Breastfeeding Part 2

Sebelum sambung lupe plak nak cerita perasaan masa memula breastfeed, which is 2nd day lepas beranak. Sangat kelakar okay. Rasa geli ngilu2 gitu. Sampai terangkat2 dua belah kaki time Irfan tengah menyedut. Mama gelak gila tengok saya camtu. Huhu...

Ok sambung. So hari ke-4 yang masa Irfan kene bawak gi letak bawah lampu, dalam tengah hari camtu baru saya start pakai pump Medela Freestyle tue. Pump sejam lebih okay, baru dapat 1 oz jek.


Nie la hasil perahan pertama. Still colostrum lagi. Nurse cakap walaupun sket tapi dah cukup untuk Irfan since colostrum nie kandungan antibodi dia paling tinggi. Lepas dapat 1 oz nie, penat kemain! Rasa cam baru lepas meneran beranak. Pastu lapar and haus tak hengat! Makan roti berkeping2 and minum milo bergelas2. Mama gelak lagi. Mama cakap standard tue 1st time nak start breastfeeding memang akan jadi penat, haus and lapar yang horror.

Since Irfan kene minum 2 jam sekali, saya cam ade a few minutes je masa rehat kat wad tue. Kene selalu pump. Ok let say last Irfan minum kul 1 petang. Kul 3 dia kene minum lagi, which means cikai2 pun kul 1.45 petang saya dah kene start pump. If start lambat, tak cukup since susu tak banyak lagi. First day pumping la katakan.

Kadang2 saya tertido sebab penat sangat. Bila dah bangun, kelam kabut pump. Kadang2 memang tak sampai pun 1 oz tapi kasi jugak nurse, at least Irfan merasa susu ibu for each session. Plus time tue tengah musim colostrum lagi, sket pun takpelah janji berkhasiat.

Since susu masih sket, saya jadi tersangat kedekut. Susu yang melekat2 kat corong pump saya akan ketuk2 sampai seme masuk botol. Hihi... Mama and hubby lak standby tunggu susu siap nak hantar kat nurse. A few minutes sebelum feeding time Irfan, diorang akan lari2 gi kasi susu yang saya pump tu kat nurse. Lepas dah hantar, mama balik wad and cepat2 bancuh milo panas untuk saya and urut2 saya yang kepenatan. Rest kejap before start pumping balik.

Begitulah aktiviti saya start dari tengahari hari ke-4 tue sampai la check out dari spital (hari ke-6). Huhu... Sangatla restless. Dr Mattu datang pun ade cakap "Working hard for the baby ya?" Huhu...  Owh lupe nak bitau. Punyela penat pump kan, sampai saya pitam2, leh nampak bintang2. Saye ingatkan dalam kartun jek ade kuar bintang2 time pening, sekali dah alami sendiri. Memang nampak bintang berkelip2 ok sebab sangat penat pump. Huhu...

Seriusly sangat terharu dengan support hubby, mama and nurse Col.Asia. Ade sorang nurse tue, siap order bubur khas untuk saya untuk banyakkan susu badan. Seriusly sangat penat pump susu sejam sekali. Saya bitau mama, saya rasa cam bangla petrol station dah. Petrol station yang open 24 jam, takde masa nak tutup kedai. Huhu...

Esok tue hari ke-5, bangun tido tetibe rasa breast besar and keras gila. Tengah struggle nak bangun, tetibe rasa baju dah basah2. Dah leaking dah. I was like "Alaaa leaking... dah rugi bape oz nie" Masa tue memang gila kedekut lagi. Nak nangis tengok susu terbazir camtu. Nak mati tau pump nak dapat susu berharga nie, sekali leaking. Sedih. Haha!

Alhamdulillahla, usaha gigih saya mengepam tak ingat dunia tue dah membuahkan hasil. In less than 24 hours, breast saya dah start engorged mintak dipam. Pastu bila pump, still dapat 1 oz tapi duration dah makin pendek, dari sejam lebih ke 30-40 minit camtu. Sangat happy dengan progress tue.

