2nd Anniversary Part 2

Ok, mari sambung kisah 2nd anniversary. Memang nasib baik ah, dah 3 tahun berturut2 08/08 adalah jatuh pada weekends. Memule tue tak plan sangat nak pegi Brunei since ramai gila dok cakap kat Brunei tue takde ape, which saye percaya la jugak since bersepah2 orang Brunei datang shopping kat Miri. Since dah last minit, kami taknak pegi jauh2 sangat,sebab tak properly planned kan, takut membazir. The most perfect honeymoon adalah lepas kawen tue. Memang properly planned habis ah. Siap buat research bagai. Haha!

Since tak sempat buat research ape mana nak pegi, we planned to spend our time at Empire Hotel jek. Tak plan nak berjalan and shopping sangat. Rupe2nye kan, Empire Hotel tue adalah hotel termahal di Brunei. Bilik paling murah dia adalah 400 Brunei Dollar. Kalo nak convert ke duit Malaysia silalah darab 2.3 yer. Huhu... Tapi time kitorang booked, Empire Hotel tengah ade promotion, bilik dia 190 dollar jek. And guess what, kami adalah orang terakhir yang dapat bilik promotion untuk weekend tue. Memang rezeki ah.



Me and Irfan masa on the way pegi Brunei. Romantiknye Irfan tenung mama camtu. Pastu baru perasan bile pakai instant tudung yang nie muke nampak cam makcik sket. So bile hubby u-turn nak amik skuter, saye pegi tuka pakai shawl



Yezzaa baru vogue! Hahaha! Tapi tue la, time mama tengah vogue2 ni, Irfan gi bantai tido la plak. Owh itu adalah sunglass paling besar dalam collection saya, tapi tue yang paling kuat tahan silau matahari. Panas gila okay Miri and Brunei haritu!!!

Miri-Brunei kalo drive around 40 minutes camtu jek (kalo lama pun sebab sangkut kat imegresen) Memule tue, kami ke bandar Seria, dia cam area industri Shell. Kagum gile saye tengok bersepah2 wellhead atas darat. Pastu siap sempat tengok diorang fabricate jacket and topside lagi. Hahaha nie honeymoon ke field trip. Haha! It's a good thing bile both husband and wife involve dalam industri sama (in our case is wireline, tapi tue masa saya kat old department la)

Lama gak kot pusing area Seria tue, pastu sian kat Irfan cam dah penat dah dok dalam kete, pastu kitorang terus headed to Empire Hotel. Sangat cantik okay Empire Hotel nie! Konsep dia cam ala2 Awana Kijal, tapi Awana Kijal cam more to wooden structure. Empire Hotel nie material dia cam moden2 ala2 Poket C Poket D kat UTP dulu. Haha!

Masa check in saya request 1 babycot since dalam internet cakap leh request, complementary plak tue. Sekali bile dah masuk bilik, dapat 2 queen bed rupenye. Owh bilik adalah sangat cantik. Tue kami dapat bilik yang paling murah dah tue. Bilik air dia sama besar kot dengan wet+dry kitchen saye. Kalo bilik paling mahal tatau la cemane. Huhu...

Babycot untuk Irfan yang akhirnya tak guna langsung.


Masuk2 bilik dapat 3 piring hidangan minum petang, complementary. 1 piring kuih, 1 piring cookies and 1 piring coklat. Sebenarnya, kami dah makan half baru amik gambar nie. Haha!


Benda tersembunyi. Sila cari Irfan di mana. Yer, yang kaler biru setitik tue adalah Irfan. Cam tikus jatuh dalam guni beras.


Irfan adalah sangat sejuk sejak dalam kete lagi sebab kitorang bukak aircond kuat sebab sangat panas. Sampai bilik hotel sejuk jugak, so Irfan cam terketar2. Maka hubby pakaikan Irfan sweater.

Dah warm terus meniarap atas tilam mahal. Haha!


Ini adalah pemandangan dari bilik kami. Best kan? Siap ade balcony besar lagi kat luar bilik. Huhu... We spent the whole evening dalam bilik hotel jek, main2 dengan Irfan, tengok TV, tengok pemandangan dari balkoni, makan 3 piring kuih. Haha! Laptop seme kami tinggal kat rumah. And line Celcom memang takde langsung pun. Makanya, memang kami bebetul rest tanpa gangguan lah haritu.

