Open House - Unexpectedly Grand!

Semalam hari Sabtu adalah telah buat open house di rumah kami. Last minit nye plan actually. Selasa malam hubby tetibe cakap "Isnin depan abang dah kene gi offshore, hari Sabtu kite buat open house nak?" Hoh konfius kejap I nak jawab nak ke taknak.

Nak sebab memang dah lama masuk rumah baru, tak buat2 lagi housewarming, so if buat raya open house leh combine sekali. Taknak sebab cam biasalah, minggu lepas masih busy di ofis, weekends kalo leh nak rest jek. Pikir nak masak untuk family sendiri pun dah penat, inikan masak untuk open house kan? Huhu...Tapi end up belasah jek la buat. Nasik minyak and ayam masak merah kitorang tempah. Saya plan nak masak side dishes jek.

Jumaat tu balik keje lambat sket cam biasa, lepas maghrib baru start kuar beli udang, sotong, sayur and segala bagai bahan masak. Malam tue keje menyiang2 binatang jek. Esok pagi baru nak start masak. Pagi tue kul 7 pagi start masak puding dulu. Saya buat puding mango and honewdew 2 bekas besar. Pastu masak udang masak lemak cili padi. Masa nak start masak sotong masak tomyam+asam pedas, Irfan bangun tido plak. Gi laa breastfeed dia dulu, dodoi2 pastu sambung tido balik.

Pastu sambung masak sotong, sayur, telur, kopok, etc. Kul 9.30 pagi siap masak segala bende. Cepat jugak yer. Sebab saya masak binatang2 lembut je (awww). Pastu Irfan bangun lagi. Nie bangun yang hakiki la nih. Haha! Main2 Irfan tak sedar dah kul 11 pagi. Sedar sebab dah ade orang datang beraya. Cisss I tak mandi lagi time tu okay. Tapi sebbaik 2 orang jek, and geng2 kitorang jek. So suruh dia self service sambil jaga rumah sementara kitorang pegi mandi. Haha!

Invitation yang kami buat adalah dari 11.30 pagi sampai 2 petang. Invitation adalah untuk satu ofis hubby, old department saye (BWE), new department saya (BPD-P) and then rakan2 dari department lain. Memula tu ok lagi la. Kalau ofismate hubby datang, saya sempat berkenalan borak2 lagi. Pastu slowly makin ramai datang. Masa tue rumah dah penuh sampai terpaksa makan bersila atas lantai. Tapi still manageable lagi masa tue.


Nie gambar terakhir yang saya sempat ambik sebelum big crowd datang. Lelaki comel yang tshirt kaler merah yang paling kiri tue adalah my x-boss. Sian, terpaksa duduk atas kerusi meja solek saye yang sangat kecik. Dalam bilik tue plak ade Jazlin tolong bibik saye jage Irfan. Haha! Jazlin antara yang terawal datang, so bila ramai sangat guests datang dia gi lepak dalam bilik kasi can orang duduk makan. Thanks Jaz tolong pegang mainan Irfan yang bunyi2 tue. Haha!

Dalam kul 12.30 gitu tetiba open house jadi havoc di luar kawalan. Ramaaaaiiii gilaaaaaa yang datang serentak okay. Makanan makin nak habis. Saya plak ulang-alik layan orang and sambung goreng kopok kat dapo. Pastu asyik dok ulang-alik gi topup lauk pauk kat depan. Bibik saya dah arahkan jaga Irfan jek pagi tue.

Sangat ramai sampai nak jalan pun kene bersempit2. Seriusly tak expect seramai tue. Sebbaik ofismate hubby sebelah rumah buat open house jugak. Mana yang dijemput, terpaksa saya suruh pegi rumah sebelah dulu, take turn sebab dah tak muat rumah. Air kordial anggur buat 1 tangki habis. Pastu topup buat teh o ais satu cerek besar yang buat siram kubur tue. Habis jugak. Dah tak larat nak bancuh air, hubby kuar beli air gas kat kedai runcit. Pinggan kertas, cawan kertas, sudu plastik semuaaaaa habissss!!


Nie masa awal2, food masih banyak. Tak sempat nak snap gambar food one by one. Dalam kul 1.00 petang gitu most food dah habis. Kawan2 department saye belum sampai semua lagi masa tue. Sangat risau diorang tak sempat makan. Tapi alhamdulillah masa diorang datang food masih ade lagi. Cuma side dishes yang saya masak banyak dah habis. Especially telur sambal tumis saye. Saye buat 50 bijik telur, habis. Laku gitu. Pasni kene buat pakai sereban telur. Heh!

Ramai gila orang yang saya tak sempat kenal haritu sebab tersangat busy. Orang datang jek saya cakap "Masuk2 buat cam rumah sendiri. Freestyle. Nak meniarap atas lantai pon bleh" Haiihh bising sungguh mulut ai semalam... Huhu...

Open house kitorang memang bebetul open house lah, sampai master bedroom kitorang pun terbukak untuk public. Sebab asalnye jumperoo Irfan dok kat living room. Since ramai sangat datang and dok bersila, kene alih jumperoo tue so that orang leh duduk. Sejak saye buat entry pasal jumperoo, femes la plak satu SKO. Datang2 rumah salam2 terus tanye mana jumperoo. Ngokngek. Haha! So belasah jek suh masuk bedroom tengok barang2 baby.

