Selamat Tinggal Abah

Sorry for the late update. Tersangat packed schedule sepanjang 2 minggu lepas. I only spent 2 days in the office. Ahad and Isnin lepas I've been to Kerteh again. Isnin kul 12 tengah malam baru sampai rumah kat Miri. Penat travel tak hilang lagi (Miri-KL-Kuantan-Kerteh), suddenly Selasa pagi, dapat berita yang abah dah takde...


24 Mac 2008

Abah dah selamat kembali ke rahmatullah 24 Mac (Selasa) lepas jam 6.30 pagi. Meninggal atas ribaan mama masa on the way ke hospital. Mama called me at 6.56 am, masa tue arwah abah still atas ribaan mama dalam kereta.

Masa tue saya baru bersiap nak pegi keje. I missed that call, but it was just 1 minute late. Masa saya nak call mama balik, saya dah dapat agak news yang mama nak kasi. Saya terima berita tue dengan tenang (which I don't expect it to be that way). I called my hubby, dia dah ke ofis jam 5.30 pagi lagi.

Then, saye naik bilik atas untuk kejutkan Piju. "Ju, abah dah takde. Bersiaplah, kita balik Besut pagi nie" Takde setitik air mata pun keluar time tue sampai Piju pun tak percaya betul ke news yang saya kasi tue. Saya turun and start packing barang saye and hubby (walaupun time tue tak sure akan dapat tiket flight ke tak). Barang2 saya dari Kerteh malam tue pun tak sempat nak unpack pun lagi. Huhu...

Dalam kul 7.05 am camtu, Piji (kembar Piju) yang study kat UPM call. Kesian Piji, dia tak tidur lagi malam tue sebab study untuk test pagi Selasa tue. Dia baru lepas solat Subuh masa mama call, and dia terus ke stesen bas dengan baju yang dia pakai masa solat tadi. Bas paling awal dia boleh dapat was at 9.00am.

Back to Piju, dia still tak percaya, then he called mama. Bila dah dapat pengesahan dari mama, Piju naik mandi. Saya sambung packing. Then hubby balik rumah. Saye peluk hubby kuat2, and it was the 1st time saye menangis. Tak sampai seminit pun saya nangis, saye kesat air mata balik, kuatkan hati and sambung packing.

Me and hubby planned to catch a flight at 8.30 am. But then, tak sempat. Piju mandi sangat lama. Dalam sejam dia mandi. Saye tau dia menangis dalam bilik air, so kami just biarkan je. Let he take his time. Bila Piju turun, mata dia merah2 and bengkak2. Saya masih kuatkan hati untuk tak menangis.


Long Journey

The earliest flight we could get was on 11.25am (Miri-KL) and 3.20pm (KL-KB). Perjalanan terasa tersangat jauh dan lama. Mama dah inform, arwah abah akan dikebumikan lepas Zuhur, which memang saye, hubby, Piju dan Piji takkan sempat. Mama mintak kami redha jer if tak sempat tengok wajah terakhir arwah. Yes, saya memang dah redha...

Sepanjang proses nak sampai rumah, saye masih mampu borak2 and buat2 lawak dengan Piju. Tapi dalam hati Tuhan je yang tahu betapa beratnya saya nak pikul beban kesedihan tue. Piju pun. Dia dah tak nangis. Dia mampu kawal emosi sepanjang journey tu.

Kami tiba di airport KB dalam jam 4.30pm. Kawan Piju 3 orang datang dengan 2 buah kereta. Saye and hubby naik sekali, Piju naik another car. Perjalanan airport KB ke Besut amik masa dalam sejam pulak. Kami terus heading ke kawasan perkuburan. Mama cakap, arwah abah akan dikebumikan lepas asar plak. Still tak sempat...