Bila malam menjelang, baru kami kuar. Kuar jalan2 cari makan. Memula pusing Bandar Seri Begawan dulu, tengok masjid2 diorang yang sangat super cantik. Seriusly sangat cantik di malam hari dengan lampu2 bagai.


Nie adalah masjid fevret saya. Kami tak sempat turun amik gambar sebab dah sangat lapar. Lalu jek. Banyak kot masjid kat Brunei nie, tapi saya paling suke yang nie lah. Time kitorang lalu adalah di malam hari, waaaahh sangat cantik lampu dia.

Memule ingat nak dinner dengan sushi since seme orang dok cakap sushi Brunei adalah sangat best. Tpot and Jagung pegi Brunei untuk makan sushi jek pastu balik. Tapi tuelah, since tak sempat nak buat research ape, tatau pun katne nak makan sushi tue. Last2 kitorang pegi tapau food kat pasar malam Gadong. Punyela dok hotel paling mahal, sekali dinner kat pasar malam. Hahaha!



Nie adalah short video Irfan and hubby kat pasar malam. Seronok Irfan jalan2 malam tue. Murah giler food kat Brunei okay!!! If tak convert duit Malaysia la. Kami beli 2 ekor ayam panggang full body + kuah BBQ and mushroom + nasik goreng + air = 10 dollar je okay! Owh kalo saya dok Brunei memang takyah masak dah kot. Haha!

Nie lepas balik dari pasar malam. Depan hotel ada air terjun.

Hubby and Irfan on the way nak pegi bilik hotel


Malam tue, Irfan tido sangat nyenyak okay. 1 katil besar tu dapat kat dia sorang. Saye and hubby yang besar nie terpaksa share. Punyela nyenyak dia tido sampai 9 jam straight tak bangun minum. Saya terjaga a few times nak susukan dia tapi dia tepis okay!! Berlagak siot Irfan, mementang dapat tido atas tilam mahal. Kul 4 pagi tu saya paksa gak dia minum. Pastu dia minum la, laju and kuat gile suck. Tau plak lapar. Haha!

So esok tue adalah 8 August, our anniversary date. Kami terbangun lambat, nak mandikan Irfan bagai, memang lambatla. Breakfast pun lambat. Owh btw, breakfast dia adalah sangat biasa, choice tak banyak sangat.


Before bertolak pegi breakfast

Gambar 1st after breakfast

Background bilik hotel kami


Background swimming pool and pantai

 Dekat floating restoran. Nie lagi clear kot background hotel

Irfan with mama gemok. Sob sob...
Dah penat jalan2 amik gambar, kami balik hotel balik. Rest. Sebenarnya kami lupe yang checkout adalah jam 12. Kul 11.30 tue kami rilek2 lagi berehat-rehatan atas katil. Bile dah teringat kelam kabut kemas barang nak check out. Pastu baru teringat tak amik gambar kek anniversary lagi. Pastu kelam kabut la pegi amik gambar kat balcony. Sebbaik still sempat walopun tak cun.


Sian Irfan, tengah mamai nak tido kami angkat dia untuk amik gambar. Huhu... Bila dah checkout kami pusing2 Empire Hotel one more time sambil amik2 video. Dalam Empire Hotel nie ade cinema tau tapi kami tak pegi la, Irfan tak mampu kot nak dok diam 2 jam dalam cinema. Heh. Tapi ofismate cakap popcorn dalam cinema tue paling sedap dalam dunia. Tapi dia cakap lepas kami dah balik Miri. Isk isk...

Saye tatau nape orang cakap Brunei adelah tak best and sehari jek bleh round 1 Brunei. Kitorang tak sempat okay! Empire Hotel tue pun kami tak sempat jelejah setiap inci. Bile dah balik Miri balik baru ramai yang bitau katne tempat makan best, tempat shopping best, etc. Hoho... Takpe2 lenkali pegi lagi. Memang ade plan nak bawak my whole family kat Terengganu tue pegi Brunei pun one day. Lepas nie memang kene research habis-habisan baru pegi balik. Haha!

