Posts

Showing posts from August, 2010

Irfan Membaca

Image
Minggu lepas Irfan adalah sangat suka melalak yang tahap maximum peti suara dia boleh supply bunyi lalakan tue. Sangat tatau kenapa, tapi sangat penat nak tenangkan dia. Weekends apetah lagi. Nyaris nak bukak puasa sangat2 dah. Pernah cakap kat Za, kalo weekends rasa cam nak gi ofis jek sebab dok rumah adalah sangat penat. Hohoho...
Perut tak kembung ape. Dah cek ape yang patut di-cek seperti yang disarankan oleh akak2 ofis, ok jek seme. So cam biasa saya assume sebab Irfan beralih bulan lagi, nak masuk bulan ke-4 dah next week. Arini cuti merdeka, arini birthday hubby gak (happy birthday sayang!) so kami keluar jalan2 tak bawak Irfan. Haha! 
Pegila beli teether sesiap sebab akak ofis cakap maybe dah nak start tumbuh gigi, so nanti dia rasa tak selesa gusi gatal2, so kene beli teether nak tenangkan dia. Tapi balik2 jek tetibe Irfan dah kembali ke rupa bentuk yang asal, tak melalak ape dah arini. Sangat ajaib, rasa cam pelik lak dia tak melalak lepas seminggu rumah nie berseri dengan lal…

Jom Makeover!

Menjahit & mekap - 2 bende ini adalah aktiviti favourite saye yang teramatlah favourite. Siap boleh buat income lagi. Both saya stop temporarily sebab pregnantkan Irfan dulu. Stop mekap sebab takley bau2 cosmetic. Stop menjahit sebab mama suruh sebab mama pernah miscarriage sebab terlalu banyak menjahit (tatau ade relation ke tak actually, tapi sangat takut dengar)
Lately sangat terasa nak start buat balik 2 bende tue, malangnya takde masa. Irfan dah amik seme masa free saye. Huhu... Tapi saya memang akan slowly buat balik aktiviti fevret saya tue. Saya repeat, slowly yer, not immediately. Real slow. Hahaha!
Thus, I would like to introduce you to my new blog, yang khas untuk pasal mekap2 jek. Memule memang plan nak pakai blog nie jek, senang takyah manage banyak2 blog. Tapi since saya nak open blog tue untuk seme orang (yakni termasuk bukan pembaca blog saye), I think I better separate it into two different accounts. So nanti takdela campur aduk personal and bisnes kan. 
Maka, silala…

EBM: Lesson Learnt!

Sob sob... Nyaris histeria Jumaat lepas ok! Pagi dalam kul 6.30 saya amikla icepack dlm freezer untuk masuk2 beg untuk bawak ke ofis. Tetibe rasa icepack tu cam dah cair2, sebbaik still sejuk. Pastu tengok dalam freezer tetibe nampak botol2 EBM cam dah "berpeluh" ade bintik2 air kat botol.
Waaa sangat kaget!!!! Saye cek botol EBM tue one by one. Leceh gakla nak cek satu2 nak goyang2 botol tengok tahap kecairan dia. So ade 1 botol jek yang cair dia cam dh 30-40%, so terus bawak turun tu ke bawah and pesan kat bibik suruh habiskan susu yang tue dulu. Susu tue cair sebab dia dok paling tinggi (botol Avent yang leh stack up tu) and takde botol2 lain sebelah dia yang nak cool kan dia.
Saya syak saya tutup freezer tak rapat time nak amik ayam untuk masak sahur. Saya bangun masak dalam kul 3.30 pagi, and amik icepack kul 6.30 pagi. Means 3 jam pintu freezer tue tak rapat. Sangat tak best perasaan bile pegi keje Jumaat tue.
Sampai2 ofis jek, terus google pasal EBM. Pastu kebetulan Kak …

Pumping Challenge #6 - Puasa

Sebenarnya nak cite pumping challenge masa pegi Brunei dulu, tapi skip dululah yang tu since now seme breastfeeding mommies sibuk dok cite experience diorang breastfeed and pumping time puasa. So nak menyibuk gak, walaupun dah 2 minggu puasa, dah basi dah pun. Haha!
Ok, sebelum bulan puasa saya dah try puasa sehari, puasa ganti time awal2 pregnant dulu (morning sickness teruk dowh). Dulu kan jadual pumping saya start kul 7 pagi lepas punch card. Before pam, saya bese minum malt drinks dulu, and after pam minum air masak. So masa 1st time pam masa puasa, abih pam jek saya rasa resah. Resah sebab tak dapat nak minum air. Dah berkali2 decide nak berbuka, dari kul 7 pagi sampai kul 11 pagi, dok sibuk cakap kat ofismate nak berbuka.
Tapi akhirnya bertahan. Yang lagi best, masa lunch hour tu saya kene ke Marriot Hotel and diorang provide lunch. Saya dengan tabahnya tak berbuka puasa. Tahan sampai berbuka. Rupe2nye saiko jek lebih. Memang la agak penat dan haus each time lepas pam, tapi manag…

Yeay! Ade Internet!

