Healthy Cooking Competition

Nie pun entry basi, sebabnye baru dapat gambar dari pihak penaja. Eleh macam saye leh update pun if dapat awal. Haha! Baiklah begini kisahnya. Dzuhailah, ofismate saya (masih single and available) merupakan seorang AJK untuk SKO Health Week. Antara event yang dianjurkan adalah Healthy Cooking Competition.

Last2 minit, ramai participants tarik diri. Maka Dzuhailah, atau turut dikenali sebagai Daju, telah merengek merayu merintih lagi menyembah2 mintak tolong saye masuk competition tue (haha ok fine saye over. haha) 2-3 hari dia dok pujuk2 suh masuk, lalu setengah hari sebelum competition kami telah setuju untuk masuk. Haha!

Kami tue adalah saye, Jazlin and Hasfa. Seme field planner. Kami pun tatau nape kami setuju nak masuk. Jazlin siap tengah kat KL lagi time tu, hari competition tue baru masuk ofis. Memang mangkuk la kami bertiga. Malam tue mulela kalut kuar beli ayam, sebab tema dia kene masak ayam jer.

Lepas masak dinner and makan2, baru kuar gi cari ayam. Sebbaik ade lagi. Pastu berusaha gigih tidokan Irfan. Pastu mulekan aktiviti menyediakan bahan untuk memerap ayam. Since dah tengah malam, merengek kat hasben mintak tolong cabutkan serai kat belakang rumah. Bukan takut gelap atau hantu ke ape, tapi pokok serai tue sangat lebat tahap menakutkan. Saya takut tetibe kuar ular sekor patuk saye time nak cabut serai. Maka mintak tolong hasben cabutkan, makanya kalau ada ular, hasben yang encounter dulu. Eh, bunyi cam zalim la plak. Ah papelah...

Dipendekkan cerita, pada hari pertandingan adalah sangat leisure pegi miting2 and buat keje2. Tetibe announcement cakap suruh berkumpul kat bawah. Masa tue kuali belanga seme dalam kete lagi. Maka barula terhegeh2 gi mengangkut. 

Group lain seme cam serius2 memasak, tapi kami para2 mangkuk nie sangat bergembira merepek sana sini. Tetibe diorang nak nama kumpulan, I selaku chief cook spontan jek kasi nama kumpulan Spice Girls, pastu seme orang gelak2. Owh adakah sangat tak hot sampai kene gelak gune nama tue? T_T Dipendekkan cerita marilah menengok gambo2 di hari pertandingan


Dari kiri: Jazlin, Hasfa and Kunaz. Seme anak dara lagi except ai... T_T


Periuk pemanggang Cosway yang ade 5-in-1 function. Terdapat ramai wanita yang datang sebab berminat dengan periuk instead of nak tengok masakan ai.. Haih....


Selain memasak, kene potpet2 ala Chef Wan semasa challenge session (huikss macam miting plak)

Menasihati ayam supaya masak dengan cepat


Bersama masakan yang dah siap. Masakan kami adalah Spiced Roasted Chicken with Honey + Mash Potato + Chicken Salad Roll



Roasted chicken kami. Yang bulat2 tue adalah mash potato duduk dalam tomato


Sesi presentation hasil masakan kepada para juri



Yeay dapat nombor 2!

Sebenarnya agak tak sangka dapat nombor dua since kami kan mangkuk. Hahaha! Tapi sangat terkejut bila diberitahu kami adalah berada di top 2. Terus jerit2 happy. Owh sangat tak matured. Selepas pertandingan, Dr Nasir selaku pengadil datang jumpe kami cakap yang kami boleh menang actually, tapi ayam kami kurang masak sket and siap ade bulu lagi kat ayam tue. Hahahahahha!

Kami masak 5-6 ketul ayam, yang kami kasi kat judge adalah yang kami expect paling masak, rupenye tak masak. Yang kami expect tak masak seme masak. Isk iskk...  Duration yang organizer kasi adalah sejam jer untuk siapkan main dish and dessert. Yer, saiz ayam adalah agak besar maka lambat masak. Takde masa kot nak potong2 ayam, beli ayam pun dah lambat. Malam plak tue. Manela nak nampak ade bulu tertinggal. Muahaha!

So bila orang tanya nape kami dapat nombor 2, kami just jawab "Sebab ayam kami berbulu". Ngakaka! Owh saye rasa resepi kami agak sedap (thanks to my mom sebab turunkan ilmu pengetahuan memasak) sebab lepas tue dapat banyak emails dari SKO staff mintak resepi. Huhuhu....



Ok, sekian kisah menyertai pertandingan masakan. Walaupun pada awalnya nyaris bergaduh dengan Daju sebab takmo join, end up kami sangat gembira memasak2 sambil merepek bersama rakan2. Hahaha! It wasn't a serious competition pun, enjoy2 jek. Tapi kalo nak suh masuk lagi takmo dahhhh... Esok tue I pegi mengurut satu badan okay sebab lenguh kaki berdiri atas heel dengan lamanya. Huhu...

Disebabkan sangat penat (lepas competition terus sambung buat keje balik), dinner malam tue saya masak ayam goreng je kat hubby. Lalu konfemlah kene kutuk oleh hubby. Hahaha! Fine~~


Irfan Masuk UTP

Hihi! Tajuk macam anak berjaya  SPM dengan cemerlang. Haha! Ah sepatutnya entry nie adalah selepas entry majlis aqiqah Irfan, tapi terlupe la plak. Haihhh.... Hmmm, how to start ek? Niela padah updet lambat2, lupe habeh dah.

