Selamat Tinggal Abah

Sorry for the late update. Tersangat packed schedule sepanjang 2 minggu lepas. I only spent 2 days in the office. Ahad and Isnin lepas I've been to Kerteh again. Isnin kul 12 tengah malam baru sampai rumah kat Miri. Penat travel tak hilang lagi (Miri-KL-Kuantan-Kerteh), suddenly Selasa pagi, dapat berita yang abah dah takde...


24 Mac 2008

Abah dah selamat kembali ke rahmatullah 24 Mac (Selasa) lepas jam 6.30 pagi. Meninggal atas ribaan mama masa on the way ke hospital. Mama called me at 6.56 am, masa tue arwah abah still atas ribaan mama dalam kereta.

Masa tue saya baru bersiap nak pegi keje. I missed that call, but it was just 1 minute late. Masa saya nak call mama balik, saya dah dapat agak news yang mama nak kasi. Saya terima berita tue dengan tenang (which I don't expect it to be that way). I called my hubby, dia dah ke ofis jam 5.30 pagi lagi.

Then, saye naik bilik atas untuk kejutkan Piju. "Ju, abah dah takde. Bersiaplah, kita balik Besut pagi nie" Takde setitik air mata pun keluar time tue sampai Piju pun tak percaya betul ke news yang saya kasi tue. Saya turun and start packing barang saye and hubby (walaupun time tue tak sure akan dapat tiket flight ke tak). Barang2 saya dari Kerteh malam tue pun tak sempat nak unpack pun lagi. Huhu...

Dalam kul 7.05 am camtu, Piji (kembar Piju) yang study kat UPM call. Kesian Piji, dia tak tidur lagi malam tue sebab study untuk test pagi Selasa tue. Dia baru lepas solat Subuh masa mama call, and dia terus ke stesen bas dengan baju yang dia pakai masa solat tadi. Bas paling awal dia boleh dapat was at 9.00am.

Back to Piju, dia still tak percaya, then he called mama. Bila dah dapat pengesahan dari mama, Piju naik mandi. Saya sambung packing. Then hubby balik rumah. Saye peluk hubby kuat2, and it was the 1st time saye menangis. Tak sampai seminit pun saya nangis, saye kesat air mata balik, kuatkan hati and sambung packing.

Me and hubby planned to catch a flight at 8.30 am. But then, tak sempat. Piju mandi sangat lama. Dalam sejam dia mandi. Saye tau dia menangis dalam bilik air, so kami just biarkan je. Let he take his time. Bila Piju turun, mata dia merah2 and bengkak2. Saya masih kuatkan hati untuk tak menangis.


Long Journey

The earliest flight we could get was on 11.25am (Miri-KL) and 3.20pm (KL-KB). Perjalanan terasa tersangat jauh dan lama. Mama dah inform, arwah abah akan dikebumikan lepas Zuhur, which memang saye, hubby, Piju dan Piji takkan sempat. Mama mintak kami redha jer if tak sempat tengok wajah terakhir arwah. Yes, saya memang dah redha...

Sepanjang proses nak sampai rumah, saye masih mampu borak2 and buat2 lawak dengan Piju. Tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa beratnya saya nak pikul beban kesedihan tue. Piju pun. Dia dah tak nangis. Dia mampu kawal emosi sepanjang journey tu.

Kami tiba di airport KB dalam jam 4.30pm. Kawan Piju 3 orang datang dengan 2 buah kereta. Saye and hubby naik sekali, Piju naik another car. Perjalanan airport KB ke Besut amik masa dalam sejam pulak. Kami terus heading ke kawasan perkuburan. Mama cakap, arwah abah akan dikebumikan lepas asar plak. Still tak sempat...

Piji plak, bas yang dia naik pecah tayar somewhere kat Kuala Lipis. Should be dia boleh sampai awal sket dari kami. Masa masuk selekoh ke tanah perkuburan tue, depan kereta kami ade satu teksi masuk kat situ jugak. Piji rupa-rupanya. Memang kebetulan kami sampai serentak. Kereta yang Piju naik tertinggal belakang sket, dia sampai dalam 5 minit lepas saye, hubby and Piji sampai.