Bukan itu sahaja. Orang2 yang datang buat site visit 1 rumah saya termasukla kebun sayur bibik. And rumah saya jugak dah jadi mini nursery untuk anak2 yang datang. Seme enjoy dok main mainan2 Irfan. Anak Kak Laila sampai taknak balik rumah even dah kene ugut nak tinggal. Kat tangan ada mainan satu sorang. Hahaha!

Sebenarnya masih penat nie, tak larat nak cerita panjang2. Dipendekkan cerita, orang datang sampai jam 7 malam okay. Saya miss Zuhur and Asar okay! And kul 4 baru saya dapat pam sebab sangat sakiiiitttttt and dah leaking banyaaakkk gila dah susu... And nie baru lepas balik gi massage whole body. Kuang kuang....


Nie gambar curik facebook Saleha. Nie bergambar dengan rakan2 department baru tapi nie seme stok yang datang lambat. Ada lagi yang dah balik lagi awal. Owh walaupun penat, hati adalah sangat gembira. Sangat seronok dapat menjamu ramai orang makan. GM hubby pun datang (dia la 1 family yang stay sampai kul 7 malam). Dia selalu gak wat open house. Dia bitaula, if nak sistematik, invite by group. Contoh BWE kul 11-12pm, BPD 12-1pm, Delcom 1-2pm etc.

Betul jugak tapi kalau wat camtu macam kurang best sebab nanti network tue tak besar. Asyik kenal geng sama jek. Cam semalam banyak gakla sesi berkenalan sesama sendiri. Saya kononnye buat 11.30 till 2pm tue sebab nak habis sekaligus, takyah panjang sangat open house. Tapi tula, lagi pendek duration, lagi ramai orang datang serentak.

Sebenarnya bila shoot invitation via email, ade dalam 25 orang jek yang accept dari SKO. Belah side hubby plak dalam 20 orang jugak. Sekali datang nak sampai 200 orang. Hohoho. By petang tue memang tinggal udang jek (kitorang beli udang sampai 6kg). Yang lain seme licin. Ayam masak merah yang saya tempah seketul pun saya tak sempat rasa.

Yang kelakar, time GM hubby cakap nak datang dalam kul 6 petang tue, hubby dengan kagetnye pegi beli ayam, goreng kosong jela, at least ade bende nak makan. Sekali kan, ayam mentah tue sampai sekali dengan GM sampai. Hahaha! Sebbaik ade bibik. Ajak borak2 dulu dengan guests sambil bibik goreng ayam, pastu baru dinner sekali.

Hoh tersangat historical lah open house nih. Unexpectedly grand. Disebabkan sangat grand, maka tak sempat amik gambar yer. Tak cukup tangan. Oklah nanti Irfan dah besar and senang handle sket, boleh panggil orang makan2 lagi. Sangat seronok. Tak membazir food2 saye masak and tempah.

Oklah, dah letih la you olz. Esok nak keje dah. Thanks yer pada semua pembaca blog yang datang. Tanpa korang tak meriahla open house tue. Mintak maaappp tak sempat layan 100%. Hoho... Babai!


Irfan at 4 Months


Tengoklaaa... Aktif lagi agresif kan Irfan melompat? Imagine laaa kalo saye tak beli Jumperoo tue, and keep layan dia melompat pakai tangan jek, memang boleh meninggal dunia saya dibuatnya. Hoho... Baby boy memang aktif kot kan? Aritu pegi bukak pose dengan Za, main2la dengan Syaura. Syaura nyer movement punyela slow motion lagi romantik, Irfan lak cam lipas kudung. Hubby cakap ikut perangai mak dia. Cessss caitt!!!

Irfan dah 4 bulan now. How time flies. A few days ago pegi open house raya rumah senior manager hubby. Ramai gakla orang kat sana. Ade sorang tue tanye saye "Baby dah berapa bulan?" Saye jawabla 4 bulan. Then dia cakap "Oh kecik lagi. Ehhh besarrnyer!" Hahaha!

Saye kurang gemar baby yang over gemok lagi menggelebeh2 muka. Janji sihat and berat badan naik dengan okay saya dah okay. Tapi normally baby yang breastfeed jarang overweight kan. Irfan tak bulat menggeleber tapi dia panjang kot. Lahir2 jek panjang dah 56cm, kepala 38cm and berat 3.7kg. Masa umur dia sebulan, orang ingat dia dah 3 bulan. Nie masa umur dia 4 bulan orang ingat dia dah nak setahun. Huhu...

Banyak perubahan Irfan masa umur dia 4 bulan nie. Irfan memang akan selalu beralih bulan, except nak masuk bulan ke-3 dulu dia tak meragam sangat. Lain2 bulan memang seme meragam. Masa nak masuk bulan ke-4 memula dulu, ragam dia adalah suke menangis yang sangat kuat sampai jiran sebelah rumah takut dengar okay. Cam kronik sangat nangisnye.

Irfan's best mood adalah lepas bangun tido. Memang tersengeh berjela2. Irfan's worst mood adalah bila nak tido. Meragam tak hengat. Masuk bulan ke-4 clock tido Irfan dah berubah. Dulu waktu tidur Irfan adalah start jam 6 or 7. Now paling awal adalah kul 10 malam, tapi dia akan start meragam nak tido start kul 6 lagi.

Last week 2 hari saya balik rumah time dah nak masuk maghrib sebab sangat banyak keje kat ofis. Siap buat balik keje kat rumah lagi konon2nya nak sambung buat kat rumah. Sekali Irfan meragam kronik takmo tido malam tue. Sampai kul 11 malam tak tido2. Last2 terpaksa bawak Irfan keluar jalan2 naik kete. Hubby pakai singlet and kain pelekat jek. Saye plak pakai kain batik. Memang sebijik cam pak pandir dan mak andir.

