26 Nov.

Semalam tetibe sangat susah nak tido. Dah nak kul 2 pagi mata still segar tapi tatau nak watpe. And tetibe rindu pada arwah abah datang tetiba. Kuat sangat perasaan rindu tue sampai siap menitik2 air mata. Huhu....

Then baru teringat, 26 Nov lepas suppose nye birthday abah yang ke 54 (if abah still alive). Normally tiap tahun, saya orang 1st dalam family yang akan ingat birthday abah and orang 1st jugak yang akan kasi hadiah kat abah, walau hanya sekadar masakkan something special untuk abah.

Mungkin abah rindu saya jugak. Mungkin abah tak sabar nak dapat hadiah dari saya lagi tahun nie. Cepat2 saya hadiahkan al-fatihah buat abah. Semoga abah sentiasa gembira dan tenang di alam sana.... =)


2 comments:

Syahnad December 1, 2009 at 9:51 PM  

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya"
(Muslim)

kunaz December 2, 2009 at 1:02 PM  

sedekah jariah - checked!
ilmu yang berguna - checked!
anak yang soleh yang mendoakannya - checked!

perfect score! huhu...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.