Oklah, seperti yang seme orang tahu, Ipoh adalah fevret town saya kat Malaysia nie. Masa dari Terengganu nak ke Perak tue, macam2 plan dah buat. Nak makan situ sini, nak jalan sana sini. Siti situ sana sini... Tapi malang, sampai2 Ipoh jek saya demam. Dem. So banyak dok memerap jek kat rumah PIL.

Bila dah sehat sket, tempat 1st yang sangat nak pegi adalah UTP!!! Tempat yang bertanggungjawab ke atas percintaan kami. Ngaaaaa ayat takley blah~~~ Before sampai UTP, menyinggah banyak tempat gak, jumpe cousin hubby lu, etc.

Pastu sangat rindu nasik goreng cendawan kat medan selera kat Tronoh tue, pegi la makan. Abang Bob si tokey kedai masih ingat kami lagi. Dia masak nasik goreng cendawan yang special and paling sedap dia cakap, malangnya saya rasa cam kunyah kertas. Takde rasa since demam belum betul2 baik, hilang deria rasa... T_T. 

Asalnya nak singgah makan kat banyak tempat lagi kat Perak tue (tempat makan zaman bercinta), seperti laksa padang Polo, etc tapi nanti membazir since tiada deria rasa. Sob sob....


 Meeting hubby's cousin

Sampai UTP jumpe Odiey and Raffi and Noor. Odiey and Raffi adalah trainee saye masa di BWE. Saye dah bekerja dengan banyak batch trainee, tapi 2 orang nie paling rajin keep in touch dengan saya. Kami jumpe di pondok tempat saye and hubby selalu makan2 masa kat UTP lu. Saya masak lauk, hubby masak nasik, pastu jumpe kat pondok tue makan sama2.

Inilah pondok yang dimaksudkan. Sian Raffi kene tonyoh kat Irfan...


With Raffi

With Odiey. Awat nganga luas sangat tue Irfan?

With Noor



Dapat hadiah musical book Fisher Price dari 3 orang auntie nih. Betul bak kata Raffi, end up saye lak yang nyanyi lebih2 bila bukak buku tue. Haha! Memang ade plan nak beli buku tue, sekali diorang dah belikan. Thanks korang! Sangat suke dengan hadiah tue!

Pastu jumpe lecturer kesayangan, yakni Dr Shark. Takdela sayang sangat sebenarnya. Hahaha! Dr Shark adalah lecturer untuk projek FYP saya di UTP dulu. Projek yang hot, yakni jadi pencacar taik. Tiap minggu gi timba air najis kat tangki kumbahan najis untuk wat test kat lab. Siap tumpah2 atas badan lagi bila tong taik terbalik. Wek wekk... Sebbaik dapat A. Hahahaha!


Haa inilah tuan badan Dr Shark. Memula saya takut Irfan nangis jumpe Dr Shark since janggutnya amat mengerikan. Tapi kan, Irfan suke la plak. Siap belai2 takmo lepas. Sila klik gambar untuk lihat muke Irfan dengan jelas. Hahahaha! Comel~~~


Tengah2 borak dengan Dr Shark, Dr Mazlan muncul. Dr Shark tanye "Ha Mazlan, ingat tak nie?" Then Dr Mazlan cakap "Zakuan" Woohh sangat bangga masih diingati para lecturer even dah 3 tahun berlalu. Huhuhu... Sementara tunggu Dr Mazlan and Dr Shark solat, posing2 dulu kat masjid UTP.



Disebabkan rindu yang mendalam Dr Shark terhadap kami (wahahaha!) maka dia invite kami dinner di rumahnye malam esok tue. On the way gi rumah Dr Shark, singgah tempat shopping fevret, Jusco!




2 dari 3 lesung pipit Irfan...

Bermain di Jusco

Dinner malam itu adalah 100% masakan air tangan isteri Dr Shark, dari main dish sampai la ke pencuci mulut. Air pun buat sendiri. Jus avocado lagi gitu. Alhamdulillah, hari tue deria rasa saya tetiba okay. So makan dengan gilang gemilang.


Bersama family Dr Shark. Belum full set lagi tue. Irfan telah menunjukkan true color di rumah Dr Shark, yakni meragam tahap guling2. Sangat tabah wife Dr Shark layan Irfan. Mama dia makan2. Hihi...

Pastu masa nak balik Besut balik, ikut jalan Cameron Highland. Waaahh rindu jugak kat Cameron Highland. Tapi tak turun la since hujan plus dah lambat bertolak dari Ipoh. Owh btw, since hubby bebetul baru keluar wad masa kitorang balik Semenanjung, drive adalah amat perlahan and banyak kali stop untuk rest. Maka, telah mengambil masa 13 jam untuk sampai. Ngahaha! Penat I dok layan Irfan terbang dalam kete.

Walaupun sakit hati tengok body sendiri dalam gambar, takpe saye upload jugak. Korang tengok la pepuas yer. Nanti I dah kurus cam Amber Chia, korang lupe lak nanti body original cemane. Hahaha!

Zaza Rindu Kunaz




Sila klik untuk besarkan gambar. Ngahahaha! Alkisahnye sejak balik Semenanjung raya haji aritu, tak sempat2 nak jumpe mek Zaza nih. Kalau tak, dialah teman pam and teman lunch saye. Now pam asyik wrong timing pastu lunch pun dah tak sekali dah.

Suatu pagi semasa saya tengah away dari desktop, taaappp message communicator dari Zaza muncul. Katenye dia rindu kat I. Memula I curiga, kot2 la dia tak bawak duit nak makan kat kantin pastu nak pinjam duit I. Hahaha!

