Tagging Game Using Google Image

I've been tagged by Ieja again. The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.

Sebagai seorang yang degil, saye telah melanggar syarat2 terbabit iaitu, dia suh jawab by putting the images only, tapi saya membebel gak bawah gambar tue. Hikhik... Then, saye nak tag Ruby, Faizah, Jengga, Shikin, Iman and Intan (padan muke korang. haha!)


I am

A wife who loves her husband so much =)


I really want to go to

Switzerland! Bilelah nak sampai. Huhu....


My fave place

SPA and shopping complex! Typical ladies la me.. huhu...


My fave things

My Celcom broadband modem and makeup kit



My fave drink

But I'm sorry Nescafe. I cannot drink you daily anymore


My fave food

Tomyam and char kuew teow. Nyum nyumm....


My fave colors

Pink and orange!


I live in

My current location is in Miri. FYI, seahorse is the mascot for Miri.


I was born in

Hospital Jerteh, Terengganu. Tak kusangka the image is available at Google!


My college

Of course la UTP kan... Hehe...


My fave story

Grey's Anatomy and Desperate Housewives!


My hobbies

Net surfing and cooking


My wish

Own house (not rental) and a happy family duniawi dan syurgawi. Huhu....


Chinese New Year Break

Wah, dah berhari2 tak update rupe2nye. Well, baru sampai Miri semalam. It's been a very long long break and I'm so satisfied! Suke suke! Hehe...


Ok, so 20 Jan flight Miri-KL. Overnight kat Traders Hotel (as usual). Guess what, hubby came and stayed at the hotel too!!!! It was our 1st time being in a hotel together after our honeymoon. Kebetulan hubby got meeting at Slim River on 20 and 21. Mine was one 21 too. Jarak Slim River-Ipoh and Slim River-KL lebih kurang, so hubby decided to come to Traders Hotel instead of balik Ipoh.

Knowing that hubby was coming, saye bertungkus-lumus siapkan slide awal2 so that takyah pikir dah. Otak memang dah bukan kat meeting dah. Haha! Kami makan2 and jalan2 kat KLCC malam tue before kembali ke hotel.

The meeting and presentation was good. Thanks to Gan who helped me throughout the meeting. After meeting (yang sepatutnya habis awal tapi habis lambat sket), hubby picked me up at LRT Taman Melati. Then kami balik Ipoh. 2 hari spent time kat Ipoh.

Sabtu pagi 24 Jan kami bertolak ke Kedah. Amik adik bongsu hubby kat Taiping dulu. Jam dowh jalanraya sebab raya cina nie. RNR seme penuh. Nak pi toilet pun kene berbaris. Haiihh.. Sampai Kedah, terus pegi kenduri kawen Syazwan.



See. My face is getting so bulat like a mangosteen. Huhu... Tak lama kat situ, makan2 amik gambar borak2 sket pastu caucincau. Congrats to Syazwan again. Finally, berjaya gak bertemu jodoh with a good girl. Good girl for a good guy right? Yes, his wife is so nice, so cute and polite. Semoga diorang bahagia...




Pastu hantar adik bongsu Zak balik umah parents-in-law then kami ke Perlis plak pegi kenduri Auji, member RCSU hubby masa kat UTP. Kirenye habis ah satu utara tue kami ronda. Penang pun pegi tapi lalu jelah. So completelah pengembaraan Perak-Penang-Kedah-Perlis. Haha!

Then spent masa dengan family hubby for 3 days. Suddenly ade kematian plak. Mak kepada sepupu bapak mertua saya yang meninggal (issskk asal bunyi cam complicated? huhu..) I just brought 1 baju kurung. Yang tuelah wat pakai pi meeting, kenduri and majlis kematian. Huhu..

Seronok sebab seme akak ipar hubby ade gak. Seme bawak baby. Sorang umur 9 bulan, sorang lagi 5 bulan. Penat tau babysit diorang. Berpeluh2. Mau kurus saya if sebulan jaga diorang. Haha! Pastu tolong2 mak mertua masak. Overall sangat best balik aritu. Saye pun tak expect boleh gembira balik kampung hubby. Huhu...

26hb malam lepas Isyak baru kami bertolak balik Ipoh dari Kedah. Tengah malam baru sampai. Pagi esok 27hb drive ke KL plak. Singgah UITM Shah Alam lu jumpe adik hubby sorang lagi yang tengah study medic. Pass duit and bawak dia kuar makan. Then kami ke KLIA.

