Irfan Dah Sebulan


Irfan genap 1 bulan semalam. Nie gambar time nak bawak Irfan pegi hospital nak buat suntikan. Makin bulat dah... Kami pegi MCMC (tempat saya buat treatment bahu and kaki dulu) untuk cucuk Irfan. Kat MCMC tue ade child specialist nama Dr Chen. Ramai gak peeps cakap doctor tu sangat best. Actually bleh pegi klinik panel biasa jek untuk cucuk, free lagi tue, tapi ntah rasa nak gi buat dengan child specialist. Plus hari Sabtu klinik panel akan bersepah2 orang.

Sekali kan, kami tak dapat cucuk Irfan haritu. Dr Chen suruh treat masalah muntah2 Irfan dulu. Irfan memang selalu muntah susu (hari2 kot) even dah selalu burp-kan dia lepas feeding. Kadang2 siap muntah ikut hidung lagi. Hari yang kami nak pegi bawak Irfan cucuk tue, suddenly Irfan muntah almost 15 kali pagi tue, thru mulut dan hidung. So Dr Chen suh setelkan problem nie dulu sebab nanti kalau cucuk, lagi teruk muntah dia.


Nie ubat yang Dr Chen kasi. Sian anak mama, kecik2 dah kene makan ubat. Tapi Irfan sangat bagus. He's doing well in finishing the medications. Takde pun nak reject ubat tue, telan dengan rela hati. Huhu...  1 untuk tahan muntah, 1 untuk train organ ape ntah. Dia cam SSD (side sliding door - ini bahasa wireline yer tuan puan) yang berfungsi untuk bukak tutup. So ade possibility organ tue tak function bebetul, so bila minum susu, susu tue u-turn balik keluar. So, ubat tue untuk train organ tue untuk bukak tutup dengan betul so that susu tak naik keluar.

1 lagi possiblity adalah sebab kencing kotor. So Dr Chen kasi botol untuk amik urine Irfan untuk buat test. Korang bayangkan la nak amik urine baby cemane. Pening kitorang mikir cane nak buat. Memang kene buat time Irfan tidur sebab kalo time dia sedar, kaki dia suke terajang sana sini. So malam tue dalam kul 11 malam kami kejutkan Irfan untuk minum susu. Kami bukak pampers dia, balut dengan kain and then bottlefeed dia. Hubby standby pegang botol kat bawah tuut Irfan untuk tadah air kencing.

Dah abih minum, Irfan sambung tido atas pangkuan saya. Penat kami tunggu bila Irfan nak kencing nie. End up, sampai sejam saya pangku Irfan, dia tak kencing2. Lenguh abih urat saraf pikul Irfan yang dah 4.5kg tue sampai sejam. Dalam masa sejam tue, bape kali kami tersengguk2 mengantuk. Pastu saya dah tak larat, mintak tukar shift, hubby plak pangku Irfan. Tengah2 hubby nak betulkan posisi Irfan tue, tetibe dia kencing. Waaa terlepas! Mangkuk hayun sungguh. Sempat gak tadah sket, tapi sket sangat, bape titik jek. Huhu...

Pagi nie kami try teknik lain plak. Lepas mandikan Irfan, saya bottlefeed Irfan tanpa pakaikan baju lagi kat dia. Balut dengan towel jek. Hubby standby dengan botol urine. Belum sempat abih sebotol susu tue, dia kencing. Yeayyy!!! Penuh botol urine tue. Tapi malang, Irfan berak sekali. Maka habislah baju saya ditimpa najis Irfan. Isk isk... Besok baru nak hantar urine sample Irfan tue kat MCMC.




Owh btw, lepas balik dari MCMC, kami singgah Bintang Plaza untuk beli baby monitor. So nie adalah 1st time Irfan keluar bersiar2 di shopping complex bersama papa dan mamanya. Hihi... 




Owh baby monitor adalah sangat best. Baby and parents 3-3 dapat tidur dengan lebih nyenyak. Hihi... Before this saya tido siap pakai spek lagi sebab selalu bangun nak jeling Irfan cane. Now takyah dah. Nak update blog pun senang, nak tengok TV pun senang, nak mandi, masak, etc. seme dah makin senang. Takyah nak conscious2 gi jenguk Irfan selalu. Heret jek baby monitor tue ke memane. Irfan bernafas pun bleh dengar. So akan perlu berlari2 hanya bila dengar Irfan menangis sahaja. Huhu...


Perkembangan Irfan

Saya terbaca article pasal baby nye milestone kat babycenter. Bleh refer here. Kalo ikut chart nie, perkembangan Irfan dah agak advanced. Huhu... Lahir2 jek leher Irfan dah kuat. Dah leh angkat kepala sesuka hati. Mungkin sebab posisi songsang dia (head up) kot kan? Huhu...

Pastu dalam seminggu camtu dah pandai menendang. Time nak burp or mandikan Irfan, pantang jek tapak kaki cecah bumi, terus dia tujah melompat. Haiihhh anakku...


Pastu hari ke-25 dah struggle nak try meniarap. Nie video yang Piju buat. Sila abaikan gambar Piju di hujung video itu. Dia memang gila glemer. Haha! Kesudahan video tue adalah Irfan mengamuk2 sebab tak berjaya meniarap. Tersangkut tangan kiri jek. Last2 saya angkat dia, tak sanggup tengok dia struggle sambil ngamuk camtu. Haha! Tapi lepas tue dia dah tak try2 meniarap dah. Serik dah kot. Haha! Oklah nanti sambung lagi. Daaa....

2 comments:

~lalala~ June 6, 2010 at 10:05 PM  

hepi 1 bulan besday irfan! wheu wheu!

kunaz June 9, 2010 at 3:07 PM  

macey auntie intan. miaauu

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.