Postnatal Depression?

Urgghh sangat takut dengan term nie. Kalau dilayan sangat perasaan, saye rasa saya memang dah terkene postnatal depression nie. Sebbaik masih kuat semangat. Oklah, mari listkan penyebab yang hampir membuat saya mengalami postnatal depression.


1) Lepas mama balik Semenanjung (after 18 hari Irfan lahir) hidup cam agak tunggang langgang sket. Dah takde orang yang bleh bergilir jaga Irfan. Kalau saya mengantuk nak mati pun terpaksa tahan gak. Husband plak dah start keje and selalu balik lambat. Memang sangat penat mengejut lepas mama balik. Masa tue plak saya kan tengah ego and jeles takmo bibik jaga Irfan. Saya cuma ada 2 bulan untuk full-time bersama Irfan, lepas tue Irfan akan banyak spend masa dengan bibik, so kalau boleh dalam 2 bulan nie saya takmo bibik masuk campur urusan saya jage Irfan. Tapi tue awal2 dulu la, now dah okay sket, akan diceritakan dalam entry khas.

2) Makan minum time pantang dah agak terabai lepas mama balik. Sebbaik ade bibik tolong masakkan, kalau tak memang mati kebulur saya time pantang. Dahla tak cukup tidur (awal2 lu Irfan suka berjaga malam), tak cukup makan plak tue.

3) Lepas mama balik, PIL datang. MIL demam masa datang sini. Saya berjangkit. Seminggu gak saya demam. Sumpah saya rasa sangat lemah time demam aritu. Bila tau saya demam, saya nangis sebab takut berjangkit dengan Irfan. Dah takde sapa nak jaga Irfan, saya jek, saya plak demam. PIL datang banyak pegi berjalan2, sampai Brunei diorang pegi ronda. Hasben follow sekali lah, tinggal saya kat rumah jaga Irfan dalam keadaan demam + tak cukup makan + tak cukup tidur. Teringat masa breastfeed Irfan saya nangis teresak2 sampai terganggu Irfan nak menyusu sebab badan saya terketar2. Saya sangat takut Irfan berjangkit demam saya, tue yang nangis2.

4) Dah takde masa nak pam susu. Bila berjaya curi masa nak pam, susu dah jadi makin sket sebab dah sangat jarang pam. Stok dalam fridge makin kurang. Sangat sedih takde orang nak jaga Irfan untuk kasi ruang saya pam. Pam Medela sangat bising, takley pam masa Irfan tengah tido.

5) Tak dapat berpantang cam orang lain. Panggil makcik mengurut tapi sekali jek. Sebabnya sangat lama dia urut. Takde sapa nak tengokkan Irfan. Plus dia urut breast sekali, abih minyak2 breast, badan pun minyak2 and berpeluh2. Memang bagus tapi sangat tak selesa sebab nak kene breastfeed Irfan. Stok kat fridge dah tak banyak so terpaksa direct breastfeed, tapi dengan keadaan berminyak camtu memang sangat tak selesa. End up sekali tue jek saya mengurut. Bila tak dapat berpantang cam orang lain, sangat rasa down. Sangat sedih tak dapat dipampered dengan urutan yang best, sangat sedih tak sempat nak berbengkung seme. Rasa diri sangat gemuk and tak attractive bila tak dapat berpantang dengan sempurna camtu

6) Sampai satu tahap saya decide nak balik Besut sambung berpantang kat sana. Tapi sangat sedih sebab mama and hubby tak kasi. Mama tak kasi sebab risau Irfan kecik sangat nak dibawak travel and exposed kat environment luar. Mama cakap better dia yang datang, tapi tetibe banyak plak halangan untuk mama datang Miri balik (contohnya tetibe nenek patah kaki kene operate masuk besi). Hubby tak kasi plak sebab dia takut dia rindu Irfan. Dia takut sunyi nanti dok rumah sorang2. Padahal saya hari2 sunyi dok jaga Irfan sorang2 kat rumah. Huhu...