Flight kul 8.40 malam. Ramai gile orang SKO dalam flight malam tue. Huhu... Makanya, saya telah selamat tiba di Miri now. Tak sabar plak nak tunggu weekend nih. Hubby datang Miri Sabtu nie!!! Datang untuk bersama selama2nya. Huhu...

You know what, walaupun saya tersangatlah happy hubby datang sini, tapi ade gak rasa saspen and kaget bila husband nak stay sini. Tatau nape. Sebab lepas kawen kami terus dok jauh kan, jumpe 2 minggu skali jek, tu pun 2-3 ari jek. This time dok trus. Waaaa saspen saspen. Haha! Aihh cepatlaa Sabtu. Huhu...


Friendster vs Facebook

I'm in Ipoh now. Being left alone in this house yesterday since hubby was so busy at work. Sob sob.. Haha!

Aritu YM dengan Fahima. Banyaklah topic borak, especially pasal member2 yang bakal tunang, bakal kawen, bakal jadi parents, dan segala macam bakal. Haha! Then, I asked for Ima's pic during her engagement.

Ima suh saya join Facebook. Aisehh.. Dah ramai gile suruh saye join Facebook before this tapi tak pernah terdetik nak join. Bukan ape, takut tak sempat urus banyak2 site. (cam haper jek, cam nak urus company jek. haha!)

Then Ima promote abis-abisan ah. Maut nyer promotion. Owh btw, semalam tengok movie "Maut". Walaupun bagus cite tue, tapi jalan cite dia bosan ah. Haihhh... Abih RM16. Baik tengok Puaka Niyang Rapik kat umah. Haha!

Eh eh, back to Facebook. Ima said Facebook nih jauh lagi best dari Friendster. Maka saya pun register lah. Huhu... After dah register, terus dah ade 11 pending requests. How come aa? Isskk jakunnye saye. Dahla tak reti2 pakai lagi nih. Dapat 1st komen dari Jengga, menggelabah nak reply cane. Haha!

And then baru saya perasan memang dah ramai member2 join Facebook. Geng2 Civilrawk and May 02 ah especially. Yang takde kat Friendster pun bleh jumpe kat Facebook. Bagus bagus.. Huhu... Walaupun saya masih takley bezakan mane yang lagi best, yang penting saye dah register untuk be in the loop.

Hubby pun saya dah pakse join sekali. Haha! Tengoklah, if ada masa akan update profile kat situ. Gambar kawen pun tak ter-upload habis lagi nih. Haihh... So, sesape yang ade Facebook lagi, addlah kami yer. Huhu...



End of HSE Week

Owh thanks god HSE week dah habis. So suffered. Got a meeting at KLCC this coming 21st Jan. Kene present and slide tak siap2 lagi. Baru nak buat, sket2 kene gi SKO because of this HSE week. Dahlah parking tak cukup kat sana. Kami yang dari Mawar blok nie sangatlah menderita nak cari parking. Kadang2 dalam sehari 3-4 kali kene ulang alik Mawar blok-SKO.

Semalam event walkathon. Committee kene datang awal, kul 6 pagi. Then I had to be the spy untuk tengok2 if ade orang tipu masa walkathon. Bila jadi spy, means saya pun kene join participant berjalan dari SKO ke Piasau Boat Club then back to SKO. Jarak ntahlah, within 10-15km kot. Huhu... Balik umah, terus tidur sampai petang. Letih giler.. Huhu...

Isnin nie still kene pegi SKO untuk closing ceremony. My comment, HSE week nie agak kelam kabut, banyak bende buat last minute. Tapi yelah, nak seme perfect susahla kan. Semua pun busy dengan keje masing2. Kira dah cukup baik tolong sacrifice masa and tenaga untuk event yang takde kaitan dengan keje nih, just for the sake of KPI and LBVS I guess. Huhu...

So, 20 Jan nie saye akan ke KL untuk present kat KLCC 21 Jan nie. Amik unrecorded leave on 22nd and annual leave on 23rd. So, sambung cuti terus till raya cina nih. 27 Jan baru balik Miri balik. Yeayy leh balik Ipoh jumpe hasben! 31 Jan nanti hasben plak balik Miri permanently. Hooraayy!! Huhu...

