We're Getting A Maid!

Setelah kematian bakal maid, kami telah merancang untuk menghantar baby kami ke rumah babysitter. Dah jumpe 3 orang yang nak babysit budak kecik nih, tapi malang sket sebab lokasi seme kurang strategik. Jarak rumah saya ke ofis cuma 5-10 minit drive sahaja, tapi nak pegi rumah baby sitter bleh up to 15-30 minit drive. Hoho...

Minggu lepas adelah minggu menjejaki agent2 maid. Akhirnya jumpe sorang yang bagus yang banyak orang Petronas amik maid dengan dia and so far takde dengar komplen lagi pasal dia. So last weekend pegilah rumah puan ejen tue since 3 days ago ade sorang maid dari Indon baru sampai Miri nie. Maid2 yang baru sampai akan disimpan di rumah dia dulu and akan dilatih buat keje oleh senior maid milik ejen tersebut.

So, bincang2 lah pasal procedure and everything. Hubby puas hati dengan system and seme documentation yang agent tue tunjuk. Kelakar sebab nak amik maid pun kene beli insuran rupe2nya. Macam beli kete/rumah plak. Hihi.... Dengan ejen nie, kalau dah pakai maid tetibe rasa tak best ke, bleh mintak tukar. If nak balik semenanjung ke (especially time raya) bleh tinggal maid kat rumah dia dulu. And if hubby tak rasa selesa ade maid kat rumah time saya takde pun boleh tinggalkan maid kat rumah ejen tue jugak.

Pendek cite, senang and rasa convincing dengan agreement yang ejen tue buat. So kami decide nak amik jek maid tue. Umur dia 33 tahun, penah ade pengalaman keje jadi maid kat Brunei jugak. Semalam dah jumpe sendiri face to face dengan maid tue. Nampak okaylah, and hubby pun macam setuju. Masa kami pegi umah ejen tue, ejen tue tengah buli maid tue iron sebakul besar baju. Haha!

Actually, ejen tue cakap saya bleh buat balik maid tue haritu terus tapi sian plak dia sebab bilik dia tak ready lagi. Katil almari seme takde lagi. So maybe arini or esok kami akan try furnishkan bilik dia dulu then baru bawak dia balik rumah. Memula plan nak amik bulan 5 tapi ejen tak berani jamin bulan 5 akan sampai maid baru kat Miri nie. Kadang2 2-3 bulan sekali baru datang sorang. And since semalam dah jumpe sendiri maid tue and rasa cam okay, kami decide nak try jek amik dia. Lagipun, if tak puas hati, bleh tukar kan? Huhu... Cute...

About the payment plak. Haiiihhh lemah lutut I you.... Kene bayar agency fees RM3500 + 2 bulan gaji upfront RM700 + medical checkup RM105 + working permit RM950 + upah orang tolong buat working permit RM100 + insurans RM110 . So total adalah RM5,465, which is lebih kurang sama harga dengan wet kitchen extension saya. Nie kalo keje tak bagus nie memang saye bunuh la maid nie. Hahaha!

According to the agent, nie rate baru yang dah di-standardizekan oleh imegresen. Kalau dulu agency fee less than 2k and gaji monthly pun RM200-RM250 camtu je. Now dah naik rege. Satu malam gakla saya termenung dok pikir 5k yang bakal lesap just to get a maid yang saya belum pasti mutu keje dia camne.

Dahla we are running out of cash dah now and ade banyak lagi furniture and plan plan belum setel untuk rumah baru nie. 5k tue macam2 boleh buat untuk rumah nie. Tapi tawakkal jelah. Kalau kat Semenanjung lagi mahal kot nak dapatkan maid. Kawan mama habis almost 10k untuk dapatkan sorang maid.

Patutla ramai majikan dera maid kan? Dah bayar mahal2 kalau maid buat perangai memang stress laaa... Hehe.. Selamba buat fitnah. Ade gak maid yang baik tapi majikan yang problem kan? And vise versa. Entahlah, bende2 maid nie memang sangat depends pada nasib. Hopefully la maid saya nie nanti yang baik punyerrr (sebut dengan nada Dafi AF) So doakanlah sekali yer untuk kami. Huhu....

5 comments:

tunbegia March 22, 2010 at 1:29 PM  

semoga berjaya dapat maid,

salamm,

Thara March 22, 2010 at 8:24 PM  

hi kunaz. salam kenal. :) sblm ni penah juge jengah blog u, tapi harini baru terasa mcm nak leave a comment hehe.

anyways, betol mcm u ckp, maids ni nasib masing2. so pandai2 lah u train ur maid ni, jgn terlampau berlembut, jgn terlampau berkeras. psl anak kita nanti die yg jaga kan. and actually, 5k tu kira ok tau! psl normally dkt semenanjung kene byr about 6k-8k.

anyways. good luck with the maid! :)

Hida Naza March 23, 2010 at 7:57 PM  

semoga mendapat maid yg berguna..amin (-:

kunaz March 24, 2010 at 1:23 PM  

tunbegia and hidanaza, time kasihla di atas wish itu. Yer, smoga maid tue akan berguna dan money value. haha!

hi thara, thanks singgah sini. ni mesti dh ade pengalaman amik maid nie kan. gud2.. nnt leh trnkan ilmu. heh. ha'a i've heard kat semenanjung agency fee leh achieve 8k tak termasuk permit lagi. waaaa kering poket!

Anonymous September 24, 2012 at 11:02 AM  

Hi,
do you mind to give the contact number of the maid agent yang u ambik? i'm looking for maid too, tak larat nak kemas rumah since ada anak

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.