Posts

Showing posts from December, 2010

Healthy Cooking Competition

Image
Nie pun entry basi, sebabnye baru dapat gambar dari pihak penaja. Eleh macam saye leh update pun if dapat awal. Haha! Baiklah begini kisahnya. Dzuhailah, ofismate saya (masih single and available) merupakan seorang AJK untuk SKO Health Week. Antara event yang dianjurkan adalah Healthy Cooking Competition.
Last2 minit, ramai participants tarik diri. Maka Dzuhailah, atau turut dikenali sebagai Daju, telah merengek merayu merintih lagi menyembah2 mintak tolong saye masuk competition tue (haha ok fine saye over. haha) 2-3 hari dia dok pujuk2 suh masuk, lalu setengah hari sebelum competition kami telah setuju untuk masuk. Haha!
Kami tue adalah saye, Jazlin and Hasfa. Seme field planner. Kami pun tatau nape kami setuju nak masuk. Jazlin siap tengah kat KL lagi time tu, hari competition tue baru masuk ofis. Memang mangkuk la kami bertiga. Malam tue mulela kalut kuar beli ayam, sebab tema dia kene masak ayam jer.
Lepas masak dinner and makan2, baru kuar gi cari ayam. Sebbaik ade lagi. Pastu beru…

Irfan Masuk UTP

Image
Hihi! Tajuk macam anak berjaya  SPM dengan cemerlang. Haha! Ah sepatutnya entry nie adalah selepas entry majlis aqiqah Irfan, tapi terlupe la plak. Haihhh.... Hmmm, how to start ek? Niela padah updet lambat2, lupe habeh dah.
Oklah, seperti yang seme orang tahu, Ipoh adalah fevret town saya kat Malaysia nie. Masa dari Terengganu nak ke Perak tue, macam2 plan dah buat. Nak makan situ sini, nak jalan sana sini. Siti situ sana sini... Tapi malang, sampai2 Ipoh jek saya demam. Dem. So banyak dok memerap jek kat rumah PIL.
Bila dah sehat sket, tempat 1st yang sangat nak pegi adalah UTP!!! Tempat yang bertanggungjawab ke atas percintaan kami. Ngaaaaa ayat takley blah~~~ Before sampai UTP, menyinggah banyak tempat gak, jumpe cousin hubby lu, etc.
Pastu sangat rindu nasik goreng cendawan kat medan selera kat Tronoh tue, pegi la makan. Abang Bob si tokey kedai masih ingat kami lagi. Dia masak nasik goreng cendawan yang special and paling sedap dia cakap, malangnya saya rasa cam kunyah kertas. Tak…

Zaza Rindu Kunaz

Image
Sila klik untuk besarkan gambar. Ngahahaha! Alkisahnye sejak balik Semenanjung raya haji aritu, tak sempat2 nak jumpe mek Zaza nih. Kalau tak, dialah teman pam and teman lunch saye. Now pam asyik wrong timing pastu lunch pun dah tak sekali dah.
Suatu pagi semasa saya tengah away dari desktop, taaappp message communicator dari Zaza muncul. Katenye dia rindu kat I. Memula I curiga, kot2 la dia tak bawak duit nak makan kat kantin pastu nak pinjam duit I. Hahaha!
Selain itu, sila baca status communicator saya tue. Yer azam baru adalah mahu kuruskan badan, ala2 Amber Chia gitu. Now orang dah start panggil saye Amber kat ofis tue. Body jek Adibah Noor lagi. Ngahaha~~~ Ok fine, nie entry merepek. Bye!

