Our Beautiful Dates

Heh! Baru cakap nak kurangkan posting. But guess what, saye tak pegi main paintball harini. Terbangun lambat. 8.30 pagi baru bangun, nak kene masak kat adik lagi. Game start kul 9 pagi. So let go jelah. Plus, memang cam malas sket. Kaki kiri saye bengkak2 and urat timbul2. Sakit and lenguh sungguh. Kalah orang pregnant. Huhu..

I miss my husband. I remembered I used to write a comment in his Friendster regarding dates that are related to us. I took hours to track back the comment since he has 770 comments currently. But then, managed to find it. Meh nak copy paste.


KuNaz
04/25/2006 1:20 pm

Fakta Mengenai Tarikh:
---------------------------------

05/05/02 - Zak start notice Naz (2nd day kat UTP)
26/10/02 - Naz start kenal Zak (mase melawat Hasni di spital)
12/02/03 - Zak start ngejas Naz (mase raya haji)
01/01/04 - Zak and Naz declare kapel
--/--/07 - Zak and Naz dijangka bertunang
--/--/08 - Zak and Naz dijangka kahwin

Hehehe... =)



Hihi... Tetibe rase sweet... Haha! Alhamdulillah jangkaan tue dah selamat jadi kenyataan. Kami dah berjaya bertunang pada 07/07/07 and kahwin pada 08/08/08. Masa saya tulis komen tue pada 25/04/2006 memang dah plan nak letak 07/07/07 and 08/08/08 tapi tak berani sure akan dapat ke tak date tu, so plan tahun jek. Yelah, manusia kan hanya mampu merancang. Tapi alhamdulillah, Allah merestui rancangan kami.

There's this man, asking me this question "Ko kapel lama2, lepas kawen tak rasa bosan ke? Aku rasa better bercinta lepas kawen." And macam2 lagilah hujah dia. Pendek kate he was trying to compare his life with mine.

This man, he was a kind of social person. He had a lot of girls in his life. Selalu tukar2 pasangan. But he starts to change. He just found the right girl and going to get married this month. Perkenalan diorang agak singkat. And my answer was just...

"Tak bosan pun. Dependsla cane ko handle relationship. If before kawen ko dah buat perangai cam orang kawen, memanglah bosan, takde perubahan."

Fuuuhh.. Laser sungguh mulut saye nih. Haha! But seriously, sejak dari zaman UTP lagi sensitif dengan soalan camtu. Dulu, selalu gak orang tanye, tak bosan ke jumpa hari2. And I love hubby's answer...

"Dependsla cane kite treat relationship tue. Macam solat. Kita buat hari2, 5 kali sehari, tak bosan ke? Kenapa? Sebab kita treat solat tue sebagai tanggungjawab kita. Samalah kes kita, kita bukan kapel memain, we treat this as a responsibility"

Pepatah orang tua yang mengatakan bercinta selepas kawen lagi indah tue memang betul tapi perlukan sedikit fact modification sempena perubahan zaman nih. Zaman sekarang bahaya jugak if terus main kawen if tak kenal langsung latar belakang pasangan. For me, zaman percintaan bukan setakat untuk mencintai, tapi untuk mengenali pasangan. Cuma cara kene betullah.

Saye pernah terbaca, pakar psikologi ade cakap, biasa kita akan amik masa minimum 4 tahun untuk kite mengenali 100% pasangan kita. In my case, fact tu agak betul. Even lepas kawen nie pun, banyak bende baru saya belajar about my husband.

Teringat dulu. Saya jenis yang makan makanan yang best last2. Hubby makanan best dia makan awal2. Dulu masa dating kat kedai makan, saya letakla telur masin hujung pinggan, nak tunggu yang lain habis baru nak makan. Tetibe hubby cakap "Nape tak makan telur kuning nie" pastu terus amik and masukkan dalam mulut dia.

Nak menggelepar tension time tue, tapi baru kapel kan, control2 lagi. Diam jek. Hahaha! Sekarang ni, tak sempat hulur sudu dah 90 km sejam saya membebel. Hahaha! It's all about communication and it cannot be built in a short time. But honestly, saat mengenali pasangan sangatlah memorable dan membahagiakan.

Lepas kawen nie, kitorang dah takde masalah communication langsung. Everything is well delivered. Dah paham karakter masing2. Tinggal teruskan bertolak ansur and hormat menghormati jek.

Ade sorang keluarga terdekat nie. Kesian. 2-2 baik tapi sebab tak sempat kenal lama before kawen, they have to face a quite tough adjustment period. Si isteri tak pernah tahu si suami jenis pemarah. Si suami plak, takdelah jahat, cuma ade certain perangai dia yang tak serasi dengan keperluan si isteri.

For a good couple, they won't be other options except to learn to live with it. Belajar menerima and bertolak ansur. Cuma kekadang kesian tengok dah beranak pinak masih perlu belajar menyesuaikan diri dengan suami. Dalam waktu tue, banyak stressful moment yang terpaksa dilalui.

But, I will NEVER underestimate pasangan yang kenal sekejap dan terus kawen. Ade lagi satu kenalan terdekat, kenal dalam 2 bulan camtu jek dah kawen baru baru nie. Bahagia jugak. Kami plak yang terlebih lega and happy untuk diorang.

Soal rezeki and jodoh nie bukan terletak kat tangan kita kan? Cuma berdoalah yang terbaik. Satu yang penting, kalau kita ikhlas mencintai pasangan kita kerana Allah insyaallah Allah akan bantu kita untuk bahagia. Papepun, kembalilah pada yang Esa. Love Him, and He'll love us back.

Aihhh dah terkeluar topikla plak. Haha! Asal laaa suke sangat membebel lately. Haha! Oklah, stop sini lu. Nak gi mandi. Daaaa...

5 comments:

Na January 6, 2009 at 12:47 PM  

sweetnyer korang nih.
warna pink gitu ^^

Anonymous January 10, 2009 at 9:09 PM  

im ur silent reader.

wah thoughtful la kak kunaz.

i pun ala2 macam buat perangai org da kawen padahal baru setakat kapel je. err tp x la smpi teruk.

at times nak jugak kapel secara baik i.e. xde la merepek2 ni.

u write well. inspiring la. keep it up k. i selalu baca

-GIRL

kunaz January 11, 2009 at 12:58 PM  

hi na! thanks =)

girl, thanks jugak. it's ok dear, dh ade niat tue dh kire bagus. hati kita dikira mati bila kita dah xde rasa bsalah and nyesal bila buat dosa.

wish u all the best in life. do come here again =)

~lalala~ January 12, 2009 at 5:20 PM  

argh! aku x ske bace blog ko! sbb kalo aku bace wat aku nk kawen! haha

kunaz January 12, 2009 at 5:26 PM  

hahahaha! wey bagusla tue. eit cpatlah kawen, aku nk tgk ko malu2 atas plamin. haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.