Piji plak, bas yang dia naik pecah tayar somewhere kat Kuala Lipis. Should be dia boleh sampai awal sket dari kami. Masa masuk selekoh ke tanah perkuburan tue, depan kereta kami ade satu teksi masuk kat situ jugak. Piji rupa-rupanya. Memang kebetulan kami sampai serentak. Kereta yang Piju naik tertinggal belakang sket, dia sampai dalam 5 minit lepas saye, hubby and Piji sampai.


Di Kubur Abah

Masa kami sampai (me, hubby and Piji), seme orang tengah bace doa. Seme orang kat kubur tue pandang kami masuk menuju ke kubur. Lepas aminkan doa, mama lari ke arah saya and peluk saya kuat2 sambil menangis. Tuhan je tahu betapa pedih dan luluh hati saya time tue. Tapi saya kuatkan semangat saya untuk tak nangis. Alhamdulillah, saya mampu mengawal air mata saya dari keluar. Saya usap2 belakang mama suruh mama bersabar. Saya nampak wajah adik beradik saya yang lain pun tenang, tak menangis jugak.

Kemudian, imam panggil kami sekeluarga untuk siram kubur arwah abah. Masa tengah siram kubur tue baru Piju sampai. Kat sini drama bermula. Piju lari ke arah kubur abah sambil menangis. Kuat. Dari pintu kubur dah nampak and dengar dia nangis. Sampai kat kubur, dia peluk mama sambil cakap "Kenapa tak tunggu Ju?" Banyak kali dia repeat ayat tue dengan kuat dan tersedu-sedan. Mama comfort-kan Piju banyak kali dengan cakap "Kan Ju dah jumpe abah haritu, takpelah Ju".

Tapi mama pun tak cukup kuat untuk comfortkan Piju. Tangisan mama jadi tambah kuat. Tue 1st time saya nampak Piju menangis seumur hidup saya. Dia memang dah tak mampu kawal perasaan. Dia menangis sepuas2 hati. Masa tue, orang2 kat kubur yang datang visit pun dah mula menangis teresak2 tengok Piju. And masa tue jugak air mata saya akhirnya jatuh. Mata adik beradik saya yang lain pun dah mula bergenang dengan air mata...


Tahlil Malam Pertama

Malam tue, kami sekeluarga dah makin better. Tiada lagi tangisan. I didn't believe that we could be such that strong. Kami layan je tetamu yang datang dengan senyuman yang ikhlas dan wajah yang tenang. Tetamu plak yang datang nangis2 teringatkan arwah abah.

Saya tak sabar nak habiskan majlis tahlil malam tue. Rasa sangat penat. Penat badan dan emosi. Kepala saya dah sakit2 sebab tahan menangis. Dada saya dah rasa berat sebab tahan sedih. Malam tue lepas solat sunat berdua dengan hubby, akhirnya saya menangis.

"Abang, saye dah tak larat nak tipu yang saya tak sedih..." I remembered I said that to my husband. Saye menangis teresak2 dalam telekung sembahyang dan dalam pelukan suami. So, that was the 3rd time saye nangis untuk haritu. Tapi total masa tangisan saya seme tak sampai 5 minit pun untuk 3 kali tangisan tue.


Yaasin Buat Abah

Alhamdulillah, kami selamat menempuhi hari pertama pemergian abah dengan baik. Mama is a strong woman, but she's so fragile. Kalo bleh kami takmo spark unsur2 yang bleh buatkan mama sedih. Setitis air mata kami boleh mengundang tangisan buat mama. I realized that each one of us was trying our best to stay strong and to fight the tears, and we did it our way.

Hari ke-2 dan seterusnya, tiap pagi lepas subuh kami sekeluarga akan ke kubur abah untuk bacakan surah Yaasin. Hari ke-2 nie I felt a bit sensitive. Tiap kali masa solat, air mata saya akan bergenang. Tiap kali dengar bacaan Yaasin saya jadi sebak. Hubby yang lead bacaan Yaasin untuk keluarga kami sepanjang 5 hari kami pulang aritu. Suara saya terketar2 tahan sebak tiap kali baca surah tue depan kubur abah.