Di Kubur Abah

Masa kami sampai (me, hubby and Piji), seme orang tengah bace doa. Seme orang kat kubur tue pandang kami masuk menuju ke kubur. Lepas aminkan doa, mama lari ke arah saya and peluk saya kuat2 sambil menangis. Tuhan je tahu betapa pedih dan luluh hati saya time tue. Tapi saya kuatkan semangat saya untuk tak nangis. Alhamdulillah, saya mampu mengawal air mata saya dari keluar. Saya usap2 belakang mama suruh mama bersabar. Saya nampak wajah adik beradik saya yang lain pun tenang, tak menangis jugak.

Kemudian, imam panggil kami sekeluarga untuk siram kubur arwah abah. Masa tengah siram kubur tue baru Piju sampai. Kat sini drama bermula. Piju lari ke arah kubur abah sambil menangis. Kuat. Dari pintu kubur dah nampak and dengar dia nangis. Sampai kat kubur, dia peluk mama sambil cakap "Kenapa tak tunggu Ju?" Banyak kali dia repeat ayat tue dengan kuat dan tersedu-sedan. Mama comfort-kan Piju banyak kali dengan cakap "Kan Ju dah jumpe abah haritu, takpelah Ju".

Tapi mama pun tak cukup kuat untuk comfortkan Piju. Tangisan mama jadi tambah kuat. Tue 1st time saya nampak Piju menangis seumur hidup saya. Dia memang dah tak mampu kawal perasaan. Dia menangis sepuas2 hati. Masa tue, orang2 kat kubur yang datang visit pun dah mula menangis teresak2 tengok Piju. And masa tue jugak air mata saya akhirnya jatuh. Mata adik beradik saya yang lain pun dah mula bergenang dengan air mata...


Tahlil Malam Pertama

Malam tue, kami sekeluarga dah makin better. Tiada lagi tangisan. I didn't believe that we could be such that strong. Kami layan je tetamu yang datang dengan senyuman yang ikhlas dan wajah yang tenang. Tetamu plak yang datang nangis2 teringatkan arwah abah.

Saya tak sabar nak habiskan majlis tahlil malam tue. Rasa sangat penat. Penat badan dan emosi. Kepala saya dah sakit2 sebab tahan menangis. Dada saya dah rasa berat sebab tahan sedih. Malam tue lepas solat sunat berdua dengan hubby, akhirnya saya menangis.

"Abang, saye dah tak larat nak tipu yang saya tak sedih..." I remembered I said that to my husband. Saye menangis teresak2 dalam telekung sembahyang dan dalam pelukan suami. So, that was the 3rd time saye nangis untuk haritu. Tapi total masa tangisan saya seme tak sampai 5 minit pun untuk 3 kali tangisan tue.


Yaasin Buat Abah

Alhamdulillah, kami selamat menempuhi hari pertama pemergian abah dengan baik. Mama is a strong woman, but she's so fragile. Kalo bleh kami takmo spark unsur2 yang bleh buatkan mama sedih. Setitis air mata kami boleh mengundang tangisan buat mama. I realized that each one of us was trying our best to stay strong and to fight the tears, and we did it our way.

Hari ke-2 dan seterusnya, tiap pagi lepas subuh kami sekeluarga akan ke kubur abah untuk bacakan surah Yaasin. Hari ke-2 nie I felt a bit sensitive. Tiap kali masa solat, air mata saya akan bergenang. Tiap kali dengar bacaan Yaasin saya jadi sebak. Hubby yang lead bacaan Yaasin untuk keluarga kami sepanjang 5 hari kami pulang aritu. Suara saya terketar2 tahan sebak tiap kali baca surah tue depan kubur abah.

Tiap kali lepas baca Yaasin, hubby akan lead doa untuk abah. Kami sekeluarga akan mengalirkan air mata tiap kali hubby sebut "Semoga kami dipertemukan kembali di padang Mahsyar dengan pengakhiran yang menggembirakan"

I have that imagination in my mind, kami sekeluarga berpakaian putih dan berpelukan di akhirat nanti. Sampai pernah terdetik di hati saya supaya dipercepatkan hari kiamat supaya lagi cepat saya dapat jumpe abah. Tapi lepas tue cepat2 saya beristighfar. Cam dah cukup je pahala saya nak mintak camtu. Huhu...