So, plan kami adalah untuk jalan2, tengok movie and makan2 kat Ipoh. Rindu food2 kat Ipoh. Kitorang ade banyak kedai fevret tau. Tokey kedai sampai dah kenal and hafal makanan fevret kitorang. Huhu.. My favourite tomyam is in Ipoh. Tak jumpe lagi tomyam best kat Miri nih. Huhu...

Then 24 Jan nak balik Kedah jumpe parents-in-law. Lepas nie susah dah nak balik since both of us akan stay Miri dah. Then, nak pegi wedding Syazwan kat Alor Setar. Memule plan nak pegi yang belah Besut on 27 Jan, tapi rasanya cam tak sempat nak balik Terengganu. And kebetulan memang nak pegi rumah parents-in-law kat Kedah, pegi majlis belah pompuan jelah.

So tue jelah update untuk kali nie. To Syazwan, selamat pengantin baru. To hubby, wait for me ya! I love you! =)


Officially Overweight!

Haiiihhhh.... Dah gemok... HSE Week starts today. Columbia Asia ade buat free test utk blood pressure, glucose level and BMI. Seme passed except for the BMI part. Haiihh...



That's Mun Yoke (Gan's girlfriend) with a female buffalo (me). Haiihh.. What did I eat aaa? Suddenly berat naik mendadak. Memule suspek mesin alat timbang tue rosak, tapi takde plak orang lain komplen. Saye sorang jek. Haiihhh aihh aih...

Btw, me and Mun Yoke jadi committee bidan terjun, tolong Gan. Selain Columbia Asia, ade blind massage centre buat urut2 tapak kaki. Saye pegi ah urut.

Memule pegi sengsorang, sekali Raymond join dok sebelah. Tak larat dengan lawak dia. Point yang paling sakit bagi Raymond adelah bontot, according to the tukang urut. And Raymond dengan slang Sabah Indon dia cakap "Kenapa boleh sakit bahagian bontot inih? Salah style ka apa?"

Haha! Ngokngek. Masa tengah urut, kami tergeliat2 sakit. Kuat dowh diorang picit. And fotografer SKO lak dok sibuk snap gambar kami. Haiihh.. time2 kurus takde plak orang nak amik gambar. Time size kerbau nih banyak plak orang snap2. Haihh.. Btw, Raymond belanja saya urut kaki tadi. Hihi.. Best best... Thanks boss!

Oklah, down sebab dah overweight. Patutla orang ingat saye pegnen. Eleh, down2 pun lepas tue pegi gak makan lunch free. Haha! Oklah, let the photo above jadi gambar before. Lepas nie kene kuruskan badan!!! Yeahh!! Haha!


Slow Saturday

I only drank nescafe twice since the past 2 weeks. Such a big transformation right? Before this, 3-4 mug sehari. Huhu.. And last night, I asked hubby's permission to drink one more mug, making it 3 times so far (see, I can count it by fingers!) Hasilnya, kul 1.30 pagi baru bleh tidur. Before this, minum lapan baldi pun nyenyak jek tidur. Haha! Good progress, I bet. Heh...

But then, had to wake up at 4.15 am. Trainee mintak tolong amik diorang and hantar ke airport. Dah nak balik semenanjung dah. I was so mamai for god sake. Siap salah2 jalan lagi. So, sampai lambat sket kat rumah diorang. Btw, my house dah dekat dengan airport, dalam 10-15 minutes camtu jek.

But then, saye terpaksa pegi rumah diorang dulu (about 10-15 minutes) then patah balik ke rumah saya (another 10-15 minutes) and then baru ke airport (10-15 minutes as well). Nak loading beg masuk kete lagi, memang agak time consuming.

Disebabkan dah lambat, saya pecut ala2 samseng haram, so dalam 20 minit sampai airport dari rumah diorang. Haha! Balik umah solat subuh then tertido. Kul 9 pagi baru bangun. Then, dapat SMS dari Tpot, swimming class kensel sebab hujan lebat. FYI, the public swimming pool will be closed if the rain is too heavy.

Yes, hujan sangat lebat. Dah banjir2 sket dah nie ha. Supposely, kene pegi dry run untuk opening HSE week (saye jadi committee) but then Gan cakap harini tak wajib, esok yang wajib, kene attend full day. Isskk, kene burn weekend... But the good news is, all of us will be entitled 1 unrecorded leave. Yeahh!!!

