1st Anniversary : Part 3

Ok, mari sambung. Teriklan entry lain plak dah. Orait, so lepas breakfast, kitorang pergi boating.

Hubby kat tempat nak naik boat. Kitorang ingat ke boating yang tolak2 dengan kaki tue, tapi yang kayuh manual pakai pendayung tue. Mak aih, cramp tangan!



So nie adalah kami masa dalam sampan perahu. Sampan perahu? Haha! Memule tue gaduh2 sebab kayuh tak gerak2 sebab salah kayuh. Tapi tak lama kemudian, we found the rythm and kayuh as professional as the pakcik nelayan. Bestttt!!!! Kalo ade canoe lagi best kan. Heh!

Lepas boating kami packed barang and checkout terus. We checkout at 12.30 pm, so kene tunggu dalam sejam sebab ade tour yang akan bawak kitorang pusing the whole kawasan Borneo Rainforest nie. So sementara tunggu, kitorang pegi gedik2 amik gambar dulu.




Sori, gambar dikecikkan untuk jimat space. Leh klik untuk besarkan. So, lepas tue diorang panggil untuk dengar safety briefing (ade safety briefing siottt!! haha!).


Then kami mulela naik kenderaan macam dalam gambar tue. Tatau nak panggil ape kenderaan tue, but I called it as bas takde dinding. Heh!

I realized that we were the only Malays there. Ade 1 Chinese couple and then the rest seme Indian families. I asked this question to hubby "Nape banyak keturunan abang yang datang sini this time ek?" Hahaha! Sakit kene cubit.... =(


So nielah map Borneo Rainforest yang saye amik dari website dia. Dengan map nak pegi sana pun saye letak nih. Heh! Luas rupe2nye area dia and masih dalam development stage. Lepas nie akan lagi banyak new things coming up there, such as kandang gajah, etc. Antara tempat2 yang sempat saya amik gambar adelah seperti berikut :

Nie kat animal farm. Ade macam2 binatang cam ayam, itik, arnab, etc. If korang nak buat BBQ, tempat BBQ ade disediakan. Peralatan pun diorang sediakan. And boleh pakai daging binatang dari animal farm nie.


Nie tour naik boat plak (kelakarnye muke hubby. haha!) This time boat berenjin. Hehe... Bestla pusing2 kawasan berair nie. Ade la amik a few videos kat sini tapi tak upload lah kat sini. Masa naik boat nie jugak dia ade stop kat area ternakan ikan patin and kasi makan. Berkerumun ikan patin timbul kat surface masa makanan tue dibaling.


Nie plak route untuk ke waterfall. Niela the same route yang kitorang pakai masa nightwalk tue. See takde lampu, so time malam memang gelap gelita.


Nielah waterfall tue. Biasa sangat. So if main purpose datang untuk tengok waterfall cam tak berbaloi lah. Tapi air dia sangat dalam okay! Saya tengok keluarga India tue mandi.

Total tour dalam 2 hours plus. Yang takde dalam gambar banyak lagi actually macam lawat ladang buah-buahan, fishing area, botanical garden, etc. Sori, serius tak larat nak upload seme gambar. Huhu...

Banyak gakla knowledge yang dapat sepanjang tour tue. Contohnye masa kat ladang buah, dia ajar cara bezakan pokok durian tempatan dengan durian Thailand. If bentuk macam pokok krismas tu durian Thailand, if pokok tue cam jarang2 daun dia, tue durian tempatan. Pastu dia tunjuk kaedah supaya tupai tak dapat panjat pokok tue. Pastu dia cite tentang buah ara yang beracun yang boleh membunuh orang. So, if korang ade tak puas hati kat sesape, kasilah orang tue minum jus buah ara. Haha!

Ha btw kan, if korang datang kat Borneo Rainforest nie dalam bulan 11-12 camtu nanti korang akan dapat petik and makan buah free kat ladang tue. Ladang tue cantik, berbukit2, so korang nak berguling2 macam Hindustan pun boleh adik tourist guide tue cakap. Now belum musim buah lagi. Antara buah yang ade ialah durian, cempedak, rambutan, nangka, laici, manga, etc. Leh makan free jek.



Antara aktiviti yang kami miss adelah yang cam dalam gambar tue. Tak miss pun actually, memang plan taknak buat. Nanti kan penat berpeluh kan, kurus plak nanti. Sape plak yang nak habiskan Herbalife kat rumah nih nanti. Wahaha!

Ok btw, kat Borneo Rainforest turut ade tempat untuk team building nye aktiviti cam flying fox, panjat2, meniti2, lompat2, terbang2, etc. Actually if nak join seme aktiviti kat situ kene stay at least 2 hari baru boleh cover seme. Camping site pun ade kat sini. Mountain bike pun ade. Kesimpulannye tempat nie sesuai lah untuk outdoor activities.

Ok, maka habislah pengembaraan kami di Borneo Rainforest. Untuk keterangan lanjut bolehlah melawat laman web tempat tersebut di http://www.borneorainforestresort.com

Pastu kami terus balik ke Miri. Plan asal nak overnight kat Niah plak semalaman, nak shopping lobster seme sebab kat sana murah. Tapi tuelah, kene balik buat slide. So terus balik Miri. Singgah Bintang Plaza dulu makan KFC and then hubby bought me 1 pair of sandals and 1 pair of full covered shoes. 2-2 brand Sachs. Nice....

Maka sekian sahaja kisah 1st anniversary kami dalam hutan. Lucu lucu... Tapi best! To hubby sayang, thanksla plan untuk vacation nie. Happy 1st anniversary sayang. Many more years to go....




0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.