Ready to Work?

Kuang kuang... Tajuk entry cam bajet je. Tapi ade tanda soal yer di belakang tue, so sila jangan ingat saya sangat bersemangat nak masuk keje. Haha! Ok actually, masih belum ready nak start keje, just ready nak pegi keje je. Hari Rabu nie dah masuk keje. Ok, di bawah adalah reasons kenapa saya dah ready nak pegi keje (pegi je ok! haha!)


Sufficient EBM Stock

Since banyak sangat entry pasal breastfeeding, saya dah buat tag baru pasal breastfeeding. Ok, sangat lega sebab target saya nak prepare EBM dah tercapai. And sejak mama datang Miri last Friday, suddenly makin meriah plak dah susu saya. Memule pelik gak, breast saya nie mengigau ke tetibe kuar susu banyak. Asyik bengkak2 jek. Paling banyak aritu pump 15 minit dapat 10oz. Before this paling tinggi 15 minit 60z.

Alhamdulillah. Mungkin sebab kekerapan pump dah on balik sejak dah berjaya tak jeles and asyik suruh bibik jaga Irfan. So ada masa nak pump. Mungkin juga sebab supplement2 yang saya makan. Thanks to Kak Cery yang introduce supplement Shaklee and thanks to sponsor Amway saya kat Ipoh yang introduce supplement Amway.

Apa2 kemungkinan pun, seme tue takkan terjadi tanpa izin Allah kan? So syukur and thankful sangat2. Bak kata Kak Anne, kemampuan breastfeeding nie datang dari Dia. So He has every right to grant and to take back that ability. So now, sangat syukur masih ada rezeki untuk breastfeed Irfan.

Now stock kat freezer ada dalam 120oz dah. Yang fridge bawah pun dah boleh dapat 20oz sehari. Cuma sekarang masalah terbesar adalah storage bottle saya dah habis. Aritu order 3 kotak botol Bumble Bee tue kat website Littlewhiz (so Iman, aku dah menjawab soklan ko pasal botol storage tu yer). 1 kotak ade 8 botol 5oz. Tak sedar dah pakai semua. Kelam kabut order lagi 2 kotak tapi tak sampai2 lagi. Sangat kelam kabut, rasa cam nak gi sedekah jek susu badan kat jiran yang baru ade baby gak. Tak pun buat minum sendiri. Kuang kuang... Nie kalo by esok tak sampai lagi memang terpaksa store dalam plastik. Alaa dah tak cantik dah nanti... Haha gedik.

Eh dah melalut. Ok, so kesimpulannya dah lega nak gi keje sebab insyaallah bekalan tue mencukupi untuk Irfan bila saya pegi keje nanti.


Effective Maid/Babysitter

Actually start last 2 weekends dah lega dah bab nie. Masa kitorang start monitor our maid jaga Irfan, akhirnya last 2 weekend baru dia berjaya hit level perfect cam yang saya nak. Bear in mind, when it comes to Irfan thingy, I would be so much fussy okay. Ade jer rasa nak tego cara maid. Padahal bukan salah ape pun, just saya nak dia buat cara saya. Hihi..

And tindakan seya membuat manual untuk maid adalah sangat berbaloi. Memang dia study habis ah manual tue (stay up gamaknye study manual. haha!) Our bibik now dah tere bab nak handle EBM. Saye explain gaya cam hebat gile, padahal awal2 struggle study dengan para bloggers yang baik hati (thanks yer)

Masa dah rasa lega tue, saya sampai siap cakap "Nie kalau mama tak datang pun dah tak kisah nie" Tapi nakla jugak mama komen sendiri kan. So seminggu lepas tue mama datang. Mama tak terkomen, dia cakap rasa cam dah cukup bagus sangat dah bibik handle Irfan yang mama rasa cam lagi bagus dari mama handle (yer ke ntah, ke cakap camtu sebab diorang besfren. Musykil.. Haha!)


New Clothes

Okay, dengan tak malunya saya mengaku yang saya masih gemuk. Nak buat cemana takde peluang nak berpantang dengan sempurna. Baju kurung muat lagi, tapi baju kemeja/blouse selai pun dah tak dapat pakai langsung okay! Especially part dada tue. Bila breastfeed baby nie, size dah naik ber-cup2, nak kancing baju memang tak sampai.

Dah berjaya beli nursing bra dengan kadar yang mencukupi. Dah berjaya beli baju2 kemeja and blouse yang saiz besar. Berjaya beli seluar and skirt labuh yang saiz besar. Down jugaklah. Orang excited shopping baju sebab dah kurus. Saye beli baju sebab makin gemuk. Woohh!

So lega dah boleh pegi keje pakai baju. Hahaha! Haihh... Owh btw, 3 hari berturut2 kot saya kuar shopping. Akhirnya berjaya kuar shopping berjam2 tanpa rasa risau Irfan kat rumah. Ade gak yang kuar shopping dengan Irfan a few times, tapi hehe standardlah, agak lecehla sket bawak newborn nie. Nak kene heret baby bag lagi, stroller lagi. Pastu asyik nak kene masuk nappy changing room sebab nak breastfeed. Pastu susah nak focus kat aktiviti membeli, jadi terfokus kat Irfan plak. So lepas2 tue heret adik bongsu saya jek teman shopping.

Ok, itu je kot 3 reason yang membuatkan saya ready nak pegi keje. Ulang suara, ready nak PEGI keje je okay! Haha! Masa dalam pantang, sangat risau pikir nak start keje. Now rasa cam belasahlah. Hidup bukan selalunye senang kan. Redah jelah.

Jumaat lepas dalam tengahari (mama sampai petang) dapat visit dari HR department. 1st time kot jumpe orang ofis dalam masa 2 bulan terperap nie. So rasa sangat seronok. Oklah, doakan saya mampu memperolehi good head start time pegi keje Rabu nie yer. Ofis baru, keje baru, boss baru, ofismate baru.. Ah redah jelaa.. Hihi...

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.