Pantang dengar perkataan tak wajib, memang konfem ah tak gi kan. Haha! Hujan sangat lebat. Nak basuh kain dah tak dapat, so I decided to go to BP Lab to do the blood test. But then, Piju nak pakai kete pegi keje since hujan lebat. Maka, dia hantar saya pegi BP Lab, pastu saya balik naik teksi. Sob sob...

Hujan baru stop nih. Tapi lemau sangat. Takde kete, takleh pegi shopping. So dok umah jek wat housekeeping dengan slow motion. Kene setelkan housekeeping arini gak. Esok 1 hari kat SKO wat preparation for HSE week. So, next week, everyone will be busy with this event.

Our Beautiful Dates

Heh! Baru cakap nak kurangkan posting. But guess what, saye tak pegi main paintball harini. Terbangun lambat. 8.30 pagi baru bangun, nak kene masak kat adik lagi. Game start kul 9 pagi. So let go jelah. Plus, memang cam malas sket. Kaki kiri saye bengkak2 and urat timbul2. Sakit and lenguh sungguh. Kalah orang pregnant. Huhu..

I miss my husband. I remembered I used to write a comment in his Friendster regarding dates that are related to us. I took hours to track back the comment since he has 770 comments currently. But then, managed to find it. Meh nak copy paste.


KuNaz
04/25/2006 1:20 pm

Fakta Mengenai Tarikh:
---------------------------------

05/05/02 - Zak start notice Naz (2nd day kat UTP)
26/10/02 - Naz start kenal Zak (mase melawat Hasni di spital)
12/02/03 - Zak start ngejas Naz (mase raya haji)
01/01/04 - Zak and Naz declare kapel
--/--/07 - Zak and Naz dijangka bertunang
--/--/08 - Zak and Naz dijangka kahwin

Hehehe... =)



Hihi... Tetibe rase sweet... Haha! Alhamdulillah jangkaan tue dah selamat jadi kenyataan. Kami dah berjaya bertunang pada 07/07/07 and kahwin pada 08/08/08. Masa saya tulis komen tue pada 25/04/2006 memang dah plan nak letak 07/07/07 and 08/08/08 tapi tak berani sure akan dapat ke tak date tu, so plan tahun jek. Yelah, manusia kan hanya mampu merancang. Tapi alhamdulillah, Allah merestui rancangan kami.

There's this man, asking me this question "Ko kapel lama2, lepas kawen tak rasa bosan ke? Aku rasa better bercinta lepas kawen." And macam2 lagilah hujah dia. Pendek kate he was trying to compare his life with mine.

This man, he was a kind of social person. He had a lot of girls in his life. Selalu tukar2 pasangan. But he starts to change. He just found the right girl and going to get married this month. Perkenalan diorang agak singkat. And my answer was just...

"Tak bosan pun. Dependsla cane ko handle relationship. If before kawen ko dah buat perangai cam orang kawen, memanglah bosan, takde perubahan."

Fuuuhh.. Laser sungguh mulut saye nih. Haha! But seriously, sejak dari zaman UTP lagi sensitif dengan soalan camtu. Dulu, selalu gak orang tanye, tak bosan ke jumpa hari2. And I love hubby's answer...

"Dependsla cane kite treat relationship tue. Macam solat. Kita buat hari2, 5 kali sehari, tak bosan ke? Kenapa? Sebab kita treat solat tue sebagai tanggungjawab kita. Samalah kes kita, kita bukan kapel memain, we treat this as a responsibility"

Pepatah orang tua yang mengatakan bercinta selepas kawen lagi indah tue memang betul tapi perlukan sedikit fact modification sempena perubahan zaman nih. Zaman sekarang bahaya jugak if terus main kawen if tak kenal langsung latar belakang pasangan. For me, zaman percintaan bukan setakat untuk mencintai, tapi untuk mengenali pasangan. Cuma cara kene betullah.

Saye pernah terbaca, pakar psikologi ade cakap, biasa kita akan amik masa minimum 4 tahun untuk kite mengenali 100% pasangan kita. In my case, fact tu agak betul. Even lepas kawen nie pun, banyak bende baru saya belajar about my husband.

