Irfan Kene Jaundice

Saye tahu jaundice pada newborn adelah sangat common. Saya antara orang yang pernah dok nasihat and comfort member2 yang baby dia kene jaundice suatu ketika dulu. Tapi bile dah kene kat baby sendiri kan, especially bila tahap kene warded, cam hilang kejap pertimbangan. Nak comfort diri sendiri pun tak mampu dah. Huhu....

Kami detect Irfan ade kuning2 kat muka and mata pada hari ke-3, exactly cam yang Dr Phillip cakap. Kami bitau la concern kami kat nurse. So haritu buatla blood test untuk Irfan. Sangat luluh hati tengok nurse amik darah dari tapak kaki Irfan yang halus tue. Irfan plak nangis meronta2 time amik darah tue. Result kuar dalam 2 jam camtu and reading Irfan 10.5.

Reading yang bawah 12 should be okay tapi Dr Phillip suruh Irfan stay 1 day untuk check reading akan naik ke tak esok tue. If reading maintain bawah 12, Irfan bleh terus discharge. Owh btw according to hubby's brother (he's a doctor), kalau kat spital kerajaan baseline dia adalah 10 instead of 12. So okla, fine. Stay lagi 1 malam kat spital. Sebbaik porridge Col. Asia tue best. Thanks Za sebab recommend. Hihi...

Esok tue hari ke-4 Irfan kene amik darah kat tapak kaki lagi. Cam bese, luluh lagi hati tengok baby nangis2 time nurse perah tapak kaki Irfan untuk kuarkan darah. Bukan saya sorang je yang rasa camtu. Mama, hubby and Piju pun tak sampai hati tengok. Result kuar petang tue, and sadly reading Irfan naik ke 15.7 =( So konfem Irfan kene tahan kat wad untuk letak bawah lampu.

Masa nurse amik Irfan dari wad untuk gi letak bawah lampu, saya pegi ikut nurse sebab nak tengok cemane. Hubby and Piju tengah kat luar time tue beli barang. Mama plak tunggu dalam wad. Nurse yang buat tue adalah nurse ganas yang saya sangat tak suka. Saya syak nie la nurse yang Za cakap as nurse samseng Columbia Asia tue. 

Nurse tue baik la gak, tapi pengasar gila. Dia cabut baju Irfan cam nak rogol Irfan.Kasar gila cara dia handle Irfan. Saye patut tampal sticker "HANDLE WITH CARE" kat dahi Irfan kot. Haha saiko! Ok sambung. Masa Irfan di-naked-kan (tinggal pampers, booties & mittens jek) Irfan dah melalak horror gila. Pastu nurse tue dengan kasarnye pakaikan "spek mata" kat mata Irfan. Tergeliat2 tubuh Irfan meronta2 sambil menangis2 dengan kuatnya.

Saya hanya mampu dapat tengok dari cermin kaca luar bilik sebab tak dibenarkan masuk sepanjang treatment tue. Masa nurse start on kan lampu and halakan kat Irfan, lagi kuat Irfan melalak. Nurse tue takde pun initiative nak tepuk2 pujuk Irfan ke ape. Biar jek camtu. Saya sangat risau tengok baby nangis kuat2 sebab penah ade kes baby meninggal sebab lama sangat nangis sebab tak cukup oxygen.

Tengok keadaan Irfan camtu, air mata saya menitik2. Sakit kepala tahan nangis, malu nanti orang lalu lalang tengok. Pastu saya terus pegi masuk wad, tak sanggup nak tengok. On the way berjalan nak masuk wad, saya call hubby cakap reading Irfan naik and Irfan dah kene letak bawah phototherapy machine. Masa call hubby tetibe takley kawal perasaan, terus menangis teresak2 cam budak kecik. Sampai takley sambung borak sebab sangat kuat esakan saya. Hubby cakap dia akan balik gi Col.Asia now.

Pastu sampai wad air mata dah berjejeh2 (ade ke term nie?). 1st time kot nangis depan mama selain masa sekolah rendah. Masa arwah abah meninggal dulu pun tak nangis depan mama. Btw, bukan saya sorang jek yang nangis. Bila hubby sampai spital, hubby pun menitis air mata tengok Irfan nangis sambil menggelupur bawah lampu camtu. Piju and mama pun sama. Berjam2 gakla kitorang berempat melayan perasaan sedih dalam wad tue.