Tahukah anda (haha!) selama 2 tahun saya keje kat Miri nie saye tak pernah ade internet connection kat workstation saya. Hari2 layan LAN jek untuk buat keje. Local Area Network yer korang, bukan Azlan, Roslan mahupun Mazlan. Haha! Masuk department baru nie, seme FP ade internet – bleh buat research, bleh buat online banking, bleh book tiket, etc.
Makanya saya telah apply untuk ade internet jugak. Last week akhirnya saya dah leh main internet, tapi tetibe sangat banyak keje last week so tak sempat nak buat ape pun dengan internet tue. So harini adalah hari perasmian penggunaan internet, makanya blog ini telah diupdate di ofis, tapi during lunch hour yer korang. Nie kalo boss saye tau nie, sure dia nyesal approve application saye. Haha!
Ok untuk perasmian, nak update pasal kejadian yang berlaku di ofis semalam and harini. Desktop saya hang tahap kronik and layak campak kat West Lutong (eh nape West Lutong? Haha!) Hang dari pagi start saya on computer tue sampai la saya shutdown nak balik …

Gathering of BF Mommies in Miri

Image
Hoho akhirnye berjaya tulis entry yang lama tertangguh nie. Woohh sangat takde masa nak update blog bulan pose nih. Sangat rajin beribadat sampai takde masa nak main internet. Wakaka bajet.. Saye tipu yer tue kawan2... Haha!
Ok, suatu masa dulu (lupe tarikh sbnarnye) saye telah attend 1 gathering untuk breastfeeding mommies kat Miri nie, dianjurkan oleh Kak Anne, dia berjaya susukan 2 orang anak dia lebih 2 tahun. So gathering tue kire cam sharing session ah untuk share petua.
Kak Anne adelah seorang cikgu and dia sanggup unpaid leave selama 5 tahun demi nak breastfeed anak2 dia. Besar sungguh pengorbanannya. Saye memang takkan la kan buat camtu kan, nak kene tunggu gaji hubby cecah 10k sebulan kot baru saya buat camtu. Haha! So cabaran Kak Anne kirenye putus gaji jela, tapi smooth la breastfeed journey dia. Saye turut mencari model lain untuk dijadikan contoh, yakni ibu bekerjaya sebagai engineer yang sangat hebat tapi masih mampu breastfeed anak sampai 2 tahun tanpa jeorpadize kerjay…

2nd Anniversary Part 2

Image
Ok, mari sambung kisah 2nd anniversary. Memang nasib baik ah, dah 3 tahun berturut2 08/08 adalah jatuh pada weekends. Memule tue tak plan sangat nak pegi Brunei since ramai gila dok cakap kat Brunei tue takde ape, which saye percaya la jugak since bersepah2 orang Brunei datang shopping kat Miri. Since dah last minit, kami taknak pegi jauh2 sangat,sebab tak properly planned kan, takut membazir. The most perfect honeymoon adalah lepas kawen tue. Memang properly planned habis ah. Siap buat research bagai. Haha!
Since tak sempat buat research ape mana nak pegi, we planned to spend our time at Empire Hotel jek. Tak plan nak berjalan and shopping sangat. Rupe2nye kan, Empire Hotel tue adalah hotel termahal di Brunei. Bilik paling murah dia adalah 400 Brunei Dollar. Kalo nak convert ke duit Malaysia silalah darab 2.3 yer. Huhu... Tapi time kitorang booked, Empire Hotel tengah ade promotion, bilik dia 190 dollar jek. And guess what, kami adalah orang terakhir yang dapat bilik promotion untuk w…

2nd Anniversary Part 1

Image
Tak jadi nak cite pasal gathering untuk breastfeeding mommies kat Miri tue. Later lah yang tue since now baru jek lepas transfer gambar2 masuk kamera, so nak update pasal anniversary dulu.
Like last year, both of us were so busy (and it's getting busier this year with a new life that we need to raise up) and we have so limited time to plan for a perfect anniversary. The plan to celebrate in Brunei was made just a week before our anniversary, with me and Irfan had no international passports yet during that time.
Ok let's start with the anniversary present first. Seriously, I had nothing to request since I think I'm having almost everything in life - great husband, adorable prince, comfortable home, great job, happy family, etc. I'm having a tough time to answer when hubby threw out this question "Ayang nak hadiah ape untuk anniversary?"
Then I remember one thing, I used to say that I want to start with the anti aging skincare range. I had a terrible allergy thr…

Irfan Pegi Honeymoon

Image
Hahaha! Sampai skarang if tengok gambar passport Irfan nie saya akan tergelak horror. Blur gila muke Irfan, mulut siap terlopong2 lagi. Haha! Kenapa Irfan sudah ada international passport di usia 3 bulan? Sebabnya, Irfan ikut papa and mama dia honeymoon di Brunei. Hihi... Nie baru balik dari Brunei nie.