Lagi happy bila nurse bawak result, reading Irfan turun dari 15.7 ke 12.2 dalam 1 malam je. Terus lagi bersemangat nak pump. Owh lupe lagi nak bitau. Irfan should minum 2 oz - 1 oz susu ibu and 1 oz lagi topup dengan susu formula tapi nurse cakap banyak kali gak Irfan kenyang lepas minum susu ibu tu jek. Dia rejek susu formula tue. =)

Hari ke-5 tue still colostrum yang keluar. Cam biasa, bekerja keras dengan hubby and mama untuk bekalkan Irfan dengan susu ibu. Esok tue hari ke-6 reading Irfan turun 11 and terus leh discharge. Alhamdulillah. And colostrum saya pun habis hari ke-6 tue jugak. Lepas tue susu dah jadi putih cam biasa dah.


Exclusive Breastfeeding

Masa nak bawak Irfan balik rumah, nurse pesan suruh keep feeding Irfan tiap 2 jam sebanyak 2 oz sebab reading 11 tue takdela cantik sangat. Cam borderline jek. Bleh naik bila2 masa kalau Irfan dehydrated. And sebaik2nya feed dia dengan susu ibu lah.

So balik rumah tue memang terus buat stok. Mama plak sibuk gi mintak petua sana-sini, pastu sibuk gi pasar beli segala jenis bahan yang orang cakap leh tambahkan susu badan. Pastu mama akan bergilir dengan hubby untuk jaga Irfan time saya pump.

Saya sangat takut Irfan dehydrated. Saya tak konfiden nak direct breastfeed Irfan, takut tak cukup 2 oz cam yang nurse pesan. So, untuk rasa secure, saya pump and store susu badan saya dalam botol 2 oz. Memang nurse ade pesan kalo bleh jangan introduce puting botol lagi kat baby before dia reaches at least 1 month.

Tapi saya sangat tak konfiden. Direct breastfeed nie bukan boleh sukat amount yang baby minum. So kitorang decide nak botttlefeed jek Irfan. For storage, saya ade beli storage bottle 2 oz dari website Mom's Little One. 1 paket dapat 10 botol. Agak senang guna sebab lepas bawak kuar dari fridge, just bukak sealing disc dari penutup dia and then gantikan sealing disc tue dengan puting jek then terus dapat feed Irfan. Takyah nak tukar2 botol lain dah.

Alhamdulillah, murah rezeki Irfan dalam sehari saya dapat simpan 10 botol 2 oz dalam fridge, means total adalah dalam 20 oz. Tapi actually 20 oz tue adalah cukup2 makan jek buat Irfan. Memang tak dapat nak buat stok untuk esok hari, cukup2 makan untuk hari tue jek. Bak kata orang tua, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Huhu...

Masa nak checkout ade dapat goody bag. Dapat beg galas dari Frisolac. Dalam bag tue ade pampers Huggies, baby wipes and 1 tin susu formula Frisolac. Susu tue la yang buat standby if bekalan susu badan tak cukup. Tapi alhamdulillahla susu tue cantik elok je tersimpan dalam almari so far, left untouched.


Nipple Confusion

Since terlalu kerap bottlefeed Irfan, Irfan dah mengalami nipple confusion. Dia dah tak kenal dah nipple mama dia. Dulu, each time letak kat breast jek terus dia "tangkap" nipple and sedut. Lepas dok ajar dia bottlefeed, dia dah takmo direct breastfeed langsung dah. Letak kat dada jek dia nangis, reject and siap buat muka lagi. Sangat sedih...

Lupe nak cakap, puting yang kami guna untuk bottlefeed Irfan adalah puting murahan jek, cap Pureen ke Anakku ntah, lupe dah. Tapi RM10 leh dapat 3 pcs. Huhu... Puting tue lubang dia cam besar sket, so bila Irfan minum dia cam takyah sedut banyak, tunggu susu mengalir keluar and telan jek. Sebab tue bila nak direct breastfeed Irfan reject, sebab direct breastfeed kene ade effort sket untuk minum.

