Pregnancy : 6 Months


Heh, update lagi. Sangap dowh takde hasben. Dahlah Astro belum install lagi, takde bunyi-bunyian langsung dalam rumah nie. Owh tadi agent Astro call cakap esok diorang datang pasang. Yeehaa! Even though promosi bayar RM50 je untuk Astro installation sudah lama habis, saya berjaya carik agent yang still leh kasi harga tue, instead of bayar RM199 untuk new registration kat Astro kiosk. Best best.. Huhu...

Nak cite pasal gambar pregnant actually. Mama and adik2 kat kampung dok sibuk suh MMS gamba terkini saya nak masuk 6 bulan pregnant nih. So arini send la kat diorang sekeping MMS, amik lepas abih miting petang tadi. So, alang2 letak la kat sini jugak.





Iskk, nampak tebal gile body saye. Haha! Gambar pakai handphone jek. Memang ade plan nak amik maternity nyer photoshoot tapi tatau bile since dok sibuk kat bende lain. Memula plan nak buat masa new year aritu alang2 celebrate ulangtahun percintaan kami (asal la term nie bunyik menggelikan haha) tapi dah telepas. Next event mungkin on my besday next month la kot. 23 Feb yer korang, sila buat reminder. Haha!

Actually, saya rasa perut saya nampak lagi besar in reality, masuk gambar nie nampak kecik sket. Susah jugak kan perut besar nie. Nak tunduk amik barang asek tersangkut perut jek. Parking kete rapat2 pun dah tak dapat kuar pintu kete dah. Haha!

Last week kene sound kat boss hubby sebab saya jalan laju sangat. Dia plak yang risau. Haha! Tapi takpe, sebab mama cakap if kite aktif bergerak nanti lagi cepat and senang beranak. Owh, mama sangat excited nak dapat cucu sulung. Dah banyak barang baby yang mama belikan untuk cucu dia nih. Mama pun dah tak sabar nak datang Miri. Saya pun tak sabar nak jumpa mama. Even dah 6 bulan pregnant, saya tak sempat study banyak pasal pregnancy. Teruk plak rasa. Nie nak pantang lepas beranak nie memang akan totally depend on mama lah. Nanti dia ajar cara berpantang and bertungku seme tue. Huhu...

Last one, nak cite pasal nama. Baby boy nih dah ada nama dah. Ari2 dok panggil nama dia sambil usap2 perut. Heee... Mama pernah warning dulu jangan kasi nama moden2 or ala2 mat salleh sangat. And bila saya bitau mama nama pilihan saya tu, mama setuju terus and cakap cantik nama tue. Hihi...

Talking about baby name, saya dah haramkan hubby carik nama untuk our baby nih. Sebab nama2 pilihan hubby seme klasik2 tahap takleh accept. Contohnya Borhan, Rokiah, Ramli, etc. Penah dulu saya sound dia "Cubelaaa carik nama yang canggih2 sket." You know what he replied? "Mohd Teknologi" Siottttt!!! Haha! Oklah, malas dah nak menaip. Bye. Haha!


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.