And Mama's Not Here Anymore....

Mood sekarang adalah amat tersangat sedih. Baru lepas hantar mama and Piju ke airport untuk balik ke Terengganu. Balik rumah dah kosong takde orang. Masuk bilik tempat mama tidur, nampak kosong lagi tambah sedih. Susahnye pegnen nie, sket2 nak emo. Huhu....

Ok, mama and Piju tiba di Miri on 3 Mac kul 5 petang (hari Rabu). 3 Mac tue besday mama. We bought her a small cake to celebrate her besday. Khamis till Monday saya amik annual leave. So arini last day saya cuti. Esok dah masuk keje.

Masa memula mama sampai sini, sampai2 airport Miri jek mama requested nak makan lalapan. Dia dah save perut kosong2 untuk isi dengan nasik lalapan. Huhu... Memule dia nak pegi terus dari airport, means tak balik rumah dulu letak barang. Malangnye barang mama bawak (untuk saye) teramatlah banyak sampai terpaksa amik teksi lagi sebuah. Huhu... So kene balik rumah letak barang dulu then baru kuar makan lalapan. 2 kali mama makan lalapan sepanjang 5 hari kat Miri nie.

Pastu 5 hari mama kat sini, aktif gila mama kat rumah baru nie. Masakkan untuk kami hari2, tolong lipat kain, cuci longkang, kemas rumah, etc. I told mama "Ma pencenlah ma, pastu jadi bibik akak. Nanti akak bayar gaji mahal" Haha! Nak buat cemane, bibik Indon dah meninggal. Haha!

Malam2 plak, mama picit2 kaki saya yang bengkak nie sambil tengok TV. Pastu borak2 and gelak2 sampai tak ingat dunia. Pagi tadi flight mama kul 10. Kul 6 pagi mama sempat lagi tanam pokok serai and daun pandan kat belakang rumah.

Mama nampak sangat happy datang sini. Tapi at times mama sedih and nangis2 jugak sebab teringat kat arwah abah. Dulu kan datang ramai2 sekali semua orang. So bila teringat tempat2 yang dia pegi dengan abah and barang2 yang abah pernah beli/makan kat Miri nie, mama akan sedih2. Masa naik teksi on the way datang rumah baru pun mama cakap dia termenangis dalam teksi. Huhu...

Semalam lepas balik beli pasu and tanah untuk mama tanam pokok, tetibe terasa nak makan pengat pisang. Terus mama beli pisang and buatkan. Waaa sangat sedih mama dah takde. Oklah, nanti next post nak cerita pasal majlis doa selamat and tahlil arwah abah plak. Nak gi jemur kain jap...


2 comments:

.::fIsYa::. March 8, 2010 at 3:46 PM  

sedeynye bace...
xpe la akak..kunk dpt cucu dtg lg tu...
take care~~~

kunaz March 8, 2010 at 4:50 PM  

tula, dh tua nk beranak manje dgn mak lg. haiihh... huhu...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.