Sangat sedih bila jadi cani. Ngadu kat mama yang saya kecik hati dengan Irfan. Mangkuk kan saya kecik hati dengan baby umur seminggu. Huhu... Tapi seriusly sedih, walaupun saya tahu yang Irfan minum tue pun still susu dari badan saya gak. Tapi sedih gaklaaaa okay!!

Mama cam biasa, sangat supportive. 1st step kitorang buat untuk train Irfan balik adalah dengan spoonfeedd Irfan balik. Mama yang spoonfeed kan Irfan. Memang duration untuk habiskan susu tue jadi sangat panjanglah, bleh sampai 15 minit baru habis 2 oz susu tue. Tue pun banyak yang tumpah2 sebab Irfan cam dah lupe gak minum pakai sudu cemane.

So lepas a few session try spoonfeed Irfan, kitorang try letak Irfan kat dada balik untuk direct breastfeed. Berhasil sket tapi meragam gak ah Irfan. 2nd step plak, saya tetibe teringat masa beli bottle sterilizer Avent dulu ade dapat percuma a few botol susu Avent. Puting botol susu Avent tue besar and dia cam ikut nipple nye bentuk.

So lepas2 tue, bottlefeed Irfan pakai Avent nye botol plak. Alhamdulillah this time menjadi. Puting Avent tue agak keras sket, so Irfan kene ade effort nak menyedut. Struggle gak memula dia nak belajar sedut pastu okay. And pastu bila try direct breastfeed, dah dapat!!!! Alhamdulillah.

Esok tue plak hubby gi belikan botol Tommee Tippee plak. Now memang Irfan dah bleh switch between direct breastfeed dengan bottlefeed anytime jek. Alhamdulillah. Tapi sekarang Irfan dah lagi suka direct breastfeed plak. Kadang2 dia buat perangai manja saje nak menempek kat breast baru leh tido. Kalo tak dia nangis2 jek. Huhu...

Since Irfan dah tak kuning, saya dah tak feed dia every 2 hours dah, feed ikut demand dia jek. Tapi kalo dia tido lebih 3-4 jam memang kami kejutkan dia gak untuk kasi minum. Lega sket tak payah pump kerap sangat since mama pun dah balik and hubby plak siang gi keje, which means tinggal saya jek yang nak jaga Irfan. Memang tak cukup masa if nak pump kerap2.


Breast Pump

Seperti yang ramai tahu saya pakai Medela Freestyle. Sangat membantu la alhamdulillah. Banyak kali gak saya update blog sambil ngepam sebab dia bleh pam secara handsfree, takyah nak pegang2.  Makin lama pump memang makin banyak susu keluar.

Ade 1 day tue saya berjaya buat stok dalam fridge untuk 2 hari terus. Ade hikmah sebab tetibe esok tue saya demam, jangkit dengan mak mertua. Memang sangat perlu  buat stok susu awal2 in case terjadi mende2 cani kan?

Tapi susu saya belum la tahap melimpah ruah lagi. So far best achievement saya hanyalah 6 oz dalam masa 15 minit dengan menggunakan Medela Freestyle tue.

Tadi kami pegi hantar parents in law gi airport. Balik tue singgah kedai baby and saya beli 1 pam manual brand Avent. Sebab motor Medela tue sangat bising bunyinya, cam bunyi badak berdengkur. Saya cam nak 1 manual pump as a backup in case bateri motor Medela habis or takde electric outlet time nak pump.

Memula confuse either nak amik Medela Harmony or Avent. Kalau amik Medela kene order online, nak tunggu2 lagi. So saya beli jek Avent tadi. And guess what!!!!!!!!! Susu saya lagi banyak keluar bila pakai pam Avent tuuueee!!!!!!! Tadi masa testing, saya test 10-15 minit jek senang2 jek dapat 4 oz sebelah breast jek.  Tue pun saya ada stop2 sket sebab lenguh tangan.

