Kisah Teladan 2

Lamanya tak update. Tak berapa sihat sangat lately... =( Nak update blog pun tak larat. Huhu... Tapi since dah janji nak share kisah teladan no.2, saye gunekan kesempatan tengah tak larat nie untuk update pasal kisah tue. Owh, terpaksa copy paste 100% sebab tiada daya mahu summarize macam kisah teladan 1. It's going to be pretty long...


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempeyang dijualnya merupakan tempeyang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempebeliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempeyang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akanfirman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , " Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin "

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempedengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi." Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku.Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin ".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. " Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin ".

Lalu dia pun berangkat di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia
meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempeyang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, Inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempeyang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, " Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempe ku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. " Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempeyang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempeyang belum menjadi.

Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya " Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, " Mengapa hendak membeli tempeyang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempeyang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempeyang sempurna. Kalau dikirimkan tempeyang sudah menjadi, nanti di sanatempeitu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...


Moral Pertama :
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Moral Kedua :
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Moral Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi Allah!

Moral Keempat :
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedangkan kita kurang prihatin untuk mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SOLAT 5 WAKTU ,menyegerakan & menyempurnakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain dengan niat amal ma'aruf agar kebaikan boleh sama-sama dikongsi .


Tempias Mengandung

Saye yang pregnant, tapi badan hubby plak yang makin membulat. Saye yang pregnant, tapi hubby plak yang makin kuat makan.  Lapar jek memanjang. Berat badan hubby makin naik. Berat saya belum bergerak even badan dah makin mengembang. Kadang2 hubby loya. Kadang2 dia sakit kepala. Kadang2 dia kembung perut. Sape yang pregnant nie? Huhu... Papepun time kasih sangat banyak2 kat hubby sebab tolong pikul separuh beban mengandung saye. Huhu....


Kisah Teladan 1

Harini tetibe ade mood untuk sharing kisah teladan. Asyik cite pasal pregnant je kan lately. Huhu.... Ok, dalam banyak2 forwarded email yang saye dapat sepanjang hidup saya, saya hanya jatuh cinta pada 2 email sahaja. Saya simpan email tue till now.

Entry kali ni saye nak citer 1 je dulu. Tema kisah nie berkisar tentang keberkatan hidup. Kisah nie yang paling saye suke sebab ia berkaitan dengan hidup saye satu keluarga (parents, adik-beradik, dan suami) Kami banyak kali hadapi bende macam ni, takde exact explanation untuk kejadian nie, but we take it as rahmat dari Allah.

Ok kisahnye pasal 2 family. Biarlah saya namakan family A and family B. Ok family A nie kan, suami dia gaji RM3000 je sebulan. Wife plak housewife. Anak ramai, dalam 7 orang. Kehidupan diorang sama macam orang lain yang selesa hidupnya - ade rumah, ade TV, ade sofa set, ade kereta, etc. Family A nie jenis yang jage solat and jaga halal haram tiap rezeki yang diorang dapat.

Rumah and kereta bayar monthly installment. Bayar bil2 bagai. Tanggung anak 7 orang yang semuanya bersekolah. Tanggung wife lagi, siap boleh kasi gaji bulanan kat wife untuk kejenye sebagai housewife. And guess what, dengan gaji kecik and tanggungan besar camtu, dia masih boleh buat saving and kirim duit kat parents kat kampung.

Family B plak, 2-2 husband and wife bekerja. Suami saja gaji dah RM10,000 sebulan. Family B hidup mewah. Asyik bertukar kereta. Tapi family B nie kehidupan diorang nampak macam huru-hara sket. Gaji asyik tak cukup sampai terpaksa cycle kredit kad and buat loan bagai. Hutang makin lama makin bertambah.

Keje gaji dah mewah tapi asyik mintak duit dengan parents (sepatutnya kasi duit kat parents!) Ade anak sorang je tapi time skolah dah kene tangkap basah. Hasben and wife asyik gaduh and perang mulut tiap hari. Ade je yang tak kene kat mana2. Family nie memang jenis tak jaga solat and jenis tak kisah halal haram janji duit masuk poket.

Kesimpulannye dalam hidup nie, janganlah terlalu harapkan kemewahan hidup, tapi harapkanlah berkat Allah. If dapat 2-2 berkat and kemewahan lagi alhamdulillah. Contoh terbaik yang paling dekat dengan saya adalah abang kandung saye.

