Last Entry About Maid

Last entry for the time being la. Kalo ade hot story saye akan up balik cite pasal maid nie. Huhu.... Sebelum saye taip entry nie, saye baru lepas print jadual waktu solat Miri untuk setahun. Buat 2 copies, 1 kami simpan and 1 kasi bibik. Sebab bibik kami tue kalau dengar jek azan kat TV/radio, terus dia cakap "Ha sudah Isyak" Kelam kabut saye perbetulkan keadaan cakap tue azan kat KL. Muke dia cam blur.

Dia cam blur lagi dengan geografi Malaysia yang ade Semenanjung Malaysia and Sabah-Sarawak nie. Bile kitorang sebut Semenanjung, dia cam tak paham. FYI, nie kali pertama our maid tue keje kat Malaysia. Kali pertama dia kuar Indon ialah masa dia keje di Brunei. Pastu baru Malaysia and kamilah majikan pertama dia di Malaysia. Before this, experience keje dia mostly di Indon jek. According to her, dia dah start jadi maid before umur 20 tahun lagi and now dia dah 34 tahun dah.

Keputusan kami untuk amik bibik awal kami rasakan agak tepat lah. Sebab now condition saya dah sangat merosot. Sangat dah super tak larat. Jumaat lepas cuti Good Friday (Sarawak only), so supposednye saye enjoy cuti 3 hari sampai weekends. But what happened was, saya terlantar atas katil jek whole Friday tue. Not a very good Friday la I can say. Huhu...

Kaki saya bengkak melampau. Dulu if lenguh2 kaki, hubby leh urut2kan and pastu akan lega sket. Now dia kembang lain macam, where urat2 kaki akan jadi tersangat sakit. Saye pegang kaki sendiri pun sakit, inikan nak urut. Jari tangan saye pun dah takley bend 100% sebab kembang and sakit urat. So ape yang saye boleh buat hanyalah tahan sakit.

Saye sangat risau actually kalau2 keadaan saya ni kekal camni sampai beranak. Sebab I'm going to move to a new department any time jek (tunggu sampai surat jek). Dah masuk department baru surelah kene lebih bersemangat sket kan, tapi dengan keadaan cani, saya dah tak larat dah nak berpura2 larat kat ofis. Huhu... Mungkin ade hikmah surat sampai lambat kot kan? Huhu...

Talking about tukar department nie, dahlah saya dapat jawatan yang kene jaga cluster yang paling tough dalam SKO yang seme orang cakap beranak dulula baru pindah sana. Huhu... Dah try nego mintak tukar cluster tapi boss department baru still nak saya jaga sana gak. So mane tak risau kan kene buat keje tough di saat saya tak cukup tough. Huhu...

Sebbaik ade maid kat rumah. Seriously dia dah kurangkan beban kami dengan sangat dasat. Balik rumah cam sejuk mata tengok lantai licin berkilat dia mop hari2. Dapur and kuali2 plak bersinar2, nak masak pun bersemangat and cepat jek siap masak sebab dah ade pembantu kat dapur.

Bila amik maid awal before beranak nie, at least dia dah familiar dengan kondisi rumah kita. Rumah dah kemas, tak payah pening2 dah, kire buat daily maintenance jek. Lepas baby lahir dah leh focus jage baby je nanti.

And according to Kak Laila (ofismate yang alim) bagus gak actually amik maid before baby lahir. Sebab nanti sayang dia kat baby tue akan lain dari sayang bile tengok baby tue dah wujud before dia datang. Susah gak dia nak explain tapi saya buat2 paham jelah. Huhu.... Lagipun penat2 kami berhabis untuk rumah nie, ada perasaan cam nak tengok anak membesar dalam rumah sendiri instead of rumah babysitter.

Semalam kami sit together lagi 3 orang sebab nak discuss pasal permit and gaji. Dia cam takut2 at 1st bila kami ajak dia duduk skali kat ruang tamu untuk bincang2. Huhu... Kami cakaplah so far kami puas hati dengan performance dia and dia cam dah lepaslah probation and within this week kami akan siapkan urusan permit dia. Lepas nie kontrak 2 tahun dengan kitorang.