Selain itu, sila baca status communicator saya tue. Yer azam baru adalah mahu kuruskan badan, ala2 Amber Chia gitu. Now orang dah start panggil saye Amber kat ofis tue. Body jek Adibah Noor lagi. Ngahaha~~~ Ok fine, nie entry merepek. Bye!

Nebulizer and Formula Milk

Sejak Irfan fully depends pada breastmilk untuk hidup (ajaib kan ciptaan Allah, baby bleh grow up hanya dengan minum susu yang keluar dari ibu) Irfan tak pernah sakit. Alhamdulillah. Saya dah siap demam 5 kali lepas beranakkan Irfan, hubby plak siap pneumonia lagi, and Irfan still survive tak jangkit pape.

Sampaila bila Irfan start tumbuh gigi masa umur 6 bulan. Tumbuh 2 skaligus, selain cranky, badan dia cam panas2 sket. Suhu adalah 37.5 celcius, tapi according to doctor belum demam lagi, tapi saya kasi gak makan ubat demam, nanti kang takut melarat.

Belum sempat tenang lagi efek tumbuh gigi, kami dah bawak Irfan cucuk pneumococcal. Dr Chen cakap vaksin nie dia pakai cap Prevenar 13 yang paling latest, and standard side effect dia adalah demam pada suhu lebih 38 celcius. Pastu ade a few lagi side effect lain yang saye dah lupe. Paling ingat yang demam tue la, so sangat berjaga2 takut Irfan demam. Tapi alhamdulillah tak demam.

Tapi a few days lepas tue Irfan cam batuk2. Memula sket2, pastu lama2 cam makin teruk. Saya tak sure either Irfan jangkit bibik or bibik jangkit Irfan sebab 2-2 cam tengah batuk, tapi rasa cam nak salahkan bibik. Muahaha! Ok abaikan, so pegi bawak jumpe Dr Chen. Check2 Irfan ade kahak. Pastu dia kasi 3 jenis ubat gitu - batuk, cairkan kahak and bunuh kuman.

Nazak kot nak sumbat 3 jenis ubat kat Irfan. Ubat cairkan kahak adalah amat pahit, tiap kali makan Irfan muntah2. Ade one day tue Irfan muntah continuously sampai jadi sangat lembik masa saya pass dia kat bibik nak pegi keje. Hati adalah sangat tak sedap nak pegi keje and cuti pun dah habis. Sampai ofis, senior2 saye marah tahap nak ketuk kepala suruh balik bawak anak gi spital. Owh sangat baik diorang. Terus pegi spital.


Sian kan? Irfan kene pakai nebulizer untuk cepatkan proses nak cairkan kahak. Pastu dapat 2 jenis ubat lagi. And now alhamdulillah dah tak batuk dah Irfan. Sebbaik saya dah bersedia mentally untuk tengok Irfan pakai nebulizer. Sebabnye dah pernah baca a few entries dari blog orang pasal nebulizer, and even balik Terengganu aritu pun kebetulan terbercerita pasal nebulizer dengan sorang nurse.

Nebulizer nie, makin baby nangis makin efektif, so bila Irfan nangis, tak sedih sangat tengok (kalo tak ready sure saya sama nangis kat tepi nebulizer tue. Haha!) Tapi nebulizer nie new thing to hubby, maka terhasillah wajah cenggitu dalam video tue. Haha!


Formula Milk

Ok kisah lain plak. Kami cucuk Irfan pneumococcal masa umur dia 7 bulan. Dari 6 bulan ke 7 bulan, berat Irfan naik 90g je. Dr Chen cakap dia expect at least naik 400g. Makanya saya pun bitaulah perihal Irfan yang tak suka makan solid.

Masa balik Terengganu, Irfan dah pandai makan tapi tak suka makan. Nak habiskan 2 sudu pun normally amik masa stengah jam. Kadang2 saya pusing2 rumah dulu, ajak main dulu then sambung suap. Kene sangat bersabar nak kasi Irfan makan.

Dulu masa Irfan 2 bulan, bibik datang buat pandai depan saye "Buk, nanti Irfan 3 bulan sudah boleh kasi makan" and I said "No, jangan kasi lagi" Pastu masa Irfan 3 bulan, 4 bulan, 5 bulan, tiap bulan bibik tanye dah boleh kasi Irfan makan ke. Rasa cam nak rendam jer pompuan tue dalam air panas, orang dah cakap jangan, jangan laa... Awat yang rajin benor nak kasi makan.

So bila Irfan 5 bulan setengah saya start intro solid kat dia sebab suddenly selera minum dia mengganas tahap lapar kebulur 2 jam sekali. Hari2 try kasi solid walaupun payah. Macam2 variasi makanan dah buat. Ada yang suka tapi kejap je dah bosan and takmo makan balik dah. Bibik yang berbulan2 beria2 nak kasi makan pun sampai tahap give up. Pernah 1 minggu tue dia tak kasi langsung Irfan makan, tunggu balik keje baru saya yang kasi makan.

Nie pun rasa nak tarik jek telinga. Saye tanyela nape tak kasi Irfan makan, and dia just jawab "Irfan tak mahu buk, dia tak suka" Hamboi2, I yang keje opis nie bleh bersabar kasi makan kat Irfan walopun amik masa sejam, dia yang dok kat rumah yang memang jaga Irfan takkan takley wat camtu. Bukan kene wat forecast mahupun target letter pun kat rumah tue (haha!)