Perangai Irfan yang meragam before tido adalah ikut saye dan adik beradik saye yer. Kitorang memang bermasalah bile nak start tido. Haha! Pastu bila masuk kete terus okay. Tue pun ikut perangai saye and adik beradik saye jugak. Haha! Padan muke saye!

Pastu 4 bulan nie, orang luar main2 dengan dia pun dia nangis. Dulu, orang acah2 gelak kemain. Mama cakap mungkin dia dah start kenal orang. Anak kawan mama pun start 4 bulan dah takleh jumpe orang asing. Anak boss hubby pun camtu. Start 4 bulan dia dah tak berani bawak anak dia kuar jumpe orang sebab memang konfem meragam.

Tapi saye takmo la macam tue. Nak ajar gak dia biasakan diri dengan environment camtu. So bawak gak Irfan keluar gi open house sape2. Za, nanti ko dah balik Semenanjung, kite kuar bersosial dengan baby tiap weekend k? Belasah la dia nak melalak ke ape ke. Haha!

Actually agak risau pikir cemane nak balik naik flight dengan Irfan nanti. Journey kitorang Miri-KL-KB-Besut amik masa dalam 9 jam seme sekali. Hoh, mampukah Irfan bertahan selama tue? Huhu...

Pada usia 4 bulan jugak, Irfan sangat aktif beraktiviti. Aktif gila sampai lupe yang dia tengah lapar. Kalau kasi susu memang ngamuk. Nak breastfeed lagi dia marah. Nak kene pandai cari teknik suruh dia calm dulu, then baru leh feed dia. Masa tue baru dia minum laju cam haper, baru perasan lapar. Hoh sangat penat layan perangai anak ok.

Ok, komen positif plak. Masa 4 bulan nie, Irfan dah pandai ketawa terkekek2. Comel gila bunyi. Time gelak memang comel giler. Time meragam... Haiihhh tak terkomen ai... Pastu sangat suke membaca sebelum tido. Irfan dah tak layan sangat dah cloth book. Dia baca Reader's Digest. Hahaha! Tunjuk jek any buku bergambar, dia suka.

Pastu badan pun dah makin kuat. Alhamdulillah, jumperoo yang saya beli tue banyak membantu dia train gune body dia untuk physical movement (owh btw Irfan dah kurang meragam sejak ade mainan2 tue kat rumah). Kalau kami tidur sekatil, pagi esok sure position Irfan dah berubah. Memula tido selari la 2 beranak, bangun tido dah jadi cam huruf T dah kami tido. Dasar budak buas. Heh.

Pastu sangat banyak membebel now sampai air liur mengalir2 cam air terjun. Sangat suke bercakap gune bahasa sendiri. Huhu... Pastu kan, now sangat suke duduk dalam baby carrier yang cam pouch gantung kat badan tue. Memang kanggaroo la Irfan nie. Haha!

Merangkak belum lagi. Berapa bulan eh baby biasa merangkak? Irfan time meniarap kaki dia dah start tendang2 untuk mengengsot. Tapi dia tak pandai nak angkat tangan lagi. So bila dia buat camtu, kepala dia akan tersodok kat depan. Pastu dia nangis marah2. Padahal dia yang buat sendiri. Hisss...

Pastu Irfan dah pandai grip barang dengan kuat. Cam bantal busuk dia dikira agak beratla untuk baby tapi dia bleh grip. Since sangat suke grab and grip, puting kat mulut pun dia tarik, pastu nangis ingat orang lain yang cabut puting dia. Hissss!!! Memang nak jadi mak nie kene banyak bersabar. Haha!

Ha tu jela kot perkembangan Irfan di usia 4 bulan. And Irfan masih fully breastfeed alhamdulillah. Amount pun dah up to 4oz sekali minum. Owh saye dah kene start buat stok balik since masa bulan puasa sangat banyak gune stok freezer tue. Kene ganti balik. Huhu..

Raya 2010

Hai hai selamat hari raya! Mintak maap la terlambat. Saye sangat gigih bekerja till tak sempat nak update blog ok. Since saya tak balik raya, kene stay ofis cover seme keje. Ingat ke time2 cuti gini tak banyak keje, sekali lagi haru okay since sumber2 tempat bertanya pun balik raya jugak. Maka saya yang baru nie hegeh2 la nak siapkan keje yang berlambak2 sekor2 kat ofis tue. Huhu...

Sekarang dah ade teknik baru untuk update blog bergambar. Saye akan upload kat Facebook dulu and then nanti copy link jek. Hihi... Benci tau upload gambar kat blogspot nie. Berkulat tunggu baru load sekeping. Ok, sebelum flash gambar, nak bebel pasal raya dulu.

Sebenarnya takde plan langsung nak raya dengan meriahnya. Saye kan sangat penat masa bulan puasa. So tak sabar nak raya adalah sebab tak sabar2 nak tunggu bulan puasa habis. Haha keji. Since ramai yang tahu saya beraya di Miri, ramaila yang tanya "Buat open house tak Kunaz?" and saye dengan cepat jawab "Tak. Shutdown" Hahaha! Nak buat cemane, saye kan field planner Northern yang paling banyak shutdown activities. Haha!