Yang Medela tue 6 oz 15 mins tue double pumping tau, which means pam 2 belah breast sekali. Hubby cam sindir2 pam rege RM200 plus leh pam lagi banyak compared to pam yang rege 1k plus. Damn! Huhu...


Handling the Breast Milk

Saya belum start buat stok untuk future lagi, so far buat stok untuk short-term jek, which means saya baru start pakai fridge (bawah) untuk store EBM nie. Belum tahap pakai freezer lagi. Plus tak berapa pandai jugak lagi bab2 storage nie. Tak sempat belajar bebetul. Heh. So kalo ade expert yang bace entry nie, hope dapat assist saya menjawab soklan2 berikut:

1) EBM yang kita store kat peti bawah (fridge) actually tahan berapa hari? Ade terbaca tulis 48 hours, ade yang cakap 4-5 days.

2) So far saya store EBM dalam chiller compartment - peti bawah, rak paling atas. Dia ada pintu lutsinar tue. Memang compartment nie saya reserve untuk store EBM jek. So dalam compartment nie berapa lama dia tahan ek? Normally orang store peti bawah yang kat open shelve jek, ni special compartment yang ada pintu khas and compartment nie dok bbetul bawah freezer (peti atas)

3) EBM yang kite simpan kat peti bawah tue, once dah bawak kuar untuk guna, if baby tak habis minum cemane nak handle dia? Discard trus ke? Ade yang cakap still leh gune for next feeding. Ade yang cakap leh gune lagi within 1 hour. Ade yang cakap trus kene discard.

Oklah, since belum penah store dalam freezer lagi, soklan hanyalah berkisar pada simpanan peti bawah jek. Tapi plan dah nak start buat stok dah next week. Appreciate sangat if korang ade link2 blog/website yang best and senang paham pasal EBM storage nie, share la dengan saya k? Saya budak baru belajar, tapi malas nak buat research lelebih, terpaksa amik shortcut. Irfan nie haa nak manje2 dengan mama dia 24 jam. Hehe alasan...



19 comments:

f a i z a h 's June 1, 2010 at 7:22 PM  

nk fully-bf ni mmg byk cabarannya... kunaz kiranya susu bdn byk tuh... faizah gna medela harmony manual breastpump pn dpt skit je... tp alhamdulillah, aisya xdak nipple confusion... bottlefeeding pn ok, breastfeeding pn dia ok...skrg ni nipple lak melecet...salah teknik latch kot...maklumlah blaja sndiri...xdak org ajarkan...baca2 kt tenet je sket2...so nk meng'pump da tentu azab giler...huhu..so da 2hari xpump...direk je kt aisya... tuhpn terpaksa menaham kesakitan...huk3...

kunaz June 1, 2010 at 7:29 PM  

faizah try pakai nipple shield ke? dia cam getah ltak kt nipple. kurang sket kot sakit time baby suck. kunaz ade bli aritu ms irfan tgh nipple confusion, kot2 bila rs nipple cam puting botol dia nak hisap tp x smpt pakai dia dh pandai.

medela harmony ok x? kunaz still tkjut ni pump manual avent yg kunaz br bli lg leh kuarkn lbih byk susu bbanding medela freestyle. n x sakit. medela freestyle sakit sket time ngepam. sampai kunaz terpk nk bli aven double electric plak 1 set, tp xkn la kot. mbazir jek. huhu...

kalo ade member2 yg ade different breastpump maybe leh try test kn tgk mane yg lg ssuai. tp cam haper jek share breastpump. huhu

beluncas June 1, 2010 at 8:46 PM  

salam kak kunaz. ni stalker tetap blog nih, hehe, sgt happy baca pasal breastfeeding nih, alhamdulillah nmpk mcm berjalan lancar.

