Open House - Unexpectedly Grand!

Semalam hari Sabtu adalah telah buat open house di rumah kami. Last minit nye plan actually. Selasa malam hubby tetibe cakap "Isnin depan abang dah kene gi offshore, hari Sabtu kite buat open house nak?" Hoh konfius kejap I nak jawab nak ke taknak.

Nak sebab memang dah lama masuk rumah baru, tak buat2 lagi housewarming, so if buat raya open house leh combine sekali. Taknak sebab cam biasalah, minggu lepas masih busy di ofis, weekends kalo leh nak rest jek. Pikir nak masak untuk family sendiri pun dah penat, inikan masak untuk open house kan? Huhu...Tapi end up belasah jek la buat. Nasik minyak and ayam masak merah kitorang tempah. Saya plan nak masak side dishes jek.

Jumaat tu balik keje lambat sket cam biasa, lepas maghrib baru start kuar beli udang, sotong, sayur and segala bagai bahan masak. Malam tue keje menyiang2 binatang jek. Esok pagi baru nak start masak. Pagi tue kul 7 pagi start masak puding dulu. Saya buat puding mango and honewdew 2 bekas besar. Pastu masak udang masak lemak cili padi. Masa nak start masak sotong masak tomyam+asam pedas, Irfan bangun tido plak. Gi laa breastfeed dia dulu, dodoi2 pastu sambung tido balik.

Pastu sambung masak sotong, sayur, telur, kopok, etc. Kul 9.30 pagi siap masak segala bende. Cepat jugak yer. Sebab saya masak binatang2 lembut je (awww). Pastu Irfan bangun lagi. Nie bangun yang hakiki la nih. Haha! Main2 Irfan tak sedar dah kul 11 pagi. Sedar sebab dah ade orang datang beraya. Cisss I tak mandi lagi time tu okay. Tapi sebbaik 2 orang jek, and geng2 kitorang jek. So suruh dia self service sambil jaga rumah sementara kitorang pegi mandi. Haha!

Invitation yang kami buat adalah dari 11.30 pagi sampai 2 petang. Invitation adalah untuk satu ofis hubby, old department saye (BWE), new department saya (BPD-P) and then rakan2 dari department lain. Memula tu ok lagi la. Kalau ofismate hubby datang, saya sempat berkenalan borak2 lagi. Pastu slowly makin ramai datang. Masa tue rumah dah penuh sampai terpaksa makan bersila atas lantai. Tapi still manageable lagi masa tue.


Nie gambar terakhir yang saya sempat ambik sebelum big crowd datang. Lelaki comel yang tshirt kaler merah yang paling kiri tue adalah my x-boss. Sian, terpaksa duduk atas kerusi meja solek saye yang sangat kecik. Dalam bilik tue plak ade Jazlin tolong bibik saye jage Irfan. Haha! Jazlin antara yang terawal datang, so bila ramai sangat guests datang dia gi lepak dalam bilik kasi can orang duduk makan. Thanks Jaz tolong pegang mainan Irfan yang bunyi2 tue. Haha!

Dalam kul 12.30 gitu tetiba open house jadi havoc di luar kawalan. Ramaaaaiiii gilaaaaaa yang datang serentak okay. Makanan makin nak habis. Saya plak ulang-alik layan orang and sambung goreng kopok kat dapo. Pastu asyik dok ulang-alik gi topup lauk pauk kat depan. Bibik saya dah arahkan jaga Irfan jek pagi tue.

Sangat ramai sampai nak jalan pun kene bersempit2. Seriusly tak expect seramai tue. Sebbaik ofismate hubby sebelah rumah buat open house jugak. Mana yang dijemput, terpaksa saya suruh pegi rumah sebelah dulu, take turn sebab dah tak muat rumah. Air kordial anggur buat 1 tangki habis. Pastu topup buat teh o ais satu cerek besar yang buat siram kubur tue. Habis jugak. Dah tak larat nak bancuh air, hubby kuar beli air gas kat kedai runcit. Pinggan kertas, cawan kertas, sudu plastik semuaaaaa habissss!!