Pastu masa weekend sebelum raya, buat syarat jek beli baju raya, kuih raya cap tunjuk, etc. Tapi subuh2 raya tue, lepas celik mata tetibe rasa sangat happy dan bersemangat. Yes yesss arini tak pose dah (gile kronik keji). Haha! Bukan ape, pagi raya tue saya rasa saya dah dapat satu kemenangan besar. Kemenangan sebab berjaya fully fasting + fully breastfeeding + fully tarawikh + gigih bekerja + gigih stay up jaga Irfan + masak sahur, etc sepanjang bulan puasa tue. Saya hanya dapat tidur 3 jam je maksimum sepanjang bulan puasa tue. So pagi raya tue terasa cam hari meraikan kejayaan saya yang sangat tabah sepanjang bulan puasa. Hohoho...

Lepas baca Yasin kat arwah abah, saya melompat2 gi masak kat dapo dengan happynye. Hubby dah masak rendang daging earlier. Saya plak sambung masak rendang ayam satu kuali besar. Bibik plak gi rebus ketupat2 segera. Tengah2 masak tue, selang seli gi SMS seme orang yang ade kat Miri suruh datang rumah. Nape ntah tetibe buang tebiat excited takley handle. Haha! 

Sebbaik masa tengah2 masak Irfan tengah tido lagi. Bila Irfan dah bangun, saya suruh Irfan pegi mandi raya dengan bibik. Hubby tengah gi smayang raya time tue. Dah siap2 mandi, pakai baju raya and minum susu seme, Irfan gi bantai tido balik. So bila hubby balik dari masjid, terpaksala bergambar berdua dengan hubby dulu.



Me : Saye mintak maaf eh dari hujung rambut sampai hujung kaki kalo ade buat salah. Maaf banyak bebel2.
Hubby : Takpe abang maafkan. Abang pun mintak maaf gak.
Me : Insyaallah saya maafkan.

Haha keji. Pastu tak sampai sejam lepas tue tanpa disedari saya dah start bebel balik kat hubby.

Hubby : Kan tadi dah mintak maaf
Me : Eh lupe, mintak maaf balik eh?

Sejam lepas tue plak bebel lagi sekali, tanpa disedari jugak. Memang dah tebiat kot. 

Me : Ginila bang, saya mintak maafla kalo saya bebel2 in future sampai saya mati k. 
Hubby : Ok

Alhamdulillah, dah lepas dosa bebel sampai mati. Hahaha! Tak senonoh. Pastu panggilla bibik amik gambar sekali. Sian dia dah cun2 pakai baju raya and siap dah mekap bagai. Hahaha!


Baju raya bibik mama yang jahitkan (sayang benor mama kat besfren dia tue. hahaha!) Selendang tu plak saya yang belikan. Rege dia RM9 jek. Selendang saya RM20. Hahahaha! Owh btw, yang baju purple tue saye tau korang. Korang jangan tertukar dengan buah manggis plak yer. Huhu.... Walaupun sedar diri masih gemok, tapi takde pun initiative nak pakai corset ke ape ke. Takpelaaa.. ku pasrah... Hahaha!


Tak lama kemudian Irfan bangun tido. Yes yes yes!!!! Irfan tak sempat abih menguap pun kami dah suruh dia posing depan kamera. Irfan nampak sungguh tertekan. Haha! Nie adalah gambar2 percubaan kami amik gambar bertiga.

Oooopss songkok runtuh

Bengang kene paksa posing

Nie level stress takley handle dah nie

Nie gambar versi paling tenang

Tak habis2 lagi ngantuk

Sampai kul 10 pagi kami tunggu orang datang, tak datang2. Zul jiran depan rumah balik beraya kampung wife dia di Mukah. Zool jiran sebelah rumah balik beraya kampung wife dia kat Semenanjung. Pastu orang2 yang saya SMS suruh datang rumah seme reply suruh pegi rumah diorang jugak. Hissss! 

Disebabkan dah bosan tunggu orang datang, kami pun keluarla beraya di rumah ofismate hubby. Woohh sangat sedap makanan2 yang dia masak. Saya yang dah kenyang makan nie pun terpaksa makan lagi. Haha! Beraya sampai tak ingat dunia sampai hubby lupe dah masuk waktu solat Jumaat. Terpaksa drop saye, Irfan and bibik kat Bintang Plaza while hubby pegi solat jumaat.

Lepas tue, pegi raya rumah bos saye plak, Kak Rok. Saye baru tahu suami Kak Rok adalah CEO company terbesar kat Miri nie. I told Kak Rok "If saya dapat hasben cam Kak Rok, dah lama dah saya benti keje" Hahaha! And food kat rumah Kak Rok adalah sangaaaatttttt sedapppp ala2 bukak puasa kat hotel. Dia tempah cathering.


Kebetulan, x-boss saya dari department lama saya datang beraya rumah Kak Rok gak. Maka, kami 3 pasang suami isteri pun amikla gambar wat kenangan. Susah tue nak capture moment bersama new boss and x-boss. Hahaha!

Pastu Irfan dah ngantuk. Rush balik rumah. Irfan kalo nak tido dia memang meragam. Kene bersabar dengan ragam dia tue sampai dia tertido. So, masa tidurkan Irfan kat rumah, dengan saye2 sekali tertido. Penat raya and makan banyak. Heh. End up sampai ke sudah takde orang beraya kat rumah. Banyak gila rendang okay! Nak kasi kat trainee seme dah kuar beraya di macam2 tempat. Bintulu la, Bekenu la, etc.