kalau saya dulu, kt peti ais bawah tu, paling lama pun saya tetapkan 4 ari. kot2 takut saya terlupa, mana yg da lama perah, mana yg baru 1 ari perah, saya labelkan.

label pun senang. da pas perah, saya simpan dalam bekas dadih tu, tutup, pashtu tampalkan salotape putih, and tulis tarikh kt salotape tuh (eg 1hb june, meaning kalau da 4 june nanti, saya utamakan habiskan susu ni dulu).

saya x susu kan lama baby, 2 bulan then da stop. arap2 irfan dapat susu mama dia lama sket! =) tapi nanti kalau dia da besa2 sket, akak2 kt opis pesan, siang bagi la pun susu formula, tapi bila malam2, bagi susu ibu pulak. yang penting, at least dia ade dapat susu ibu ari2.

btw, ni bini nasir. keta kitorang tu x tau la bila nak amik. kene tunggu nasir balik jugak. abah da meninggal semalam..insyaAllah next week baru dpt gerak ke miri and ambil kereta. mntak maap sgt2.

-jamie-

Anonymous June 1, 2010 at 8:56 PM  

mgkn blog ni blh mbantu sket sbyk..:) http://www.viruspadu.com/search/label/Breast%20Feed

kunaz June 1, 2010 at 9:03 PM  

astaghfirullah. innalillah... sebbaik nasir smpt blk kn. jumpe dia kt airport aritu, tatau pn psl bapak dia sakit. ms otw blk br abg zakuan cte. rezeki dia still dpt tiket yg last unit tu kn walopn gamble jek drive dr bintulu cari tiket.

eh psl kete tu jgn risau. ok jek tinggal lama2 pn, ktorg x kesah. paking ktorang bsar. nk paking motobot pn bleh. so mmg x mengganggu langsung.

nnt kem slm kt nasir ek. ckp takziah n take care. n thanks a lot psl tips breastfeeding tu k? eh btw slmt bkenalan. dulu pn dh ade tinggal2 komen kn? nnt k.kunaz link jamie skali

kunaz June 1, 2010 at 9:06 PM  

eh ttinggal plak nk bls yg anonymous. wah thanks a lot dearie! nnt kunaz msk sana =)

beluncas June 1, 2010 at 10:10 PM  

tu la, seb bek dpt tiket masa tuh. saspen gak kot2 da penat drive skali tiket x de.

blog saya kt beluncas.wordpress.com. tapi updet ikut sesedap rasa aneka selera. sungguh x komited =)

nurhasuna khalid June 1, 2010 at 10:20 PM  

wah wah semangat nyer u!
Kalo baca kat byk2 tempat, mmg mcm2 petua setiap orang guna utk ebm storage. Aku nyer style, kalo was-was, aku rasa susu tu...memang tak sedap, heran mcm mana anak aku suka jek...huhu~ So far tak penah lg jumpa susu ibu itu basi, rasa maintain ja mcm baru pas perah.

Aku nih jenis kedekut sket, so aku simpan paling lama susu kat ruang biasa peti (tmpt letak segala kicap2, air oren, susu dutch lady, coklat bar etc) max 7hari! Tp normal 5 hari, kalo hari ke6-7 tu mmg aku rasa betol2 dulu susu tu. Kalo kat tmpt sejuk beku tmpt letak daging, ikan etc tu, aku simpan plg lama 3bulan. Tapi Alyaa tak minum susu yg beku dicairkan, dia nak yg tak beku lg jek...sabau je la aku kena buat stok fresh jek, ada stok pun utk seminggu jek....mmg kena kerja keras, offshore or outstation mmg akan skip lah...hehe.

