Raya 2010

Hai hai selamat hari raya! Mintak maap la terlambat. Saye sangat gigih bekerja till tak sempat nak update blog ok. Since saya tak balik raya, kene stay ofis cover seme keje. Ingat ke time2 cuti gini tak banyak keje, sekali lagi haru okay since sumber2 tempat bertanya pun balik raya jugak. Maka saya yang baru nie hegeh2 la nak siapkan keje yang berlambak2 sekor2 kat ofis tue. Huhu...

Sekarang dah ade teknik baru untuk update blog bergambar. Saye akan upload kat Facebook dulu and then nanti copy link jek. Hihi... Benci tau upload gambar kat blogspot nie. Berkulat tunggu baru load sekeping. Ok, sebelum flash gambar, nak bebel pasal raya dulu.

Sebenarnya takde plan langsung nak raya dengan meriahnya. Saye kan sangat penat masa bulan puasa. So tak sabar nak raya adalah sebab tak sabar2 nak tunggu bulan puasa habis. Haha keji. Since ramai yang tahu saya beraya di Miri, ramaila yang tanya "Buat open house tak Kunaz?" and saye dengan cepat jawab "Tak. Shutdown" Hahaha! Nak buat cemane, saye kan field planner Northern yang paling banyak shutdown activities. Haha!

Pastu masa weekend sebelum raya, buat syarat jek beli baju raya, kuih raya cap tunjuk, etc. Tapi subuh2 raya tue, lepas celik mata tetibe rasa sangat happy dan bersemangat. Yes yesss arini tak pose dah (gile kronik keji). Haha! Bukan ape, pagi raya tue saya rasa saya dah dapat satu kemenangan besar. Kemenangan sebab berjaya fully fasting + fully breastfeeding + fully tarawikh + gigih bekerja + gigih stay up jaga Irfan + masak sahur, etc sepanjang bulan puasa tue. Saya hanya dapat tidur 3 jam je maksimum sepanjang bulan puasa tue. So pagi raya tue terasa cam hari meraikan kejayaan saya yang sangat tabah sepanjang bulan puasa. Hohoho...

Lepas baca Yasin kat arwah abah, saya melompat2 gi masak kat dapo dengan happynye. Hubby dah masak rendang daging earlier. Saya plak sambung masak rendang ayam satu kuali besar. Bibik plak gi rebus ketupat2 segera. Tengah2 masak tue, selang seli gi SMS seme orang yang ade kat Miri suruh datang rumah. Nape ntah tetibe buang tebiat excited takley handle. Haha! 

Sebbaik masa tengah2 masak Irfan tengah tido lagi. Bila Irfan dah bangun, saya suruh Irfan pegi mandi raya dengan bibik. Hubby tengah gi smayang raya time tue. Dah siap2 mandi, pakai baju raya and minum susu seme, Irfan gi bantai tido balik. So bila hubby balik dari masjid, terpaksala bergambar berdua dengan hubby dulu.



Me : Saye mintak maaf eh dari hujung rambut sampai hujung kaki kalo ade buat salah. Maaf banyak bebel2.
Hubby : Takpe abang maafkan. Abang pun mintak maaf gak.
Me : Insyaallah saya maafkan.

Haha keji. Pastu tak sampai sejam lepas tue tanpa disedari saya dah start bebel balik kat hubby.

Hubby : Kan tadi dah mintak maaf
Me : Eh lupe, mintak maaf balik eh?

Sejam lepas tue plak bebel lagi sekali, tanpa disedari jugak. Memang dah tebiat kot. 

Me : Ginila bang, saya mintak maafla kalo saya bebel2 in future sampai saya mati k. 
Hubby : Ok

Alhamdulillah, dah lepas dosa bebel sampai mati. Hahaha! Tak senonoh. Pastu panggilla bibik amik gambar sekali. Sian dia dah cun2 pakai baju raya and siap dah mekap bagai. Hahaha!


Baju raya bibik mama yang jahitkan (sayang benor mama kat besfren dia tue. hahaha!) Selendang tu plak saya yang belikan. Rege dia RM9 jek. Selendang saya RM20. Hahahaha! Owh btw, yang baju purple tue saye tau korang. Korang jangan tertukar dengan buah manggis plak yer. Huhu.... Walaupun sedar diri masih gemok, tapi takde pun initiative nak pakai corset ke ape ke. Takpelaaa.. ku pasrah... Hahaha!


