Pumping Challenge #6 - Puasa

Sebenarnya nak cite pumping challenge masa pegi Brunei dulu, tapi skip dululah yang tu since now seme breastfeeding mommies sibuk dok cite experience diorang breastfeed and pumping time puasa. So nak menyibuk gak, walaupun dah 2 minggu puasa, dah basi dah pun. Haha!

Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka.

Tapi akhirnya bertahan. Yang lagi best, masa lunch hour tu saya kene ke Marriot Hotel and diorang provide lunch. Saya dengan tabahnya tak berbuka puasa. Tahan sampai berbuka. Rupe2nye saiko jek lebih. Memang la agak penat dan haus each time lepas pam, tapi manageable lah.

Ok itu time pose ganti (sempat sehari jek, pastu saya demam teruk. Lagi 3 hari carry forward. huhu...) Ok, sebelum start bulan pose, concern saya hanyalah takut saya lembik cam pisang buruk if saya puasa + pam. Dahlah saya sangat sibuk keje, bulan Ogos banyak gile shutdown kat Northern.

Pastu Kak Laila introduce performance drink dari Shaklee. Mende alah tue bukan untuk banyakkan susu yer, tapi untuk keep us hydrated (ala2 100 plus) so that kite takdela haus yang melampau atau mati terjelir lepas pam. So 1st 3 days puasa memang mantap abih ah. Aktif bergaya gile babeng. Rasa cam nak melompat jek atas bumbung SKO (ok fine, saya tipu)Haha!

Di samping minum performance drink, saya tak pernah skip makan vitamin and protein drink (yang nie saya minum brand Nutrilite, ade rasa berry gitu). And masa sahur, saya minum air masak memang bapak banyak ah, tahap boleh mati lemas. Even malam pun, saya standby air sebelah katil. If Irfan bangun nak menyusu, saya minum sesiap.

And guess what, 1st 3 days tue susu saya suddenly mencurah2. Tak sampai 10 minit dah nak sampai 10 oz. Memang la seronok tengok susu banyak, tapi saya stop gak pumping supaya nak keep energy saya sampai 1 hari. Kang kalau saya perah melampau2 awal pagi, by tengahhari kang saya merangkak kat ofis tak best gak kan. Saya syak susu banyak sebab terlebih minum air, so dia kuar ikut susu. Heh memandai jek.

Ok itu adalah pengalaman puasa time weekdays. Bila weekend menjelma, segalanya telah berubah. Wohhhh!!!! Puasa kat rumah dengan baby adalah berkaliganda lagi penat dari kat ofis okay!! Sebab Irfan selalu nak bergayut minum. Memang by petang dalam kul 3 camtu saya dah flat, terus handover Irfan kat bibik, and kasi minum EBM jek.

Irfan now sangat perasan besar, tak sedar umur baru 3 bulan. Dia sangat suke berjalan. So kene selalu pegang dia untuk dia berjalan2. Adela dalam 10 tapak camtu. Pastu rest kejap, pastu nak bangun sambung jalan lagi. Irfan now ade la dalam 8kg beratnya. So sangat penat main dengan dia. Rasa cam nak beli walker jek suruh dia jalan sendiri. Tak larat nak pegang. Tapi awal sangatla plak 3 bulan dah masuk walker. Huhu...

Penat weekends kemudiannyer terbawak2 ke weekdays berikutnya. Saya sangat ingat Isnin tue saya sangat tak bermaya. Susu pun jadi sket, 10 minit tu dapat 5-6 oz jek. Sangat penat sampai tertido time pam. So saya buat conclusion, susu akan sket kalo kite penat. So kene energetic selalu.

Jadual pam bulan pose nie saya ubahla sket. Saya start pam dalam kul 4.30 pagi camtu lepas sahur, so that lepas pam, bleh cover balik minum air. Next session dalam kul 8-9 pagi camtu. Last sekali dalam kul 1-2 petang. Saya memang set nak pam 2 kali jek kat ofis. Saya sangat banyak keje ok, perlukan energy dan konsentrasi. So terpaksala bahagi2 sama banyak untuk balancekan.

And alhamdulillah so far, masih mampu puasa stret and masih mampu produce susu kat Irfan dengan kadar secukupnya. Tapi dah a few days gak stok dari freezer asyik turun bawah tanpa replacement susu naik atas. Huhu...

Hubby pun kesian gak. Terpaksa puasa 8 hari kat offshore. Penat ok kontraktor wireline puasa kat offshore, kalau client leh tahan lagi, setakat coordinate contractor. Hubby pun minum performance drink hari2 and alhamdulillah penuh jek puasa dia kat offshore tue.

Biasalah, bulan puasa kan bulan untuk menduga kita. Marilah kita buktikan kita mampu menempuh dugaan tue. Huhu.. Selamat berpuasa yer seme orang. Kami raya kat Miri tahun nie. Raya haji baru balik Semenanjung dengan lamanya. Haha!

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.