Tapi tu semua mampu bertahan setakat bulan lepas ja (aku start kena top up FM masa dia 7mths) sbb tak sempat nak pam kat opis(sob sob)....sejak bulan lepas keje byk mcm nak putus leher, dahtu freestyle aku lak ada prob, terpaksa guna manual, so takes time, last2 tak sempat nak pam langsung kat opis...adeh (ko jgn contohi aku tau)...skrang tgh struggle nak byk kan balik susu utk stok~

weh, camne ko buat guna avent lg byk? aku pam 15minit sebelah dpt 2oz jek, lenguh giler tu pun....kalo medela 15 minit tu dah bole 10oz...kecewa arrr tak reti guna avent manual....terpaksa guna tangan gak utk kosongkan breast.

Medela aku skrang nih mcm tak best sgt sbb bila pam lama2 susu mcm dah tak kuar, tp bila continue guna tangan, memancut2 lagi....agaknya aku guna lasak sgt kot sepanjang 8mths neh....

Oh ya, kalo susu tak abis, aku simpan balik, tp before bg Alyaa, aku rasa dulu, kalo ok aku bg jek~ Susu ibu insyaAllah susah sket nak rosak :)

Semangat kunaz utk Irfan!

[Zaza Azlan] June 2, 2010 at 3:15 AM  

untuk soklan ko, ikut pengalaman aku yang cetek ni, aku mengamalkan tips breastfeed yang paling optimize la, tak minimum, tak maximum.

kat refrigerator bahagian bertutup bawah tu, aku simpan max 3 hari. ni pun sebab kes terlupa letak kat freezer. ok selamat je. babysitter ai akan bau dulu b4 bagi syaura.

kat freezer, aku target max 3 bulan. tapi sekarang aku pastikan max 1 bulan, sebab kalau boleh nak la syaura dapat susu fresh.

lepas minum susu, kalau tak habis within 1 jam, aku buang. sebab masa minum tu takut air liur baby yang ada bakteria tu melekat la..

so setiap hari akan hantar 3 botol susu fresh 3 oz, 1 botol susu beku 3 oz ke baby sitter.

hasil lebihan perah semalam akan simpan terus ke tempat beku. ayam ikan itik semua terpaksa mengalah duduk kat pintu peti ais je.

oh tamat dah cerita aku.

Iman June 2, 2010 at 1:53 PM  

Haha wah maveles a sumeorg.aku pulak nyusu sarah dulu lama gak aa.ful bfeed smpai staun lbh.xaci sb stat keje lps dia 6mos.tp pastu aku pam.so stat cmpo time dia setaun lbh.bekos dh mls nk pam byk kali.so yg xcukup tu suh topap je.aku pam arini,esk ks nursery.wt cmtu smpai la preg lg bru aku stop pam.

Oo tp aku xsmpn kt peti ais bwh.salu dirct g freezr.spy thn lama.xde lak aku cek susu tu basi ke ape.cma klo aku,freezr 3mos.peti bwh,aku ks 2 3 arije.lebih xhbs minum,buang.sb room temp xthn lama sgt. Lps thaw susu xleh refreeze blk.so biasa smpn ikut 1servg ah.

Ni utk ahmad asek engorgrd je aku dh penuh peti ais.huhu.so nnt keja kna ks yg dh pam awl2 ni ah. Time jondis pnya pam pn ada lg.huhu.

Btw time sarah aku gna avent manual sb xde duit bli pam mhl plus aku dh test try prior to buyg yg tu.so bthn smpi benti bfeed.dh lama valve dia haus so bli sparepart.skali ks org pnjm dia g hilangkn valve tuh.jd xleh pam.so utk ahmad aku bli madela harmonic.sb kwn aku bli yg oto rosak jd dia kna resolve kt mnual pam.so aku yg semulajd kedekut ni xbli a pam oto mahal tu.huhu.xbli avnt sb sj nk try lain.so fa ok

hehe sekian

Iman lagi June 2, 2010 at 1:56 PM  

Eh jap2 utk cracked nipple xyah susah2. Picit ks kua susu tu. Sapu kn kt nipple n areola. Ks kering baru tutup ngn baju. Tu ubt yg paling cpt n mujarab. Nature cures. Ahx. Sb tu org kata kalo bby nyusu nnt cpt baik. Basically sb dia berendam ngn susu dlm mulut bby tu time dia nyusu. O yeah sakit gile i know.

