Pengalaman Beranak Ceasar Part 1

Alahai.. Sangatla malas nak update blog tapi makin dibiar lama nanti makin tak ingat. Baik update sementara tengah fresh lagi kan. Huhu.... Okla, to start with, my beloved son Engku Irfan Isqandar dah selamat dilahirkan pada 05/05/2010 pada jam 8.55 pagi di Hospital Columbia Asia, Miri. Berat baby adalah 3.7kg. Huhu....

Mama and Piju sampai Miri on the 1st May. Burn tiket yang dah beli before this (before tahu kene c-sect). Saya beli tiket on 7th May. I told mama takmo maintain 7 May ke sebab since saya operate memang konfem saya kene warded a least 2 days, so ade nurse jaga, so mama takyah risau. Tapi mama nak gak datang seminggu awal.

Saya sick leave seminggu prior to the operation. Memang rest mati-matian ah kat rumah. Orang lain nak dekat beranak makin nak aktif berjalan, tapi saya tak kene limitkan movement. Tapi time mama datang saya agak berjalan2 jugakla teman mama. Mama sangat excited nak berkebun and tanam bunga kat rumah nie, so pegi la teman dia beli pasu and shopping2.

Sementara menanti detik 5 May tue, saya langsung tak cuak ape sampai mama plak yang risau. Entahlah, saya cam blur takde perasaan. Excited pun takde, cuak pun takde. Saya cakap dalam hati, maybe 4 May saya akan start berdebar kot. Tapi akhirnye tak jugak, sampai Piju marah and cakap "Cubela pura2 takut sket" Huhu...

Malam before operate tue saya tidur agak lambat dalam kul 2 pagi sebab asyik sakit contraction. Braxton Hicks kot tapi cam biasala Braxton Hicks yang sangat keras and agak menyakitkan. Start kul 10 malam dah start kene puasa. Masa baring2 nak hilangkan rasa sakit tue, saya dok pikir mende2 yang menggembirakan jek.

Teringat petang tue Piju ade cite pasal kawan dia yang sangat kampung and sangat taktau English translate ikan lumba-lumba as "racing fish" Tetibe saya mengilai gelak sorang diri atas katil jam 2 pagi tue. Hubby dah lama tido, sebbaik dia tak terjaga. Gile ape mengilai dalam gelap malam2 buta. Dahla pagi esok nak beranak dah. Huhu.... Before pejam mata, saya cakap dalam hati, pagi esok kot baru nak start berdebar.

Pagi esok tue bangun awal la since nak kene gi Columbia Asia kul 6.30 pagi. Operate kul 8am. Celik2 mata jek, aikk tak berdebar lagi? Pastu gi mandi2 and solat subuh. Lama sket dok kat sejadah since tue adalah solat terakhir before cuti panjang. Doa saya cuma semoga saya and baby selamat and saya dapat recover dengan cepat lepas operate.

Kul 6 pagi start bertolak dari rumah. Mama, Piju and hubby cam banyak diam. Muke cam pucat sebab cam berdebar2. Saya cam besela, masih boleh buat lawak2 bongok lagi mangkuk. Sampai Columbia Asia, terus register and checked in wad 201. Bilik wad paling kecik kot sebab wad2 lain fully occupied. Ramai plak orang beranak minggu tue.

1st thing buat adalah timbang berat, tukar baju, and amik blood pressure. Pastu pasang mesin CTG. Bising gile bunyi. Masa tue mama, Piju and hubby ada dalam wad sekali. Pastu nurse suh diorang keluar sebab nurse nak cukur area tuuuttt (yang sulit tue.. haha!) before operate. Sangat malu okay!!! Dia bukak open camtu jek.

Pastu sorang lagi nurse pegi pasang water drip kat tangan. Agak teragak2 nurse tue cucuk jarum yang besar gedabak tue, so agak rasa sakit la sebab dia buat lambat2. Saya cam lose focus sket, tatau nak fokus kat perasaan sakit kene cucuk or perasaan malu kene shave. Haha!

Pastu, diorang kasi minum satu ubat yang tersangat masam. Lupe dah untuk ape. Nurse ade bitau aritu, saye yang hilang ingatan. Lepas tue diorang angkat saya naik stretcher and keluar bilik wad tue untuk pegi kat operation theater. Masa kene tolak stretcher nak masuk lift, dapatla tengok muke mama and hubby yang memang dah cam pucat lesi dah. Hubby genggam tangan saya kuat2. Saya masih tenang cam biasa, belum datang lagi rasa takut tue.

Masa on the way nak pegi OT tue, nurse tetibe cakap sorang jek bleh masuk since bilik OT agak penuh hari tue. Memula dah bitau Dr Mattu yang mama nak masuk sekali and Dr Mattu cakap okay. Bila dah jadi camni, hubby sorang jek yang masuk. Tapi hubby tak masuk straight away sekali dengan saya.