Esok tue raya ke-2 kami bergerak ke Bintulu. Angkut segala macam rendang tue buat makan kat sana, jimat takyah makan kat kedai. Heh. Pakcik hubby ade sorang kat sana tak balik raya. Hubby kononnye nak buat surprise, dah sampai Bintulu baru cakap nak datang raya. Sekali pakcik dia pegi Sibu plak haritu. Ha kau! Kitorang plak yang kene surprise. 

Since takde sape2 yang nak beraya di Bintulu tue, kami jalan2 jela. Not bad jugaklah Bintulu tue. Bersih. Kami banyak spend masa kat Kidurong. Siap jalan2 kat pantai dia lagi. Tapi jalan nak gi Bintulu sangat menyakitkan hati. Melambung2 saya and Irfan kat seat belakang. If dok seat depan memang tak rasa sangat. Dok belakang memang melambung. Tengah2 breastfeed pun asyik terputus hubungan sebab asyik melambung. Saye bitau hubby, next time if nak pegi Bintulu lagi kene naik flight, tak pun tukar kete baru. Hahahaha!

Maka itu sahajalah kisah bosan hari raya 2010 saya di Miri. Ramai tanya nape saya tak balik raya? Reason adalah sebab masuk2 department baru jek saya dah cuti bersalin 2 bulan. Cam tak best nak cuti lagi. Lagipun kami memang plan nak balik lama time raya haji nanti (2 weeks plus) sebab nak buat majlis aqiqah Irfan kat Terengganu masa tue nanti. Oklah saya mintak maaf zahir batin yer seme orang.


Irfan's New Babygears

Apa yang telah anda buat dengan bonus Petronas anda tahun ini? Owh baru teringat, mostly spend untuk raya nie. Since saya beraya kat sini jek, tak perlu pakai banyak sangat duit, so I used some of it to buy a few new babygears for Irfan.

Masa Irfan umur 3 bulan (bulan lepas), dia dah start tunjuk minat nak meniarap, melompat and even berjalan. Selalu ngamuk2 suh kitorang pegang dia so that dia boleh lompat and jalan. Kalo kejap2 a few minutes jek saya tahan lagi la. Kalau sampai sejam asyik nak layan dia melompat and berjalan memang flat dibuatnya. Dengan puasanya, breastfeednya...

Pastu lately Irfan sangat banyak meragam and nangis2. Cam ade bende yang dia tak puas tapi tatau ape. Saya buat assumption yang Irfan nye demand untuk main2 adalah sangat tinggi dari supply yang dia dapat. Saya kan selalu on video camera untuk tengok cara bibik jaga Irfan. Cam biasalah, asyik berdukung jek. Main kejap2 pastu Irfan nangis pastu dukung lagi sampai tido, pastu bangun main lagi kejap then nangis balik then tido balik.

And Irfan plak jenis tak pandai main mainan yang pegang2 tue. Ade la playgym kat rumah ni seketul beli lama dah, tapi kejap je Irfan bleh bertahan layan objek2 yang bergayut kat playgym tue. Mama cakap, Irfan ikut perangai saya, tak layan mainan sangat. Saya dulu dari kecik sampai ke besar takde seketul mainan pun, even seekor anak patung. Huhu...

So saya assume Irfan jenis yang suke beraktiviti (lompat2, jalan2, etc) tapi dengan bibik dia asyik kene dukung jek dalam kain batik (kampung gile, haha!) Weekend la pun kalo dia nak main bebetul sebab saya akan layan dia (and of coz lepas tue akan pengsan letih. huhu...)



Fisher-Price Rainforest Jumperoo

A few days ago, saya nekad nak belikan Irfan walker. So saya surfla littlewhiz.com cam biasa. Tetibe terbaca yang pasal jumper dari Fisher-Price nie. Pastu google lagi banyak2. Saya baca banyak gila good review untuk produk nie. Since saya baca review nie kat Amazon, maka yang komen tue seme adelah mat salleh yer. Ade yang nyumpah2 sebab harga dia mahal, tapi lepas tue rasa berbaloi gila lepas beli. Dia cakap if nak kene jual kete pun dia sanggup untuk dapatkan jumper tue. Huhu....



Objektif jumperoo nie adalah untuk encourage baby nye motor skills, yakni bergerak, melompat and berpusing. Dok dalam jumperoo nie, baby akan jadi freestyle ikut gaya apa yang dia suke. Jumperoo tue selain leh melantun, leh pusing 360 degree gak if baby nak pusing2. Pastu dia untuk stimulate baby nye visual and audio senses gak sebab ade banyak bunyi and objects attached kat jumperoo nie.

Ade a few choices gak jumperoo nie tapi saya berkenan yang rainforest nye sebab ade bunyi2 binatang. So semalam pegila cari kat Toyswold Miri. Alhamdulillah ade, last unit plak tue. If order kat Littlewhiz leh dapat RM500 plus, tapi beli kat sini of course la mahal sket kan, RM600 plus. Tapi kira okaylah kot. If beli online, delivery charge lagi kan (besar gabak kotak jumperoo tue and berat dia dalam 12kg gitu so konpom delivery mahal gak kan). Plus beli kat sini dia tolong pasang sesiap. Bawak balik rumah sumbat jek Irfan kat dalam. Huhu...