So I was recommended untuk campur formula milk dalam menu harian Irfan, at least dia dapat extra nutrients yang susu ibu dah kekurangan bila dah masuk 6 bulan. Saya takde perasaan sedih pun nak campur FM sebab saya lagi risau tumbesaran Irfan yang slowing down. So try kasi minum susu Dumex yang rege RM10 setin (kedekut nye mak, haha!) Kene setitik je kat lidah Irfan dia reject. Siap cakap uweekkk lagi. Demand. Last2 saya baling dalam tong sampah jek susu Dumex tue. Sebbaik RM10 je. Haha!

Pastu kasila Frisolac, susu yang pernah Irfan minum kat Col. Asia masa 1st day lahir dulu. Yang ni RM26 setin kecik. Reject jugak. Aiihh takkan nak beli susu rege 2 ribu kot baru nak minum. Hahaha! Then baru saya akui memang wujud baby cenggini.

Aritu, sorang rakan pam saya penah cakap, better ajar anak minum FM jugak sebab ade history family dia, breastfeed baby sampai 2 years. Pastu masa nak stop, kasi FM takmo minum sampai ke sudah, masa tue production dia dah sangat low tahap pam dapat 2 oz jek. Memula dengar cam rasa tak logik sebab FM kan should be lagi manis dari breastmilk, so sure baby lagi suke. Tapi bile Irfan sendiri dah buat gini, maka memang betul la wujud baby yang tak suke FM. Huhu...

What I did was, saye campur EBM and FM half2. Irfan minum dalam 2 teguk camtu jek, dapat detect kot kehadiran FM so takmo lagi. Hissssss!! Dahla takmo makan, minum FM pun takmo. Pastu saya increasekan quantity EBM. FM=2oz + EBM=3-4oz. Baru Irfan start boleh minum.

So seminggu buat camtu kat Irfan, next jumpe Dr Chen masa Irfan batuk, berat Irfan naik 250g dalam masa seminggu. Alhamdulillah. But then minggu depan tue plak turun balik 200g sebab dia muntah teruk tue. Haiihhh... Penat I naikkan berat badan dia, dia gi muntahkan balik plak T_T

Dipendekkan cerita, baru weekend lepas Irfan tetibe suke makan. Alasan suke makan sebab saya masak bubur ayam kat dia. Haaaiiihhh anak ai nih, demand nak makan ayam rupenye. Memula takut nak kasi any types of meats lagi kat Irfan, sebab ade terbaca baby sesuai consume daging bila umur 10 bulan tapi tanya Dr Chen dia cakap ok jek intro slow2.

So menu bubur ayam Irfan adalah seperti di bawah:

  • Dada ayam potong kecik2
  • Brown rice yang dari Bario
  • Tomato (untuk ada rasa masam2 sket)
  • Carrot (untuk ada rasa manis2 sket)
Seme ingredients tue saya basuh pakai food purifier cap Cosway before masak. Boleh baca SINI untuk faedah food purifier tue (malas la nak type). Then saya rebus laa seme2 tue. Pastu blend pakai baby blender. Carrot tue sometime saya replace dengan spinach or broccoli. Irfan melahap tahap tak sempat telan pun dah mintak lagi.

And food Irfan tue saya yang prepare sendiri before pegi keje, tinggal dalam bekas and suruh bibik rebus and blend jek. Pastu since Irfan dah suke makan, bibik adalah sangat gembira sampai tahap nak kasi makan 4 kali sehari. Haaiiihh lucu la bibik ai nih, sekeh kang. Takpe dah setel, dah kene ceramah dah. Hahaha!

Owh bercakap pasal blender kan, dulu kan sangat teringin nak beli blender Avent yang cam dalam entry INI and memang dah decide nak beli. Cari 1 Miri takde. Order online seme out of stock. Since dah start kasi Irfan makan time tue, beli gak mini blender cam kat bawah nie.


Nampak besar tapi actually kecik and memang sangat convenience untuk blend makanan baby especially buah2 untuk buat puree. Halus elok jek lepas blend. And harga pun RM100++ je. Cuma sedih takde steamer cam yang Avent tue, maka terpaksa rebus/kukus jek. Balik Terengganu pun saya angkut jek mini blender nie. Masuk handbag pun muat. Huhu...

Owh blender nie dibeli pada hari sama di mana saya dapat iPod Touch dari hubby. iPod tue dah berjaya overshadow blender nie maka terlupa nak cerita. Haha!

Majlis Aqiqah Irfan

Ahhh malasnye nak update cerita yang dah basi. Tapi takpelah, memori nye pasal, buatlah jugak. Ok, akhirnya dah berjaya buat majlis aqiqah Irfan masa balik Terengganu haritu. Buat hari Jumaat, sama plak dengan majlis aqiqah Zahin, baby Nadxoxo. Owh Nad, akhirnya sampai ke sudah tak berpeluang pegi melawat. Sori yer... Nanti ade rezeki kite jumpe. Huhu....

Alkisahnya malam sebelum aqiqah tue Irfan tido sangat lambat, almost 2 pagi gitu. Pastu bangun dalam kul 8 pagi gitu (macam budak UTP plak jadual tido). Majlis adalah lepas solat Jumaat. Saya sangat berusaha gigih untuk tidokan Irfan at least for a few hours before the event started. Reasonnya takut nanti masa majlis baru Irfan start ngantuk, and Irfan kan suke meragam before tido. Malangnya dia takmo tido. Mata dah sangat layu tapi ego tahan ngantuk sambil merap2 (haha hebat tak leh gune term orang Perlis. Hahaha!)



Majlis adalah secara bergotong-royong cam biasa. Laki pompuan seme sibuk bergotong royong. Owh sangat best budaya gotong royong di kampung.

Para jemaah masjid

Seperti yang dijangka, bila majlis nak start jek, Irfan nangis2 sambil mata dah pejam2 sebab ngantuk. Haiihh tadi suh tido degil. Majlis nak start baru nak tido. Cabut gigi kang...