SuRiaHaZNi June 2, 2010 at 3:25 PM  

heheh gudluck kunaz..sy hanya berjaya exclusive bfeed aleesya(my daughter) for 10months only..huhu pastu terpksa top up fm sbb stok xcukup..plus semakin lama semakin mls nk pam..sy just pakai spectra3 je..alhamdulillah byk berjasa smpi skang..hehe skang ni pun kalo kt nursery aleesya minum 4ozx3 ebm and 4oz fm..fm tu pun kdg2 xterusik sbb dia minum 12oz ebm je..

psl storage ebm lak ..dulu sy byk refer kt web ni je...org ni kaunselor laktasi ...
try la ek...
http://www.diyaluna.com/diary/
www.susuibu.com

erm..ape lg ek..huhu kalo ade pape nk tny,tny la..kita share2 info..walaupun sy hny berpengalaman exclusive bf hnya 10months je...mungkin insyaAllah dpt membantu..

happy breastfeed irfan yg comel!!

kunaz June 2, 2010 at 8:47 PM  

waaaa terharuuu!!! yes, seme org adalah sgt maveles. thanks2. huhu...

beluncas, ok nnt akak visit n link kn ur blog k?

suna, 15min dpt 10oz? wallaweih ko guna level bape motor freestyle tu? aku plg tinggi pakai level 6 jek. takut tercabut nipple. haha! btw yg avent manual tue aku pn tatau cane jd byk. aku rs breast ni pandai pilih pam ah. kene slalu trial n error. huhu...cube ko cek bbtul getah petal massager kt corong pam tu. kdg2 dia loose so pam jd slow.

za, thanks. muat ke ayam itik ko letak kt pintu? eh btw kalo stok ebm kte ltak kt rak pintu peti beku tu sama ke ketahanan dia? still 3 months ke? ade org ckp if ltak kt pintu dia akan jd thn 1 bln jek. sape2 yg tau sile jwb skali yer.

iman, mak aih. aku award ko kilang susu terbaik ah. stok jaundice still ade till now? aku nk meninggal dunia pam time irfan jaundice lu, ko siap ade extra lg. haha! ha'a aku pn tatau cemane bau susu ebm yg basi cane. once again, sape2 yg tau sile jwb skali yer. owh btw, since ko dh pakai avent n harmony, mane lg best antara 2 tu? btw, yes, nurse pn ajar suh ltak susu ibu. even if ade luka2 kecik kt bdn pn dia ckp leh sapu susu ibu. huhu...

suria, thanks2! dpt breastfeed till 6 month tu dh cukup bagus dh kunaz rs. kunaz nk aim 6 bln je lu, if ade rezeki bleh la try sampai 1-2 thn. takut aim tinggi2 kecewa nnt. tp will keep on trying jugak. ok sure. nnt ade soklan kunaz tanye. tp soklan2 kt atas (komen utk zaza n iman) tu tau x jwpn dia? huhu...


****

ok dh jwb seme komen. kre kn next week time nk stat buat stok ni, lepas pam n label, trus msk freezer ek? if nk pakai, trnkn ke peti bwh utk cairkn semalaman then esok tu warmkn susu yg dicairkan tu b4 kasi baby kan?

susu yg dicairkn tu kene gune within 24 hours kn? 24 hours tu dari masa kte turunkn dari freezer ke cane?

so ble baby dh minum, if tak habis within 1 hour, discard kan? nie kalo thawed ebm la kn? if fresh ebm yg kte ltak kt fridge bwh pn camtu gak ke? kene discard after 1 hour gak ke if x habis?

mntk tlg jwb utk sape2 yg sudi yer. huhu..