Abang saye tu ya rabbi, tak pandai bergaya langsung. Selekeh cam mangkuk jamban. Kete pakai kete proton saga yang arwah abah tinggal dulu je. Dia belajar tak pandai and tak belajar tinggi pun. Tapi alhamdulillah bisnes dia tersangatlah maju. Savings dia bapak banyak now. Dia yang tanggung mama and family saya kat kampung now.

Family kami ade 4 syarikat yang mama letak atas nama anak2 dia. Saya pun ada satu tapi mama yang run dari sana. Tapi of course syarikat abang yang paling berjaya. Kedai abang kecik jek tapi alhamdulillah sangat maju. Dulu masa kat UTP pun time2 sengkek saye dok mintak duit dengan dia ah. Haha!

Yang saye perasan, abang orang yang ikhlas dan tak busuk hati. Abang tak pandai bergosip, if orang gosip dengan dia, dia sengeh jek. Isskk... kontras sungguh dengan saye. Haha! Pastu dia sangat hormat orang tua. Tak pernah sekali pun dia marah mama. Cam saya ade gak time2 saye berdebat2 if ade perbezaan pendapat, kate johan pidato dulu kan. Huhu.. Tapi abang, if dia ade kecik ati ke dengan mama, dia senyap jer.

Pastu mama cakap abang selalu kasi duit kat dia. And abang cakap, if dia kasi kat mama RM2 lepas tue dia akan dapat balik rezeki RM10. So, mama pesan, kirimlah duit kat orang tua dengan ikhlas tiap bulan untuk amik berkat. If takde duit sangat, kasi RM5 je pun takpe, tapi niat ikhlas untuk dapatkan berkat. Saye akan ingat pesan tue sampai bila2.

And macam saye and hubby, kami takdelah hidup mewah. Kete kecik jek 2 bijik, Proton and Perodua jer plak tue. Tapi kami syukur and puas hati jek. Sampai jugak ke destinasi yang kami nak pegi cam kete2 mewah yang lain.

Kami 2-2 tak pernah ade saving dari kecik, parents kami tak buat saving untuk kami. Saving kami yang ade now seme berkat usaha kami sendiri. Alhamdulillah now after setahun keje dah mampu beli rumah sendiri (haiihh bile nak masuk rumah nie). Huhu...

Eh, btw saye tulis nie bukan bertujuan untuk berlagak ape tau. If terasa ade unsur angkuh berlagak riak or whatever, saya mintak maaf banyak2. Saye just nak kongsi kisah yang boleh kita jadikan teladan hidup. Saye juga nak sampaikan yang keberkatan tue lagi penting dari kemewahan. And kalau kita pandai bersyukur kita akan selalu rasa cukup. Oklah sekian kisah teladan pertama. Huhu...


The Baby Is Fine

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi... Harini ke Columbia Asia. The baby's fine. Alhamdulillah... Last week masa bleeding tue Dr Aida cakap the whole sac ade lapisan darah yang tebal. She didn't print out the picture, saye pun tak sanggup nak simpan. Huhu...

Now Dr Aida cakap ade sket jek lagi area yang bleeding, so in the next few days maybe saye akan kuar brownish discharge dia cakap untuk buang sisa darah yang masih ada. But the most important thing is, the baby is fine. Lega tengok jantung baby berdegup2 kat screen. Paling best, he/she is growing up. Last week baru 2.58 cm. This week dah 3.54 cm.





So, nie adelah gambar arini at 10 weeks plus. This time cam tak clear sket sebab Dr Aida cam fokus kat area yang ade bleeding (which saye tak sure nak tengok cane). Heh!

Remember the ubat hormon yang Dr Aida kasi yang dia suh makan maximum dose tu? Dia suruh makan seminggu straight till jumpe dia harini. Tapi saye stop makan Ahad lepas. Please don't blame me. Saye sakit tenat makan ubat tue. Memang terlantar jek sepanjang amik sick leave aritu. Morning sickness saye kan dah nak ok time tu, tapi bile makan ubat tu jadi horror balik.

Makan sket muntah terus. Solid kuar food yang makan tadi, takde campur2 air pape. Pas muntah, lembik, terus flat. Bangun, makan lagi, muntah lagi, terdampar lagi. Loya 24 jam, sakit kepala, etc. Owh sangat tak tahan. So amik keputusan stop makan since Isnin dah start masuk ofis. I can't afford to be like that in the office.

