st time naik flight nie saya perlukan someone nak back to back jaga Irfan. Kejap nyusu, kejap kasi mainan, kejap kasi Irfan lompat2, last solution yang paling berkesan untuk suruh Irfan dok diam sopan adalah kasi dia makan iPod Touch... Banjir iPod Touch ai... T_T

Henbeg saya T_T. Ape kaler merah tue?

Owh Patrick rupenya....

Sampai KLIA jek saya hembus nafas lega gila. Hoohhh selesai 1 azab. Pastu flight KL-KB plak. Kalau kat Miri tadi kitorang dapat masuk awal sebab bawak baby. Tapi kat KL nie, ramai orang Kelantan nak balik raya haji, so lebih separuh flight adalah family yang ada ramai anak kecik. So bila announcement cakap baby leh masuk lu, kitorang lambat gak masuk. 

Tapi sangat release gila tengok ramai baby lain yang melalak2. So bila Irfan merengek2 dalam flight memang tenggelam tak dengar langsung suara Irfan. Huhu... Flight KL-KB nie, nice2 jek Irfan nak breastfeed masa flight take off, so telinga Irfan ok jek tak dengung ape. Alhamdulillah.

Flight balik Miri adalah yang paling mencabar. KB-KL ok cam biasa sebab ade ramai baby cam biasa, and sejam je pun flight tue. Masih mampu nak layan Irfan. 


Irfan dalam stroller before balik Miri. Handbag I kene tahan bukak 1-1 sebab banyak sangat mainan. Encik imegresen konfius tanya "Ni ape, tu ape?" sambil tunjuk kat skrin komputer. Saya jawab "Owh tu anjing,  nie teether, tue tebuan, nie tikus..."  Pastu dia ingat I tipu kot, kuarkan 1-1. Ha amik ko, kuar seme jenis binatang dalam henbeg tue. Sile kemas balik.

With bibik

Irfan yang sangat gembira nak balik Miri

Sian hubby, dia sengeh tapi I amik gambar Irfan jek

 Ok, complete set

Di KLIA, jumpe Piji kat sana. Irfan sangat seronok main dengan uncle dia sampai tak tido2 sejak kul 5.30 petang. Tido kejap jek before naik flight.


 Irfan bergelak ketawa dengan uncle

Terlelap di bahu papa

Fligh KL-Miri adalah yang paling azab. Since dia tak tido2 dari tadi,  keje asyik meragam jek. Dahla kitorang jek yang bawak baby. Owh stress. Pastu dalam flight tue siap ade Hafiz AF lagi tapi since sangat sibuk layan anak, saya buat bodoh jek kat Hafiz tu walaupun asyik bertembung lalu sebelah. Berlagaknye saye, tue belum jadi artis lagi tue. Haha!

Kesimpulannya Irfan tak tido sepanjang flight 2 jam 15 minit tue. Dia tendang seat orang depan. Pastu gi peluk kepala seat tue sambil bergayut. Lengan sangat kuat. Pastu gi gigit meja makan flight. Korek tingkap flight nak keluar. Pastu menggelupur atas riba. Meniarap atas riba. Makan beg muntah flight. Haiiihhh.... Breastfeed tak layan Kasi puting gi baling bawah seat. Habih struggle kutip balik, sempit kot flight tue, I plak besar. Haiihh lagi. Last2 terpaksa kasi makan iPod Touch lagi.. T_T

Tapi overall kira still manageable bawak Irfan haritu. Sebbaik dia tak nangis yang tahap melalak. Nangis merengek jek. Cemane nak gi New Zealand nie Irfan... Hahaha!


8 comments:

Lyana December 5, 2010 at 4:12 PM  

terbayang camner nak bawak balik budak bertiga tu ke bintulu..hukhukhukhukhuk

kunaz December 5, 2010 at 4:52 PM  

eh gi bintulu wat apekah?

piji December 5, 2010 at 7:21 PM  

ahaha i like my part!

f a i z a h 's December 5, 2010 at 9:56 PM  

aisya pn cpt bosan jgk...travel g memana kalu da smpai tahap bosan mmg kena stop kejap kasi dia maen2 smpai release baru smbung travel blk...hoho

Juraidah Hashim December 6, 2010 at 11:29 AM  

jasmine xpenah travel nek flight lagi..tp kalo travel from shah alam-kuala terengganu selama 7jam tu ade gak la tido, tp kalo dia nk men2..dia suke tgk kereta blkg yg bnyk2..konon2 mcm kete2 tu nk kejar dia..sebok je bebel2..hihi

nurhasuna khalid December 6, 2010 at 11:36 AM  

aku pun plg tak tenteram bila nak travel naik flight...penah travel sorang dgn alyaa je...dia pun mcm ala2 irfan dalam flight tu....sgt struggle nak kutip benda2 yg dia baling ke bwah seat...tp kalau pompuan cantik si pramugari tegur dia, boleh lak diam. Agaknya mak dia tak se cantik pramugari...hahaha..aku suka naik fire fly sbb seat berdua je, senang nak gerak2...tp bunyi enjin dia lak sementara nak naik dalam pesawat tu bising bangat...
Selalu nya aku buat tak kisah je bila suara anak aku je kedengaran dalam flight yg rata-rata org nak tido...ada berani derang nak marah?? baby pun bayar tiket tau...hahaha

iman December 8, 2010 at 10:45 AM  

hahaha..the best..."sian hubby..dia sengeh tp amek gmbr irfan je" bahahaha..naz naz

pastu takut kecoh satu SKO..bahahaha...nazz dtg la kl~~ hu hu

kunaz December 8, 2010 at 11:33 PM  

huh piji, irfan ngigau tau blk tu sbb kuat sgt gelak. haihh..

aik faizah, tblk plak anak kte. irfan suke ble kete gerak. kalo rs kete diam, mulalah dia yg bgerak2. huhu...

helo mommy jasmine. pnatkn travel dgn baby. lg pnat dr bwk kete. ktrg aritu dlm kete 13 jam. pengsan.

hahaha suna. mak tak secantik pramugari? hahahaha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.