Teringat dulu. Saya jenis yang makan makanan yang best last2. Hubby makanan best dia makan awal2. Dulu masa dating kat kedai makan, saya letakla telur masin hujung pinggan, nak tunggu yang lain habis baru nak makan. Tetibe hubby cakap "Nape tak makan telur kuning nie" pastu terus amik and masukkan dalam mulut dia.

Nak menggelepar tension time tue, tapi baru kapel kan, control2 lagi. Diam jek. Hahaha! Sekarang ni, tak sempat hulur sudu dah 90 km sejam saya membebel. Hahaha! It's all about communication and it cannot be built in a short time. But honestly, saat mengenali pasangan sangatlah memorable dan membahagiakan.

Lepas kawen nie, kitorang dah takde masalah communication langsung. Everything is well delivered. Dah paham karakter masing2. Tinggal teruskan bertolak ansur and hormat menghormati jek.

Ade sorang keluarga terdekat nie. Kesian. 2-2 baik tapi sebab tak sempat kenal lama before kawen, they have to face a quite tough adjustment period. Si isteri tak pernah tahu si suami jenis pemarah. Si suami plak, takdelah jahat, cuma ade certain perangai dia yang tak serasi dengan keperluan si isteri.

For a good couple, they won't be other options except to learn to live with it. Belajar menerima and bertolak ansur. Cuma kekadang kesian tengok dah beranak pinak masih perlu belajar menyesuaikan diri dengan suami. Dalam waktu tue, banyak stressful moment yang terpaksa dilalui.

But, I will NEVER underestimate pasangan yang kenal sekejap dan terus kawen. Ade lagi satu kenalan terdekat, kenal dalam 2 bulan camtu jek dah kawen baru baru nie. Bahagia jugak. Kami plak yang terlebih lega and happy untuk diorang.

Soal rezeki and jodoh nie bukan terletak kat tangan kita kan? Cuma berdoalah yang terbaik. Satu yang penting, kalau kita ikhlas mencintai pasangan kita kerana Allah insyaallah Allah akan bantu kita untuk bahagia. Papepun, kembalilah pada yang Esa. Love Him, and He'll love us back.

Aihhh dah terkeluar topikla plak. Haha! Asal laaa suke sangat membebel lately. Haha! Oklah, stop sini lu. Nak gi mandi. Daaaa...

Who Else Reads My Blog?

I first started blogging during my internship life back in 2005. By that time, I was using blogging services provided by Friendster. Yelah, masa tue Friendster tengah2 hot. Huhu.. But then I had to delete the entire stories regarding my internship life for a specific reason.

Sayang gak delete blog tue since it reflected myself a lot in that blog. Masa internship tuelah saya mula start belajar banyak tentang life. Bila ingat2 balik, saya tak sangka saya dah pernah lalui detik camtu dalam hidup saya. Syukur dengan current life yang much more comfortable... However, all the entries are still well saved in my hard disk.

It's 2009 now and I still continue blogging, but now I don't really have the time to read the other people's blogs like I used to do. Yeahh, it's good to read the other's opinions. Apa yang baik kite jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan.

I'm not a motivator who can preach at the others. But then, sangat terharu when I find out that sometimes blog saye nih dijadikan bahan rujukan untuk banyak perkara. I even received some emails asking for my consultation regarding life. Huhu.. again, yang baik jadikan teladan. I'm not a perfect person... I just live my own way...

This blog is not for commercial purpose. When I blog, I do it for myself. I use this blog many times to track a specific event or date. I don't expect others to read, but I do expect people to understand myself better via this blog, since I'm not really showing my true self out there.

When I blog, I forget about what others might perceive. I just blog straight away from my heart. Happy, sedih, marah, geram, etc seme saya luahkan honestly. Kalau time tengah jiwang, jiwanglah isi kandungan blog nih. If time tengah emo, memang laser abihlah. Huhu...

So, if ade isi kandungan yang tak menyenangkan hati, do forgive me. I do it for myself. Saye tak pandai nak marah2 or mencarut2 melalui lisan, kat sini jelah medium lepaskan perasaan. Hehe... Once again, yang buruk tue janganlah dicontohi. Saya hanya manusia biasa yang punya rasa marah.

But then, I'm quite surprise knowing that ramai jugak yang baca blog nie yer. Masa tengah attend course, ade a few SKO-ians yang saya tak pernah kenal, baru kenal dalam course tue, tapi diorang dah tahu banyak pasal saya. And they said they read my blog.

