Hubby Balek!

Baru 3 hari 3 malam hasben takde di sisi, rasa dah nak menggelupur dah. Tak bermakna sungguh weekends yang sentiasa dinanti2 tiap minggu tanpa hasben this time. Bosan, malas, sedih... If terjaga tengah malam (seperti biasa) dah takde orang nak tepuk2 suh tido balik...

My pregnancy dah week 9, and morning sickness dah kurang almost 50%. Alhamdulillah... Haru jugak morning sickness sorang2 kat rumah. My weight turun balik 1 kg. Sebab if ade hubby, dia bawak makan kat kedai so ade force yang nak paksa makan. Dok sorang2 nie if takde selera, tak makanlah jawabnya. Tapi saye still la makan jugak buat syarat. Sian kat baby nanti. Huhu... Susu pun dah start pakse minum walaupun muntah balik lepas tue.

But guess what, baru lepas YM dengan hubby. He's coming back this Monday! Yeayy!! Dah crew change. Sangat seronok, sebab hubby expected akan straight dok offshore sampai 2 weeks. Tapi hubby pergi 10 hari jer, di mana 5 hari daripadanya hubby u-turn balek darat. Hehe... Hubby cakap, pesan kat baby, papa balik Isnin next week. Hihi...

Tapi kannnn.... Isnin tue pulak saye yang kene gi KL! Stress kejap. Punyela ramai orang lain, saye yang pregnant muntah2 nie jugak yang kene gi. Ujung bulan ni kene gi Kerteh plak. Dahla gynae suh saya limitkan travelling sampai abih 1st trisemester. Takpe2, tabaik komplen. Kene sabar, nanti adela rewardnye.. Heh!

Ok, dah start bersemangat sangat bila tau hubby dah nak balik. Can't wait to see him on Tuesday night. He's going to fetch me at Miri's airport. Yeayy!


0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.