Tiap kali lepas baca Yaasin, hubby akan lead doa untuk abah. Kami sekeluarga akan mengalirkan air mata tiap kali hubby sebut "Semoga kami dipertemukan kembali di padang Mahsyar dengan pengakhiran yang menggembirakan"

I have that imagination in my mind, kami sekeluarga berpakaian putih dan berpelukan di akhirat nanti. Sampai pernah terdetik di hati saya supaya dipercepatkan hari kiamat supaya lagi cepat saya dapat jumpe abah. Tapi lepas tue cepat2 saya beristighfar. Cam dah cukup je pahala saya nak mintak camtu. Huhu...


Langsaikan Hutang Abah

Hari ke-3 di kampung, saye dan hubby dah mula busy. Kami pergi dari satu bank ke satu bank untuk check status akaun2 abah kot2 ada kredit kad yang belum bayar ke tak. Abah sangat bagus. He had a few credit cards tapi almost seme tak pakai, mostly dia dapat kad tue percuma dari bank. Ada satu credit card tu, siap bank lagi yang hutang abah sebab abah bayar lebih. Huhu... Kami dah terminate semua kredit kad atas nama abah.

Abah ade beli kete Persona dalam 2-3 tahun lepas and that is the only hutang atas nama abah now. After bincang dengan family, we decided to pay the balance in cash sekaligus. Mama taknak ada hutang atas nama abah. Mama taknak roh abah tergantung sebab hutang.

Then, kami ke Kota Bharu uruskan pasal insurans abah pulak. Abah ada taja insurance untuk Piju dan Piji. And abah buat payment untuk insurans tue via monthly deduction. So ade a few things nak kene setel and alhamdulillah seme dah setel. Saman2 atas nama abah pun seme dah clear. Tinggal payment untuk kete Persona tue jek. Insyaallah, duit life insurance caruman abah tue boleh buat cover payment untuk kete tue.

Amiklah life insurance yer korang. Saye yang dah alami sendiri nie baru rasa kepentingan life insurance untuk kami sekeluarga. Yang kes Piju Piji tu, company akan bayar insurans Piju Piji tue selama 11 tahun. Lepas tue they can choose whether to continue or to terminate it.


Piji dan Abah

Hari ke-4 adalah hari Jumaat. Saya dah tak boleh solat. Hubby tolong bacakan Yaasin bagi pihak saya sekali tiap kali lepas solat. Hari Jumaat tue Piji dah mula balik ke UPM. Amik bas malam. Talking about Piji, dia adalah antara anak kesayangan abah selain saye. Huhu... According to mama, me and Piji adalah anak kesayangan abah.

Dalam ramai2 adik beradik, saye rasa Piji yang paling akan terasa akan kehilangan abah, tapi alhamdulillah dia mampu hadapinya dengan tenang. Abah dah janjikan nak belikan kete untuk Piji supaya senang bergerak kat UPM tue. Abah cakap, bulan 4 dia akan belikan sebab kemungkinan harga kete akan turun since ekonomi sekarang tengah teruk. Mama cakap, tiap minggu abah akan reserve duit untuk beli kete untuk Piji tue.

And masa abah datang Miri dulu, abah ade belikan 2 keychain yang sama, 1 untuk abah and 1 untuk Piji. Abah cakap, keychain nie untuk letak kunci kete. Abah kasi keychain dulu, lepas nie baru dapat kete. And abah pegi seminggu sebelum dia sempat belikan kete tue. And Piji kelihatan sebak tiap kali tengok keychain tue.

And masa hantar Piji kat stesen bas malam tue, sekali lagi saya sebak. Dulu, arwah abah yang akan selalu hantar kitorang kat stesen bas. Tak pernah miss. 5 tahun saya kat UTP, abahlah tukang hantar saya tiap kali nak naik bas balik Perak. Teringat tempat yang abah selalu duduk masa kat stesen bas tue. Dia akan tunggu walaupun bas delay sejam. Saya tahu Piji pun sebak, sebab saya and Piji je yang selalu naik bas balik kolej.