Alhamdulillah, Irfan TERSANGAT suka mende nie. Fuuuhh... baru tak rasa membazir abih RM600. Haha! Tapi bunyi-bunyian dia adalah sangat hodoh!!! Bunyi monyet yang tak senonoh. Tapi Irfan sukaaa!!!






See, excited kan Irfan? Huhu... Tapi, disebabkan jumperoo nih, Irfan stay up semalam okay!!! Bese masa tido dia ialah kul 6-7 tiap hari (tapi of coz akan bangun 3 jam sekali lepas tue). Tapi semalam, kul 10 baru Irfan tido okay!! Sangat excited dapat mainan baru. Perangai adalah sebijik cam papa dia after dapat skuter Elegan. Hahaha!

Ade la dalam 5 kali kot saya asyik dok angkat dia dari jumperoo masuk bilik untuk tidurkan dia. Tapi Irfan marah2 nak suruh angkat letak dalam jumperoo balik. Kali ke-5 tu saya cam ala2 bengang la jugak sebab saye pun dah ngantuk gile dah, so saya letak Irfan dalam jumperoo and cakap "Ha, melompatla awak sampai subuh" Haha! Pastu Irfan takde pun rasa bersalah ape mama dia ngantuk, teruskan jek usaha dia melompat sampai at one time saya perasaan dia tersengguk2 ngantuk dalam jumperoo tue. Hahahaha! Pastu baru tido.


Little Bean Walker



Masa tengah tunggu abang kedai pasang Fisher Price Rainforest Jumperoo tue, saya ternampakla walker nie. Memang dari haritu lagi plan nak beli walker kat Irfan sebab tak larat nak layan dia lama2. Haha! Jumperoo tue adhoc actually. Tapi bile dah beli jumperoo, penat mikir perlu tak beli walker lagi. Sebab jumperoo tue static je, untuk jalan2 setempat blehla. 

Pastu last2 amik jela. Sebab nanti mesti saya decide nak beli gak. Nie since tengah dapat bonus baik beli sesiap. Heh! So untuk model tue dia ade 2 colour - turqoise and pink. Kaler real life adalah 10 kali ganda lagi lawa dari yang saya amik kat internet nie. Za, bleh bli yang pink kat Syaura. Sangat cantik pink dia. Heh. And model nie adalah walker yang paling murah dalam kedai tue. Yang lain seme RM200 ke atas. Yang nie RM100 plus jek. Sorila yer Irfan, mama dah pokai beli jumperoo. Haha!


Papa tengah ajar Irfan cara nak main electronic device kat dashboard walker. Canggihla walker zaman sekarang, seme ade lampu2 and music2 dah sekarang. Huhu...



Irfan blur. Tadi dok dalam zoo dengan monyet2, nape now tetibe dalam dunia lain? Haha! Ade yang cakap tak elok pakai walker. Biar jek baby develop skill berjalan tue sendiri. Tapi saye tak kire, saya nak beli jugak. Lagipun walker nie bukan setakat latih berjalan jek, mainan2 dia tue boleh stimulate baby gak. Cam Irfan, tiap kali dengar bunyi2an tue dia pun bercakap gak dengan walker tu sorang2. Huhu!



Bumboo Baby Sitter



Last sekali saya beli Bumboo Baby Sitter nie jugak. Tujuan adalah untuk train Irfan duduk tegak. Leher dia dah kuat, tapi tulang belakang dia cam belum lagi. Tatau la sebab malas ke ape. Haha! Banyak gila warna yang available and seme striking2. End up saye pilih kaler lime. And saya amik yang 1 set dengan tray, ade yang takde tray jugak.



Irfan tengah adjust position. Waaa siannye tengok rambut anak sendiri. Bertompok2 tumbuh tak rata. Huhu...


Muke bengang kene sumbat dalam kusi kecik. Haha! 3-3 mainan nie Irfan test dalam 1 malam sekaligus. Hasilnya, after a few session, badan Irfan jadi cam tegap and sasa gila. Terkejut kitorang masa dukung dia. Huhu....



Owh rumah kami dah jadi mini nursery dah. Meh2 sape nak anta anak. Haha! Sampai sempit rumah sebab banyak sangat mainan Irfan. Semalam cakap kat hubby jom beli rumah baru. Hahahaha! So sekian sahaja kisah mainan baru Irfan. Esok raya. Selamat hari raya yer seme orang. Maaf zahir batin. Kami raya di Miri tahun nie. Nanti akan update pasal raya plak. Hihi...


Milk Booster

Haha! Dah nak 4 bulan breastfeed baru nak cite pasal milk booster. Orang lain start breastfeed jek terus dah share tips. Takpe2, better late than never. Heh! Actually ramai gak suh saya buat entry pasal petua nak banyakkan susu. Tapi actually saya bukannye banyak petua sangat pun. Main bantai jek try macam2 yang orang rekemen. So entry nie not actually pasal tips nak banyakkan susu badan, just to share my experince jela. Manelah tau bleh cuba kan? Huhu....

Eh sebelum tue nak update pasal beansprout pillow. Arini saya terlupe nak bawak kuar bantal tue dari bilik saye. So according to bibik, Irfan meragam 1 harini. Even saya balik tadi pun dia meragam lagi. Bila saya pass bantal tue tetibe dia terdiam, peluk kemas2 and lama kelamaan tertido. Wallaweh!! Rindu bantal busuk rupenye (walaupun belum busuk sebab baru beli last weekend. haha) Ok meh sambung.