Yes, it's 8/8/2010 today, genap 2 tahun kami bergelar suami isteri. Tahun lepas masa 1st anniversary 8/8/9, kami celebrate di Borneo Rainforest, kat Miri jek. Masa tue celebrate berdua jek. Balik honeymoon jek saye pregnant si budak Irfan nie. Hasil honeymoon tahun lepas (which is Irfan haha!) kami bawak plak honeymoon untuk tahun nie. Tapi jangan mimpi nak dapat adik lagi yer Irfan. Haha!

Oklah, nanti akan citekan pengalaman honeymoon di Empire Hotel, Brunei in next next entry. Next entry ingat nak cite pasal gathering untuk breastfeeding mommies haritu. Huhu...

To hubby, happy 2nd anniversary sayang. Moga cinta kita bertambah kukuh. Wahahaha wish takley blah. Pehal saya dah tak …

Irfan : Update Bervideo

Normally kalo malas nak taip entry orang akan buat update bergambar, tapi this time saya nak buat update bervideo. Class gitu you olllsss (pesal cam pondan?) Seme video adalah dirakam pakai henfon cap Nokia jek. Senang, leh direct upload terus ke internet untuk tatapan nenek di kampung. Eheh!

Video nie diamik ketika umur Irfan 2 bulan 3 minggu. Masa umur 25 hari Irfan dah attempted nak meniarap tapi tersangkut tangan and then lepas tue dia tak try2 dah. Give up dah kot. Nie dia try balik. Owh sila abaikan suara saya yang versi itik itu. Tue adalah suara khas untuk Irfan sahaja. Suara original sebenarnya adalah sangat anggun bergaya yer tuan puan. Hahaha!

Nie video baru amik semalam, saya tengah demam lagi time tue. Boleh tak Irfan bangun kul 1 pagi and then ajak main sampai kul 3.30 pagi. Lihatlah matanya yang fresh di pagi buta di kala mata mamanya dah sepet cam Jepun sakit mata. Seksi kan Irfan buat bunyi2 dalam video nie? Tapi nampak cam jambu la plak Irfan. Haha!

And sebenarnya ade …

Pumping Challenge #5

Harini saye MC, demam and flu yang agak teruk. Saya cakap teruk sebab dulu masa saya tengah pantang saya pun demam teruk gak tapi still kuat nak jage Irfan sorang2 time tengah demam. Harini saya jaga Irfan pagi jek, lepas gi klinik amik ubat terus out sampai ke petang. Saya memang pass jek kat bibik suh jage Irfan. Dengarla gak a few times Irfan melalak2 kat luar bilik, tapi tadi ntah nape jadi cam tak kesah langsung dengar suara Irfan melalak. Memang sangat2 tak larat.

Start nak demam Ahad pagi lagi actually. Pastu petang tue join gathering breastfeeding mommies kat rumah Kak Anne (later akan buat entry khas pasal nie). Aircond rumah Kak Anne sangat kuat, balik tue terus dah berair hidung. Seriusly rasa cam nak sumbat jek silica gel dalam hidung biar dia serap seme hingus2 tue. Haha tak senonoh.

Bila malam menjelma, flu makin teruk tapi sangat set mind nak pegi keje. The only sebab, kalo saya kat rumah, saya risau Irfan berjangkit. So biarlah saya menderita keseorangan kat ofis. So m…

Buang Tebiat

Image
Dari zaman sekolah menengah sampaila pregnant, saya adalah sangat setia dengan tudung bawal. Kalau rajin, selempang2 la sket, kalau malas, main lepas je ke bawah. Masa tengah hujung2 pregnancy dulu tetibe timbul perasaan nak ubah penampilan tudung. So, dah nekad, lepas beranak nak pakai tudung pesen lain dah bila masuk keje.
Mama cam biasalah, sangat supportive. Masa dia datang Miri, berdozen2 instant tudung yang mama borong dari Terengganu. Bila pakai rasa cam best and ade gak borong sendiri kat Miri nie. Bila dah jadi mommy nie, kalau bleh seme bende nak cepat. So dengan adanya instant tudung nie, pagi2 bersiap tue memang cepatlah. Cepat dan cun. Haha!
Ade yang cakap cun, ade yang cakap macam makcik. Hellooo!!! Tudung instant nie kalo beli yang cap murah tue memangla akan nampak macam makcik jual goreng pisang tepi jalan bila pakai. Tapi yang mama beli adalah yang sangat high quality okay! Tapi kalo dah muke cam makcik tu, pakai tudung rege RM100 pun akan nampak cam makcik la jugak ka…