Back to Miri

Hari ke-5 saya dah kembali ke Miri. Mama decided buat tahlil untuk 3 malam je kat rumah. After this, mama akan buat kat masjid tiap malam Jumaat. Talking about tahlil, mama dan arwah abah bertuah sebab punya besfren yang sanggup susah senang and hidup mati bersama. Everything pasal majlis tahlil nie, kawan2 mama yang sponsor dan uruskan. Kami sekeluarga tolong2 camtu jek. Tiap hari subuh2 buta, jiran kami dah datang rumah tolong basuh seme pinggan yang guna masa majlis tahlil tue.

Sedara mara kami yang dari kampung pun cam terpegun dengan kebaikan dan keikhlasan jiran2 dan kawan2 mama. Sebab yang saya dengar, adat orang Melayu buat majlis tahlil nie, tuan rumah yang kene sediakan makan minum seme untuk orang yang datang, which dah kira menyusahkan tuan rumah yang baru lepas kehilangan orang tersayang. Tapi for me, saya tak kisah sangat. I wanted to keep myself busy nak elak sedih2, tapi tuelah, seme bende jiran and kawan mama dah buat. Thanks sesangat sebab mudahkan urusan kami sekeluarga.

Sejujurnya, 5 hari sangat tak cukup buat saya. Rasa nak stay lama lagi untuk teman mama. Dalam 5 hari tue, berapa minit jek saya dapat bersama dengan mama bebetul, sebab orang keep datang tak putus-putus. Tapi dah cakap kat boss nak masuk ofis hari Selasa.

Flight saya kul 3pm KB-KL and kul 7pm KL-Miri. Tapi sejujurnya lagi, in another point of view, saya pun tak sabar nak balik Miri. 5 hari tahan sedih rasa cam menderita sket. Sakit kepala dok tahan2 air mata jangan kasi keluar. So, tak sabar nak balik Miri untuk nangis puas2.

Today is Monday. Saya still amik leave arini. I spare one day for me to cry alone. Hubby is in the office now. Yes, I managed to cry tapi takdelah sampai tahap meratap pemergian abah. Air mata nie dia takleh dipaksa2 rupanya. Bila time nak suruh dia kuar, dia takmo plak. Huhu... I hope it's a sign that I'm getting stronger...


Thanks to All

Banyak lagi nak cerita pasal abah, tapi dah panjang. Nanti saye sambung entry lain. Saye sangat2 nak ucapkan thanks pada seme yang anta SMS and tinggalkan message kat shoutbox nie. Trust me, SMS takziah yang saya dapat lebih banyak dari SMS tahniah masa saya kawen haritu.

I remember the 1st thing I did after receiving call from mama was calling my husband. 2nd was sending SMS to Gan and my 2 bosses. 3 tue jek yang saya sempat inform. But then, the news spread very fast. Kawan2 sekolah rendah saya yang dah lama lost contact pun ade SMS saya bila dengar news nie.

SMS paling banyak ialah dari geng Civilrawk. Saya pun tak sure sape yang tukang spread email nie, but then thanks a lot for doing that. I need all the doa for my abah. Doakan untuk arwah abah saya k? And saya mintak halalkan segala makan minum and hutang arwah kalau ada k?

To abah, akak sayang sangat2 kat abah. Akak redhakan pemergian abah. Akak doakan abah tenang dah bahagia di alam sana. Semoga abah ditempatkan di golongan orang2 beriman. Semoga abah masuk syurga. And sesekali, datanglah dalam mimpi akak, sebab akak rindu sangat2 kat abah.... Selamat tinggal abah....


Sakit Kaki Lagi

Saye MC harini. Sepatutnya semalam pun kene MC, doktor kasi 2 hari tapi saye pakai yang harini jek. Cam ade kecik hati sket sebab ade yang ingat saye nie jenis suke2 cari alasan untuk cuti. Maybe diorang buat lawak jek, tapi a part of me ade gak terasa seseket. Iskk pondan tol. Haha!