Tak lama kemudian Irfan bangun tido. Yes yes yes!!!! Irfan tak sempat abih menguap pun kami dah suruh dia posing depan kamera. Irfan nampak sungguh tertekan. Haha! Nie adalah gambar2 percubaan kami amik gambar bertiga.

Oooopss songkok runtuh

Bengang kene paksa posing

Nie level stress takley handle dah nie

Nie gambar versi paling tenang

Tak habis2 lagi ngantuk

Sampai kul 10 pagi kami tunggu orang datang, tak datang2. Zul jiran depan rumah balik beraya kampung wife dia di Mukah. Zool jiran sebelah rumah balik beraya kampung wife dia kat Semenanjung. Pastu orang2 yang saya SMS suruh datang rumah seme reply suruh pegi rumah diorang jugak. Hissss! 

Disebabkan dah bosan tunggu orang datang, kami pun keluarla beraya di rumah ofismate hubby. Woohh sangat sedap makanan2 yang dia masak. Saya yang dah kenyang makan nie pun terpaksa makan lagi. Haha! Beraya sampai tak ingat dunia sampai hubby lupe dah masuk waktu solat Jumaat. Terpaksa drop saye, Irfan and bibik kat Bintang Plaza while hubby pegi solat jumaat.

Lepas tue, pegi raya rumah bos saye plak, Kak Rok. Saye baru tahu suami Kak Rok adalah CEO company terbesar kat Miri nie. I told Kak Rok "If saya dapat hasben cam Kak Rok, dah lama dah saya benti keje" Hahaha! And food kat rumah Kak Rok adalah sangaaaatttttt sedapppp ala2 bukak puasa kat hotel. Dia tempah cathering.


Kebetulan, x-boss saya dari department lama saya datang beraya rumah Kak Rok gak. Maka, kami 3 pasang suami isteri pun amikla gambar wat kenangan. Susah tue nak capture moment bersama new boss and x-boss. Hahaha!

Pastu Irfan dah ngantuk. Rush balik rumah. Irfan kalo nak tido dia memang meragam. Kene bersabar dengan ragam dia tue sampai dia tertido. So, masa tidurkan Irfan kat rumah, dengan saye2 sekali tertido. Penat raya and makan banyak. Heh. End up sampai ke sudah takde orang beraya kat rumah. Banyak gila rendang okay! Nak kasi kat trainee seme dah kuar beraya di macam2 tempat. Bintulu la, Bekenu la, etc.

Esok tue raya ke-2 kami bergerak ke Bintulu. Angkut segala macam rendang tue buat makan kat sana, jimat takyah makan kat kedai. Heh. Pakcik hubby ade sorang kat sana tak balik raya. Hubby kononnye nak buat surprise, dah sampai Bintulu baru cakap nak datang raya. Sekali pakcik dia pegi Sibu plak haritu. Ha kau! Kitorang plak yang kene surprise. 

Since takde sape2 yang nak beraya di Bintulu tue, kami jalan2 jela. Not bad jugaklah Bintulu tue. Bersih. Kami banyak spend masa kat Kidurong. Siap jalan2 kat pantai dia lagi. Tapi jalan nak gi Bintulu sangat menyakitkan hati. Melambung2 saya and Irfan kat seat belakang. If dok seat depan memang tak rasa sangat. Dok belakang memang melambung. Tengah2 breastfeed pun asyik terputus hubungan sebab asyik melambung. Saye bitau hubby, next time if nak pegi Bintulu lagi kene naik flight, tak pun tukar kete baru. Hahahaha!

Maka itu sahajalah kisah bosan hari raya 2010 saya di Miri. Ramai tanya nape saya tak balik raya? Reason adalah sebab masuk2 department baru jek saya dah cuti bersalin 2 bulan. Cam tak best nak cuti lagi. Lagipun kami memang plan nak balik lama time raya haji nanti (2 weeks plus) sebab nak buat majlis aqiqah Irfan kat Terengganu masa tue nanti. Oklah saya mintak maaf zahir batin yer seme orang.


2 comments:

parchy September 27, 2010 at 8:12 PM  

haha korg sama tema dgn kitorg la ... kale unggu

slmt ari raya
-hanafi&khadijah

mizz sue September 30, 2010 at 5:17 PM  

blog yg menarik!
jemput join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.