Posts

Showing posts from July, 2010

Pumping Challenges #1 - #4

Image
Since dah ade label khas untuk breastfeeding, mari memperbanyakkan entry under that label yer. Insyaallah saya akan share pengalaman2 breastfeeding dari semasa ke semasa. Under topik nie nak share segala jenis cabaran mengepam susu, tak kirelah cabaran yang kecik atau besar. 
Alhamdulillah, dah nak masuk 3 bulan and Irfan masih fully breastfeed (except for the first few days masa Irfan lahir campur dengan formula milk since saye ceaser kan). 3 more months to go to reach my baseline. Semoga diizinkan olehNya untuk sampai at least 6 bulan.

Pumping Challenge #1
1st time rasa tercabar adalah during confinement period. Sangat susah nak pam susu sebab saye berpantang sendirian di kejauhan. Boleh refer entry Postnatal Depression? untuk detailnye. Owh saya tak sangka entry itu telah mengundang rasa simpati ramai orang. Balik SKO nie ramai plak yang dok tanya pasal entry tue. Actually saye takdela stress sangat, tapi stress jugaklah. Still under control la seme bende. Alah korang bile dah ade ba…

Update Irfan & Maid

Weekend kali nie adalah sangat sangap lagi tak bermakna sebab hubby kene gi training 3 hari 2 malam start Jumaat lepas. Training kat Borneo Rainforest je actually (tempat kami 1st wedding anniversary dulu) tapi kene overnight. Makanya, hari ini dan esok saye mungkin akan mengupdate blog dengan agresif sekali. Dari semalam lagi nak update actually tapi si Irfan semalam macam anak kangaroo asyik nak melekat kat badan mama dia jek. Heh.
Nie Irfan tengah tido, maka update pertama adalah mahu bebel pasal bibik. Memula masuk keje dulu kan saya terpaksa balik rumah hari2 masa lunch hour untuk feed and tidurkan Irfan sebab dia asyik nangis jek bila duduk dengan bibik. Minggu ke-3 tu nampak macam dah okay, dah tak nangis and minum pun dah normal.
So ada 1 hari tue, saya tak balik time lunch, saya kuar beli barang nak pos kat mama. And bila balik petang after ofis hour tue, kat pagar dah dengar Irfan nangis, pastu masuk rumah tengok mata Irfan berair-air. Saya mula rasa tak best balik. Rasa sanga…

Hati Ibu

Khamis lepas telah menyaksikan kisah sedih depan mata kat parking basement kat SKO lepas balik lunch. Ade sepasang suami isteri naik sebuah motor buruk. Dah sedih kat situ satu. Isteri tu keje cleaner kat SKO, Hasben dia saye tatau la kan keje ape tapi pakai tshirt yang dah lusuh gile. Ok tue sedih yang kedua.
Masa atas motor tue, si isteri dukung anak dia, Saya assume umur anak dia baru setahun gitu. So bile dah turun motor, si isteri pass la baby tu kat hasben dia. Baby tue takmo lepas mak dia. Abih baju2 mak dia baby tu tarik sambil meraung2. Struggle mak dia nak lepaskan diri dari cengkaman anak dia tue. Saye cam alaaa siannye....
Pastu bile dah berjaya lepaskan diri, si ibu lari cepat2 pegi masuk stor. Pastu si anak nangis yang sangat high pitch 30 kaliganda lagi kuat dari suara Irfan sambil menggelupur2. Si ayah plak struggle nak tenangkan si anak. Tenang jek muke si ayah, senyum2 jek padahal satu basement tu dah pandang kat diorang. Si ayah nak masukkan si baby dalam raga motosik…

Updates of a New Working Mom

Image
Fuuhh berjaya menghabiskan seminggu kehidupan sebagai ibu bekerjaya. Haha! Baru lepas tidurkan Irfan, maka boleh update blog. Semoga dia tak bangun sampai entry nie siap di-post. Huhu...