Ok, remember I told you pasal kaki saye yang sakit dulu? It's been 2 months plus already, tak baik2. Sakit memang dah makin kurang (or saye yang dah terbiasa dengan rasa sakit tu) tapi tak pernah heal bebetul lagi. Bengkak still ade seketul lagi bawah buku lali tue. And if jalan banyak, memang sangat sakit.

Last weekend saye pegi mengurut dengan tukang urut kampung. Sebab cam dah fedap makan macam2 pil yang doktor kasi. Dah fedap sapu krim hari sampai 2 bulan still tak baik. So, lepas urut kaki kanan tue cam dah better sket.

Tetibe hari Isnin lepas kaki kiri saya plak ade prob. Tetibe bengkak kembang2 and sakit gile. Sakit yang teramat sangat even kene selimut pun perit. Sentuh dengan jari pun pedih. Nak pijak lantai apetah lagi. Terpaksa kuatkan kaki kanan yang takdela bebetul baik lagi nie. Maka, 2-2 kaki saye dah jam. Jalan pon tertonggek2 cam itik pakai pampers.

So, hari Selasa saya mintak klinik panel Petronas tue refer saya kat orthopedic kat MCMC sekali lagi. So semalam saya pun pegila MCMC. Jumpe balik orthopedist saya, Dr Richard Chen yang treat bahu saye dulu. I love that doctor so much.

Memule, dia expect saya kene gout since symptoms2 yang saye ade tue seme symptoms untuk gout. My 1st respond bile doktor expect saye kene gout was "Hisss!! Ade ke muda2 kene gout". Heh, suke hati jek lawan cakap doktor. Lawan tokey plak. Haha!

So semalam saye kene x-ray 2 kali + amik darah for blood test. Abihla sel2 badan saye mati asek dok kene x-ray. Nurse letak saye atas wheelchair and tolak saye ke mane2. Isskk, sensitif tol dengan aktiviti2 yang membuatkan saye rase tua nih. Haiihh.... Semalam orang2 yang dok atas wheelchair seme dah tahap datuk nenek. Kire semalam saye ah yang paling cun kat wheelchair club tue. Hahaha! Bajet~~

Nak dekat sejam tunggu result blood test. Call mama. Mama cakap dalam keturunan kite takde pun yang pernah ade gout. Saye stress gile. Banyak kali berdoa so that bukan gout. Taknakla tetibe jadi pioneer bawak penyakit genetik kat keturunan subordinates saye nanti. Huhu...

And alhamdulillah, memang bukan gout!! Syukur syukur. Tapi tuelah, doktor cam mati kutu semalam ape lagi masalah saye. My blood test result was perfect, takde possibility untuk gout mahupun penyakit2 lain. And memang both kaki saye tak pernah terseliuh. Tetiba bengkak and sakit mendadak. Dalam kepala otak terus teringat ape yang ofismate cakap. Ade a few ofismate penah suruh saye jumpe bomoh kot ade bende2 lain. Should I? Huhu...

Pastu semalam Dr Richard kasi 1 injection. I asked him "Nie nak cucuk katne?" He replied "Kak kaki yang bengkak nie lah". Saye terdiam. Lembik satu badan. Saye renung Dr Richard tapi dia buat muke tak bersalah. Then saya cakap "Sentuh pun sakit, nie doktor nak inject kat tempat bengkak nie?" he replied "Don't worry, saye spray bius dulu"

Pastu dia spray banyak gile. Sejuk gile. Rase keras kejap kaki. Haha. Pastu Dr Richard and his nurse masukkan 2 jenis item dalam jarum. Satu liquid, 1 lagi cam serbuk2. Ngok ngek. Ade ke buat depan mate saye. Saye rase cam ayam plak semalam, tengok tuan dia asah pisau depan mata ntuk sembelih. Huhu... (abah saye suke buat macam tue, asah pisau depan ayam yang dia nak sembelih. saiko dowh!)