Langsaikan Hutang Abah

Hari ke-3 di kampung, saye dan hubby dah mula busy. Kami pergi dari satu bank ke satu bank untuk check status akaun2 abah kot2 ada kredit kad yang belum bayar ke tak. Abah sangat bagus. He had a few credit cards tapi almost seme tak pakai, mostly dia dapat kad tue percuma dari bank. Ada satu credit card tu, siap bank lagi yang hutang abah sebab abah bayar lebih. Huhu... Kami dah terminate semua kredit kad atas nama abah.

Abah ade beli kete Persona dalam 2-3 tahun lepas and that is the only hutang atas nama abah now. After bincang dengan family, we decided to pay the balance in cash sekaligus. Mama taknak ada hutang atas nama abah. Mama taknak roh abah tergantung sebab hutang.

Then, kami ke Kota Bharu uruskan pasal insurans abah pulak. Abah ada taja insurance untuk Piju dan Piji. And abah buat payment untuk insurans tue via monthly deduction. So ade a few things nak kene setel and alhamdulillah seme dah setel. Saman2 atas nama abah pun seme dah clear. Tinggal payment untuk kete Persona tue jek. Insyaallah, duit life insurance caruman abah tue boleh buat cover payment untuk kete tue.

Amiklah life insurance yer korang. Saye yang dah alami sendiri nie baru rasa kepentingan life insurance untuk kami sekeluarga. Yang kes Piju Piji tu, company akan bayar insurans Piju Piji tue selama 11 tahun. Lepas tue they can choose whether to continue or to terminate it.


Piji dan Abah

Hari ke-4 adalah hari Jumaat. Saya dah tak boleh solat. Hubby tolong bacakan Yaasin bagi pihak saya sekali tiap kali lepas solat. Hari Jumaat tue Piji dah mula balik ke UPM. Amik bas malam. Talking about Piji, dia adalah antara anak kesayangan abah selain saye. Huhu... According to mama, me and Piji adalah anak kesayangan abah.

Dalam ramai2 adik beradik, saye rasa Piji yang paling akan terasa akan kehilangan abah, tapi alhamdulillah dia mampu hadapinya dengan tenang. Abah dah janjikan nak belikan kete untuk Piji supaya senang bergerak kat UPM tue. Abah cakap, bulan 4 dia akan belikan sebab kemungkinan harga kete akan turun since ekonomi sekarang tengah teruk. Mama cakap, tiap minggu abah akan reserve duit untuk beli kete untuk Piji tue.

And masa abah datang Miri dulu, abah ade belikan 2 keychain yang sama, 1 untuk abah and 1 untuk Piji. Abah cakap, keychain nie untuk letak kunci kete. Abah kasi keychain dulu, lepas nie baru dapat kete. And abah pegi seminggu sebelum dia sempat belikan kete tue. And Piji kelihatan sebak tiap kali tengok keychain tue.

And masa hantar Piji kat stesen bas malam tue, sekali lagi saya sebak. Dulu, arwah abah yang akan selalu hantar kitorang kat stesen bas. Tak pernah miss. 5 tahun saya kat UTP, abahlah tukang hantar saya tiap kali nak naik bas balik Perak. Teringat tempat yang abah selalu duduk masa kat stesen bas tue. Dia akan tunggu walaupun bas delay sejam. Saya tahu Piji pun sebak, sebab saya and Piji je yang selalu naik bas balik kolej.


Back to Miri

Hari ke-5 saya dah kembali ke Miri. Mama decided buat tahlil untuk 3 malam je kat rumah. After this, mama akan buat kat masjid tiap malam Jumaat. Talking about tahlil, mama dan arwah abah bertuah sebab punya besfren yang sanggup susah senang and hidup mati bersama. Everything pasal majlis tahlil nie, kawan2 mama yang sponsor dan uruskan. Kami sekeluarga tolong2 camtu jek. Tiap hari subuh2 buta, jiran kami dah datang rumah tolong basuh seme pinggan yang guna masa majlis tahlil tue.