Tapi arini ala2 kene sound kat Dr Aida. Dia tak kasi stop terus sebab dari maximum dose ke stop terus takut nanti sistem terkejut. So dia suruh makan sebijik sehari pasni sampai seminggu. Pastu baru bleh stop. Huhu... And harini dia kasi susu Alpha Lipid. Dia cakap dia patut kasi awal lagi tapi dia lupe. Huhuhu... Susu tue untuk kuatkan antibodi badan.

Btw, saye lupe nak cite. Pasal saye threatened miscarriage nie saye tak bitau pun my mom. But then she knew it through my aunt's dream. Exactly hari yang sama. Pagi tue saya bleeding, malam tue mama call. And lepas tue hari2 dia call saya tanye khabar. Mak plak call tanye khabar anak. Huhu... Alah sama je mama call saye dengan saye call mama sebab bil tepon dia saye yang bayarkan tiap bulan. Haha!

Oklah, so lega now. Alhamdulillah. Thank you Allah... And thank you to my good buddies for the wishes =)

Tak Logik & Melampau

Antara perkara-perkara tak logik atau/dan melampau yang saye terpikir nak buat time pregnant adalah seperti berikut:

  1. Beli tong oxygen and bawak kat ofis hari2 sebab asek sesak nafas.
  2. Upah tow truck tarik saye and Myvi pegi and balik keje tiap hari sebab tak larat nak drive.
  3. Beli mesin ultrasound sendiri letak kat rumah and scan baby hari2.
  4. Makan and minum pakai tiub sebab takde selera.
  5. Mintak unpaid leave sampai beranak.
  6. Berhenti keje. Haha!

 Cam saye sorang je yang pregnant dalam dunia ni kan? Haha!

Threatened Miscarriage

Yes, the term sounds so not nice, but that is what I'm having now... =( Sampai Miri kul 11.30 malam semalam. Pagi nie bangun tido sedar2 ade bleeding. Risau gile. Terus mintak emergency leave dengan boss. Hubby pun amik emergency leave sekali.

Dr Aida start keje kul 9.30 pagi. Kami kuar breakfast dulu pagi tue before ke Columbia Asia. Sekali kitorang breakfast satu kedai dengan Dr Aida. Terus jumpa dia citer. So bila sampai Columbia Asia dah takyah cite banyak, terus buat checking.

Baru 2 hari lepas a few hours before naik flight, my baby was diagnosed as cute and healthy. Harini turun jek flight, I was diagnosed to have a threatened miscarriage. So sad, rasa nak nangis. And memang dah nangis dah pun. Huhu...

Dr Aida kasi saye medication untuk kuatkan rahim, suruh makan maximum dose sampai seminggu. Then come back for scanning. Asalnye next month next appointment saye, dah jadi cani, next week kene pegi balik. Tadi scan, heartbeat baby still ade. And masa scan tadi pun nampak ade tompok2 darah tunggu masa nak gugur. Huhu...

Before this Dr Aida tak advice saya travel. Now, it's a big no no already. Dah tak kasi pegi. Supposely hujung bulan nie saye kene gi Kerteh. Boss, pandai2lah kasi replacement yer. Huhu...

I told everyone already. Saye bukan saje2 suke takmo gi meeting jauh2. Tapi I'm not fit for that ok. Macam semalam, nak mati saya tahan sakit dalam flight. Tahan nak muntah, tahan sakit kepala, tahan cramp perut, tahan rasa cucuk2. Sampai budak sebelah saye asyik pandang2 sebab nampak saye sangat tak uncomfortable dalam flight tue.Dr Aida cakap, 1st trimester nie tak seme orang bleh tahan pressure dalam flight tue. 

Harini banyak kali boss call saye. Malas nak angkat actually, last2 angkat gak. Dia rasa bersalah kot. Huhu... Dahlah, nak bebel banyak2, bende dah jadi. Dr Aida pun banyak kali remind kitorang tadi yang rezeki dari Allah. Kalau dah Dia tak izinkan, tak buat pape pun bleh miscarriage. So now, what we have to do is just wait for a week while finishing the medications. Saye dapat MC 3 ari, and this time I take all 3 days. PPA tak siap lagi.. Waaa! Haha!

Tadi jumpe Zul and his wife gak kat Columbia Asia. Rupe2nye wife dia miscarriage tanpa sedar pun dah pregnant. Zul nampak sedih tapi happy gak. Yelah, at least dah tahu mampu produce zuriat kan. Huhu... Cuma belum rezeki lagi. Saye pun doakan agar dia cepat2 dapat baby, because I like that guy. Lepas kuar jumpe Dr Aida tadi saye amat sedih actually, tapi since Zul ade kat luar, kuatkan semangat jer wat2 tak rasa pape. Huhu...