Kerja
Ok, nak start pasal keje dulu. Alhamdulillah, so far saya suke keje saye. Tue yang penting sebagai head start. Kalau head start dah tak best, payah sketla kan. Honestly, saya sangat excited dengan keje baru nie, tapi since terlalu baru and terlalu banyak, maka rasa la kesakitan tue sket. Dia macam makanan la.. Makanan tue adalah satu keindahan, sangat best and sangat excited nak makan. Tapi bile dah longgok banyak sangat makanan depan mata, tak mampu gak nak telan seme kan. Haaa hebat tak saye nye perumpamaan? Yer mama Kunaz memang best. Haha tetibe.
Actually, bile dah finalize seme2, keje saya kat tempat baru nie, routine task saya adalah dalam 7 tasks jek, compared dengan department lama, routine task saya adalah sebanyak 13, tak termasuk adhoc task lagi yang besenye akan dapat everyday. Huhu.. S…

Irfan Meragam

It is 1 o'clock in the morning now, and here I am, in front of my tiny lappie doing the office work. Saya expect saya takkan sempat tidur malam nie, tapi alhamdulillah nampak gaya dalam sejam lagi siaplah keje saye nie. Nak buat cemane, kul 4 petang tadi baru belajar cemana nak buat, esok kul 2 petang dah dateline. Colleagues tadi seme stay kat ofis kot untuk buat mende alah nie tapi saya terpaksa balik awal today sebab Irfan.
Irfan bermasalah sket pagi semalam. Semalam adalah 1st day bibik jaga Irfan alone since mama dah balik Sabtu lepas. Masa tengah discussion kat office, suddenly dapat SMS dari bibik cakap Irfan nangis horror sampai tak kuar suara and takmo minum susu sejak saya kuar gi ofis. Tersentap jantung bace SMS tue. Last time saya feeding dia around 5.30 pagi, and bibik SMS saya dalam kul 11.30 pagi. Means 6 jam Irfan tak minum pape.
Sangat kelam kabut. Terus end kan discussion (sebbaik 1 to 1 discussion only) and pecut kete balik rumah. Sebbaik superior cuti harini and …

Apa Itu Terbaik?

Otak blur pun rajin la plak update sampai 2 entry sekaligus. Haha! Ermm selalu dengar dalam iklan2 - berilah yang terbaik untuk anak anda. Memule dengar tue takde perasaan pun. I thought it was just a plain sentence. Tapi bile dah ade baby, ayat tue adalah sangat mendalam okay.
Up to now, I'm still questioning myself. Have I given the best to Irfan? Selalu rasa cam ada bende tak lengkap and masih tercari2 lagi ape bende yang tak cukup.
Minggu pertama Irfan lahir, kami dah start bukak akaun Tabung Haji, insuran and SSPN kat Irfan sebab kami rasa itu antara items yang jatuh dalam kategori terbaik tue.
Pastu dah beli segala bagai kelengkapan lengkap dalam rumah nie untuk Irfan. Rumah dah baru, katil baru, stroller baru, etc. Pastu dah invest duit untuk amik maid untuk jage Irfan.
Pastu dah jadi sangat cerewet demi Irfan. Botol susu seme kene sterilize, kene jemur kat special drying rack, kene susun kat laci khas untuk botol2 Irfan. Mandi kene cani. Kene pakai itu, kene pakai ini. Kene b…

Still Adjusting

Saya sayang baby saya. Hahaha tetibe. Actually tadi rasa cam banyak bende nak update, nie dah dok depan komputer tetibe jadi blur. Takpe2, saye update setakat yang ingat.

Mama Dah Balik
Pagi tadi jam 10 pagi mama dah selamat berlepas balik ke Besut. Saye import mama untuk datang Miri selama seminggu khas untuk monitor cara bibik jaga Irfan. Alhamdulillah, so far seme bende berjalan lancar. Our maid sangat sayang and sangat care terhadap Irfan. Sangat hygenic. Semua tutorial saya dipatuhi dengan cemerlang. Bagus. Tapi kesian plak mama and bibik. Irfan was having a 2nd growth spurt last week, tapi alhamdulillah takla seteruk yang 1st month dulu. Now dah tenang sket menghadapi kerenah baby yang beralih bulan. Yer betul, pengalaman hands-on sendiri adalah sangat mendewasakan yer. Huhu...
Tadi kat airport mama nangis lagi. Hissss! Tak sukela. Terpaksa nangis gak. Tapi 0.5% je kot sebab ala2 dah bersedia. Haha! Last time tue tak expect mama nak nangis camtu, so saye yang belom habis pantang la…

Tumpah Susu

Sekarang adalah di auditorium SKO sebab ade engagement dengan VP Petronas. Tadi before masuk audi pegi pam dulu. Malang tidak berbau, susu tertumpah atas baju sebanyak 3oz. Nie la contoh2 takde rezeki yer kawan2. Ahh kene balik tukar baju la kot tengahari nie. Huhu...