Nebulizer and Formula Milk

Image
Sejak Irfan fully depends pada breastmilk untuk hidup (ajaib kan ciptaan Allah, baby bleh grow up hanya dengan minum susu yang keluar dari ibu) Irfan tak pernah sakit. Alhamdulillah. Saya dah siap demam 5 kali lepas beranakkan Irfan, hubby plak siap pneumonia lagi, and Irfan still survive tak jangkit pape.
Sampaila bila Irfan start tumbuh gigi masa umur 6 bulan. Tumbuh 2 skaligus, selain cranky, badan dia cam panas2 sket. Suhu adalah 37.5 celcius, tapi according to doctor belum demam lagi, tapi saya kasi gak makan ubat demam, nanti kang takut melarat.
Belum sempat tenang lagi efek tumbuh gigi, kami dah bawak Irfan cucuk pneumococcal. Dr Chen cakap vaksin nie dia pakai cap Prevenar 13 yang paling latest, and standard side effect dia adalah demam pada suhu lebih 38 celcius. Pastu ade a few lagi side effect lain yang saye dah lupe. Paling ingat yang demam tue la, so sangat berjaga2 takut Irfan demam. Tapi alhamdulillah tak demam.
Tapi a few days lepas tue Irfan cam batuk2. Memula sket2, pas…

Majlis Aqiqah Irfan

Image
Ahhh malasnye nak update cerita yang dah basi. Tapi takpelah, memori nye pasal, buatlah jugak. Ok, akhirnya dah berjaya buat majlis aqiqah Irfan masa balik Terengganu haritu. Buat hari Jumaat, sama plak dengan majlis aqiqah Zahin, baby Nadxoxo. Owh Nad, akhirnya sampai ke sudah tak berpeluang pegi melawat. Sori yer... Nanti ade rezeki kite jumpe. Huhu....
Alkisahnya malam sebelum aqiqah tue Irfan tido sangat lambat, almost 2 pagi gitu. Pastu bangun dalam kul 8 pagi gitu (macam budak UTP plak jadual tido). Majlis adalah lepas solat Jumaat. Saya sangat berusaha gigih untuk tidokan Irfan at least for a few hours before the event started. Reasonnya takut nanti masa majlis baru Irfan start ngantuk, and Irfan kan suke meragam before tido. Malangnya dia takmo tido. Mata dah sangat layu tapi ego tahan ngantuk sambil merap2 (haha hebat tak leh gune term orang Perlis. Hahaha!)


Majlis adalah secara bergotong-royong cam biasa. Laki pompuan seme sibuk bergotong royong. Owh sangat best budaya gotong …

Qurban 2010 - Dramatik!!

Sesungguhnye telah lupa update blog kerana sangat seronok berkeluarga di wiken ini. Irfan baru jek tido, maka mari meng-update dengan pantas. Ok, haritu kan pernah bergaduh dengan doctor Col. Asia sebab sangat susah nak kasi firm date untuk kitorang tukar flight tiket balik Terengganu. Kenapa sangat kalut nak balik?
Ini adalah kerana kami ada kenduri doa selamat and majlis aqiqah Irfan kat Besut tue nanti. Bonda di kampung sudah siap tempah khemah and buat kad jemputan bagai, makanya majlis itu seboleh2nya harus berlaku. Huhu...
Hari raya Aidiladha last time ialah pada hari Rabu. Majlis adalah pada hari Jumaat. Selain aqiqah Irfan 2 bahagian lembu, 5 bahagian yang lain pun adalah ahli keluarga kami jugak, kesimpulannya sekor lembu tue adalah dedicated untuk keluarga kami. Pagi yang lembu tue nak kene sembelih, kene pegi kat tempat lembu tue dulu untuk niat qurban (saye pun baru tau, 1st time amik bahagian qurban).
Dipendekkan cerita, kami telah tersilap timing waktu nak pegi niat tue. I…

Irfan's 1st Teeth

Image
Hoh 2 entry sehari! Tak sabau nie nak update nie since arini telah berjaya mencipta kejayaan besar, iaitu berjaya amik gambar gigi Irfan. Hahahahaha!

Sangaaaaattt susaaaahhhh nak amik gambar gigi Irfan. Berhempas pulas okay nak amik gambar gigi Irfan. Haiiihhh....

Yess yess yesss!! Berjaya!

