Sayang Nenek

Entry ini adalah khas untuk Irfan anak kesayangan mama....

Mama taip entry nie a few hours selepas kita pegi hantar nenek Irfan pegi airport balik Semenanjung. Nenek balik selepas 18 hari jaga Irfan bagai menatang minyak yang penuh. Mama nak Irfan tahu yang Irfan punya nenek yang sangat baik dan terlalu menyayangi Irfan.

Irfan cucu sulung nenek. Nenek tak pernah cakap yang dia mahu timang cucu. Nenek tahu mama and papa buat family planning for a year, sebab tue kot nenek tak pernah tanya pasal cucu pada mama and papa. Exactly a year after mama and papa kawen, mama disahkan mengandungkan Irfan. Nenek antara orang yang paling gembira dengan news tue selain papa Irfan sendiri. Nenek cakap at least ade jugak ahli keluarga baru buat pengganti arwah atuk yang dah setahun tinggalkan nenek....

Sepanjang mama mengandungkan Irfan, macam2 barang baby yang nenek dah belikan untuk Irfan. Mama selalu dapat parcel besar yang nenek pos dari Semenanjung untuk Irfan. Nenek sangat excited nak jumpa Irfan.

Hari pertama Irfan lahir, nenek tak putus2 peluk2 and cium2 Irfan. Nenek cakap Irfan budak baik and comel. Nenek akan datang wad jam 7 pagi tiap hari untuk bawak food (breakfast and lunch sekaligus) untuk makan ramai2 dalam wad. Nenek akan balik rumah balik jam 6 petang. Tue lah rutin nenek tiap hari sepanjang kita di Columbia Asia.

Masa Irfan kene jaundice, setengah jam sekali kot nenek pegi tengok Irfan kat cermin kaca. Pastu if tak pegi tengok Irfan, nenek akan tenung gambar Irfan dalam handphone dia yang mama send MMS. Tiap malam papa akan teman mama tidur di wad. Masa tue mama taktau yang nenek sangat nak tidur di wad untuk tengok Irfan selalu. Mama start perasan bila nenek 2-3 kali cakap yang dia sangat takut if dia balik Semenanjung nanti dia akan rindukan Irfan. 

Pastu tiap kali balik rumah jam 6 petang tue, dalam kul 7 malam nenek akan call mama tanya khabar Irfan. Dia akan cakap dia teringatkan Irfan and rindu bau Irfan. Masa tue baru mama perasan, nenek dah jatuh sayang yang keterlaluan pada Irfan. So, satu malam (malam yang Irfan kene tahan wad sebab jaundice) papa offer nenek tidur kat wad teman mama. Nenek terus accept. 

Cam biasa, nenek tak pernah jemu visit Irfan tiap setengah jam. Ade sekali tue, nurse masuk wad mama jam 3 pagi. Nenek terjaga sekali, terus nenek bangun pakai tudung pegi tengok Irfan. Nenek tak putus2 buat solat hajat and doakan Irfan cepat sihat. 

Hari pertama bawak Irfan balik rumah, mama letak Irfan atas katil mama and mama and papa tidur sebelah Irfan. Nenek kat luar bilik resah gelisah takleh tidur takut mama or papa tidur terlenyek Irfan. Before tue nenek dah pesan banyak kali kat mama jaga2 jangan sampai lenyek Irfan. Tapi mama tak sangka sampai nenek sanggup standby tak tidur. Huhu...

Bila 1st time tidurkan Irfan dalam babycot, nenek ade tanya mama, teddy bear dalam babycot tue takkan terbalik tindih Irfan ke? Mama gelak nak mati time tue. Conscious sungguh nenek dengan keselamatan Irfan.

Kebersihan Irfan pun nenek sangat jaga. Asal Irfan berak je, nenek terus tukar lampin sebab nenek takmo bontot Irfan gatal2 kene kuman air kencing and najis. Nenek pakai air Bio Aura untuk mandikan and even basuh berak Irfan. Mama pakai air paip jek. Huhu...

1st few nights kat rumah, papa offer nenek tidur dengan mama, so that if Irfan terbangun ape ke nenek leh tolong2 mama jaga Irfan. One day, nenek tanye papa nak tidur dalam bilik ke tak, sebab nenek kesian tengok papa asek tido atas sofa depan TV. Terus papa agree. 

Mama syak nenek nyesal gi offer kat papa camtu. Huhu... Sebab 2 hari lepas baru nenek bitau mama yang tiap malam nenek rasa nak sangat2 bukak pintu bilik mama untuk jenguk2 Irfan (nenek selalu bangun malam untuk solat sunat), tapi nenek takut tak proper since papa ade dalam bilik gak. Padahal papa sengaja tak kunci bilik so that nenek leh masuk anytime jek.