Tengah2 saye dok mata berair dalam wad tue, Dr Mattu kebetulan tengah datang melawat. Nurse dah inform dia awal2 pasal Irfan. Dr Mattu masuk bilik je datang tepuk2 bahu saya comfortkan saya. Dia cakap takyah risau sangat, sangat common jaundice nie untuk newborn, and reading Irfan still medium level, bukan tahap yang perlu dirisaukan sangat. Makin sedih jadinye bile Dr Mattu pujuk sambil tepuk2 bahu. Huhu.. Memalukan tol nangis depan Dr Mattu. Hihi...


Nie versi Irfan dah tengah bertenang bawah lampu. Hubby amik gambar dari luar bilik. Saya cakap kat mama saya dah takmo pegi tengok Irfan dah, tak sampai hati tengok. Saya sebenarnya tak kesah Irfan kene letak bawah lampu, just tak sanggup tengok dia menangis menggelupur camtu and saya hanya mampu tengok dari jarak jauh. Owh btw, Irfan kene letak bawah lampu kuning instead of biru. Kate nurse, lampu biru rosak, tapi lampu kuning pun sama je katanye. Ye ke idak saya pun tatau.

Sangat sedih malam tue sebab dah tak dapat peluk Irfan. 4-4 orang seme bersedih sebab dah takde keceriaan dah dalam bilik wad tue. Esok tue, kul 2 petang baru tau result terbaru Irfan lepas dah 24 jam letak bawah lampu and lepas dah consume colostrum yang saya pump secara mati-matian (later akan buat entry khas untuk breastfeeding plak)

And alhamdulillah, within 24 hours tue reading Irfan dah turun dari 15.7 ke 12.2. Nurse and doctor cakap reading Irfan turun dengan agak drastik, tapi since still above 12 (point 2 je pun padahal) doctor suruh Irfan dok bawah lampu lagi semalaman. Waaaaa!!!  Kene tahan kad wad lagi.

Masa tue (hari ke-5 kad wad) adalah Hari Ibu. Saya doa banyak2 supaya Irfan boleh balik or at least saya ada peluang nak peluk dia pada Hari Ibu nie. Rindu sangat dah 2 hari takley peluk Irfan. Kirim susu badan yang diperah jek kasi nurse untuk spoon-feed Irfan. So dah musnah impian nak bawak balik Irfan haritu.

Malam tue dalam kul 10-11 malam, nurse datang wad mintak saya try direct breastfeed Irfan since dia reject bila nurse nak spoon-feed dia malam tue. Macam bulan jatuh ke riba, doa saya nak peluk Irfan pada Hari Ibu tercapai. Laju saya keluar ikut nurse untuk breastfeed Irfan. Kene pakai baju khas nak masuk bilik tue.

Actually saya tak berapa konfiden nak breastfeed Irfan sebab saya tahu susu saya masih sket. Pump lama2 pun dapat dalam 1 oz je per session. 1 oz lagi nurse akan topup dengan formula milk. Masuk jek bilik tue, nurse angkat Irfan letak kat pangkuan saya. Hubby tengok dari cermin luar je sebab dia tak dapat masuk.

Seriusly nak nangis tengok keadaan Irfan. Kulit dia merah bertompok2 and menggelupas sebab kene lampu tue. Kat pipi macam dah nak melecet2 kulit Irfan. Saya breastfeed Irfan dalam keadaan mata Irfan kene tutup dengan spek tue. Menitik jap air mata. Sian Irfan tak dapat tengok mama dia datang.

Saya breastfeed Irfan sambil nurse monitor. Irfan memang dah pandai latch kat breast saya since hari ke-2 dia lahir, cuma susu tak banyaklah. Malam tue pun, dia suck kejap2 then sambung nangis2.  Pastu guess what, nurse benarkan kami bawak Irfan masuk wad sekali dengan lampu tue. Dia suruh saya try jaga Irfan malam tue since Irfan nangis tak henti2 malam tue.



Nie hubby tengah pangku Irfan bawah lampu. Hubby cakap dia dok sekejap bawah lampu tue pun dah start berpeluh. Padahal dah on aircond dah time tue. So imaginela baby sekecil Irfan kene dok bawah lampu tue for 48 hours. Kitorang curi2 jugak bawak lari Irfan dari bawah lampu tue. Risau gak wat camtu takut nanti lagi lambat Irfan sembuh, tapi seriusly tak sampai hati.

Dalam kul 2 pagi camtu Irfan still nangis2. Last2 nurse amik dia balik sebab dia cakap nampak kitorang cam tak dapat cope dengan keadaan tue. Nurse cakap memang  terpaksa biar dia nangis if terpaksa. Since kami tak sanggup, nurse amik Irfan balik untuk teruskan treatment and asked us to just rest and sleep. Oklah, at least sempat a few hours bersama Irfan malam tue.

