Irfan Membaca

Minggu lepas Irfan adalah sangat suka melalak yang tahap maximum peti suara dia boleh supply bunyi lalakan tue. Sangat tatau kenapa, tapi sangat penat nak tenangkan dia. Weekends apetah lagi. Nyaris nak bukak puasa sangat2 dah. Pernah cakap kat Za, kalo weekends rasa cam nak gi ofis jek sebab dok rumah adalah sangat penat. Hohoho...

Perut tak kembung ape. Dah cek ape yang patut di-cek seperti yang disarankan oleh akak2 ofis, ok jek seme. So cam biasa saya assume sebab Irfan beralih bulan lagi, nak masuk bulan ke-4 dah next week. Arini cuti merdeka, arini birthday hubby gak (happy birthday sayang!) so kami keluar jalan2 tak bawak Irfan. Haha! 

Pegila beli teether sesiap sebab akak ofis cakap maybe dah nak start tumbuh gigi, so nanti dia rasa tak selesa gusi gatal2, so kene beli teether nak tenangkan dia. Tapi balik2 jek tetibe Irfan dah kembali ke rupa bentuk yang asal, tak melalak ape dah arini. Sangat ajaib, rasa cam pelik lak dia tak melalak lepas seminggu rumah nie berseri dengan lalakan Irfan. Huhu...

Orang cakap bila beralih bulan and baby cranky2 tue nanti ade mende baru yang dia nak belajar. Apekah itu? Nak kata meniarap, tue skill last month. Za cakap maybe skill nak test power peti suara. Hahaha! Tapi mende baru yang Irfan buat now adalah suka membaca!!!



Kejadian ini berlaku di tengah malam buta a few days ago di mana Irfan sangat takmo tido and saya of course lah takkan tido selagi Irfan tak tido kan. Bosan tunggu Irfan tido, saya belek2 la katalog Cosway. Then nampak Irfan jeling2 kat katalog tue jugak. Pastu tayangla katalog tue depan muke dia, serius gila Irfan membaca. Tapi saya telah membuat silap besar malam tue sebab saya gi bukak page yang orang jual bra and panties, so Irfan dok tengok mende tue. Huhu... Bad bad...


Pastu tiap malam Irfan cam addicted nak tengok buku before dia tido. Walaupun sekadar katalog, saya pura2 baca bedtime story kat Irfan. Contohnye, pada suatu hari ade makcik beli shower foam sebab badan dia busuk, bla bla...


Pastu tadi masa beli teether Irfan, beli sekali cloth book nie. Walaupun buku nie nampak sangat tebal cam kitab injil, tapi sebenarnya, buku nie ade 5 muka surat sahaja and harga dia nak dekat RM50. RM10 untuk 1 mukasurat. Haha!


So tadi before Irfan tido, papa Irfan bacakan Irfan buku baru dia tue. Irfan sangat excited sampai melayang2 tangan sebab buku tue sangatla striking. Pastu bukak2 jek macam2 ade binatang keluar bergayut2 dari buku tue. Owh kanggaroo pun ade dalam buku tue. Adelah anak kanggaroo dok dalam poket mak dia. Irfan sangat suke page yang kanggaroo tue. Hmmm kaum sejenis la katakan. Hahaha!

Semoga Irfan tak meragam lagi dah pasni. Mama sangat penat yer Irfan. Mama rasa dah kurus cam apam balik jek sebab sangat takde energy, walau hakikatnya body menten kuih pau. Haha! 

Honestly, saya sangat tak sabar nak habiskan bulan puasa nie. Saye tau sangat teruk statement tue. Orang lain siap nangis lagi bila Ramadhan nak habis, tapi saya tak sabar2 nak habis sebab saya sangat penaaaatttt keje+ pam+stay up jaga anak+joget2 main dengan anak. Hohoho... Tapi alhamdulillah puasa masih full, tarawikh pun masih full walau sekadar di rumah. Huhu...



4 comments:

Harteeny September 1, 2010 at 5:25 AM  

You're funny :) Hvn't get the chance to really play with Irfan. Maybe soon..

kunaz September 1, 2010 at 6:58 PM  

waaahh auntie teeny. ha tula, time jumpe ritu irfan dah mamai2 nk tdo. huhu...

[Zaza Azlan] September 4, 2010 at 6:05 AM  

naz! comelnya buku monyet. nanti nak pinjam boleh, auntie zaza nak baca hahaha. eh jomla bukak pose sama. lamanya tak borak dgn ko.

comelnya irfan, cepatnya dia membesar..kejap lagi kang lagi besar dari syaura pulak. padahal muda 2 bulan ok.

kunaz September 6, 2010 at 10:01 PM  

za! kalo nk buku monyet, kasi aku buku ladybird ko dulu. hahaha! weh aritu ms kte mkn asal aku nmpk irfan dh lg bsar dr syaura. dh xley panggil kakak syaura dh. haha

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.