Sayang Nenek Part 2

Haha! Out of nowhere tetibe ade part 2. Sebelum tue nak copy paste comment Hasuna dalam entry Sayang Nenek Part 1:

aku nangis baca entry nih sbb aku sgt teringat kat mak aku! Masa ari last kitaorang nak balik Kertih lepas berpantang kat umah mak aku, mak aku tak sanggup nak tgk kitaorang balik. Dia masuk bilik, kunci pintu nanges puas2.....aku yg try nak tahan nanges pun jd teresak2....ayah aku pun ckp kao leh dia lari jauh2 tak nak tgk cucu kesayangan nak balik Ganu...sgt sedih...sampai skrang aku teringat2....dah lah sgt jarang balik....ayah ngan mak aku akan minta gambar mms cucu dia setiap hari sampai ke hari ni...kalo aku terlupa antar, mesti ayah aku akan tanya camner cucu dia arini...ohh...aku sgt sedih -_-
Semoga kita dpt selalu dpt jumper emak kita so that cucu dia akan sgt sayang pd nenek dia sama mcm nenek dia sayang cucu :)

Hoho.. Sangat menyayat hati. Adakah semua nenek saiko bila dapat cucu sulung? Huhu.... Yes, saya buat entry Sayang Nenek Part 1 tue terlalu cepat, a few hours lepas hantar mama kat airport. Masa tue mama still dalam flight lagi. Mama jenis yang tak bleh tido dalam flight. Saya syak mama akan nangis2 melayan perasaan rindukan Irfan sepanjang 2 jam flight Miri-KL tue. Sepatutnya saya tunggu at least sehari kan baru buat entry tue sebab nak tengok perkembangan mama lepas dah balik Semenanjung. 

Harini genap 2 hari dah mama tinggalkan Irfan. Flight mama balik Semenanjung adalah pagi, malam tue plak parents in law plak yang datang Miri. Irfan agak meragam gakla esok tue setengah hari. Mungkin rindu nenek dia, sebab tetibe rasa dah bertukar sentuhan tangan bila dah switch nenek.

Ok back to mama (a.k.a nenek Irfan). Masa kat LCCT tunggu flight KL-KB mama dah start SMS tanye Irfan dah. Mama and Piju sampai Besut dah agak malam sebab flight KL-KB dah lewat petang. Diorang dinner kat luar lagi. Esok pagi tue subuh2 buta dalam kul 6 pagi (subuh semenanjung) mama dah SMS cakap dia teringat2 kat bau and jari2 Irfan. Jari Irfan sangat panjang, runcing and comel. And jari dia suka bergerak2 cam orang menari, jarang Irfan genggam jari2 dia. 

Pastu saya call la mama. Mama nangis rupenye lepas solat Subuh tue sebab rindukan Irfan. Biasanya kan lepas Subuh saya akan pass Irfan kat mama and saya tido since saya memang berjaga start dari kul 4 pagi. Imagine la 18 hari rutin mama akan dukung2 main2 dengan Irfan lepas subuh. Saya bangun tido Irfan dah siap mandi dah pun. So subuh haritu mama rasa sedih dan kosong sangat. Rindu sangat nak dukung Irfan katanya.

Aihh lemahla semangat saya. Dahla lepas beranak nie asek sensitif tak bertempat (termasukla jeles kat bibik pegang Irfan. haha!) Pastu harini adik saye Piji (kembar Piju) SMS saya cakap mama mintak MMS gambar Irfan since handphone mama cap tukun takley accept MMS. Owh Suna, mak aku dah jadi cam parents ko. Huhu...



Nie adelah MMS yang saya send kat mama tadi. Semoga dapat mengubat rindunya pada Irfan. Huhu...


3 comments:

HoNeYdEaR May 25, 2010 at 1:57 PM  

maka, dengan itu, haruslah meng'MMS' nenek irfan every single mornink.
supaya terubat rindu pada cucunya~

nurhasuna khalid May 25, 2010 at 11:11 PM  

hahahahahahaha~ masa akan mengubati segalanya :)anak ku sudah 8bulan~ nanti segalanya akan rasa sgt pantas berlalu :)

kunaz May 27, 2010 at 5:39 PM  

owh honeydear, nenek irfan henfon tukun. x mampu terima mms. haha

dh 8 bln suna? wahh mmg sgt cpat masa berlalu. aku hrp maternity leave aku xkn cpat berlalu. hihi

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.