Doa Selamat & Tahlil

Alhamdulillah, majlis tahlil dan doa selamat dah terlaksana dengan lancarnya. Rasa lega cam baru lepas bayar hutang. Huhu... Majlis doa selamat adalah sempena masuk rumah baru and sempena saya nak bersalin nanti, semoga semuanya selamat. Majlis tahlil plak adalah untuk arwah abah. 24 Mac nie genap setahun abah kembali ke rahmatullah.

Dulu masa abah meninggal saya cuma balik kejap jer, tak sempat nak join majlis tahlil abah untuk hari ke 7, 40, 100, etc. Dahlah saya dok paling jauh dalam family nie, tak selalu dapat visit kubur abah. So, bila dapat buat majlis tahlil untuk abah kat rumah sendiri kat Miri nie, rasa cam terlunas tanggungjawab sebagai seorang anak. Huhu... 

Mama sampai Miri petang Rabu, majlis adalah pada hari Khamis malam Jumaat. So kami hanya ada setengah hari untuk preparation. Pagi Khamis tue baru start keluar beli barang2 untuk masak kenduri. Macam2 tempat kami pegi. Pegi Kuala Baram la, pasar Krokop la. Pastu pasar Kedayan plak. Pastu Emart plak.  Last2 kul 2 petang baru start masak. 

Sangat berbaloi spent duit untuk buat ruangan handwashing and jemur kain kat belakang rumah tue, sebab kami fully-utilized area tue untuk berperang masak2 kenduri. Mama pun sangat suka lepak kat situ. Malam2 buta pun dia gi basuh pinggan kat area tue walaupun ade 2 dapur (basah and kering) kat dalam rumah nie. Huhu...

Actually majlis nie kecil-kecilan jek, panggil jemaah masjid Lutong jer plus a few member rapat, tapi ramai yang takleh datang. Sanaz balek kawen, Ustad pegi majlis kawen Sanaz, Zool ofismate hubby pegi offhore and Lan tak dapat datang sebab Za tak sihat. So yang dapat datang cuma Zul ofismate saye and Jagung jek. Sangat terharu Tpot and Adri pun datang sekali. Yelah, sebab esok tue kan hari Jumaat keje, majlis plak panjang, tak berani gak nak jemput ramai2, takut ganggu schedule diorang.

Tapi kan, pada mulanya jemaah masjid nak datang dalam 15 orang je, sekali 20 orang lebih okay!! Saye and mama agak cuak sebab goody bags ade 20 pax jek. Masa orang tengah sibuk berzikir, saya sibuk gi kira selipar, nak tengok berapa orang yang datang. Haha! Sebbaik mama ade bawak barang extra, cuma ade 5 orang terpaksa dapat kain batik ah instead of kain pelekat. Takpelah, buat balik kat wife kan? Huhu...


Sebbaik car porch besar, so takyah nak sewa2 kanopi if nak buat majlis makan2. Buat bawah car porch jek. Huhu... And alhamdulillah, food yang kami masak memang cukup2 and sempat tapau lauk untuk jiran lagi. Alhamdulillah tak membazir apa2.

 
  

Kek besday mama kami tak sempat makan on 3rd March tue sebab dah kenyang makan lalapan. So, mama sedekahkan kek tue untuk majlis nie, niat kasi makan kat orang2 masjid untuk arwah abah. Sangat sedap okay kek nie walaupun beli kat kedai kek murahan jek. Huhu....

 

Hihi... sian 2 orang nie penat ngangkut2 barang. Kami bekerja 4 orang je untuk majlis nie. Tapi diorang sempat gak amik nap. Saya and mama memang all out kat dapo sampai majlis habis. Kaki saya memang tahap bengkak kembang yang takleh handle dah. Sakit pinggang and belakang mencucuk2 tapi memang tahan jek. Risau gak actually sebab orang cakap 3rd trimester nie takley penat sangat, nanti cepat kene high blood pressure. 

Tapi alhamdulillah sangat2 seme okay. Banyak gak ah pengalaman buat majlis nie. Pengalaman deal dengan orang kanopi. Pengalaman deal dengan jemaah masjid. Pengalaman beli barang2 untuk majlis and prepare things for the event. Seme nie merapatkan hubungan kekeluargaan kami. 

Pengalaman paling takleh lupe adelah masa malam majlis tue sendiri. Kami mintak imam buat selawat nabi jugak sempena Maulidur Rasul. Kami siap distribute bunga rampai buatan sendiri lagi. Tapi style kat Miri nie memang totally berbeza dengan kat Semenanjung. Diorang ade zikir2 khas  yang kitorang tak pernah dengar. Siap ade melodi lagi. Saya dengar dah macam koir plak.

Kadang2 diorang high pitch mengejut sampai Piju berpeluh ketakutan, ingat dia dah tersalah masuk group ajaran sesat Ayah Pin. Haha! Bongokla Piju. Zul Jagung and hubby pun asyik berpandangan masa tengah berzikir tue, sebab pelik benor adatnye. Tapi bile tanye Zul ofismate yang memang dah dok lama kat Miri nie, memang camtu adat kat sini. Huhu....

Tapi sangat seronok. Semalam mama ajak pegi semayang berjemaah kat Masjid Lutong, and bile pegi sana jumpe balik jemaah2 yang datang rumah malam tue, and diorang tegur2 seme. Lepas nie senang if nak mintak tolong apa2 kan?

Hari2 berikutnya adalah hari bersama mama. Layan jek mama nak gi memana. Banyak kedai gak kitorang pegi sebab mama nak bawak balik barang sket2  untuk family di Terengganu. Mama sangat aktif bergerak. Asyik hilang jek dalam crowd orang ramai. Kami adik beradik syak mama makan pil kuda before shopping. Haha! Anyway, puas hati dapat teman mama sampai dia balik. Yelah, we'll never know how long our parents gonna live right? Oklah, dah panjang dah. Sampai sini dulu. Babai...

5 comments:

.::fIsYa::. March 8, 2010 at 3:43 PM  

alhamdulillah akak...dh setel dh sume...
tgl nak smbut baby jek...
huhuhu...neway,chantek sofa br tu!!!!hehehehe...

kunaz March 8, 2010 at 4:48 PM  

ha'a alhamdulillah. haha! smpt jeling sofa tue.

.::fIsYa::. March 8, 2010 at 8:42 PM  

yela kak..kitorg ni dh habes suspen nk dpt tgk satu persatu perabot2 br akak..haha!
sebulan satu kot kua...isk3x..sadis tol kitorg.. ;p

Hida Naza March 13, 2010 at 7:45 PM  

besar dan luas rumah...berapa harga ek? rumah kat miri makin mahal.

kunaz March 22, 2010 at 9:00 AM  

ha'a rumah kt miri cpat nek rege. time ktorg bli 270k. x sampai 6 bln, member ktorg bli dh 289k dh. now tatau ah bape dh

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.