Towards The End of Breastfeeding Journey?

Nie updet dari spital, hasben lom dapat kuar wad lagi. Will update about this later...

Masa memula decide nak exclusively breastfeed Irfan, saya letak 6 bulan as baseline untuk saya fully breastfeed Irfan. Baseline tue kira cam PPA 3 laa.. nak tak nak kene gak score. Huhu... Stretch 1 adalah setahun, and stretch 2 adalah anytime between 6 bulan and setahun. Saye tak intended langsung nak breastfeed Irfan lebih dari setahun.

Breastfeeding mommies sure bengang dengan statement I nih. Haha! Saye nak pegi offshore tanpa perlu fikir stok susu Irfan. Saya nak pegi meeting and course kat KL yang normally seminggu tanpa perlu fikir stok susu Irfan. Saya nak keje kat ofis tanpa perlu berlari2 curi masa pam susu kat Irfan. Yer saya ibu yang teruk, nak mudah je seme bende. Sebab dah lama penat kot, so nak rest2 plak. Heh, yes my bad... I admit.

So bila dah achieve 6 bulan last week, seriusly sangat gembira tahap lompat2. Pastu tanye hasben and mama, still nak proceed lagi ke breastfeed? Dah diskas2, conclusion, saya akan terus breastfeed selagi Allah izinkan. Orang lain ada yang nak sangat breastfeed tapi tak dapat. Nie saya dah diberi anugerah dapat breastfeed, tabaik sia2kan.

Alasan nak stop sebab susu actually dah start drop sejak bulan puasa dulu. Saya puasa penuh sebulan, masa tue plak zaman saya yang sangat busy nak mampus sebab baru masuk tempat keje baru. Please jangan cakap "Sibuk ape la sangat" sebab memang bebtul sibuk. So demi nak maintain energy throughout ofis hour, saya kurangkan duration and number of pumping session. Lepas pam sangat haus dan lapar. Penah lepas pam saya nak pitam tak dapat jalan balik gi ofis.

Masa bulan puasa, sangat banyak stok susu beku saya bawak turun and tak replace2 dengan stok baru. Pastu dulu, saya pam 2 kali sehari jek kat ofis sebab malam hari saya boleh pam lagi 2 sesi sebab Irfan masa tue jadual tido dia kul 6-7 malam. Sekarang paling awal Irfan tido adalah kul 11 malam. By the time Irfan tido, saya pun pengsan sekali dengan dia, maka tak sempat pam.

Since dah tak dapat pam malam, maka saya pam 3 kali plak kat ofis. Tambah 1 session lepas ofis hour, pam lu before balik rumah. Malangnya, 3 sesi saya pam tu capacity susu yang dapat sama dengan 2 kali pam zaman susu banyak dulu.

Pastu dulu kalau after 2-3 jam tak pam, rasa sangat sakit kronik sampai nak pegang pen untuk menulis pun tak dapat. Sekarang haiihhh... tak sakit langsung. So, dah takde "alarm clock" yang leh remind saya saya yang saya perlu pam.

Pastu now Irfan dah 6 bulan, sepatutnya dah makan solid. Patutnya, keje saya makin senang sebab bila makan solid, susu dia minum akan lagi kurang sebab dah kenyang makan solid. Malang lagi, Irfan belum pandai and tak suka makan solid. Dia nak minum jer. Makin banyak plak tue, dalam 5oz sekali minum. Kira kene tinggal bekal 25 oz sehari masa nak gi keje.

Dengan production yang dah makin drop, Irfan plak minum makin banyak, maka jadi sangat bengang, pastu rasa nak campur susu formula. Pastu now plak hubby masuk wad. Makin hassle life saya ulang alik ofis-rumah-hospital pagi petang siang malam. Banyak hari saya dapat pam sekali jek sehari. Makin merudum milk production saya.

Baru jek aritu siap dah survey2 harga susu formula dah and siap dah bincang2 dengan rakan2 pumping SKO pasal nak campur susu formula. Semalam cek fridge stok beku EBM saya tinggal 60oz je lagi. Dulu pernah nak sampai 200oz okay! T_T

So sekarang saya pasrah je menanti hari bila nak campur susu formula. Huhu.. Tapi saya akan keep breastfeed lah selagi Irfan nak and selagi diizinkanNya. Irfan plak suddenly makin manja lately, asyik nak direct breastfeed jek, tatkala susu dah makin sket.

Tiap malam lepas balik dari hospital mesti dia nak melekat. Sangat tersentuh kadang2. Time breastfeed, mata kitorang saling berpandangan and sometimes Irfan akan senyum sambil breastfeed. Pastu tangan dia plak pegang dada macam pegang botol susu. Sangat sweet moment tue. Ahh sedihnya nanti, if dah weaning sure saya akan rindukan moment tue.. Huhu...

6 comments:

Laila November 11, 2010 at 11:40 PM  

Just nak share apa yg penah dibincangkan dgn 3 org mommies. Time tu kami pam dkt surau jek. Xde kemudahan cam skang. Salah sorang tu nak stop bf bila anak dia 6 or 8 bulan sbb nak tumpu career. Tanak susah g pam, lari mtg, etc3 apa yg bf mommies slalu rasa. Tapi sorang kwn ni dia kluarkan 1 statement yg ibu nak stop bf tu teruskan susukan anak sampai 2 tahun!

Apa dia kata buat kami terkesima...
"Dalam hidup anak kita, kita boleh bagi susu badan 2 tahun jer sampai dia atau kita mati. 2 tahun je. Kita nak tumpu career kita ada 30 tahun. We want to give the best, breastfeeding is the best thing we can give"

Sampai skang akak igt moment tu...haha. Tq frend

Lyana November 12, 2010 at 12:16 AM  

Haishhh... Nak wat camno kalo dah tak mampu nak commit... Apepun selagi ade permintaan untuk direct from irfan, teruskan k... Yana dulu bf ainul till 16month... Pastu de dah takmo isap lagi....

Puan nadxoxo November 12, 2010 at 8:55 AM  

Wow sgt best kata2 kawan Kak Laila tuh. Terkesima jua.

Ganbatte Kak Naz! Semoga Irfan terus dapat yang terbaik dari ladang Kak Naz :)

kunaz November 12, 2010 at 10:06 AM  

tq kak laila. dont worry, as i said, i'll keep breastfeed irfan selagi Allah izinkan, cuma concern skang either nk campo formula or tak jek

yana, 16 month fully bfeed tanpa campo formula ke? hebatnyer...

tq nad. slmt bfeed zahin jugak =)

Lyana November 17, 2010 at 12:46 PM  

yup tanpe campo...haishhh mase tu en.somi keje sorang..kat kL..n yana still study full time..so kene jimat2 r... pelagi..gunekan sumber yang ada...hikhikhik

iman November 18, 2010 at 9:10 AM  

woh byknye kali kau pam...haha..ala wey cm aku msg ko tu lah..xyah stres..selagi mampu..ko pam..bg ape yg dpt..kalo x dpt..top up ngn susu tepung. xyah stress lah..malam bfeed lg...ape susah...
biasanya...malam lambatt benti...nnt ko akn buat article...how to wean baby. harhar..
btw zak dh sihat? take care ok...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.