Nie masa awal2, food masih banyak. Tak sempat nak snap gambar food one by one. Dalam kul 1.00 petang gitu most food dah habis. Kawan2 department saye belum sampai semua lagi masa tue. Sangat risau diorang tak sempat makan. Tapi alhamdulillah masa diorang datang food masih ade lagi. Cuma side dishes yang saya masak banyak dah habis. Especially telur sambal tumis saye. Saye buat 50 bijik telur, habis. Laku gitu. Pasni kene buat pakai sereban telur. Heh!

Ramai gila orang yang saya tak sempat kenal haritu sebab tersangat busy. Orang datang jek saya cakap "Masuk2 buat cam rumah sendiri. Freestyle. Nak meniarap atas lantai pon bleh" Haiihh bising sungguh mulut ai semalam... Huhu...

Open house kitorang memang bebetul open house lah, sampai master bedroom kitorang pun terbukak untuk public. Sebab asalnye jumperoo Irfan dok kat living room. Since ramai sangat datang and dok bersila, kene alih jumperoo tue so that orang leh duduk. Sejak saye buat entry pasal jumperoo, femes la plak satu SKO. Datang2 rumah salam2 terus tanye mana jumperoo. Ngokngek. Haha! So belasah jek suh masuk bedroom tengok barang2 baby.

Bukan itu sahaja. Orang2 yang datang buat site visit 1 rumah saya termasukla kebun sayur bibik. And rumah saya jugak dah jadi mini nursery untuk anak2 yang datang. Seme enjoy dok main mainan2 Irfan. Anak Kak Laila sampai taknak balik rumah even dah kene ugut nak tinggal. Kat tangan ada mainan satu sorang. Hahaha!

Sebenarnya masih penat nie, tak larat nak cerita panjang2. Dipendekkan cerita, orang datang sampai jam 7 malam okay. Saya miss Zuhur and Asar okay! And kul 4 baru saya dapat pam sebab sangat sakiiiitttttt and dah leaking banyaaakkk gila dah susu... And nie baru lepas balik gi massage whole body. Kuang kuang....


Nie gambar curik facebook Saleha. Nie bergambar dengan rakan2 department baru tapi nie seme stok yang datang lambat. Ada lagi yang dah balik lagi awal. Owh walaupun penat, hati adalah sangat gembira. Sangat seronok dapat menjamu ramai orang makan. GM hubby pun datang (dia la 1 family yang stay sampai kul 7 malam). Dia selalu gak wat open house. Dia bitaula, if nak sistematik, invite by group. Contoh BWE kul 11-12pm, BPD 12-1pm, Delcom 1-2pm etc.

Betul jugak tapi kalau wat camtu macam kurang best sebab nanti network tue tak besar. Asyik kenal geng sama jek. Cam semalam banyak gakla sesi berkenalan sesama sendiri. Saya kononnye buat 11.30 till 2pm tue sebab nak habis sekaligus, takyah panjang sangat open house. Tapi tula, lagi pendek duration, lagi ramai orang datang serentak.

Sebenarnya bila shoot invitation via email, ade dalam 25 orang jek yang accept dari SKO. Belah side hubby plak dalam 20 orang jugak. Sekali datang nak sampai 200 orang. Hohoho. By petang tue memang tinggal udang jek (kitorang beli udang sampai 6kg). Yang lain seme licin. Ayam masak merah yang saya tempah seketul pun saya tak sempat rasa.

Yang kelakar, time GM hubby cakap nak datang dalam kul 6 petang tue, hubby dengan kagetnye pegi beli ayam, goreng kosong jela, at least ade bende nak makan. Sekali kan, ayam mentah tue sampai sekali dengan GM sampai. Hahaha! Sebbaik ade bibik. Ajak borak2 dulu dengan guests sambil bibik goreng ayam, pastu baru dinner sekali.

Hoh tersangat historical lah open house nih. Unexpectedly grand. Disebabkan sangat grand, maka tak sempat amik gambar yer. Tak cukup tangan. Oklah nanti Irfan dah besar and senang handle sket, boleh panggil orang makan2 lagi. Sangat seronok. Tak membazir food2 saye masak and tempah.

Oklah, dah letih la you olz. Esok nak keje dah. Thanks yer pada semua pembaca blog yang datang. Tanpa korang tak meriahla open house tue. Mintak maaappp tak sempat layan 100%. Hoho... Babai!


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.