Engku Irfan Isqandar


So many things to tell, but 1st of all, introducing my cute little prince, Engku Irfan Isqandar (and of coz bin Mohd Zakuan. hihi...) Gambar cilok dari facebook hubby jek. Yes, saye tahu dalam facebook dah tersebar luas yang our baby's name is Megat Irfan Isqandar, but now nama Megat tue has been replaced by Engku dah...

So update kali nie nak cerita pasal nama jela dulu. Ok, kat Terengganu and Kelantan, if ibu nama Engku tapi ayah tak Engku, anak memang takkan dapat title Engku. Kene replace dengan either Nik or Megat. So that's why kami letak Megat kat depan nama baby Irfan.

Hari ke-7 Irfan lahir, hubby amik sunat potong sket rambut Irfan (before acara cukur botak) sambil kasi nama official kat Irfan, which was Megat Irfan Isqandar. Suddenly malam tue Irfan menangis tak putus2 dari jam 10 malam sampai 10 pagi esok. Dia tidur 2 jam je in between. Sangat penat saye and mama jaga Irfan, tatau nape dia nangis seteruk tue. 

Sebab Irfan jenis yang susah nak nangis, tak nangis kalau takde sebab. Irfan sangat baik so far. Teringat masa ofismate hubby datang melawat Irfan, adelah berbelas orang dok dukung2 Irfan and pass kat orang lain, tapi Irfan langsung tak nangis.

Hari ke-8, hubby pegi pejabat pendaftaran buat surat beranak Irfan. Suddenly pegawai pendaftaran tue tak kasi letak nama Megat. Dia cakap nama Megat tue untuk bangsawan Perak sahaja. And guess what, officer tue cakap boleh letak nama Engku!! Mama sangat happy sebab if beranak kat Terengganu memang konfem takkan dapat kekalkan nama Engku tue.

Hubby balik je rumah bawak surat beranak tue, Irfan terus stop nangis and sampai harini takde nangis2 dah. Maybe nama Megat tue tak sesuai dengan dia. Hihi tahyul sungguh. Haha! 

Teringat dulu masa memule couple dengan hubby, ramai yang cakap rugi since nanti nama anak dah takde Engku. Saye bukannye kisah pun pasal2 title nie, tapi rezeki Irfan la this time. Adik2 dia nanti belum tentu lagi akan dapat kekalkan title Engku nie, unless saya beranak kat Miri lagi. Huhu...

Oklah, nie jela update untuk kali nie. Tengah busy jage Irfan yang tengah jaundice lagi. Later akan update pasal nie and pasal pengalaman beranak sekali. Hehe... To all, thanks a lot for the wishes. Really appreciate it.

Comments

RuZaNNa said…
Kunaz & husband,
Congrats on the newborn!! regardless of the title nama baby still sedap.. hehehe..
HoNeYdEaR said…
alhamdulillah...kurang2 dapat jugak keturunan Engku. Tapi, cam pelik plak if adik2 dier nnt xda Engku.. haha
*moralnya, kene la beranak kt miri lg*
Tahniah lg skali!
Thara said…
congratulations again, babe! baby's name is so beautiful -- as beautiful as the boy! cant wait for the delivery entry!
f a i z a h 's said…
congrats kunaz...irfan is so cute n sweet...aisya say assalamualaikum n hai to irfan :) slmt berpantang kunaz...
kunaz said…
kak anne & thara, tq a lot. nama irfan nk dkt dgn nama imran dh kn? ade gak terpk nk ltak nama imran lu. huhu...

honeydear, tq. ha tula, klakar la plak nak kene branak kt miri all the time. haha!

faizah, tq. congrats kt faizah gak tau! irfan kem slm blk kt aisya. hihi... kcik2 dh pandai ngorat. haha!
[Zaza Azlan] said…
naz, ada tak nurse kasar jaga ko haha
kunaz said…
ade gak sorg tu yg suke bukak pintu cam samseng. aku syak nurse sama yg cam ko cte. huhu....

Popular posts from this blog

Susu Formula Terbaik??

Pengalaman Ber-Implanon

Pil Perancang Cerazette