Mekap & Pregnancy

Start pregnant kan, saya memang dah takde mood nak mekap2 dah. Siap plan nak jual lagi mekap kit skali dengan kotak mekap tue sekali sebab cam dah konfem takmo mekap dah sepanjang pregnant. Huhu...

Bulan 3 antara bulan yang ramai orang memerlukan khidmat mekap. So handphone saya pun selalu sesak dengan pertanyaan pasal mekap. Dulu, jawab secara berlapik laa, cakap saye dah dok Sarawak, bleh nak mekap tapi transport fee mahal sket ah since kene travel by flight (cakap jer camtu tau, berlapik la konon.. haha!) Sekali memang ade yang sanggup bayar tiket flight. Now memang saya jujur je cakap saya dah tak buat mekap kat Semenanjung dah so far. Senang cite kan. Huhu..

Bukan ape, time bukan pegnen pun, if travel ke Semenanjung untuk meeting pun saya rasa cam dah pancit gila2. Kalau memang full time buat mekap sure enjoy travel. Tapi untuk orang bekerjaya cam saya, balik mekap penat2, esok kene sambung penat2 kat ofis plak. Cam tak larat nak commit.

Owh btw, aritu masa musim2 ujibakat Akademi Fantasia musim 8, ade pihak Astro call saye untuk mekap2 untuk ujibakat tue. Kadang2 rasa best gak if saya still dok Semenanjung. Sure saya dah kaya buat mekap kan. Haha bajet! Tapi tuelah, rezeki saya memang dah kat Sarawak nie and I'm really enjoying my lifestyle here.

Tapi kan, sepanjang pregnant nie, actually saya sempat gak mekap pengantin 2 kali. 1st time masa saya 3-4 months pregnant tak silap. Saya accept tu pun sebab pengantin tue cakap dia nak a very simple mekap jek for a simple majlis sambut menantu. So, since dia tak high expectation sangat, saya pun acceptla untuk mekap dia. Tapi gambar till now tak upload lagi. Masa mekap tue, memang performance saya agak menurun. I took longer time to finish.

And 2nd time mekap adalah semalam okay, kat Mega Hotel. Pengantin adelah bakal jiran sebelah rumah saya, ofismate hubby. Hubby dah janji dengan diorang nak sponsor mekap sempena hadiah kawen diorang. Semalam lagi horror kot. 2 jam baru saya siap mekap dia, tu pun saya belum rasa puas sebab rasa cam tak cukup masa.

Slow sungguh saya mekap now. Sakit gak ah pinggang dok berdiri jek. Budak kecik dalam perut nie plak sibuk dok kicking sampai saye rasa nak terkencing2 time tengah berdiri mekap tue. Pastu paling sedih, time nak pakaikan tudung pengantin biasanya saya akan suruh pengantin duduk atas kerusi mengadap cermin and saya berdiri belakang kerusi tue. But since perut saya maju ke depan, tersangkut okay, tak sampai nak pakaikan tudung pengantin. Rasa loser gila... Haha!

Tapi alhamdulillah seme berjalan lancar lah. Pengantin nampak cam puas hati walaupun saya cam kurang puas hati sket dengan performance saya. Huhu... Nantilah kalau saya rajin saya upload seme gambar mekap yang pending (termasuk kelas mekap) dalam fotopages saya. Huhu....

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.