Maka sekian sahaja kisah 2nd anniversary kitorang yang nampak cam bosan tapi sebenarnya kami sangat enjoy. Huhu... Wohh penatnye update entry nie. Tak suke tol bab2 upload gambar nih. Huhu...


9 comments:

jengae August 15, 2010 at 11:30 PM  

saya appreciate kegigihan anda Kunaz. Happy 2nd Anniversary with Irfan!!!

.::fIsYa::. August 16, 2010 at 12:07 AM  

akak,asal kalo akak honeymoon jek mesti katil ade due tiga...wahahaha...teringat akak cite mase honeymoon dulu..huhu..akak, pic irfan with mama gemok tu cun laaa... ;p

iman August 16, 2010 at 8:08 AM  

heish...nasib baik aku x termakan ajakan ko suh folo g brunei...kau nk kenakn aku duduk hotel paling mahal yer...haha!

ok fine..tuari tudung instant kau kale pepel nmpk schwet gitu. tp kali ni..bila pkai shawl..nampak vogue.... mungkin sb ada spek? ok dgn ini..jgn pulak kau pegi pkai spek itam g ofc ye...haha!

p/s: aku pose penat gile...merangkak nk g ofc

Thara August 16, 2010 at 11:05 AM  

ehhh i suka entry u kalini! bukan sahaja pasal wedding date kita sama (tak masal), tapi juga pasal kalini byk gamba! :D brunei sounds really nice. i teringin juge nak pi brunei. last time pegi dulu, dgn mak ayah. kecik je lagi time tu. 5 ke 6 tahun. nak pegi lagi! kalau i jadik pegi in the future, harus i roger u ok! :D

hasz_rushley August 16, 2010 at 8:51 PM  

aa nak tido kat empire gak!..n layan wayang kat empire theatre die..
popcorn yg juicy n syedap giler!

mmg la brunei bes..lum masuk part shoping kain lagi tu~~

RedApple August 17, 2010 at 11:45 AM  

hehehe..kunaz.me also ..spend my 4th honeymoon this year kat empire hotel. ;) sponsored by my hubby company. very the grand kan....

You should go to Jerudong Park as well...dekat jer ngan empire. nice to bring your baby boy there. ala ala genting gituw....

Brunei ni tak de pape means....they got no huge shopping complexs....tu jer.... lain2...its is nice to stay. especially with family. no traffic jem... etcc..... I been here for almost 5 years working here n rasa tamau balik dah ke kl. balik kl kejap..nak pitam kejap dengan traffic jem..hehe

nway..let me know if you re coming to Brunei again ya...!!!

RedApple August 17, 2010 at 11:50 AM  

escapade sushi is the best in Brunei. they got at kuala belait too if kunaz nak try. so dekat ckit ngna miri kan...

pop corn kat empire pun mmg terbaik. but i dont like their chair.... hahaha..tak best.... kat situ, Crown prince n wife dia yang lawa tu sgt suka tgk movie.

mizzyN August 18, 2010 at 5:51 PM  

besh besh brunei.
ai nak gi hunimun lepas raye kang.

kunaz August 22, 2010 at 10:21 PM  

tq jengga! lama ko x singgah sini.

rafi: hahaha! ha'a la akak pn br pasan. last year sampai 3 katil dpt. diorg sindir saiz bdn ktorg kottt. haha! waaa gambar lawa, tp sian kt gambar n irfan sbb ade akak yg spoil kn gamba tu. huhu...

iman: weh jom next trip gi brunei. aku dh jumpe hotel murah dh ms jln2 aritu. hahaha! kn aku dh ckp, cun jek pakai shawl tu. haha!

thara: eh hukum dia bukan harus. dh jatuh wajib tue. roger i tau!

hasz: hi hasz. ha tulaaaaaa... dh blk miri br dgr cte psl kain murahla apela. hiisss.. xpe lenkali gi lg. huhu

redapple: i siyesly lupe kt u. next time mmg i kontek u awal2 nk survey mana tmpt2 nk gi k? jd tourist guide tau nnt! yess brunei adelah sgt besss!! owh yer, btul. member ckp sushi best kt escapade dgn kaizen (tol ke ntah spell camtu) nnt nk try 2-2!

mizzyn: yes besh! sila pergi! arahan nie. haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.