Pasal gaji plak, sepatutnya kami tak payah bayar gaji dia 2 bulan pertama sebab dah bayar advanced kat ejen masa amik dia aritu. Dia pun tahu yang dia takkan dapat gaji 2 bulan pertama. Tapi kami decide nak bayar jugak gaji kat dia tapi tak full la. Kami akan potong sket2 sampai cukup RM700 potongan gaji. Kira2 semalam, bulan ke-5 baru dia dapat gaji bulanan full RM350 sebulan.

Sebelum mengakhiri kisah maid, mau share sedikit rules and regulation yang kami amalkan sejak amik maid nie. Huhu... Tapi mostly on housekeeping lah since baby tak kuar pun lagi kan. Huhu...

Rule #1

We keep her passport with us all the time. Nie ejen kitorang yang suruh buat gini. Medical checkup, pape dokumen pasal maid nie seme kami yang pegang. Maybe sebab banyak kes maid lari kot kan? Huhu....

Rule #2

Tak payah kemas master bedroom kitorang. We even lock the door everytime kitorang kuar rumah. Tapi time weekend bolehlah nak tolong mop2 lantai master bedroom tue and cuci toilet kitorang. Kalau maid iron and lipat baju kami pun, kami suruh dia letakkan dalam guest room je dulu, dah balik kami akan transfer sendiri baju tu masuk almari master bedroom kitorang.

Rule #3

Of courselah kene solat kan. Nie patut jadi 1st rule nie. Huhu....

Rule #4

Kemas rumah jek, takpayah masak untuk kitorang. I'll do the cooking. Masak untuk diri sendiri time kami gi keje siang hari takpelah. Mama cakap tak elok kasi suami makan air tangan orang lain selalu. Memula saya cam nak handle bab masak nie 100% tapi bibik kami nie terproaktif plak nak tolong2 kat dapur. Nampak saya nak start masak jek, dia menempek kat dapur nak tolong saya masak2 - potong2 sayur, tolong goreng, tolong kacau, tolong basuh pinggan and lastly tolong kemas wet kitchen lepas saya masak. Lama2 seronok plak ade pembantu kat dapur. Hihi....

Rule #5

We'll eat separately. Nie actually banyak pendapat. Cam Kak Laila, dia ajak jek maid dia makan semeja. Tapi since mama yang special request suruh ajar maid makan asing2, saya follow jelah. Actually our intention is just suh dia makan asing tempat jek, kami makan kat dining table, dia makan kat dry/wet kitchen. Masa makan sekali pun takpe. Tapi so far maid kami akan tunggu kitorang habis makan dulu, dah cuci2 pinggan kitorang baru dia start makan portion dia. Huhu...

Rule #6

Sorang kene tegas sorang kene less tegas, in my case hubby jadi yang tegas lah. Dia memang cam sangat hormat2 and takut2 lagi kat hubby. Taknakla 2-2 garang menyinga kan. Dengan saya pun dia still hormat, tapi at least bolehlah borak2 gak. So far masa kami borak hanyalah di dapur time dia tolong saya prepare food. Other than that, I'll try to keep a distance takmo rapat and mesra sangat dengan maid.


Itu jelah kot 6 main rules that we've been practicing so far. Actually ada banyak lagi tapi since dia dah buat sendiri awal2 tanpa kami suruh, tak payahlah saye list down kat sini. Bab keje2 rumah plak, kami selalu monitor cara dia buat keje. And if ade yang kami kurang berkenan, kami memang akan tegur and ajar dia buat dengan cara yang kami berkenan. So far so good lah alhamdulillah.

Bab tengok TV malam hari plak kami actually konfius lagi. Perlu tak ajak dia tengok sekali. Sebab cam sian gak malam hari dia dok jek kat bilik belakang tue. So haritu penahlah cakap, kalau bosan and rasa nak tengok TV datang je kat ruang tamu. Tapi dia cakap tak apa, malam2 dia baca majalah and buku2 yang ade kat rumah nie. Huhu... papelah, at least kitorang dah bitau kan yang dia leh join kitorang tengok TV bebila masa dia nak. Huhu....