Dalam OT, diorang turunkan saya dari stretcher ke katil bedah. Pastu pasang macam2 aksesori kat badan untuk check jantung and blood pressure. Pastu saya terbaring agak lama atas katil tue sebab Dr Mattu lambat sampai. Cesss! Nak mati kesejukan saya terdampar atas katil tue. Sejuk okay OT tue.

Dr Lim, pakar bius dah ada kat dalam OT. Seme nurse lain pun dah ready, cuma tunggu Dr Mattu jek. Nurse cakap Dr Mattu tengah on the way dari airport. Sepatut kul 8 pagi start operate, tapi kul 8.30 baru Dr Mattu sampai. Sampai2 jek, terus Dr Lim mulekan acara membius.

Dia suruh saya dok membongkok and jangan gerak. Time tengah bongkok tue tetibe contraction datang menyerang. Bapak sakit, tapi paksa diri gak bongkok badan and tak gerak. Dr Lim bius kat tulang belakang untuk kasi kebas. Dah rasa dia inject sekali. Tetibe rasa dia inject lagi, dan lagi dan lagi. Lama plak tue. Rasa cam nak give up cakap sakit and nak mintak pospon lu kejap.

Pastu dengar nurse bisik kat telinga saya, "Tahan sket yer, Dr Lim tengah cari point untuk bius." Wallawei, cucuk berkali2 tue nak carik point rupenye. Pastu Dr Mattu buat2 ajak borak sementara tunggu Dr Lim setelkan tugas biusan dia tue. Tetibe rasa something masuk dalam tulang belakang. Tak sakit tapi rasa lenguh pinggang yang amat dahsyat. Dah inject bius la tue kot. Saya tak pakai epidural, tapi bius kat spine jugaklah. Efek dia 3 jam je paling lama okay. Huhu...

So bila dah siap, saya dibaringkan. Dr Lim datang berbisik kat telinga saya cakap sorry sebab amik masa lama. Dia cakap belakang saya bengkak2 so susah nak cari point. Ha'a memang saya bengkak 1 badan pun before operate tue. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Rambut, kuku dengan gigi jek yang tak bengkak. Haha!

Pastu tetibe rasa orang selak kain and kangkangkan saya. Waaaa malu lagi exposed camtu. Dahla ade 2 nurse lelaki. Masa tue efek bius tue belum bebtul on lagi, tetibe rasa diorang cucuk catherer dalam pundi kencing saya. Pedih gakla.

Masa tue hubby lom dapat masuk. Lepas dah siap cover2 badan saya seme, baru hubby dibenarkan masuk. Masa hubby masuk. bahagian yang exposed hanyalah bahagian perut yang nak kene operate tue. Nampak hubby masuk lengkap dengan uniform spital, kene pakai cap seme. Saya ingat hubby akan dok agak jauh sebab according to Chua (boss hubby), kalo kat MCMC, hasben dok belakang tirai, a few feets away from the wife.

Sekali diorang letak kerusi bebetul sebelah kepala saya untuk hasben duduk. So, hubby dok bebtul sebelah saya sepanjang operation. Lepas hubby set up tripod untuk letak video cam, hubby datang genggam tangan saya kuat2 sambil selawat2 kat kepala saya.

Alamak! Dah kene breastfeed baby. Nanti sambung lagi. Daaa~~~~


5 comments:

Hida Naza May 14, 2010 at 7:38 PM  

ada soklan blur sikit..hehe
nape kena shave sedangkan nak operate perut ek? kalo deliver normal tu memang sah lah kena shave.

kunaz May 14, 2010 at 8:08 PM  

ha'a dia shave area2 yg kat area nk operate tue. dia cut kat bikini line. so area around tu ah. sbb nnt nk ltak dressing kt situ kn, takut nnt time cabut tcabut bulu skali. haha! x shave full la tp. owh normal delivery kene shave gak ek? isk2 ni dh tau ni next pregnancy shave sdiri ah sesiap. cam haper jek malu. haha!

[Zaza Azlan] May 15, 2010 at 9:07 PM  

taklah, normal tak payah shave kot? haritu nurse bagitau aku, tak payah shave pun takpe patutnye [haha aku shave siap2 sebab saspen karang nurse shave maluuuuu]

erk malunya aku komen gini

HoNeYdEaR May 16, 2010 at 3:55 PM  

ala..cite tak abesh...
*gile tak sabar nak tgu part-2 plak..*

kunaz May 16, 2010 at 9:01 PM  

haha xpe za. open house jek. haha!

honeydear, dh updet part 2! =)

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.