Pastu Dr Richard pun inject lah. Saya pandang tempat lain. Badan dah lembik (pondan). Slow motion gila dia inject. Tak siap2. Pastu dah start rase sakit. Otomatik saye cakap "Tak siap lagi ke doktor, sakit dah ni" Pastu saye dok ulang ulang "Doktor, sakit.." 2 saat sekali. Dr Richard jawab "Saye tak sakit" Damn! Haha!

Ape gile detail saye cite nih. Haha! Ok, lepas inject saya dah bleh letak kaki. Rasa kebas2 sebab bius, tapi best sebab 1st time tak rasa sakit bile berjalan. Dr Richard ingatkan saya tue hanya keindahan sementara, bius tue akan hilang dalam 3-4 jam. But guess what, sampai malam kaki saya still rasa kebas sebab bius tue. Tidur dengan nyenyak semalam. Hehe...

And semalam 1st time dapat masak untuk hubby semula sejak sakit Isnin lepas. Last few nights, hubby yang masakkan dinner sebab saye tak mampu nak berdiri lama. Dahla masak, serve plak tue. Pastu papah saye bangun nak gi jalan memane. Sian my hasben... Thanks so much sayang. Nanti abang sakit saye plak jage kay! Huhu...

So tuelah ceritanya nape saye MC harini. Semalam pun kene MC tapi since kaki dah dibius and tak rasa sakit, saya sambung jek wat keje kat ofis. Doktor tak kasi saye jalan banyak. Dia cakap bleh jalan untuk pegi toilet and tekan suis TV jek. Gile ape. Susah tue nak follow. Haha!

Haaiihh, macam2 plak rase. Aritu bahu luruh. Pastu kaki plak. I'm waiting for what's coming next! Huhu... Owh next week kene jumpe Dr Richard lagi. If still tak baik gak, saye panggil Dr House datang Miri ah. Haha!

Personal Make-up Course

Banyaknye update weekends nie. Trust me, banyak lagi yang tertinggal actually tapi tak sempat dah kot nak update. Tengokla bebila free plak nanti. Antara bende yang saye akan update later adalah... I'm going to change my job as BWE engineer soon. Jeng jeng! Haha!


Personal Make-up Course


Oklah. Just wanna make an advertisement here. Trainees perempuan kat BWE nie berminat nak attend kelas mekap personal saye. Kelas maybe akan buat dalam bulan March nie gak, sepatutnya this weekend tapi diorang nak cuti balik kampung plak.

So, if ade sesape yang minat nak join sekali, blehla contact saye. Since saye buat course nie khas untuk trainee, course fee memang murah sketlah dari biasa. Sian diorang, trainee je kan. So, if korang nak join time yang sama dengan trainee tue, harga pun akan dapat murah jugaklah.

Saye akan ajar cara guna 3-5 jenis foundation yang berbeza. Produk mekap adalah M.A.C dan Kryolan (makeup artist nye products). Saye akan ajar teknik mekap simple, siang, malam and special event dari A till Z termasuk cara pakai false eyelash.

Kelas akan buat time weekend only, lebih kurang dari kul 10am to 4pm camtu. Nak tau details, email/SMS je kat saye k? Okla, takmo update dah weekends nie. Esok Maulidur Rasul. Nak bace Quran. Haha bajet~~~~

Nurul Shukor



Yeahh!! That's Nurul Shukor, the most famous makeup artist in Malaysia. Makeup artist rasmi Siti Nurhaliza, Camelia, etc. Dah lama nak pegi makeup course Nurul Shukor nie, tapi selalu takde kesempatan. But then, bile dengar news yang course fee dia dah nak naik starting from March, saye cecepat register 28Feb-1Mac yang lepas.