Btw, from my reading, threatened miscarriage nie agak common. Normally, 70% akan dapat teruskan pregnancy dengan selamat. Hoping that I will fall under that 70%. Doakan sekali yer kawan-kawan. Oklah, mahu berehat. Daaa....


Transit Lagi.. Haihh!

Ok nak pegi KL dah... Aritu dah stress sebab meeting nih. Dahla tak sempat jumpe hasben petang ni, kene pospon appointment dengan gynae, meeting untuk orang lain nye keje, tatau pape pasal meeting nie, etc. Arini bile dapat tiket, kene transit Kuching plak dulu. Waaaaa tak sukeerrr!

Means dalam kul 11 malam baru sampai hotel. Haiihh.. Bayar nak dekat RM400 hanye untuk tidur beberapa jam. Penat babe. Tak pepasal kene makan Duphaston lagi. Tau tak betapa tak bestnye makan Duphaston tue. Side effect dia loya bertambah2, sakit kepala, etc.

Ok abih dah bebel. Tadi saje2 try call Columbia Asia tanye ramai orang tak arini. Since esok tak dapat gi, nak try gi arini. Diorang cakap bleh datang. Yeayyy!



So nie gambar baby yang baru scan arini. Yeay!! Comel kan? Hilang kejap stress. Huhu... Dah nampak tali pusat. Owh btw, saye cam konfuse sket. Dr Aida cakap saye dah pregnant 9 weeks 3 days. Tapi dia kasi due date 17 May tahun depan, which macam tak tally. Maybe sebab period saye irregular, sebab dia cakap dia amik kira factor period irregularity jugak.

So now, my new EDD is 17 May 2010. Previously, it was 15 May 2010. Lagi lambat. Hihi... And harini saye dah start dapat kad merah. Next appointment ialah 10 Nov bulan depan. 

Oklah mau packing barang dah. Owh malam nie saye akan tidur berdua di Impiana Hotel. Adela sorang tue dia tengah practice G&A cost saving. Haha!

Hubby Balek!

Baru 3 hari 3 malam hasben takde di sisi, rasa dah nak menggelupur dah. Tak bermakna sungguh weekends yang sentiasa dinanti2 tiap minggu tanpa hasben this time. Bosan, malas, sedih... If terjaga tengah malam (seperti biasa) dah takde orang nak tepuk2 suh tido balik...

My pregnancy dah week 9, and morning sickness dah kurang almost 50%. Alhamdulillah... Haru jugak morning sickness sorang2 kat rumah. My weight turun balik 1 kg. Sebab if ade hubby, dia bawak makan kat kedai so ade force yang nak paksa makan. Dok sorang2 nie if takde selera, tak makanlah jawabnya. Tapi saye still la makan jugak buat syarat. Sian kat baby nanti. Huhu... Susu pun dah start pakse minum walaupun muntah balik lepas tue.

But guess what, baru lepas YM dengan hubby. He's coming back this Monday! Yeayy!! Dah crew change. Sangat seronok, sebab hubby expected akan straight dok offshore sampai 2 weeks. Tapi hubby pergi 10 hari jer, di mana 5 hari daripadanya hubby u-turn balek darat. Hehe... Hubby cakap, pesan kat baby, papa balik Isnin next week. Hihi...

Tapi kannnn.... Isnin tue pulak saye yang kene gi KL! Stress kejap. Punyela ramai orang lain, saye yang pregnant muntah2 nie jugak yang kene gi. Ujung bulan ni kene gi Kerteh plak. Dahla gynae suh saya limitkan travelling sampai abih 1st trisemester. Takpe2, tabaik komplen. Kene sabar, nanti adela rewardnye.. Heh!

Ok, dah start bersemangat sangat bila tau hubby dah nak balik. Can't wait to see him on Tuesday night. He's going to fetch me at Miri's airport. Yeayy!


Jubah & Zul

Salah satu dugaan pregnant yang saye alami now adelah tak cukup nafas. Bergerak aktif sket start ah tercungap2. Cakap panjang2 pun kene stop tarikh nafas lu baru sambung cakap. Owh baby, are you taking up mama's oxygen? Coz I feel so breathless now. Huhu....