Sebenarnya masa Irfan nangis2 sangat kalut cari pacifier, tapi since ramai sangat orang, tak dapat amik sebab hadang pintu bilik. So kalut cari something nak suruh Irfan makan. Jumpe tasbih jek. Ahhh belasahlah. Pastu ramai tegur Irfan nampak alim, dahla pakai baju melayu, pegang tasbih plak tue. Hahahahaha! Sebbaik pakai baju melayu purple. Kalo oren, sure tertukar dengan sami budha. Muahaha! Owh di mana ada Irfan di situ ade beansprout pillow busuk dia tue T_T

Masa tok imam mintak Irfan, Irfan masih nangis2 lagi, tapi bila tok imam letakkan kurma and air zamzam kat lelangit Irfan, terus dia senyap sampai majlis habis. Fuuuhhh lega.... Mari tengok gambar2 majlis.




Selain aqiqah, buat potong jambul sket2. Dulu masa memula lahir dah buat sendiri2 (botak licin gitu) nie buat syarat alang2 dah ada majlis.

Tengah tengok rambut sendiri yang dipotong

Muke penat tahan ngantuk
Dah habis majlis baru jumpe pacifier and songkok. Isk isk...


Akhirnya pengsan tanpa dipinta. Since nie majlis Irfan and orang ramai datang jauh2 sebab nak tengok Irfan, angkut la jugak dia ke hulu ke hilir sambil tido. Nyenyak gila, orang melalak dalam khemah pun dia tak terjaga.

 Bangun tido terus tuka baju lubang2 sebab sangat panas pakai baju melayu di tengah2 orang ramai.


Bangun2 tido jek terus disambung dukung oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Sangat dapat banyak duit. Setakat kunyah RM50 takde efek pun.


Bermain dengan manggis. Sangat gembira sudah kaya raya


Hoh gigihnye I tempek gambar banyak2. Waaahh sangat seronok balik kampung. Sekian sahaja kisah majlis aqiqah Irfan. Huhuhu....


Qurban 2010 - Dramatik!!

Sesungguhnye telah lupa update blog kerana sangat seronok berkeluarga di wiken ini. Irfan baru jek tido, maka mari meng-update dengan pantas. Ok, haritu kan pernah bergaduh dengan doctor Col. Asia sebab sangat susah nak kasi firm date untuk kitorang tukar flight tiket balik Terengganu. Kenapa sangat kalut nak balik?

Ini adalah kerana kami ada kenduri doa selamat and majlis aqiqah Irfan kat Besut tue nanti. Bonda di kampung sudah siap tempah khemah and buat kad jemputan bagai, makanya majlis itu seboleh2nya harus berlaku. Huhu...

Hari raya Aidiladha last time ialah pada hari Rabu. Majlis adalah pada hari Jumaat. Selain aqiqah Irfan 2 bahagian lembu, 5 bahagian yang lain pun adalah ahli keluarga kami jugak, kesimpulannya sekor lembu tue adalah dedicated untuk keluarga kami. Pagi yang lembu tue nak kene sembelih, kene pegi kat tempat lembu tue dulu untuk niat qurban (saye pun baru tau, 1st time amik bahagian qurban).

Dipendekkan cerita, kami telah tersilap timing waktu nak pegi niat tue. Ingat ke dalam kul 8-9 pagi gitu, sekali diorang dah panggil dalam kul 7 pagi gitu. Seme orang belum sempat mandi kot, so lintang pukang bersiap nak pegi jumpe lembu. Saye siap tak sempat pakai bra lagi gitu. Iskk iskk iskkk...

Bile dah sampai di tempat lembu, lembu kami buat hal plak. Tetibe dia saspen nak kene sembelih, maka telah memberontak dalam kandang. Habis dawai2 pagar dia langgar. Ouucchh sangat ngilu tengok. Pastu cam ala2 ngamuk gitu, saye adalah sangat saspen sebab pakai baju kurung merah. Kang tak pepasal I yang terkorban pagi tue. Huhu...

Lembu tue ngamuk2 and sangat di luar kawalan. Orang yang tukang tarik lembu tue pun nyaris terbang sebab lembu plak yang tarik dia. Padahal orang tue saiz dah nak sama besar dah dengan lembu tue. Sangat kuat lembu itu. Makanya orang itu terpaksa lepaskan tali tue. Lalu lembu itu telah berolahraga sejauh lebih kurang 1 km sebelum berjaya ditangkap kembali.

Maka kami sekeluarga terpaksa berjalan meredah semak samun ke arah lokasi lembu itu berjaya ditangkap. Sangat geli sebab terlalu banyak halangan tahi lembu yang terpaksa kami redah. Owh di Terengganu, lembu adalah macam manusia. Boleh lepak2 dengan geng tepi jalan, boleh lintas jalan, boleh dok kat traffic light, etc.

Dah sampai kat tempat lembu pun, lembu masih meronta2. According to tuan lembu, dari kecik sampai ke besar lembu tu tak pernah kene letak tali kat leher dia. Kat hidung pun tak pernah. Makanya bila pagi tue letak tali untuk heret, dia cam kaget kot. And lagi dramatik, tempat lembu tue lari and mati adalah tempat dia mana dia lahir suatu ketika dulu. Owh tanah tempat tumpah darahku gitu...

According to tuan lembu lagi, daging lembu tue sure sedap nanti sebab baru pas berlari. Sebab darah dia tengah fresh2 ngalir. Orang cakap, ayam pun kalo nak sedap, diorang hambat 1 kampung lu baru sembelih. Owh itu motif hambat ayam rupenye.