7) Bila Irfan nak masuk sebulan, tetibe dia mengalami simptom beralih bulan (orang cakap laaa) di mana Irfan meragam asek nangis jek. Memang lagi double trouble and super duper penat. Lagi tak sempat pam susu. Lagi tak sempat rest. And saya handle tue sorang2 okay.

8) Pikir keje lagi. Abih cuti bersalin nanti terus masuk department baru, boss baru, ofismate baru, keje baru. Boss baru plak high expectation. Tatau nak prepare ape and memang takde masa pun nak prepare.

9) Tinggal 3 minggu je lagi nak masuk keje. Dengan keadaan camni, sempat ke saya nak buat stok EBM?


Ok cukup 9 reasons yang hampir buat saya stress sepanjang berpantang nie. Tapi ade 1 reason yang berjaya melawan 9 reasons tue. Reason itu adalah Engku Irfan Isqandar =) Rasa bahagia tengok dia makin membesar dengan sihat di bawah jagaan saya. Sangat bahagia bila tiap kali Irfan bangun tido, dia akan senyum and gelak kepuasan - cukup tidur and cukup minum. Sangat bahagia bila Irfan minum setiap titis susu saya... =)

Tadi Irfan baru berjaya cucuk untuk 1st month nye imunisasi. Irfan sangat kuat. Tak sampai seminit pun dia nangis lepas kene cucuk. Dr Chen pun teramatlah super best. Sanggup bayar mahal sket janji puas hati. Tadi before, during and after inject Irfan, Dr Chen tak putus2 bercakap2 dengan Irfan. Beratus kali dia cakap sorry to Irfan. "Sorry dear, I know it's so painful. So so sorry dear" Dr Chen dok ulang ayat tue sebelum cucuk Irfan. Lepas cucuk, Irfan meraung kejap, Dr Chen yang angkat Irfan sendiri and tenangkan Irfan. Nurse dah blah ntah ke mana dah time tue. Dr Chen keep bercakap2 dengan Irfan sambil belai2 Irfan. Irfan plak cam leh paham ape yang Dr Chen cakap.

Lepas Irfan dah senyap which is less than a minute, baru dia pass Irfan kat kitorang. Tak macam certain doctor yang just jalankan tugas dia jek then pepandai korang la cemana nak diamkan baby tue. Dr Chen nie cam "ada jiwa" sket time handle baby. Seriusly sangat suke tengok dia handle Irfan tadi, cam sorang atuk yang penyayang. Huhu...

Oklah, dah lepas satu beban. Sangat risau actually nak cucuk Irfan sebab now musim dia tengah ngamuk2. Tapi start semalam nampak dah slow down dah. Memang betul beralih bulan kot. Tapi ade gak yang cakap maybe baby tengah nak adjust clock dia. Pun logik gak sebab before this Irfan sangat berjaga malam. Tapi time musim dia ngamuk2 nie, malam dia tidur sangat nyenyak. Siang jela, dari start dia bukak mata sampai nak tutup mata malam tue dia meragam. Huhu... Tapi alhamdulillah, start harini nampak dah sangat banyak berkurangan dah ragam Irfan nie. Huhu...

10 comments:

Hida Naza June 13, 2010 at 6:58 AM  

sebelum bersalin anak first tak paham apa ke benda postnatal depression ni. maklumlah meroyan bahasa biasa2 ni ingatkan sebab apa. bila dah experience barulah faham. tu pasal saya selalu bagitau hubby. untuk legakan masalah ni adalah sokongan dan bantuan. sebab masa pantang tu badan kita tak cukup sihat lagi. letih memanjang. tenaga dah banyak habis masa push especially kalo normal delivery. kalo caesar pulak sure lah azab nak jaga stitches.
jadi 2nd one hari tu saya awal2 dah bagitau hubby expectation. alhamdulillah. jaga diri tau. mintak tolong bibik tu bengkung pun tak apa kan. mintak tolong dia panaskan tungku. lepas dah pantang memang lah tak ada masa nak buat semua tu. nak sapu slimming gel kat perut pun selalu lupa dah.