So masa balik raya aritu saye beli jubah banyak2 kat KB Mall. Bapak murah. RM69 jek selai. Tak plain sangat, ade gakla sulam and jahit manik seme. Saye beli 6 helai tak silap. Siap ade yang design kembang2 kat lengan tue. Gedik. Hikhik... But then mama cakap kat Kuala Besut bleh dapat lagi murah. Wohh! Tue dah rasa maha murah dah tue.

So start Isnin lepas sampai semalam dah start pakai jubah. Sebab bila pakai baju kurung, getah kain baju kurung tue bila tekan perut saya akan buat saye lagi tak cukup nafas. Masa dok kat workstation saya akan button off kain tue, nak bangun berjalan baru pakai balik. Leceh. Pakai jubah senang, sarung jek. Lega perut. Haha!

Tapi tuela, bile dah pakai jubah nie macam2 la orang dok panggil. Ustazah laa, hajah la... Before this memang selalu gak pakai jubah gi ofis tapi jubah seluar. Nie jubah yang labuh straight. Terus dapat title Hajah Kunaz. Haha! Ngek... Arini tak pakai sebab ade 2 miting kat SKO. Takmo tambah gelaran baru lagi. Haha!

Yang paling ngokngek kutuk saye of courselah my senior engineer Zul. Tak silap saye laa... zaman dulu kala saye pernah la tulis entry kutuk dia sebab dulu mulut dia laser tak ingat. Pastu garang takleh handle. Lepas dia kawen, tetibe dia jadi lembut and manje cam arnab. Masa berlalu, saye tak sedar pun bile kitorang jadi rapat. Memang rapat sangat, banyak bende kitorang share, ngumpat2. Hehe...

Dulu saye amat takut dengan dia. Now saye dengan dia dok asyik perang mulut hari2 kat ofis. Dia marah saye, saye marah dia balik. So far, dia the only ofismate yang saye bleh berterus terang tentang perasaan saye - marah ke, sedih ke, sakit hati ke, etc. Gaduh 5 minit pastu baik balik. Haha!

Dulu if mintak dia tolong ajar something, bapak garang sampai saya nekad sanggup bodoh seumur hidup dari pegi tanya dia. Haha! Now, dia dah mengajar dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Haha! Masa memule dia tahu saye kene tukar department, dia plak yang emo lelebih. A few weeks dia cam takley terima hakikat. Haha! And yang paling kelakar, bila saya pindah masuk rumah baru kami nanti, Zul pun beli rumah depan rumah kami. Berjiran depan rumah la kira.

Alkisahnye kami memang cari2 rumah. Beselah, lepas kawen, instinct nak ade rumah sendiri tue sangat kuat. Saye yang start beli rumah tue dulu. Then dia nak beli area tue gak. Memula dia beli lot lain. But then orang yang depan rumah saye tu loan dia tak lulus, so Zul mintak nak tukar dok depan rumah saye. Gedik kan? Haha!

Tapi oklah. Bak kata orang, kene pilih jiran dulu baru pilih rumah. Tapi alhamdulillahla kes kitorang nie,  it comes with a package. Senang ade orang yang kite kenal and kite trust to be our neighbour kan.

Oklah tue jek update kali nie. BTW, baru arini my husband officially tinggalkan saye lama2. Bad weather, kapal dia asyik u-turn jek. Now weather dah okay. Selamat keje sayang. Miss you...


The Papa-To-Be

 

I found this sweet picture in this month's PA&MA magazine and I want to dedicate this picture to my husband who's currently not here (offshore cam biasa, but this time he may stay there longer than usual because of one special taskforce).

Well, we found out that I got pregant in the month of August, month of our 1st anniversary and month of his 25th birthday. He told me that this news is the most precious gift in his life. Happy sungguh hubby bile tahu akan jadi papa.

Even now pun, muke hubby sangat bangga and berseri2 bila tengok perut saya makin besar tiap hari, walau pada hakikatnya lemak adalah penyumbang utama pembesaran perut saya nie. Haha! And me, I know that I should enjoy my pregnancy too, but the whole day sickness is so killing me.

Cepatlah abih 1st trisemester. Normally 1st trisemester je kan yang orang dok morning2 sickness nie kan? Even dah makin better, still rasa seksa. Better tue sebab now dah tak bulan puasa, so if loya ke ape, bolehla nak minum2 air ke apa ke untuk legakan sket. Masa bulan pose aritu nazak abes. Huhu...

Sometimes ade rasa kagum dengan kuasa morning sickness nie. Contoh, now saya dah tak boleh bau langsung bau shower foam yang satu masa dulu adalah bau fevret saya. Bau sket terus muntah and pening kepala. Hubby terpaksa tukar shower foam baru.  Pastu saya yang dulu hantu coklat dah takleh tengok dah coklat. Mual.