Oklah, kesimpulannya adalah sangat best sebab 1st time amik bahagian qurban. 1st time tengok proses qurban lembu dari A-Z. Oklah lepas entry nie sambung entry majlis aqiqah Irfan plak, pastu habis dah hutang entry. Hihi...

Irfan's 1st Teeth

Hoh 2 entry sehari! Tak sabau nie nak update nie since arini telah berjaya mencipta kejayaan besar, iaitu berjaya amik gambar gigi Irfan. Hahahahaha!


Sangaaaaattt susaaaahhhh nak amik gambar gigi Irfan. Berhempas pulas okay nak amik gambar gigi Irfan. Haiiihhh....


Yess yess yesss!! Berjaya!


Hahaha! Nie gambar berganding bahu dengan hasben amik gambar gigi Irfan. Sian Irfan, dah nak tido dah time nie, kitorang gi korek mulut. Ermmm... cemane eh dah ade gigi nie? Dah kene start berus gigi ke? Haaiiihhh... Mama Irfan pun asek miss gosok gigi malam sebab terlelap time dodoikan Irfan. Huhu...

Breastfeed Updates

Remember my entry entitled Towards The End of Breastfeeding Journey? It was written in unstable condition (emotionally). And remember this entry Kisah Hubby Sakit? So now you know the reason of my emotional imbalance that day. Entry yang 1st tu kan telah mengundang banyak salah paham. Salah saya jugak kot tulis tak clear. Recently I received sooooooooo many same questions “Ko still breastfeed Kunaz?” Maka di sini saya clarifykan balik, entry 1st tue maksud saya adalah End of FULLY Breastfeed Journey. So jawapan untuk soalan itu adalah yess saya masih fully breastfeed. Alhamdulillah. Subhanallah. Kun fayakun…

Tadi kat SKO ade talk pasal breastfeed sempena HSE week. Then baru teringat nak update pasal breastfeed nie. Huhu… Owh btw, talk tadi by Dr Aida dari Col. Asia. Memula masuk Nampak Dr Aida rasa cam nak uturn balik sebab sangat kemalu-maluan. Dulu kan saye cabut lari dari Dr Aida pergi ke Dr Mattu. Tapi sebbaik Dr Aida tak cam. Almaklumlah now kan saye dah pakai shawl gitu. Mata pun kaler grey gitu. Badan pun gemok gitu. Makeover habess. Haha!

Ok sambung pasal breastfeed. Masa balik cuti 2 weeks aritu, saya cuma bawak balik 6 botol EBM je (30 oz). Lagi 40 oz saya tumpang simpan rumah Zaza (tu jek stok EBM saya yang tinggal masa tue). Takut gak la masa cuti panjang nie blackout ke ape ke kan (thanks Za tolong jaga EBM aku). Pastu saya takde bawak balik sebarang botol extra pun untuk storage. Masa susu saya merudum dulu, saya rasa 6 botol tu dah more than enough untuk saya produce. And plus, saya foresee saya akan mix dengan formula milk bila kat kampung nanti.

Tapi betullah bak kata orang, rezeki breastfeed nie atas kuasa Tuhan. So sila jangan blame orang yang dah berusaha gigih tapi tak mampu breastfeed. Itu atas kehendak Tuhan seme tue, yang penting dah berusaha berikan yang terbaik. Ok berbalik pada kes saya, saya yang plan nak campur nie, Tuhan masih izinkan saya fully breastfeed. Bila balik kampung, Irfan suddenly pandai makan solid after a month of trying (even though sket2 je makan and breastmilk is still his “main dish”) pastu kat kampung plak sangat ramai volunteer nak jaga Irfan, maka saya ada masa untuk pam buat stok.

Yelah tengah cuti kan, stress pun kurang, tu pun antara reason production saya up balik sampai tak cukup 6 botol storage tue. Terpaksa paksa Irfan minum cepat2 untuk guna botol tue store balik susu baru. Memang syukur Alhamdulillah yang teramat sangat. Cuma masa balik Ipoh seminggu, saya suddenly demam so seminggu tue sehari je kot saya dapat pam, hari lain direct feeding jer.

So now, production saya adalah di tahap normal, takdelah makin banyak sebab selalu terskip makan vitamin. Haha! Owh pastu masa attend talk tadi, dah terbit satu kesedaran. Ramai yang mampu breastfeed anak sampai 2 years tapi mostly sebab campur FM jugak. Why not kan? Bukan berdosa pun kasi anak minum FM kan? Dulu mentality saya camni “Owh patutla boleh breastfeed sampai 2 tahun, campur rupenye”.  Dulu, to me bila dah decide nak breastfeed, maka breastfeed jela sampai stop terus.  Once dah campur, I don't really call it as breastfeed. Then baru sedar mentality camtu adalah untuk ibu2 saiko sahaja. Saya takmo jadi ibu saiko. Haha!

So maybe ada perubahan target di sini. Dulu target stretch one saya adalah if dapat fully breastfeed anak sampai umur setahun, tapi now saya nak tukar stretch one target saya adalah BREASTFEED anak sampai 2 tahun , no matter campur ke tak. Haha! Yang penting still breastfeed selagi Irfan nak  and selagi diizinkan Allah. Takmolah fight2 sape lagi lama breastfeed. And takmolah jugak stress nak kejar target. Selagi ada rezeki jangan tolak rezeki. Kalau takde rezeki redha jelah. Kan kan kan? Nie dah dapat stretch two pun dah kira bagus dah nih. Dah leh dapat extra allowance. Haha!