Thara June 13, 2010 at 7:21 PM  

kunaz, bila baca u punye entry ni, teringat pulak dgn my own experience masa dlm pantang dulu. mmg depressed gila2. i ni manja sket, i siap mintak my husband mintak permission dkt boss dia to work from home and ikut i berpantang dgn umah my parents dkt Penang for 3 weeks! mcm tu punya gila i dulu! haha. bila baca dugaan u ni, rasa mcm dugaan i dulu takde lah apa pon. cuma i je meroyan tak masal, just bcoz aydein dulu tu (skarang pon sama) mmg jenis yang tanak tido. kejap2 bgn kejap2 bgn. dah la tu, dia asek nak melekatttt aje. kemain lama pulak tu kalau dah start melekat, sometimes nak dkt sejam! pastu bila letak je, nangis. mmg depressed gila lah, psl tak cukup rest. masa tu, bapak mertua ke tak, i siap "flash" lagi masa nak menyusu aydein, tak kira malu ke apa dah. masa tu la sebok dok rindu nak "bersama" my hubby lah apa. seriously, mmg dah naik meroyan! until one day, my dad called me (before i balik berpantang di Penang). dia risau dgr berita psl i.

he said, "dear, ure very blessed do u realize that? look at your son. he's healthy and perfect. some mothers even had to go through worse, dgn baby tak sehat and tak sempurna sifat. ini dugaan kecil je. and everybody goes through this stage. if ur mum can bring u up all alone in United States AND finish her studies then, why cant u?"

sejak haritu, terus i tabah, and alhamdulillah, im all good since then! so remember, i know this is a very tough time, but be strong! trust me, this is JUST a phase! it will be easier soon, dont worry! one thing u must always remember ; your baby wont be a baby forever. enjoy him while u still can. :)

kunaz June 13, 2010 at 9:34 PM  

dayah, sebbaik kunaz nye recovery lps ceaser amat excellent tau. kalo tak mmg sah! konfem meroyan! haha!

so true thara. as long as baby sehat, mak lembik cam taik lembu pn dh x kesah dh, cam aritu MIL demam, kunaz demam, hubby pn demam, alhamdulillah irfan sihat walafiat x bjangkit ape. mmg syukur sgt. kalo x haruslah bertambah pnat nk angkut gi spital, nk jage lg kn. alhamdulillah. huhu.. btw, kuat nye mak u! salute! n tq a lot for the encouragement dear =)

Anonymous June 13, 2010 at 9:41 PM  

i've been following your entry. yes, if i were in your shoes, i might cry everyday. but u really shud be thankful. 1st is bcoz of ur excellent recovery (as u mentioned) and 2nd for the ability to breastfeed your baby. ms 1st baby i dulu, i x mampu nk breastfeed my baby, n it was such a massive failure in life. nie dh 2nd baby dh byk blajar dr past experience. so u really shud be thankful for being able to breastfeed. trust me, x dpt breastfeed when u really want to is so stressful!!

Iman June 14, 2010 at 10:18 AM  

Eh naz.siannye kau.gile movg aku bc entry ni.huhu.phm sgt psl x bpantang tuh.time aku ceaser dlu pn x pntg sgt sb ceaserkn.sume pn xtau nk advise ape.cma mkn nenek masak.mak aku keje.xde prime time utk jg dlm pntg.ikut dan je.recvry aku xspeedy.kn aku cite kt ko tu kn.plus 2nd operation lg.pstu ngn sarah jenis yg nangis xbenti2 blabla. Ths time i dnt xpct much lah.so the feelg gets better.cuma klo ikut xprience ceaser aku,aku urut skali dua je.twrds d end.xurut bhg perut ah.
Yg part PIL tu,i komen privately ah.huhu.tp bykkn zikir naz.time2 xsolat cmni bhy sikit.
Psl keje jgn pk lg lah sgt.Cross d bridge when u get there.hehe.aku pn sama ni.cma xtkr dept aa
susu rilek je la.kn motherhood x d measure oleh bf n normal dlivery?haha! Gunalaa avent.kn x bising.eh stau aku madela freestyle xla bisg sgt cm single pump dia.pam la kt bilik lain.xpe nnt time keje klo kerap pam dia leh tmbh susu.
Eh dh pj lak komen aku.huhu.nnt kita berusaha kurus ye.kau pkai la barut or girdle.aku dh gatall sgt nk kua shoppg n jln2 ni