I used the free ticket that I got from MAS. Dulu ade meeting banyak2 kat Peninsular, so dapat 2 open ticket untuk pegi balik. So, dah jimat kat transport. Alhamdulillah. Hotel plak, saye tido kat Tune Hotel jek. RM60 jek semalam. Save cost sungguh. Haha!

The course was superb and marvellous except for the time management. 1st day kelas start lambat almost 2 jam. 2nd day lagi horror, instead of kul 11 am, kul 2.30 pm baru start. And my flight was on 8.40 pm at KLIA. Masa 2nd day kire saya dapat attend half day jelah. Tapi still ok, sebab 2nd day tu practical only. Kesian kat my partner ah. Saye mekap dia rush2, dia mekap saye pun rush2. Huhu..

Overall sangat puas hati. Nurul Shukor sangat mesra and tak kedekut ilmu. Habih seme tips dia ajar. And the funny thing was, kami participants nie banyak kali buat2 tak pandai, padahal saje je nak rasa sentuhan Nurul Shukor kat muka sendiri. Haha! Puas hatilah dapat jumpa diva mekap nih.




Sori sayang, memula saye berdiri je tau sebelah Nurul Shukor nie nak amik gambar. Sekali dia yang peluk saye rapat2. Huhu.. Don't worry sayang, he's harmless (or should I say she?) huhu... Lainla kalo Ako Mustapha yang peluk saye kan. Wahaha dah merepek dah...

Hawau.. Haha! Ape kebende ntah maksud hawau nih, tapi Nurul Shukor dok sebut mende nie 2-3 minit sekali. Haha! Masa kelas nie, ade gak a few participants yang kenal saye and pernah contact2 saye via email/SMS tanye pasal mekap dulu2. Segan plak. Punyela takmo orang kenal kalo bleh. Huhu...



Purse Hilang

Ha, selain kelas mekap ade la satu pengalaman pahit-manis kat KL nie. 1 malam tue pegi KLCC dengan Amy (one of the participant) and her husband untuk beli barang MAC. Lokasi wajib singgah tiap kali turun KL. Huhu... Amy and the husband sangatla best, sporting, lawak, etc. Hasben dia layan jek kitorang pi shopping memane.

Alkisahnya, mase tengah makan kat foodcourt, I dropped my purse somewhere. Sob sob... so sad. Dah abih makan baru perasan. Tanye orang kedai, tanye makcik cleaner, etc seme tak nampak. I was so clueless. But then, sebbaik ade Amy and the husband. Diorang yang kasi banyak solution kat saye.

Memula diorang bawak saye pegi counter lost and found kat KLCC tue. Isi2 borang seme. Orang counter suruh pegi buat report balai polis plak. Diorang pun bawak la saye pegi balai polis. On the way, saye kenselkan seme kredit kad and ATM card yang saye ade. Masa tue dah malam, dalam kul 10 malam.

Tapi saye tak berjaye go through Citibank nye customer service. Amy and the husband hantar saya pegi main branch Citibank. Kat situ ade cam telephone yang direct ke customer service. Kat Citibank tuelah tetibe saye ade dapat satu panggilan dari sorang akak yang cakap dia jumpe purse saye.

Waaaa... Saye and Amy melompat2 hepi. Pastu hasben Amy bawak kitorang pegi umah akak tue plak untuk amik purse. Pandan Indah tak silap. Alhamdulillah seme selamat. Pastu diorang hantar saye pegi hotel plak. Memang tak terbalaslah budi Amy and the husband. Saye doakan diorang selalu murah rezeki and diberkati dunia dan akhirat.

Owh, hasben Amy muke and perangai sebijik cam Syahnaz. Saye dok tahan gelak jek tengok hasben dia sebab teringat kat Syahnaz. Haha! Hope dapat jumpe diorang lagi one day. So, saye sekarang tengah papa kedana takde kad ATM and kad kredit. Tengah tunggu replacement cards. Huhu...