Makanya sekian dululah kisah maid buat sementara waktu nie. Banyak sangat dah cite pasal maid nie. Huhu...

3 comments:

padil April 5, 2010 at 8:08 PM  

BILA aku baca post ang ni kunaz, ni yg wat aku nk crita pasai maid2 yg penah ada dlm femeli aku dlu ni. parents aku ada jugak maid dlu2 ni, lama jugak la..dlm 10 tahun kot.. tp org lain2 la.. semua dari indon.

yg 1st tu agak tua jugak, umo dh 40 lebih, tp dlm passport tulih kurang dr 40 sbb katanya kalu umo tua banget, xdpt masuk msia ke camna tah. dia amat diperlukan sbb nk jaga adik aku yg baru dilahirkan time tu. aku prasan dia ni ada gaya mcm nenek2 aku jugak la, dlm masa lapang, dia mengait, menjahit, tanam pokok, or keja2 yg mcm nenek2 kita wat la. aku panggil dia makcik. masalahnya dia tak brapa nak masak sgt. masak gitu2 ja. mak aku pun last2 tamatkan kontrak dia lepas beberapa tahun, tambahan plak dia pun nak balik indon rindu katanya.

then 2nd maid plak dari indon jugak, umo muda skit dari yg 1st, dlm 30 lebih camtu.. aku panggil maid ni bibik. yg ni mmg sgt suka masak n mmg jamu adik2 aku makan macam2 la. ayah n mak aku jrg makan apa yg dia masak tu, so xpa la janji dia bleh wat keja2 rumah. yg ni mmg ada masalah dgn aku, sbb dlu aku ada satu tv dlm bilik aku, time cuti dari asrama, mmg aku nk tgk tv la, tp dgn taktau malunya dia pi amik tv tu masa aku tgh tidoq pastu buh dlm bilik dia. pastu dia plak suka kluaq senyap2 p pekan.. penah skali tu dia kluaq la dgn kebenaran, katanya nk shoping barang2 nk dibawak balik ke indon, tp skali dia p deting dgn balak mana tah..memula tu kantoi bila dia balik lewat, pastu ayah aku soal siasat dia, dia kata ada driver teksi culik dia bwk lari p mana dia pun taktau. ayah aku mmg saspek dia mmg p deting dah, skali ayah aku nak bwk dia p balai polis konon nk repot pasai kena culik tu la..takut haa bibik tu..trus dia ngaku kot dia deting. pastu on da spot parents aku beli tiket balik indon kat dia. tp masa sehari sblm dia blah tu la kena jaga betoi2, time ni la dia nk rembat apa2 yg berharga dlm umah.. mak aku mmg wat spot check abih suma beg2/kotak2 yg dia nk bwk balik indon tu. dalam dok check tu, sempat jugak dia rembat kamera aku.. cisnan sungguh. tu pun kami tau lepas dia dh balik indon sana dh. bibik tu dan jd maid dlm setahun lebih ja kot. lupa dh.

pastu parents aku pun amik la maid utk kali ke-3.. kali ni org yg sama, iaitu makcik yg jd 1st maid kami dlu.. dia yg mintak nak mai keja balik sbb dia kata susah banget duduk kat indon. dia jugak la tolong ambik balik camera dari bibik yg 2nd tu. makcik tu dgn bibik 2nd tu satu kampung. kali ni, makcik tu dh rajin masak, maybe lepas mak aku sound dia sepam kot. kerja2 semua sgt okey, tambahan plak time tu opah aku dok skali dgn aku, so dia ada membe la nak sembang2. dia keja dlm beberapa tahun jugak la, sampai la dia mcm dh x larat dah nk keja, dh tua katanya.. nak balik indon balik tgk cucu.. so parents aku pon let go la dia. yg bestnya, keja dia semua okey, mmg xdak masalah langsung.

