Healthy Cooking Competition

Nie pun entry basi, sebabnye baru dapat gambar dari pihak penaja. Eleh macam saye leh update pun if dapat awal. Haha! Baiklah begini kisahnya. Dzuhailah, ofismate saya (masih single and available) merupakan seorang AJK untuk SKO Health Week. Antara event yang dianjurkan adalah Healthy Cooking Competition.

Last2 minit, ramai participants tarik diri. Maka Dzuhailah, atau turut dikenali sebagai Daju, telah merengek merayu merintih lagi menyembah2 mintak tolong saye masuk competition tue (haha ok fine saye over. haha) 2-3 hari dia dok pujuk2 suh masuk, lalu setengah hari sebelum competition kami telah setuju untuk masuk. Haha!

Kami tue adalah saye, Jazlin and Hasfa. Seme field planner. Kami pun tatau nape kami setuju nak masuk. Jazlin siap tengah kat KL lagi time tu, hari competition tue baru masuk ofis. Memang mangkuk la kami bertiga. Malam tue mulela kalut kuar beli ayam, sebab tema dia kene masak ayam jer.

Lepas masak dinner and makan2, baru kuar gi cari ayam. Sebbaik ade lagi. Pastu berusaha gigih tidokan Irfan. Pastu mulekan aktiviti menyediakan bahan untuk memerap ayam. Since dah tengah malam, merengek kat hasben mintak tolong cabutkan serai kat belakang rumah. Bukan takut gelap atau hantu ke ape, tapi pokok serai tue sangat lebat tahap menakutkan. Saya takut tetibe kuar ular sekor patuk saye time nak cabut serai. Maka mintak tolong hasben cabutkan, makanya kalau ada ular, hasben yang encounter dulu. Eh, bunyi cam zalim la plak. Ah papelah...

Dipendekkan cerita, pada hari pertandingan adalah sangat leisure pegi miting2 and buat keje2. Tetibe announcement cakap suruh berkumpul kat bawah. Masa tue kuali belanga seme dalam kete lagi. Maka barula terhegeh2 gi mengangkut. 

Group lain seme cam serius2 memasak, tapi kami para2 mangkuk nie sangat bergembira merepek sana sini. Tetibe diorang nak nama kumpulan, I selaku chief cook spontan jek kasi nama kumpulan Spice Girls, pastu seme orang gelak2. Owh adakah sangat tak hot sampai kene gelak gune nama tue? T_T Dipendekkan cerita marilah menengok gambo2 di hari pertandingan


Dari kiri: Jazlin, Hasfa and Kunaz. Seme anak dara lagi except ai... T_T


Periuk pemanggang Cosway yang ade 5-in-1 function. Terdapat ramai wanita yang datang sebab berminat dengan periuk instead of nak tengok masakan ai.. Haih....


Selain memasak, kene potpet2 ala Chef Wan semasa challenge session (huikss macam miting plak)

Menasihati ayam supaya masak dengan cepat


Bersama masakan yang dah siap. Masakan kami adalah Spiced Roasted Chicken with Honey + Mash Potato + Chicken Salad Roll



Roasted chicken kami. Yang bulat2 tue adalah mash potato duduk dalam tomato


Sesi presentation hasil masakan kepada para juri



Yeay dapat nombor 2!

Sebenarnya agak tak sangka dapat nombor dua since kami kan mangkuk. Hahaha! Tapi sangat terkejut bila diberitahu kami adalah berada di top 2. Terus jerit2 happy. Owh sangat tak matured. Selepas pertandingan, Dr Nasir selaku pengadil datang jumpe kami cakap yang kami boleh menang actually, tapi ayam kami kurang masak sket and siap ade bulu lagi kat ayam tue. Hahahahahha!

Kami masak 5-6 ketul ayam, yang kami kasi kat judge adalah yang kami expect paling masak, rupenye tak masak. Yang kami expect tak masak seme masak. Isk iskk...  Duration yang organizer kasi adalah sejam jer untuk siapkan main dish and dessert. Yer, saiz ayam adalah agak besar maka lambat masak. Takde masa kot nak potong2 ayam, beli ayam pun dah lambat. Malam plak tue. Manela nak nampak ade bulu tertinggal. Muahaha!

So bila orang tanya nape kami dapat nombor 2, kami just jawab "Sebab ayam kami berbulu". Ngakaka! Owh saye rasa resepi kami agak sedap (thanks to my mom sebab turunkan ilmu pengetahuan memasak) sebab lepas tue dapat banyak emails dari SKO staff mintak resepi. Huhuhu....



Ok, sekian kisah menyertai pertandingan masakan. Walaupun pada awalnya nyaris bergaduh dengan Daju sebab takmo join, end up kami sangat gembira memasak2 sambil merepek bersama rakan2. Hahaha! It wasn't a serious competition pun, enjoy2 jek. Tapi kalo nak suh masuk lagi takmo dahhhh... Esok tue I pegi mengurut satu badan okay sebab lenguh kaki berdiri atas heel dengan lamanya. Huhu...

Disebabkan sangat penat (lepas competition terus sambung buat keje balik), dinner malam tue saya masak ayam goreng je kat hubby. Lalu konfemlah kene kutuk oleh hubby. Hahaha! Fine~~


6 comments:

f a i z a h 's December 30, 2010 at 2:25 PM  

Amboii sambil pomot cosway kan...ngee

Lyana December 31, 2010 at 11:23 AM  

meriahnya men pertandingan masak2 ni...

MammaSun January 1, 2011 at 12:22 AM  

oh, dr nasir ke yg judge.....hurmmmm....memang pot pet mcm chef wan laaaa....haha

kunaz January 1, 2011 at 7:18 PM  

haha tula terpromote cosway plak. haha!

yana, meriah sbb byk merepek. emcee pn mrepek2 sampai kene ketuk dgn senduk

sunaa! cemane leh knal dr nasir ni.. hmmmm konpius.. ariff mkn better x?

MammaSun January 1, 2011 at 10:08 PM  

dr nasir adalah doktor yg incharge jaga arif masa kat KT aritu sbb doktor pmo cuti honeymoon...so aku dah byk tompang nangis2 kat bahu dia dah...hahaha
arif, insyaAllah makin better, tapi makan masa lah...doakan lah dia cepat baik ye :)

kunaz January 13, 2011 at 10:34 PM  

heyyy!! dr nasir kn masih bujang. jeles la i nih u nangis2 kt bahu dia. haha! suna, kunaz tringat suna slalu doakan arif tau. jg dia leklok tau

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.