There are many other cases that finally made me realize that there are some people out there, known and unknown who read my blog. Sometimes rasa tak best, rasa conscious memanjang. Pernah terpikir untuk limitkan content blog nih. Tapi dah lama2, dah jadi tak kesah. Who cares. Hehe..

For 2009, I'm planning to change the appearance of my blog. It's been so plain for a long time. But, don't have the time yet to explore for a good template and so on. And I think I need to limit the frequency of posting after this. Once or twice a week would be nice right? Depends on my mood lah kot...


Back To Work!

Setelah sekian lama bercuti (8 days in total) today I'm back in the office. Yeahh!! I felt fresh tapi blur taktau nak start wat keje mane dulu. Last-last tak buat keje sangat arini. Haha!

Kontrak wireline dengan previous contractor dah officially tamat and seme wireline units and crews dah pulang ke desa berhari raya. So, January nie our wireline operation akan diambik alih oleh Delcom sepenuhnye.

Rasa excited sebab bleh blajar dari beginning, starting from the transition between old and new contractors. Dulu memula masuk BWE blur sebab operation dah start half way. And sampai ade 2-3 wireline contractors, susah nak catch up. Now berpeluang start from the beginning. Nice nice...

Current trainees will be back to UTP next week. They've been so great, will miss them a lot. For the past few weeks, I was quite busy nak setelkan perihal diorang. Nak kene attend final presentation diorang, check report, etc. Diorang nie bagus, even saya treat diorang sebagai kawan, diorang still respect saya, and all of them call me as "kakak". We can laugh and talk rubbish outside, but when it comes to working part, they put themselves as my subordinates even though I'm not really treating them that way.

New trainees pun dah datang, tapi saya tak sempat lagi nak hafal nama diorang. Saye dah kasi diorang 1 task, and when they submitted it, I said "Thanks, good job!" (even though there were some mistakes and I corrected them by my own)

I learnt it from Mr Iskandar. He always say that upon the completion of my tasks and I feel so appreciated. And I want them to feel the same way walaupun saye rasa nak gelak gila when I said that. I felt like a good mama who gives motivation to her children. Haha!

Esok kene main paintball dengan BWEians and contractors. Malam plak ade farewell dinner untuk trainee and our technical clerk. Ok, mari bersemangat buat keje! Owh, I bought a box of green tea today. Nak replace nescafe dengan green tea after this. Hehe... Silelah minum green tea, sangat bagus! Heh!


Bile Nak Ade Baby?

1st post for 2009. Hehe... Just sent my husband to the airport. As usual, so sad but it's not that bad knowing that he'll be coming here permanently soon.

Takde pape pun nak update, just nak respond komen2 yang saye dapat from the previous post. Intan and Faezah asked why having a baby is not included in my 2009 resolutions. Huhu... Bukan diorang jek yang tanye actually.

Ok, do read the previous entry yang bertajuk Family Planning (http://kunaz.blogspot.com/2008/12/family-planning.html) Ade 4 reason kenapa saya takmo ade baby lagi straight away after kawen. Antara 1 sebab adalah sebab husband duduk jauh.

But now since husband dah keje Miri gak, people start to re-question. Oklah, the answer would be yes. We would like to try having a baby this year but most probably the baby won't be born this year. Yelah, pregnancy takes 9 months and I'm not going to get pregnant yet in the 1st quarter of 2009 (current plan lah, tataulah kot ubah perancangan nanti. huhu...)

Among all the reasons, it's reason number 3 that gives me the biggest impact - unreadiness to change my lifestyle. Talking about lifestyle, reason number 1 and 4 can be classified under lifestyle jugak kan? Huhu...

Like I said from what I've read, we have to plan pregnancy for 3-6 months ahead. Forgive me for being so "skema" but I think I need to follow that advice. My health is not really stable at the moment. I don't want to take the risk of getting pregnant with this condition. Nanti saya susah, baby susah, seme orang pun susah. Huhu...

Dalam next week I'll do some blood tests and undergo a few series of treatment program. Bila seme dah okay baru bleh proceed. Eheh! Sementara tue I will concentrate on being a good wife and a good staff first. When the time comes, I'll be working on being a good mom.

One step at a time. No need to rush. It's true that a woman will feel perfect bila dah ade suami and baby by her side. But then, it won't be that perfect if she cannot manage them well...


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.