kunaz June 14, 2010 at 11:19 AM  

oih iman, nape komen ko cam ko risau gile2 gaban kt aku nih? ko syg aku ek? hahaha geli x? dun wori iman, the reason i wrote this sbb aku dh bjaye overcome seme tue. sbb tu dlm entry tu aku ckp aku HAMPIR postnatal depression. smpt tkawal lg la. aku kn gagah perkasa. haha! kte kn slalu bersms n aku sentiasa ceria seadanya. hihi...

ha'a tol2, mmg sgt bguna pam avent manual tue. leh gak aku pam time irfan tdo. tp kdg2 kuar gak bunyi ngek2 dia tu. heh. n now dgn adenye baby monitor alhamdulillah lg mudah keje aku. mmg leh la pam sambil men laptop, irfan tdo dlm blk.

eh ko x pnah kuar lg ke spanjang pantang ni? aku dh shopping bape kali dh. blasah lah. baby's needs. haha!

eh aku pn ter-reply pjg jugak. haha. ok mehla sama2 kuruskn bdn time keje nnt. hihu... owh btw time kasihla yer iman kerana scara tak sengaja ko tlah mpamerkn syg ko kt aku. muahaha!


ANONYMOUS, yes2.true2. tq2. mmg bapak nye syukur ah sbb dpt breastfeed. kalo x lg stress gile gaban nyelah. i understand. 1st few days kt hospital lu mmg i x mampu nk breastfeed irfan lg, mmg rs loser gile ah. so sgt syukur dgn anugerah dpt breastfeed ni

Iman lagi June 14, 2010 at 12:34 PM  

Hahaha mengong naz.haha.tahan aku xstat masak nk bc rply ko nih.eh cop,kn mak ko kasi bioaura tu kn,apa kata
minta dia kasi premium beautiful lak.hehe! Aku tpedaya ngn iklan dia. Well u knw me

nurhasuna khalid June 16, 2010 at 4:16 PM  

sgt kasihan pd kawanku sorang neh. Aku dlu at least lepas pantang bru merasa idup tunggang langgang sbb jauh diperantauan. Tp sgt bersyukur arep sgt membantu. Dia mmg menjadi separuh dr idupku. Cheewah!
Kena kuat naz. Perjalanan masih jauh. Aku plg dahsyat penah g serah diri minta hospital admit alyaa sbb kami dah xlarat n xtahu nk buat apa masa dia 1st time demam. Penah gak g kinik nk cek alyaa demam biasa je kunun, tp bila jumpa doktor rupanya sgt kritikal sampai kena naik ambulan n bantuan oksigen utk alyaa. Uwa,xnk igt lg, aku takot n cuak nk mati time tu. Semoga kita berjaya jg dan didik anak2 sebaiknya. Be strong yek mummy irfan :)

kunaz June 16, 2010 at 10:17 PM  

iman, mak aku bkn dealer la. dia pn bli dr kwn dia. tp nnt aku tanye dia tau pape x psl bende alah tu. eiii jhtnye ko, cam budak2 mntk brg dgn mak. haha!

owh suna, alyaa sakit apekah sampai kene naik ambulans bagai? kene get ready gak in case. yela kan, 1st time mother, byk tatau ble baby meragam. tu yg kunaz trus pegi child specialist instead of klinik biasa. nk rs secure sbb kte byk tatau. huhu...

nurhasuna khalid June 18, 2010 at 12:08 AM  

gi jek specialist....ing cover kan...lg lah tak dak reason utk dapatkan special treatment :)
tp leceh nak amik gl bagai...kitaorang byk bayar sendiri konon nak claim balik, tp asik tertangguh jek...tak kisah lah, janji yg terbaik utk anak kan...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.