Dramatic Sale at Toys World Miri


Harini ada sale kat Toys World Miri. Dia bukak 2 jam setengah jek dari 10.30 pagi sampai 12 tengahari. Dapat 50% diskaun, 1 customer 1 barang jek. Saye takdela berminat nak pegi pun actually sebab dah complete kot barang Irfan kat rumah nie. Tapi jiran sebelah rumah (opismate hubby) mintak tolong belikan set stroller and car set, they're getting a baby early next year. Zool (si jiran) ade course di KK Sabah maka mintak tolong belikan.

A few days ago diorang dah pegi sana sebab Zool nak tunjuk stroller mana yang dia berkenan. Tuan kedai dah cakap, sale nie buat tiap tahun, normally memang orang beratur sejak pagi so dia suruh datang awal. Maka kami sampai kat Toys World tue sejam awal.


Walaupun datang sejam awal, dah banyak dah crowd. Makin lama makin ramai sampai dah tak mampu nak amik gambar. Peluh dah bercucuran. Dia patut ada 2 entrance, tapi tadi dia bukak 1 jek. Sejam kami berdiri depan pintu sampai rasa nak pitam. Ramai kot orang, macam2 bau ada. Kesian tengok mak2 yang bawak baby. Sebbaik kitorang tak bawak Irfan.

Bila pintu dah bukak, seme orang menyerbu yang SANGAT DAHSYAT. Saya tak pernah experience serbuan sedahsyat nie. Saya nyaris terbunuh tadi sebab tetibe rasa leher terjerut, ade orang tarik shawl saya dari belakang. Pastu siap dengar orang perempuan jerit2 kene himpit, kene pijak, etc. Badan saya rasa cam nak terlipat dua, kiri kanan orang himpit. Pastu rasa cam susu terpancut. Huhu...

Sangat horror, ramai orang yang selfish. Ade sorang Cina gemok tue, dia main tolak je seme orang. Banyak rak yang terbalik and barang seme jatuh2 and rosak kene pijak. Memang sangat di luar kawalan.

Sangat dramatik sebab hubby nampak leher saya terjerut orang tarik. Hubby nak uturn balik tolong saya, tapi saya suruh hubby pegi dulu, kang tak sempat amik barang orang kirim. Bila dah berjaya melepaskan diri saya masuk jek lenggang2 dalam kedai yang dah huru-hara. Dah takde mood nak shopping.

Dalam kedai memang kucar kacir orang jerit sana sini. Sangat kesian kat orang pregnant and yang bawak baby. Cemane ntah diorang gamaknya. Tapi dengarla ada baby jerit2 nangis2. Kesian... Pastu dari jauh nampak hubby dok pikul kotak stroller and car seat set yang sangat besar. Junjung atas kepala sebab takde ruang, seme terpaksa berhimpit.

Dia bukak 1 laluan jek, so kalau orang masuk even taknak beli barang pun terpaksa beratur sekali dengan orang yang nak bayar untuk keluar. Saya beraturla nak keluar. 40 minit okay baru dapat kuar. Sebab bosan beratur, saya nampak 1 swimming pool, so sambar lah 1 yang tu, alang2 beratur tak buat ape.

Sangat kesian tengok hubby kat depan. Kotak tue adalah dalam 20kg and dia terpaksa hold beban tue selama 40 minit before sampai kaunter bayar. 1st 100 hundred customer jek yang dapat 50%. Next 100 customer dah jadi 40%, so time hubby bayar, hubby dah kene 40%. Bawak duit cukup2 jek yang Zool kasi. Nak pakai kredit kad tak accepted tadi. Terpaksa hubby bayar half dulu and gi berlari kat ATM cucuk duit. Jauh jugaklaaaa ATM tue. Nak naik kete takut nanti susah dah nak dapat parking sebab sangat jammed.

Masa turn saya plak, saya orang yang ke 201, maka saya dapat 30% je dah. Bila dah kuar Toys World, tercungap2 penat. Hubby cakap, next year tobat taknak gi dah. Sanggup bayar mahal dari jadi camtu lagi. Sian hubby, dahla tak bebetul sihat lagi, kene cani plak. Huhu...

Yang jadi ramai sebab budak2 jantan muda2 yang ramai sebab nak beli mainan. Diorang la yang banyak tak berhati perut gi tolak seme orang. Helikopter la, kereta la.. Tu yang cepat jek habis 1st 100 customer tue. Diorang patut split kot, harini untuk barang baby. Sebab audience berlainan. Budak2 muda bukannya kesah pun baby2 mak2 pregnant yang beratur tue.

Owh sangat historical lah sale harini. And dengan ini saya pun berikrar dah takmo pegi jugak dah. Hahaha!

9 comments:

Lyana December 5, 2010 at 3:55 PM  

sambil bace sambil bayangkan keadaan...yana lak rase sesak dada...kalo yana dah lame dah pengsan...

kunaz December 5, 2010 at 4:50 PM  

owh org br pas branak kalo gi konfem pengsan. haha! slmt bpantang yana!

f a i z a h 's December 5, 2010 at 10:27 PM  

siap terpancut susu tuh xtahan...hahahah...guling2 gelak :P mmg dahsat la baca betapa horrornya sale tuh...sian org pregnant n bwk baby kan...leh keguguran jgk org peknen tuh kn...adoila...tragis dgr...

nurhasuna khalid December 6, 2010 at 11:28 AM  

Teringat lak masa berebut2 nak naik feri dengan arif nak gi honeymoon. Benci dengan orang yang suka tolak2, pijak2 bagai....aku siap cubit sorang budak yg memang mak bapak dan adik beradik dia jenis tolak2 orang....padan muka budak tu kena cubit sekuat ati aku. Hahaha....dan mood nak honeymoon pun abih spoil....tak nak ingatttt....huhuhu

Hida Naza December 6, 2010 at 7:29 PM  

nasib baik tak jadi pegi...sangat menakutkan lah )-:

[Zaza Azlan] December 7, 2010 at 9:36 AM  

naz haritu masa ko sms, aku tengah kat ois lagi, ingat dalam pukul 2 nak pergi la kan..tiba2 nasib baik terbaca blog ko dulu. hahaha selamatttt. dasyat gila sale macam tu. bongok punya tuan kedai. buat je la cabutan bertuah kalau cuma nak bagi 100 orang je sale 50%. kan tak pasal2 jadi rusuhan terbalik rak semua. hehe

iman December 8, 2010 at 10:51 AM  

hahahahahahahaha!
mcm perang wehh...byr mahal sikit boley x dr rebut2 cmtuu??...
hahahahaha..gelak gile aku pg ni...adoiii

kunaz December 8, 2010 at 11:25 PM  

hahaha gile ganas ko suna. sebbaik mak bapak budak tu x nmpk. hahaha!

owh dayah n za, mmg sgt bnasib baik korg x gi.

btul tu iman, sbg staff petronas, xperlu kedekut sgt. ahahhaaha!!

iman si cantik December 9, 2010 at 8:32 AM  

apetah lagi bila staff petronas tuu nama dia kunazzz...bahahaha

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.