Menu di Columbia Asia

Saya kan terpaksa stranded kat Columbia Asia dalam 6 hari sebab Irfan kene jaundice. Tapi experience tue la yang initiate saya untuk exclusively breastfeed Irfan for at least 6 month. Masa kat wad, nurse2 sangat membantu la nak induce supaya susu saya banyak keluar. Diorang buatkan special porridge untuk saya. Porridge ayam halia yang sangat sedap (tapi according to nurse, halia may cause heatiness kat baby, sesuai consume masa nak start induce susu jek, bila dah stabil takyah dah) + sayur sawi + ikan bilis (ikan bilis pun ade orang cakap tak sesuai makan masa pantang, tapi bagus untuk banyakkan susu.. haih). So makanla porridge ayam halia panas + sawi + bilis tu 2 kali sehari selama 6 hari. Serius tak tipu sangat sedap. Haha!

Pastu minum milo panas (3-in-1 jek) + air suam + susu anlene kotak kecik yang 4x kalsium tue + roti susu buatan local Sarawakian. Tuelah menu saya setiap hari kat spital tue. Penah gak one night hubby belikan sup tulang Taman Seroja yang lazat tue, memang berpeluh2 badan malam tue and susu pun start mengalir2 banyak2.

Di samping itu, pam tak putus2 dengan sangat dahsyat sampai nyaris pitam nampak bintang2. Semua tue membantu untuk iniatiate susu saya.


Menu di Rumah

Balik rumah saya maintain makan seme bende tue except porridge ayam halia tue la. Waaa rindunyer porridge tuuuu!!! So susu saya maintain mengalir tapi cuma setakat 2oz jek sekali pam.

Pastu masa pantang banyak minum sup haruan segera brand Bio Haruan (ade website dia, leh try google). Campur sup tue dengan sayur sawi, pastu makan dengan nasik lembik and ikan bakar. Sedaaappp!! Pastu mama buatkan sup lobak putih jugak and sup sayur cekur manis. Makan la seme bende tue sampai nak termuntah. Haha!


Fenugreek




Nie 1st supplement untuk milk booster yang saya makan. Memula tue memang berkesan. Cepat jek engorge lepas makan tue + minum milo panas. Susu pun dah start banyak dalam 4oz gitu. So saya maintain amalkan diet di atas + makan fenugreek sepanjang waktu pantang tue. Habis pantang tak beli2 dah sebab susu cam maintain banyak tue jek tak naik2 dah. Heh.




Trial Pack Shaklee

Pastu Kak Cery introduce trial set Shaklee yang memang khas untuk boost kan milk supply. Erm actually, bukan semata2 nak banyakkan susu, tapi untuk tingkatkan kualiti susu, tapi ramai yang consume akan jadi banyak susu. Awal2 dulu memang pikir nak susu banyak jek, tapi actually kite patut target untuk susu yang berkualiti and berzat.

1st day makan memang dah nampak impak, tapi bukan pada kuantiti, tapi pada kualiti susu. Susu saya suddenly jadi cam pekat berkrim gitu, tapi kuantiti menten sama lagi. Eh lupe, yang saya makan dalam Shaklee trial set tue adalah Alfafa, protein drink, vitamin C, vitamin B Complex and multivitamin.


Amway Set

Lepas dah habis trial set Shaklee saya try Amway plak. Dulu masa pantang, beli set pantang Amway, so upline promote vitamin dia jugak untuk milk booster. Masa tue musim saya tengah stress nak cepat kumpul stok EBM before start keje, so beli jek ape yang orang promote. Huhu...

And alhamdulillah, kuantiti susu saya increase lepas makan Amway set nie. Average 8oz dalam masa 10 minit pam. Yang saya makan adalah multivitamin, vitamin C, vitamin B Complex, Calcium Magnesium, protein drink, and Omega.

Actually yang dipropose cuma Calcium Magnesium + Protein Drink + Multivitamin. Yang lelain tue saya gatal2 gi tambah. Vitamin C and Vitmain B Complex tue sebab nak ikut set Shaklee. Omega sebab konon2 nak suruh anak bijak. Haha! Btw, protein drink dia sangat sedap sebab ada perasa berry, so saya bleh minum terus camtu. If protein drink Shaklee, saya kene campo milo baru boleh minum. Sedap jugak bile dah campo milo tue, rasa lemak2 berkrim gitu. Huhu... Pastu tablet Calcium Magnesium and multivitamin dia memang dah ade taruk Alfafa kat dalam. Alfafa is a very excellent milk booster yer korang.


Final Set!!!

Nak dipendekkan cerita, now saya makan bende2 ini untuk jaga kualiti dan kuantiti susu saya:

  1. Multivitamin (brand Amway)
  2. Vitamin C (brand Amway)
  3. Vitamin B Complex (brand Amway)
  4. Calcium Magnesium (brand Amway)
  5. Berry Protein Drink (brand Amway)
  6. Omega 3 (brand Amway)
  7. Alfafa (brand Shaklee)
  8. Bio Nzyme (brand Cosway)
Ha amik ko! Banyak gile telan. Semenye demi nak jaga kualiti and kuantiti susu. Saya tak mengira brand sangat, janji if try okay saya on jek. Lepas nie tak mustahil saya try brand lain plak. Tapi brand yang saya rekemen adalah Shaklee and Amway lah since saya dah try both and both adalah sangat okay. If saya nak switch pun, between 2 brands nie jek.