Selera makan takde. Selalu masam muke bile hubby ajak dinner kat luar sebab takde selera nak makan. Tapi bila letak makanan kat mulut 2-3 kali kunyah, tetibe selera datang. Dia kene paksa kunyah2 tak ikhlas lu 2-3 mulut. Huhu... Owh, sejak pregnant nie asek dinner kat luar jek sebab hubby tak sampai hati nak suruh saye masak. Best jugak yer pregnant nie yer. Haha!

Tapi saye still syukur sebab mama cite ramai lagi yang lagi teruk dari saya. Besfren mama, Kak Nun tue lagi horror, dia alahan tengok orang. Nampak orang jek muntah. So dia terpaksa amik unpaid leave dalam 4-5 bulan. Mama nak hantar food kat rumah dia pun terpaksa letak kat tangga jek pastu tepon dia bitau suruh amik. Haha! Kelakar....

Morning sickness saya paling teruk bila masuk malam actually. Time malam tue seme bende ade. Kembung perut la, sakit kepala la, muntah la, etc. Terpaksa tido awal tiap hari, sebab the longer I stay, the more I suffer. Pastu masa tido pun hubby cakap saya asyik meracau2. Tendang bantal la selimutla sebab panas.

And guess what, certain orang cam alahan dengan bau hasben sendiri kan, saye plak vise versa. Takleh kalo hasben takde. Macam 1 malam tue saye dah nak start tido, hubby plak sibuk main komputer lagi, tak sure ah wat keje ke or main facebook. Huhu... Saye akan merengek2 panggil dia dok sekali dengan saye, belai2 saye sampai saye tertido. Pastu if dah tertido, kalo hubby gi kat komputer balik saye akan merengek lagi tak kasi dia pegi.

Saye suh dia picit kepala la, urut kaki la, picit belakangla, pakaikan stokin la, even nak bangun pun suh dia angkatkan. Yer, saye perasan saye gedik and ade gak perasaan nak lempang diri sendiri time tue. Tapi ntahlah, cam ade 1 force lain yang suh saye ngengade camtu. Haha!

Alhamdulillahla, so far hubby dengan tabahnye layan saya tiap malam. Saye penah cakap kat dia "Abang nak baby kan? If nak, kene picit saya tiap malam" Haha gile jahat ugut hasben sendiri. Satu lagi bende best, tiap kali hubby picit2 and urut2 saya, sakit saya akan jadi makin kurang, tapi sakit tu akan ter-transfer kat hubby balik. Lepas picit, hubby plak yang jadi loya, kembung perut and pening kepala.

Tiap malam camtu tapi tiap malam gak hubby tak pernah stop picit2 saye. Thank you sayang... Tapi harini the papa to be dah takde kat sisi saye. Lama plak tue. Sape yang nak kurangkan sakit saye now? Saye nak merengek kat sape now? Huhu....


Claims & Meetings

A new engineer from other department did ask me on how to make local claims. To me, local claim means claim within Miri only. Hikhik... Pastu baru perasaan yang dah berbulan2 saye tak buat claim. Local claim apetah lagi sebab normally saye tak buat pun claim if course/meeting within Miri jek. Sebab normally memang below RM100. Below RM50 pun ade, so cam tak berminat nak claim sebab real expenditure tak spent sebanyak tue pun actually.

Tapi meeting outside Miri memang tobat ah saye claim. Dengan pantas plak tue. Yela, dahla pakai kad kredit kan, minimum pun RM300 kene spend sekali gi meeting. Kadang2 boleh sampai 2 ribu kene advanced duit sendiri dulu. So kene claim and bayar cecepat. Owh dah lama rupenye tak miting kat luar. Sampai siap kene tahan imegresen lagi sebab tak kuar Miri or tak update passport. Hihi... Ahh.. Tak rindu pun nak gi miting. Tak hingin pun. Elejik elejik. Alahan mengandung. Haha! Erkk tapi bulan nie kene meeting kat Kerteh plak. Adess...

Owh aritu ade tersedih sket. Orang lain gi meeting or course selama mana pun, saye akan tolong cover keje diorang kaw2 punye, tak kesahlah sebanyak mane pun keje tue. Tapi time saye cuti raye aritu keje saye 1-2 ketul jek takde pun orang nak kaver. Sampai terlepas dateline. Sob sob...

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.