So, semalam papa offer nenek tido dengan mama and Irfan plak since semalam adalah malam terakhir nenek di Miri. In between kul 11 malam and 5 pagi, Irfan normally akan terjaga sebanyak 3 kali untuk minum susu. Before this, mama selalu akan tak cukup tidur untuk penuhi keperluan Irfan. Kadang2 mama terlelap time tengah breastfeed Irfan. Rutin mama, lepas subuh je, mama akan pass Irfan kat nenek untuk sambung jaga, and mama sambung tidur sket dalam sejam.

Tapi semalam, mama tidur straight sampai subuh sebab nenek volunteer nak jaga Irfan. Nenek tak kejutkan mama langsung. Mama dah memang tinggal stok EBM dalam fridge tiap malam, so nenek amik susu tue jek. 

Pagi nie pun, papa and mama biarkan nenek peluk and main Irfan puas2. Kat airport tadi, before berpisah nenek cium Irfan dalam2 sambil nangis teresak2. Nenek dah selalu datang Miri, nie 1st time nenek menangis time mama hantar nenek kat airport. Mama yang takmo nangis pun termenangis gak tengok nenek cium and peluk Irfan camtu. 

Sebab mama dah jadi ibu jugak, mama dah rasa sendiri rasa sayang seorang ibu pada anaknya. So mama paham rasa sayang nenek kat Irfan. If mama di tempat nenek pun, mama akan sedih camtu jugak. Dalam kete balik rumah pun mama still nangis. Sedih teringat kat nenek yang terlalu sayangkan Irfan. Nenek cakap, if mama dok KL, tiap minggu dia still leh datang melawat Irfan. Nie kat Miri. Jauh lagi, mahal lagi. 

Balik rumah, mama nangis lagi sebab rumah dah sunyi. Kalo tak, bising jek suara nenek main2 dengan Irfan. Tukar lampin Irfan tadi pun mama nangis jugak sebab biasa buat dengan nenek, this time buat berdua jek dengan papa.Isskk apesal laa asek sensitif jek lepas beranak nih. Huhu...

Nenek and Irfan - a few hours lepas Irfan lahir

Irfan tengah mamai dalam pangkuan nenek

Saat terakhir nenek dengan Irfan di airport tadi


So Irfan, marilah kite sama2 doakan agar nenek panjang umur and selalu sihat2 so that nenek dapat tengok Irfan membesar. And so that mama masih punya banyak masa bersama nenek.... Lastly, selamat tinggal nenek. Panjang umur kita jumpa lagi....

4 comments:

Hida Naza May 22, 2010 at 4:34 PM  

sedeh giler baca entry nih..macam parents balik miri aritu pun macam tu gak rasanya.

nurhasuna khalid May 22, 2010 at 8:52 PM  

aku nangis baca entry nih sbb aku sgt teringat kat mak aku! Masa ari last kitaorang nak balik Kertih lepas berpantang kat umah mak aku, mak aku tak sanggup nak tgk kitaorang balik. Dia masuk bilik, kunci pintu nanges puas2.....aku yg try nak tahan nanges pun jd teresak2....ayah aku pun ckp kao leh dia lari jauh2 tak nak tgk cucu kesayangan nak balik Ganu...sgt sedih...sampai skrang aku teringat2....dah lah sgt jarang balik....ayah ngan mak aku akan minta gambar mms cucu dia setiap hari sampai ke hari ni...kalo aku terlupa antar, mesti ayah aku akan tanya camner cucu dia arini...ohh...aku sgt sedih -_-
Semoga kita dpt selalu dpt jumper emak kita so that cucu dia akan sgt sayang pd nenek dia sama mcm nenek dia sayang cucu :)

HoNeYdEaR May 23, 2010 at 9:05 AM  

sedihnye..
takpe, nnt, bila irfan dah besar, dia akan tahu betapa mama, papa, nenek&sume orang di sekeliling dia sangat sayangkan dia.
even me myself pun rase cam dah jatuh sayang pada irfan, walaupun just boleh sampaikan kasih dari jauh jer..

kunaz May 23, 2010 at 5:15 PM  

dayah, yes, sgt tak best kn perasaan tu. ingat2 blk still rs nk nangis. huhu...

suna, tetibe aku rs cite ko lg sdih dr cite aku. kalo aku jd ko sure aku nangis dr perlis sampai kerteh. haha! kan kan? sedih kn? bkn sdih kte yg bpisah dgn mak, sdih tgk kasih sayang nenek-cucu sampai dgn kte2 terasa. huhu...

honeydear, ya rabbi sweetnye auntie honeydear nie. meh2 irfan jemput dtg miri. huhu...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.