Esok tue alhamdulillah reading Irfan dah turun jadi 11. Terus boleh discharge. Laju gile kitorang packing barang pastu. Sangat tak sabar nak bawak Irfan balik rumah. Before balik, nurse rekemen suruh datang check balik after 3 days if still nampak ade kuning.

3 hari lepas tue, reading Irfan naik jadi 13 balik. Doctor tanya nak sambung wat phototherapy ke tak? Option lain adalah datang check darah lagi esok. If makin naik konfem warded lagi. If turun, bleh sambung treatment kat rumah jek (jemur and kasi susu ibu) Kami kalo leh dah takmo buat dah phototherapy treatment tue. So kami pilih untuk buat blood test lagi esok tue.

Total Irfan kene cucuk kat tapak kaki untuk amik darah adelah sebanyak 6 kali. Kali ke-6 tu Irfan tak nangis langsung; Tataula sebab dah kebal or sebab nurse Gribbles tue buat dengan lemah lembut. Bila result dah kuar, reading Irfan turun 12.1. We were advised to repeat the blood test after a week. Tengoklah esok lusa sambung buat. Tapi alhamdulillah kuning kat muka Irfan dah hilang almost 97% dah. A friend said warna kuning tue kadang2 makan masa nak hilang even reading jaundice dah okay.

Walaupun sangat stress dengan penyakit jaundice nie, ade hikmah jugak di sebaliknya. Disebabkan jaundice nie la saya terpaksa push myself untuk produce more milk in a short time. If tak, saya akan rilek2 jek sebab saya tau untuk 1st time mother, memang susu badan amik masa nak kuar awal2 tu.



Sebelum end-kan entry nie, gambar di atas adalah gambar kami masa check in nak beranak ceaser on 5 May. Tengoklah muke hubby yang Piju cakap cam ayam sakit. Pakse diri senyum. Huhu... Owh sile abaikan objek gemuk kembang yang pakai spek tue.




Nie plak muka hubby yang Piju amik lepas dah kuar operation theater (lepas dah setel beranak). Dah ceria dah.



And lastly, nie adalah wajah gembira kami masa nak check out dari Columbia Asia. Huhu... Oklah, nanti nak sambung cerita pasal breastfeed plak. Daaa~~~

6 comments:

HoNeYdEaR May 22, 2010 at 1:10 PM  

no wonder la akak tersangat sedih pasal irfan kene jaundice. Semoga ifran cepat sembuh ok.
tiap2 pagi kene sun bathing la cenggini..

RuZaNNa May 22, 2010 at 3:44 PM  

Mengapalah sedih sgt ur entry kali ni.. rasa nak nangis baca ok!.. kawan kak anne dulu pun anak die kena prolonged jaundice.. keluar masuk hospital gak la.. mmg org kata penyakit common for newborn.. tp for new parents cam kita ni mmg tokle handle sbb kesiankan baby yg kecik2 dah kena cucuk sana.. cucuk sini.. takpe2.. tabah ok!
Hopefully Irfan will recovery soon!. oh btw, kesan jaundice mmg lambat hilang.. imran bila 3 months baru bertukar putih melepak.. sebelum tuh semua org predict die gelap.. huu huu

kunaz May 23, 2010 at 5:19 PM  

yes honeydear, sgt sdih. pasni kalo member2 yg baby dia kene kuning, dah phm dh cemane rasa. huhu...

kak anne, tq sgt2 for the wish. btw lamanya 3 bln! huhu...

Iman May 24, 2010 at 8:36 PM  

Hahaha! Objek gemuk kembang. Haha! Sbr je aku. Wehh pahamm sgt. Tu kau belum dia masuk sb pneumonia.hari2 g physio masuk wire sana sinibla bla.melalak2. Masuk gas. nanges aku time sarah kna dulu. Ni ahmad(nama bby baru), jondis 16. Warded. Turun 13.5.3rd day 10.1. Pstu kua.rbu ni folo up. Nanges gk aku. Huhu

kunaz May 24, 2010 at 8:52 PM  

pneumonia tu menatang ape ek iman? oits, nama anak ko ahmad seketul je ke? ko nih mmg suke nama seketul kan? huhu... owh btw ade nurse ckp kalo mak darah O mmg newborn konfem akan kene jaundice, cuma truk x truk jek.

Iman May 24, 2010 at 8:59 PM  

Itu nnt dia besar. Konsep dia cm jondis gk aa.stgh kena stgh xkena.common tp serik weh. Seminggu kott aku dok spital. Mg kita 22 xkena. Ameen

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.