Bio Nzyme tue sebenarnye kan saya beli sebab haritu saya sembelit kronik (sob sob...) Dia nie enzyme drink, ade blend 85 jenis buah and sayur if tak silap. Sebab sayur2 nie, once kita masak jek enzyme dia memang konfem mati. Sebab tue lah munculnye enzyme drink nie. All those plants yang diorang blend untuk jadikan enzyme drink nie dah fermented for 8 months

Bila saya consume mende nie, suddenly susu saya jadi banyak dari biasa. Bulan puasa nie memang susu turun sket, tapi lepas minum nie jadi makin banyak. Bile check ingredients rupe2nye antara tumbuhan yang dia blend adalah alfafa jugak. No wonder.

So dah jadi daily routine dah saya minum mende alah nie. Rasa pun bleh tahan gak la. And currently saya ade stok berkotak2 Bio Nzyme nie kat rumah. Kalau nak cuba boleh order dengan saya je k? Retail price untuk 1 botol adalah RM89 sebotol. Tapi if beli dengan saye, saye kasi RM65 jek 1 botol!!! Haaa bold and kaler merah lagi gitu you. Haha!

Kalau nak beli barang2 Shaklee plak (especially Alfafa, wajib cuba!) sila order dengan Kak Laila k! Nak order dengan saya terus pun bleh, nanti saya tolong sampaikan kat dia since kitorang keje same floor jek. Leh laung jek "Akak!!! Nak order vitaminn!!!" Hahaha! And if nak order barang Amway pun saya leh tolong uruskan jugak. Eh pehal tetibe bisnes produk tenusu plak ni. Haha! Takpe paham, saye dulu pun struggle cari arah tujuan nak banyakkan susu. Heh!


Additional Info

Before endkan entry nie, tips terakhir jangan lupe selalu minum air kosong and kurangkan caffein. Saye yang hantu nescafe ni pun dah lamaaaa gilaaaaa tak minum nescafe. Rinduuuu.... Tapi sayang Irfan nye pasal, tahan jek..... Pastu jangan makan sayur2 yang leh efek susu cam kobis. Saya pun hantu kobis tapi now dah tak makan dah. Za cakap bukan sebab susu jek, untuk perempuan memang tak elok pun makan kobis. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Za.

Ha pastu Kak Anne pesan, kalau rajin selalu la urut breast anda dengan sikat untuk lancarkan aliran darah dan aliran susu. Pastu kat nipple plak, gosok dengan berus gigi, kot2 ade saliran yang tersumbat, leh tolong clearkan. Haha! Memula cam ngilu jek dengar pakai berus gigi kat situ. Tapi bila dah try ok jek.

Lastly, jangan lupe banyakkan doa, mintak dimurahkan rezeki nak nyusu anak. Pastu selalu la amalkan zikir "Ya Matin" baca 70kali pastu hembus kat air masak pastu minum air tu. Masa dalam pantang dulu sangat rajin buat. Now dah lama tak buat. Iskkk... Saya adalah contoh Melayu yang mudah lupa. Heh! Sekian.

Beansprout Pillow

Irfan adalah sangat suka peluk something masa nak tido. Nak peluk mama dia besar sangat, so saya kasilah bantal peluk kecik untuk Irfan


Over tol Irfan peluk bantal. Masa tue umur dia baru 3 bulan, dah ngengade tido cam orang besar. Haha! Last weekend bawak Irfan jalan2 kat Bintang Plaza. Masukla kedai Baby Gallery sebab saya nak beli head support kepala Irfan. Owh lupe nak cerita, dulu Irfan suke tido one side jek belah kanan, sampai leper sebelah kepala Irfan. Pastu Dr Chen suruh train Irfan tido the other side untuk balancekan shape kepala Irfan.

Sangat susah memula nak train Irfan. Tapi bile pakai head support tue, now kepala Irfan dah getting better. Hari2 pakai sampai dah lusuh head support tu, so aritu beli la 1 lagi extra. Head support tue cap Cheekybonbon. Pastu hubby ternampakla beansprout pillow tue. Hubby suh saya beli sekali, nak jadikan bantal busuk Irfan katanya. Tak tengok harga pun memule. Sekali time bayar bantal tu rege RM69. Mahalnye bantal busuk Irfan. Haha!



Tapi sangat berbaloi sebab Irfan sangat suka bantal tue. Owh sori, mulut Irfan terjuih2 dalam gambar tue sebab asalnye dia tengah hisap puting, saya gi cabut. Haha! Nie adalah saya copy paste dari website www.pupsikstudio.com - brand untuk beansprout pillow nie. Btw, saya nye nursing cover pun brand pupsikstudio jugak. Bestt!!

Beansprout pillows are traditionally made by loving grandmothers back in the old days. The natural kernals from beansprouts are used to make pillows that are light, cooling and safe for newborn babies especially. As newborn babies are easily startled by sudden noises and movements, these beansprout pillows are usually placed over their chest to give them a sense of security when they sleep. As they grow older, these pillows turn into a comfort pillow that they will not be able to do without. A wonderful baby keepsake!

Sangat seronok tengok Irfan asyik dok peluk bantal tue. Bantal tu ade bunyi2 best gak (bunyi beansprout) and Irfan cam dah cam bunyi tue. Kitorang bunyikan bantal tue, sure dia excited gelak2 sambil tak sabar nak peluk bantal tue. Hoho.. Malam2 time tido pun, cepat jek dia nyenyak bila letak bantal tue atas badan dia. So, silalah cuba beli beansprout pillow untuk baby anda ok. Hahaha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.