P/S: Suke talk by Dr Aida yang tak terlalu obses dengan breastfeeding, walaupun sangat menyokong breastfeed. Dia cuba sampaikan yang breastfeed is easy, tak perlu grounded by rules sangat.

Dramatic Sale at Toys World Miri


Harini ada sale kat Toys World Miri. Dia bukak 2 jam setengah jek dari 10.30 pagi sampai 12 tengahari. Dapat 50% diskaun, 1 customer 1 barang jek. Saye takdela berminat nak pegi pun actually sebab dah complete kot barang Irfan kat rumah nie. Tapi jiran sebelah rumah (opismate hubby) mintak tolong belikan set stroller and car set, they're getting a baby early next year. Zool (si jiran) ade course di KK Sabah maka mintak tolong belikan.

A few days ago diorang dah pegi sana sebab Zool nak tunjuk stroller mana yang dia berkenan. Tuan kedai dah cakap, sale nie buat tiap tahun, normally memang orang beratur sejak pagi so dia suruh datang awal. Maka kami sampai kat Toys World tue sejam awal.


Walaupun datang sejam awal, dah banyak dah crowd. Makin lama makin ramai sampai dah tak mampu nak amik gambar. Peluh dah bercucuran. Dia patut ada 2 entrance, tapi tadi dia bukak 1 jek. Sejam kami berdiri depan pintu sampai rasa nak pitam. Ramai kot orang, macam2 bau ada. Kesian tengok mak2 yang bawak baby. Sebbaik kitorang tak bawak Irfan.

Bila pintu dah bukak, seme orang menyerbu yang SANGAT DAHSYAT. Saya tak pernah experience serbuan sedahsyat nie. Saya nyaris terbunuh tadi sebab tetibe rasa leher terjerut, ade orang tarik shawl saya dari belakang. Pastu siap dengar orang perempuan jerit2 kene himpit, kene pijak, etc. Badan saya rasa cam nak terlipat dua, kiri kanan orang himpit. Pastu rasa cam susu terpancut. Huhu...

Sangat horror, ramai orang yang selfish. Ade sorang Cina gemok tue, dia main tolak je seme orang. Banyak rak yang terbalik and barang seme jatuh2 and rosak kene pijak. Memang sangat di luar kawalan.

Sangat dramatik sebab hubby nampak leher saya terjerut orang tarik. Hubby nak uturn balik tolong saya, tapi saya suruh hubby pegi dulu, kang tak sempat amik barang orang kirim. Bila dah berjaya melepaskan diri saya masuk jek lenggang2 dalam kedai yang dah huru-hara. Dah takde mood nak shopping.

Dalam kedai memang kucar kacir orang jerit sana sini. Sangat kesian kat orang pregnant and yang bawak baby. Cemane ntah diorang gamaknya. Tapi dengarla ada baby jerit2 nangis2. Kesian... Pastu dari jauh nampak hubby dok pikul kotak stroller and car seat set yang sangat besar. Junjung atas kepala sebab takde ruang, seme terpaksa berhimpit.

Dia bukak 1 laluan jek, so kalau orang masuk even taknak beli barang pun terpaksa beratur sekali dengan orang yang nak bayar untuk keluar. Saya beraturla nak keluar. 40 minit okay baru dapat kuar. Sebab bosan beratur, saya nampak 1 swimming pool, so sambar lah 1 yang tu, alang2 beratur tak buat ape.

Sangat kesian tengok hubby kat depan. Kotak tue adalah dalam 20kg and dia terpaksa hold beban tue selama 40 minit before sampai kaunter bayar. 1st 100 hundred customer jek yang dapat 50%. Next 100 customer dah jadi 40%, so time hubby bayar, hubby dah kene 40%. Bawak duit cukup2 jek yang Zool kasi. Nak pakai kredit kad tak accepted tadi. Terpaksa hubby bayar half dulu and gi berlari kat ATM cucuk duit. Jauh jugaklaaaa ATM tue. Nak naik kete takut nanti susah dah nak dapat parking sebab sangat jammed.

Masa turn saya plak, saya orang yang ke 201, maka saya dapat 30% je dah. Bila dah kuar Toys World, tercungap2 penat. Hubby cakap, next year tobat taknak gi dah. Sanggup bayar mahal dari jadi camtu lagi. Sian hubby, dahla tak bebetul sihat lagi, kene cani plak. Huhu...

Yang jadi ramai sebab budak2 jantan muda2 yang ramai sebab nak beli mainan. Diorang la yang banyak tak berhati perut gi tolak seme orang. Helikopter la, kereta la.. Tu yang cepat jek habis 1st 100 customer tue. Diorang patut split kot, harini untuk barang baby. Sebab audience berlainan. Budak2 muda bukannya kesah pun baby2 mak2 pregnant yang beratur tue.

Owh sangat historical lah sale harini. And dengan ini saya pun berikrar dah takmo pegi jugak dah. Hahaha!

Irfan 1st Time Naik Flight

Irfan 1st time naik flight adalah pada usia 6 bulan setengah. Yer, saye tak pernah balik kampung lagi sejak beranak. Huhu... Memula sangat kaget pikir nak bawak baby naik flight sebab dah dengar macam2 cerita. Ade yang melalak horror sampai ada orang sound cakap "Shhhhhh" Isskk stress kan kalo kene camtu. Pastu sangat takut telinga baby dengung and melalak kesakitan.

Tiket original adalah kul 4 petang dari Miri and kul 10.30 malam dari KB. Pastu sejam lagi drive baru sampai Besut, makanya total journey adalah 9 jam gitu baru sampai rumah. Sangat runsing pikir cemane nak handle Irfan sampai 9 jam. Pastu bile pospon tiket, seat untuk same timing dah full, so kene amik flight paling awal dari Miri, kul 6 pagi pastu kul 10 pagi dari KB. So total journey jadik 6 jam sahaja.