BWE Awareness Day

Sorry lambat reply message2 shoutbox and komen2 entry. Busy sket till tak sempat nak masuk blog sendiri.

So, Khamis lepas dah berjaya setelkan projek BWE Well Intervention Awareness Day. Roughly, awareness day nie untuk kasi awareness pasal BWE operation to other departments. Contractors yang work for BWE pun ade datang buat exhibition, including my husband. Hik hik...

Actually, seme bende agak last minute. Plus tak cukup tenaga kerja (BWE kan department paling kecik), tambah sakit bila ade yang tak kasi cooperation, maka workload jadi lebih sket. If devote untuk mende nie jek okla, tapi banyak jer keje lain yang jadi priority. Makanya, a few days before the event baru struggle mati-matian buat preparation. Huhu...

Tapi alhamdulillah seme dah setel. Saye jadi MC untuk event tue dengan sorang trainee. Overall, event tue oklah untuk a few days nyer preparation only. Adela a few flaws tp terkejut and terharu gak bile bace feedback forms dari participants yang mostly rate our program 4 and above.

And even ade yang puji we were doing a good job as MCs. Haha! Tak suke tau jadi MC actually, tak reti. Tapi dah tak cukup orang, belasah jela. Haha! Fuuhh lega gila dah setel event impian Raymond nih.


Streamyx

Update lain, Selasa lepas dah install Streamyx kat rumah nie. Yeayyy!! Dulu masa ade Piju, berebut broadband dengan Piju. Datang hubby plak, berebut 3 orang plak. Sakit jiwa sungguh. Haha!

Ha, sesape orang Miri yang nak install broadband tanpa susah2 nak pegi Telekom ke ape ke, bitau saye. Nanti saye kasi nombor ejen yang pasang Streamyx saye tue. Dia buatkan dari A-Z tanpa saya perlu keluar rumah langsung. And charge sama jek kalo pegi buat sendiri kat Telekom seme tue. Huhu...

Now tengah update pakai wireless Streamyx. Piju dapat beli router Apple yang harga asal RM399 dengan RM50 sahaja. Sayang tol boss Piju tue kat dia. Nanti saye update pasal perkembangan Piju kat kedai Mac Apple tue one day.


Private Blog

Owh actually, pagi nie saye dah off-kan blog nie kejap. Tapi tak sempat nak invite orang2 yang request untuk bace blog saye nih. Leceh jugak ek nak type2 email untuk invite nih. Arini dapat SMS/YM/Email bertubi2 suruh saya invite.

Since takde masa (arini busy berjalan2 bersama hubby), maka saya on-kan balik blog nie kejap. Oklah, nanti sambung lagi. Selamat menyambut Maulidur Rasul yer seme orang.

F.Y.I

Just came back from 2-days of makeup course with Nurul Shukor at KL. Kenal Nurul Shukor? Google ah dulu since I'm not going to update about it yet today. Just wanna share some hidden info about myself:


1) Yer betul, kadang2 saye adalah manusia yang sangat blur. What most of you might not know is, sometimes I have a very high instinct and I can smell/detect even a perfect lie. So, just be careful when you decide to lie to me.

2) Saya diam bila saya terlalu marah atau terlalu benci. So, bila saya diam, jangan ingat saye takut. I'm just hating from inside. Bergembiralah manusia2 yang selalu kene sound oleh saya kerana manusia itu sahaja yang saya tidak punye secebis rasa marah atau dendam padanya. Contoh, Gan Teik Wei. Haha!

3) I'm so easy to trust people (my bad, till sometimes selalu orang amik kesempatan) but once I lose the trust, it's for forever.


After getting a few requests that asking me to re-think about my decision to switch this blog to private mode, I'll take this into consideration. Thanks for all the comments and emails. Terharu plak ramai yang email. If saye bebetul nak private-kan blog nie, saye akan invite kamu semua ya.

Tomorrow's mama's birthday. Happy birthday mama! Please do not request any grandchildren yet. Haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.