Sedara mara kami yang dari kampung pun cam terpegun dengan kebaikan dan keikhlasan jiran2 dan kawan2 mama. Sebab yang saya dengar, adat orang Melayu buat majlis tahlil nie, tuan rumah yang kene sediakan makan minum seme untuk orang yang datang, which dah kira menyusahkan tuan rumah yang baru lepas kehilangan orang tersayang. Tapi for me, saya tak kisah sangat. I wanted to keep myself busy nak elak sedih2, tapi tuelah, seme bende jiran and kawan mama dah buat. Thanks sesangat sebab mudahkan urusan kami sekeluarga.

Sejujurnya, 5 hari sangat tak cukup buat saya. Rasa nak stay lama lagi untuk teman mama. Dalam 5 hari tue, berapa minit jek saya dapat bersama dengan mama bebetul, sebab orang keep datang tak putus-putus. Tapi dah cakap kat boss nak masuk ofis hari Selasa.

Flight saya kul 3pm KB-KL and kul 7pm KL-Miri. Tapi sejujurnya lagi, in another point of view, saya pun tak sabar nak balik Miri. 5 hari tahan sedih rasa cam menderita sket. Sakit kepala dok tahan2 air mata jangan kasi keluar. So, tak sabar nak balik Miri untuk nangis puas2.

Today is Monday. Saya still amik leave arini. I spare one day for me to cry alone. Hubby is in the office now. Yes, I managed to cry tapi takdelah sampai tahap meratap pemergian abah. Air mata nie dia takleh dipaksa2 rupanya. Bila time nak suruh dia kuar, dia takmo plak. Huhu... I hope it's a sign that I'm getting stronger...


Thanks to All

Banyak lagi nak cerita pasal abah, tapi dah panjang. Nanti saye sambung entry lain. Saye sangat2 nak ucapkan thanks pada seme yang anta SMS and tinggalkan message kat shoutbox nie. Trust me, SMS takziah yang saya dapat lebih banyak dari SMS tahniah masa saya kawen haritu.

I remember the 1st thing I did after receiving call from mama was calling my husband. 2nd was sending SMS to Gan and my 2 bosses. 3 tue jek yang saya sempat inform. But then, the news spread very fast. Kawan2 sekolah rendah saya yang dah lama lost contact pun ade SMS saya bila dengar news nie.

SMS paling banyak ialah dari geng Civilrawk. Saya pun tak sure sape yang tukang spread email nie, but then thanks a lot for doing that. I need all the doa for my abah. Doakan untuk arwah abah saya k? And saya mintak halalkan segala makan minum and hutang arwah kalau ada k?

To abah, akak sayang sangat2 kat abah. Akak redhakan pemergian abah. Akak doakan abah tenang dah bahagia di alam sana. Semoga abah ditempatkan di golongan orang2 beriman. Semoga abah masuk syurga. And sesekali, datanglah dalam mimpi akak, sebab akak rindu sangat2 kat abah.... Selamat tinggal abah....


7 comments:

nadxoxo March 30, 2009 at 7:30 PM  

Salam. Takziah buat Kak Naz dan family..

f a i z a h 's March 30, 2009 at 9:00 PM  

Salam...
aduhai...sebaknya...
tabahkan diri~!
mg roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg soleh...ameen...

Anonymous March 31, 2009 at 12:32 PM  

salam...
Takziah.semoga roh abah akak dicucuri rahmat.
-yong-

Ashraf.K April 1, 2009 at 1:21 AM  

takziah.

semoga tabah menerima qadar ini.

kunaz April 1, 2009 at 5:37 PM  

thanks everyone. ha'a tgh tabahkn diri nie. huhu...

jengae April 2, 2009 at 4:37 PM  

Hi Kunaz,

I've been meaning to say takziah from day 1. Sorry for the delay. I know u're such a strong2 woman.

Aku doakan roh abah kau selamat sejahteraa disana..

Entry kau ni sgt menginsafkan..

kunaz April 7, 2009 at 8:00 PM  

hi jengga, xpe2 dear. thanks sgt2.

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.