1st Day at New Workplace

Image
Owh sangatla penat and takde masa nak update blog actually, tapi nak gak update since arini 1st day keje kat department baru selepas 2 bulan maternity leave. Sebbaik ade mama lagi now. Agak terurus sket lagi since mama yang tolong masak dinner di samping monitor bibik jaga Irfan, which is so far so good la according to her.

Persediaan Tinggalkan Irfan
Ok, dimulakan dengan aktiviti shopping 4 hari berturut2 sebelum start keje. Banyak kot nak shopping. Nak cari kemeja/blouse yang kene dengan taste kat Miri nie bukannya mudah. Lainla kat Terengganu Kelantan. Pastu shopping kasut lagi, handbag lagi, stationery lagi, teman mama shopping barang nak wat balik Semenanjung lagi. Kuar kul 10 pagi, balik rumah kul 3 petang sebab nak solat zuhur, pastu sambung shopping lagi. And ade advantage buat cani tau. Sebab saye berjaya train tinggalkan Irfan, so arini bile start keje takdelah down rindu2 kat Irfan kat ofis tue.
Dulu dah pernah dengar cerita2 mak2 yang baru habis maternity leave nie. 1st deng…

Ready to Work?

Kuang kuang... Tajuk entry cam bajet je. Tapi ade tanda soal yer di belakang tue, so sila jangan ingat saya sangat bersemangat nak masuk keje. Haha! Ok actually, masih belum ready nak start keje, just ready nak pegi keje je. Hari Rabu nie dah masuk keje. Ok, di bawah adalah reasons kenapa saya dah ready nak pegi keje (pegi je ok! haha!)

Sufficient EBM Stock
Since banyak sangat entry pasal breastfeeding, saya dah buat tag baru pasal breastfeeding. Ok, sangat lega sebab target saya nak prepare EBM dah tercapai. And sejak mama datang Miri last Friday, suddenly makin meriah plak dah susu saya. Memule pelik gak, breast saya nie mengigau ke tetibe kuar susu banyak. Asyik bengkak2 jek. Paling banyak aritu pump 15 minit dapat 10oz. Before this paling tinggi 15 minit 60z.
Alhamdulillah. Mungkin sebab kekerapan pump dah on balik sejak dah berjaya tak jeles and asyik suruh bibik jaga Irfan. So ada masa nak pump. Mungkin juga sebab supplement2 yang saya makan. Thanks to Kak Cery yang introduce supp…

EBM : Mission Accomplished!

Image
Alhamdulillah, hari ini 01/07/2010 saya dah berjaya mencapai target untuk mengumpul 100oz EBM stock dalam freezer. Syukur sebab walaupun banyak jek ujian datang dalam usaha nak kumpul stok sebanyak tue, akhirnya berjaya jugak menempuh onak duri tue. Hihi... Ayat cam baru lepas balik berperang la plak. Haha! Rezeki Irfan alhamdulillah...


So inilah stok 100oz saya. Dah buat alignment baru dah, dah susun elok2 berbaris ikut tarikh, senang nak amik nanti. Disebabkan masih banyak available space (saye assume rak tue bleh muat 300oz kot), bekas aiskrim tue dah dinaiktarafkan duduk setempat dengan EBM saye. Tapi para haiwan sekalian, korang maintain dok rak bawah yer. Janganla kecik hati, nanti korang masuk kuali gak pun. Kuang kuang... And para nugget dan sosej, sila jadi spiderman duduk kat rak pintu freezer yer. Mintak maap...
Besok mama and adik bongsu saya datang Miri. Pasni nak try pump lagi 20oz extra sebab kalo bleh hari Sabtu dah nak start practice train Irfan ikut jadual saya pegi ke…