[Zaza Azlan] June 3, 2010 at 7:50 AM  

susu jangan letak kat freezer bahagian pintu tu. kat situ suhu berubah, so xtahan lama..sebab tu ayam ikan itik aku letak kat pintu.tak muat dah freezer. tolong mengalah dengan budak kecit ye cik ayam.

nanti dah lama2, makin banyakk susu sebab asyik distimulate dengan baby n pam. aku penah pam kat opis, 10 mins dapat 10 oz. so itu adalah perkara yg tak pelik k. masa mula2 dulu aku sekali pam dpt 8 oz at the most. tu pun sejam pam mati matian nak runtuh medela mini elektrik aku.

kalau ko nak pam spare, cuba try spectra 3. murah je..rm 300++. aku guna ni full time. sangatlah senyap and banyak milk kuar. nanti ko dah habis pantang, kite konker breastfeeding room tu sesama yeh. boring plak aku sorang2. heeee

hmm the EBM journey to babysitter camni. malam2, kuarkan frozen EBM tu sebotol, letak kat refrigerator bahagian bawah. esok paginya, hantar sebotol yang dah thaw tu and 3 botol lagi ke babysitter. dia sepatutnya tuang ke botol susu, oz yang diperlukan saja. then warmkan botol cucu tu. semua jenis susu ebm,beku ke, nyah beku ke, kalau tak habis, sila buang..

kalau ko balik keje and mendapati ebm yang dah dithawed tu tak digunekan, sile discard dalam masa 24 dari masa ko turunkan semalamnye.

eh panjangnya karangan ai. buleh buat entry dah. heee

ape pun, ambil langkah paling selamat..banyak website akan suggest different2 time. tapi baik kite jangan ikut maximum time..

bau ebm yang tak elok adelah macam bau susu masam. mmg macammm.

eh bila aku nak habis type la. hihi

nurhasuna khalid June 4, 2010 at 2:56 PM  

aku tak ada pengalaman susu beku dicairkan (thawed milk)sbb anak aku reject susu tak fresh...ngade kan! hari2 antar org ngasuh susu yg dipam sehari atau 2hari sebelumnya. Aku buang jek dulu stok beku yg dah expired (sayang2x)
bak kata za, bila ko dah keje nanti, baby tak direct feed, so ko bole pam byk dlm masa yg singkat...ada kawan aku penah dpt 14oz sekali pam...sampai melimpah botol...kagum kan...

kunaz June 6, 2010 at 2:49 PM  

suna, excitednye ko komen sampai repeat 2 skaligus. haha! btw, kwn ko sgt hebat dpt 14oz. dia pakai pam ape? cube ko suh dia cek kot2 breast dia ade leaking valve kt memane. hahaha! eh btw ade beza rasa ke thawed milk dgn fresh milk? ko pnah try beza rs dia?

ha za, silela buat entry. dulu yg cloth diapers pn aku blajar dr entry ko. pemalas kn aku nk research? haha! btw, kalo aku bli spectra, bykla plak pam kt umah aku ni. pam medela freestyle, pam avent, pam beskal... mmg leh bukak pump station. haha! aikk? siyes xde org kt blk pump susu sko? ok2 nnt kte pump sesame. nnt kalo susu aku pam x cukup, aku leh pau ko nyer. haha!

nurhasuna khalid June 7, 2010 at 9:54 PM  

tlg delete jap repeated komen tu. Aku try rasa, beza sket dr segi bau. Kalo ko xsanggup try, ko cuba compare rasa ais yg dicairkan dgn air kosong biasa. Ada bau peti ais. Huhu.

kunaz June 9, 2010 at 3:12 PM  

ok dh delete. ha'a la.. cth ko kasi sgt betul dan sgt best. btw smlm aku try ks irfan minum thawed milk. alhamdulillah sebbaik dia minum. cuak gak aku dgr ko ckp camtu. kang aku wat stok byk2 skali dia x minum. huhu...

Anonymous January 13, 2013 at 9:55 AM  

Some Fundamental Tips About Widespread-Impression truck motors available for sale Ideas

Also visit my blog; used transmission for sale
Also see my page > used transmissions

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.