Malam sebelum naik flight, Irfan tido lambat cam biasa. So pagi esok tue dalam kul 4.30 pagi, angkut Irfan secara diam2 bawak gi airport. Tak mandi or even tuka baju pun. Haha! Takmo kejutkan dia, baby kalo tak cukup tido otak kurang berkembang. Huhu... Berjaya sampai airport sambil pangku budak 8 kilo ni tanpa dia terjaga. Saya sangat berdoa agar Irfan tido stret until sampai KL. Tapi dalam kul 5.15 pagi gitu Irfan dah terjaga dah.... T_T


 Mamai baru bangun tido

Ramai la plak orang SKO naik flight pagi tu (gi miting kat KL). Ahhh nanti kalau Irfan nangis 1 flight, sure kecoh 1 SKO pasni. Stress. Haha! Pastu ade sorang je lagi couple yang bawak baby aritu. So ade 2 baby jek dalam flight tue. Ahhh stress lagi. Kalau ramai2 baby, leh cover sket suara Irfan kalau nangis. Haha!

Irfan dah tak tido2 balik sampai flight nak take off. Tapi dia ngantuk, and Irfan jenis yang merengek2 bila nak tido. So dia merengek continuously adela dalam 10 minit pastu terlelap and then flight pun take off. Fuuuhhh sangat lega. 


Tido jugak akhirnya


Ambil kesempatan posing. Owh mata adalah sangat bengkak sik cukup tido bah. Hubby kuar wad petang Sabtu, tinggal Ahad jek nak pack and shopping segala bagai nak wat balik kampung. Subuh Isnin dah cau.

Tapi malangnya, sejam jer Irfan tido. Sejam lagi tue kami laki bini struggle nak layan dia dalam flight. Irfan cepat bosan, kalau bosan dia meragam lagi. Hoh sebbaik balik dengan hasben (bibik pun ikut tapi dia dapat seat jauh). Untuk 1st time naik flight nie saya perlukan someone nak back to back jaga Irfan. Kejap nyusu, kejap kasi mainan, kejap kasi Irfan lompat2, last solution yang paling berkesan untuk suruh Irfan dok diam sopan adalah kasi dia makan iPod Touch... Banjir iPod Touch ai... T_T

Henbeg saya T_T. Ape kaler merah tue?

Owh Patrick rupenya....

Sampai KLIA jek saya hembus nafas lega gila. Hoohhh selesai 1 azab. Pastu flight KL-KB plak. Kalau kat Miri tadi kitorang dapat masuk awal sebab bawak baby. Tapi kat KL nie, ramai orang Kelantan nak balik raya haji, so lebih separuh flight adalah family yang ada ramai anak kecik. So bila announcement cakap baby leh masuk lu, kitorang lambat gak masuk. 

Tapi sangat release gila tengok ramai baby lain yang melalak2. So bila Irfan merengek2 dalam flight memang tenggelam tak dengar langsung suara Irfan. Huhu... Flight KL-KB nie, nice2 jek Irfan nak breastfeed masa flight take off, so telinga Irfan ok jek tak dengung ape. Alhamdulillah.

Flight balik Miri adalah yang paling mencabar. KB-KL ok cam biasa sebab ade ramai baby cam biasa, and sejam je pun flight tue. Masih mampu nak layan Irfan. 


Irfan dalam stroller before balik Miri. Handbag I kene tahan bukak 1-1 sebab banyak sangat mainan. Encik imegresen konfius tanya "Ni ape, tu ape?" sambil tunjuk kat skrin komputer. Saya jawab "Owh tu anjing,  nie teether, tue tebuan, nie tikus..."  Pastu dia ingat I tipu kot, kuarkan 1-1. Ha amik ko, kuar seme jenis binatang dalam henbeg tue. Sile kemas balik.

With bibik

Irfan yang sangat gembira nak balik Miri

Sian hubby, dia sengeh tapi I amik gambar Irfan jek

 Ok, complete set

Di KLIA, jumpe Piji kat sana. Irfan sangat seronok main dengan uncle dia sampai tak tido2 sejak kul 5.30 petang. Tido kejap jek before naik flight.


 Irfan bergelak ketawa dengan uncle

Terlelap di bahu papa

Fligh KL-Miri adalah yang paling azab. Since dia tak tido2 dari tadi,  keje asyik meragam jek. Dahla kitorang jek yang bawak baby. Owh stress. Pastu dalam flight tue siap ade Hafiz AF lagi tapi since sangat sibuk layan anak, saya buat bodoh jek kat Hafiz tu walaupun asyik bertembung lalu sebelah. Berlagaknye saye, tue belum jadi artis lagi tue. Haha!

Kesimpulannya Irfan tak tido sepanjang flight 2 jam 15 minit tue. Dia tendang seat orang depan. Pastu gi peluk kepala seat tue sambil bergayut. Lengan sangat kuat. Pastu gi gigit meja makan flight. Korek tingkap flight nak keluar. Pastu menggelupur atas riba. Meniarap atas riba. Makan beg muntah flight. Haiiihhh.... Breastfeed tak layan Kasi puting gi baling bawah seat. Habih struggle kutip balik, sempit kot flight tue, I plak besar. Haiihh lagi. Last2 terpaksa kasi makan iPod Touch lagi.. T_T

Tapi overall kira still manageable bawak Irfan haritu. Sebbaik dia tak nangis yang tahap melalak. Nangis merengek jek. Cemane nak gi New Zealand nie Irfan... Hahaha!


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.