Hahaha! Nie gambar berganding bahu dengan hasben amik gambar gigi Irfan. Sian Irfan, dah nak tido dah time nie, kitorang gi korek mulut. Ermmm... cemane eh dah ade gigi nie? Dah kene start berus gigi ke? Haaiiihhh... Mama Irfan pun asek miss gosok gigi malam sebab terlelap time dodoikan Irfan. Huhu...

Breastfeed Updates

Remember my entry entitled Towards The End of Breastfeeding Journey? It was written in unstable condition (emotionally). And remember this entry Kisah Hubby Sakit? So now you know the reason of my emotional imbalance that day. Entry yang 1st tu kan telah mengundang banyak salah paham. Salah saya jugak kot tulis tak clear. Recently I received sooooooooo many same questions “Ko still breastfeed Kunaz?” Maka di sini saya clarifykan balik, entry 1st tue maksud saya adalah End of FULLY Breastfeed Journey. So jawapan untuk soalan itu adalah yess saya masih fully breastfeed. Alhamdulillah. Subhanallah. Kun fayakun…
Tadi kat SKO ade talk pasal breastfeed sempena HSE week. Then baru teringat nak update pasal breastfeed nie. Huhu… Owh btw, talk tadi by Dr Aida dari Col. Asia. Memula masuk Nampak Dr Aida rasa cam nak uturn balik sebab sangat kemalu-maluan. Dulu kan saye cabut lari dari Dr Aida pergi ke Dr Mattu. Tapi sebbaik Dr Aida tak cam. Almaklumlah now kan saye dah pakai shawl gitu. Mata pun…

Dramatic Sale at Toys World Miri

Image
Harini ada sale kat Toys World Miri. Dia bukak 2 jam setengah jek dari 10.30 pagi sampai 12 tengahari. Dapat 50% diskaun, 1 customer 1 barang jek. Saye takdela berminat nak pegi pun actually sebab dah complete kot barang Irfan kat rumah nie. Tapi jiran sebelah rumah (opismate hubby) mintak tolong belikan set stroller and car set, they're getting a baby early next year. Zool (si jiran) ade course di KK Sabah maka mintak tolong belikan.
A few days ago diorang dah pegi sana sebab Zool nak tunjuk stroller mana yang dia berkenan. Tuan kedai dah cakap, sale nie buat tiap tahun, normally memang orang beratur sejak pagi so dia suruh datang awal. Maka kami sampai kat Toys World tue sejam awal.

Walaupun datang sejam awal, dah banyak dah crowd. Makin lama makin ramai sampai dah tak mampu nak amik gambar. Peluh dah bercucuran. Dia patut ada 2 entrance, tapi tadi dia bukak 1 jek. Sejam kami berdiri depan pintu sampai rasa nak pitam. Ramai kot orang, macam2 bau ada. Kesian tengok mak2 yang bawak …

Irfan 1st Time Naik Flight

Image
Irfan 1st time naik flight adalah pada usia 6 bulan setengah. Yer, saye tak pernah balik kampung lagi sejak beranak. Huhu... Memula sangat kaget pikir nak bawak baby naik flight sebab dah dengar macam2 cerita. Ade yang melalak horror sampai ada orang sound cakap "Shhhhhh" Isskk stress kan kalo kene camtu. Pastu sangat takut telinga baby dengung and melalak kesakitan.
Tiket original adalah kul 4 petang dari Miri and kul 10.30 malam dari KB. Pastu sejam lagi drive baru sampai Besut, makanya total journey adalah 9 jam gitu baru sampai rumah. Sangat runsing pikir cemane nak handle Irfan sampai 9 jam. Pastu bile pospon tiket, seat untuk same timing dah full, so kene amik flight paling awal dari Miri, kul 6 pagi pastu kul 10 pagi dari KB. So total journey jadik 6 jam sahaja.
Malam sebelum naik flight, Irfan tido lambat cam biasa. So pagi esok tue dalam kul 4.30 pagi, angkut Irfan secara diam2 bawak gi airport. Tak mandi or even tuka baju pun. Haha! Takmo kejutkan dia, baby kalo tak …