padil April 5, 2010 at 8:10 PM  

then kali ke-4 amik maid, org indon jugak.. umo 40 lebih. aku panggil dia makcik jugak. yg ni masak mcm2,wat keja boleh la tahan, tp dia banyak cakap, slalu melawan cakap adik aku..mmg la adik aku kena hormat org tua, tp adik aku br skolah tahap 1, slalu kena marah dgn makcik tu. keja yg busuk2 skit dia slalu takmau buat. tok aku pon komplen mcm2 kat dia ni..tok aku kata parents aku syg sgt kat makcik ni... bg dia mcm2 la, itu la, ini la.. aku pon x suka kat makcik ni. lepas 3 tahun kot dia keja, akhirnya makcik ni terkantoi dgn mak aku.. critanya dia dh nk balik indon, cuti kot x ingat dah, mak aku saja2 la nk tgk apa yg dia bwk balik dlm kotak2 byk2 tu..mak aku cek senyap2. skali mak aku tgk byk barang2 adik aku mcm pensel kaler, mainan, etc yg baru2 lg.. pastu baru mak aku prasan yg selama ni adik aku slalu mengadu hilang barang2 dia, rupa2nya makcik tu yg amik, bwk balik indon. patut la berkotak2 barang yg dia bwk balik sana tu mak aku kata. mak aku bengang la org ambik barang2 anak dia..pastu ond a spot parents aku beli tiket flight antaq dia balik indon..(time tu parents aku dok sabah lg).

then dlm tak disangka2, parents aku amik maid buat kali ke-5. mcm dh tau2 ja makcik tu kena balik indon, ada org nk ganti jd maid. kali ni lelaki pulak sbb parents aku serik dh kot dgn ppuan. pastu muda remaja plak tu, baru graduate dari U, katanya tgh cari keja. ni la maid yg paling bagus dlm femeli aku. pagi2 dia la antaq adik2 aku p skolah, maid sblm ni x penah buat pon camtu. pastu makanan tgh hari sedap plak tu.. beli kat kedai la katakan.. tgh hari ambik adik2 aku kat skolah. pinggan mangkuk semua suci murni, sampah suma clear, lantai suma mop. keta suma tiptop nya basuh cuci berkilat. mmg baguih gila la dia punya keja. tp sygnya, mamat ni keja x sampai setaun pun sbb pastu dia nak keja jd maid kat syarikat jepun plak.. so terpaksa la adik2 aku hidup tanpa maid sampai la skang.

masa mula2 xdak maid tu, mcm terasa jugak la.. umah bersepah, pinggan mangkuk x berbasuh.. mcm2 lg la.. femeli aku mcm dh terlalu dependent kat maid ni walaupn adik2 aku dh besaq. tp walau mcm mana pun, bila dh xdak maid ni, aku rasa lega sgt.. rasa janggal ada org len dlm femeli tu dh xdak. masing2 dh ada awareness utk jaga umah sendiri, x depends kat org lain dh, cuma adik aku yg bongsu tu ja la paling malas wat keja, sbb dh biasa dgn maid.. aku cuma rasa maid ni mmg diperlukan utk jaga anak2 kecik yg mak bapak dia keja, or jaga org2 tua yg tak larat nk wat keja sorg2.

so utk kunaz, bila ada maid nanti, jgnlah terlalu bergantung kat dia, takut nanti lepas dh bertahun2 ada maid, anak2 jd terlalu dependent.. malas nk wat keja, especially to sesapa yg x bercadang nk ada maid selama2nya la..

kunaz April 6, 2010 at 1:08 PM  

hahaha!tgelak besar aku bace komen ko nih padil. aku patut kasi username n password blog aku kt ko suh type 1 entry kt sini. sian ko sampai tpaksa komen secara bersiri. hahaha!

ko ade bape adik bradik actually padil? gile luas pengalaman mak ko dgn bibik nih. haha! btw aku stuju dgn ko jgn tlalu bgantung dgn maid. kwn mak aku yg ade maid slalu suh mak aku psan kat aku suh maid tu pulun buat keje btul2. tapi aku still basuh pinggan sdiri gak and still buat keje rumah gak cuma dh slow down byk ah since aku x larat now.

dh branak nnt pn aku xmo ajar gak diri sdiri n anak aku depends kt bibik gak, sbb aku takut aku jd malas and hilang skill yg seorang isteri should ada. huhu...

haa pjg x aku bls komen ko? haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.