Suke!

Suke pertama adalah kerana harini Irfan sudah 5 bulan. Yeayyy!! Bulan depan dah 6 bulan, sampai dah base target saya untuk exclusively breastfeed Irfan. Lepas tue, if jadi pape (cam milk production kurang ke, stok EBM tak cukup ke, etc.) takdela saye ralat sangat dah. Tapi, I'll keep breastfeed him selagi diizinkanNya.

Irfan masuk 5 bulan nie, tak beralih bulan mane sangat. Tak cranky cam masa nak masuk 4 bulan dulu (paling horror ok!)Cuma perangai baru Irfan adalah suke tido dengan sangat lambat. Bayangkanla dulu timing tido dia kul 6-7 malam gitu, now paling awal Irfan tido adalah jam 11 malam. Pernah 1 pagi dia baru tido. And start last week (until now) hubby plak gi offshore daily trip, which means saya kene bangun masak around 4 am and tak tido2 dah pastu. Pastu amik kira lagi saya bekerja dengan sangat dahsyat plus kene pump lagi di siang hari, hohhh so tiring! Sangat tak cukup tido.

Weekend lepas, saya tak sedar bila masa saya tertido (siang hari). Siap miss Zuhur lagi. Saya terjaga dalam 4.30 petang camtu, pastu tetibe saya meroyan kejap. Kaget sebab tengok Irfan takde kat sebelah. Tengok dalam babycot takde, cek kot2 jatuh bawah katil ke ape, takde gak. Gelabah gila kuar bilik tanye bibik mana Irfan. Sekali bibik cakap saya dah pass Irfan kat dia before saya tido. Seriusly saya tak ingat pun seme bende tue. Even tak ingat pun bila saya start tido. Isk iskkk horror.... Tapi masih mampu ingat hari Sabtu tue Za buat open house. Solat, salin baju then terus angkut Irfan gi makan kat rumah Za. Haha!

Ok, suka kedua adalah start semalam, musim sibuk saya kat ofis cam dah nak berakhir. Alhamdulillah. Start cuti raya haritu everyday jadual saya sangat padat dengan macam2 mende adhoc. I knew it's going to be temporary only, orang cakap field planner ni keje dia sibuk bermusim. So aritu musim saya kot.

Suka ketiga adalah saya dah dapat partner baru untuk jaga cluster Northern nie. Baru harini budak tue datang. Chinese, and nampak jenis yang reliable and committed, so lega. Dahla raya haji nanti saya cuti 2 weeks plus, adela backup. Heh. Dari seme field planners kat ofis tue, I'm the only one yang dah kawen and dah ade anak. Baru masuk, pastu saya jugakla yang terpaksa jaga cluster paling tough, di saat saya baru nak adapt dengan new life as a mom and dengan new working environment saya. Pastu cluster lain seme ada 2 orang yang jaga except cluster saya and Jazlin. Now sangat syukur dah ade sorang lagi working partner.

Suka keempat adalah kerana bilik pam SKO dah makin meriah dah now. Sampai sendat fridge tue orang dok sumbat icepack dengan susu. Pastu sangat kelakar sebab dah ramai gila yang pakai pam Medela Freestyle. Eherm eherm, announcement, ZA BARU BELI BREASTPUMP BARU. MEDELA FREESTYLE GITUUU. Hahaha!

Medela Freestyle tue kan bunyi dia sangat bising. Zrot zrot gitu bunyi dia. Pastu bila 3-4 orang pam serentak pakai Medela Freestyle, bilik pam tue memang dah jadi cam kandang lembu dah bunyi dari luar. Hahaha! Nanti tak lama lagi akan bertambah ahli pam yang baru. Woh sangat seronok. Kene buat persatuan breastfeed Miri nie. Hehe...

Suka kelima sebab tadi berjaya gelak tahap dah takley nak gelak. Abih limit dah gelak. Sebabnya masa pam susu tadi, ade sorang "pumper" tue, masa tengah pam2 susu, tetiba dia cakap "Nape kain aku basah nie" Rupe2nye dia pam tak letak botol. So bila pam, susu jatuh turun atas riba. Hahahahaha! Memang class lah dia buat lawak. Hahaha!

Pastu tadi jugak ade briefing pasal share saham Carigali. Adela bukak nak beli unit/lot saham. Lalu di mana2 jek asyik dengar orang dok cakap pasal saham. Memang hot topic of the day adalah pasal saham. Pastu masa nak balik gi car porch tadi, nampak la sekumpulan field managers tengah borak2. Bila lalu, tego la kasi salam. One of them tanya "Ha Engku, berapa lot amik?" Saya pun jawab "Lot 6225" Blurr kejap field manager tue. Adusss... Lot 6225 tue adalah nombor lot rumah saya yer. Menci tol wat lawak orang tak paham. Haha! Tapi takpe, yang penting harini saya sangat suke hati. Hahaha! Sekian.

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.