Hubby's New Job In Miri

Waahh ter-rajin la plak update banyak2. Heh. Just wanna finish all updates. Ingat tak, I have one more important entry yang saya belum update. Still waiting for the right time to write it meaningfully.

Ok, back to the real topic. My hubby will work for Delcom company. Can visit the website at www.deleum.com. Company oil and gas gak, wireline contractor untuk BWE. Contractor terbesar BWE ah sebab next year dia dapat seme contract untuk buat wireline. Huhu...

Memule masuk SKO, saya dah pernah cakap pada diri sendiri, if hubby tak dapat SKO saya akan suruh dia keje kat memane company kat Miri nie, but not with the contractors that are direct under BWE. Sebab? Bukan sebab conflict of interest aper. The main reason, saya tak sanggup dengar hubby kene kutuk.

Kami kat BWE everyday ade morning meeting dengan kontraktor untuk update our wireline job. Yang lead meeting is our senior operation engineer, Zul yang saye cakap mulut dia ya rabbi. Kutukan and bahasa kasar2 is his mother language. Bukan dia jer yang mulut camtu.

This is the only culture yang saye tak suke dalam BWE nie. Sebab diorang banyak deal dengan kontraktor, mentality diorang dah memang camtu kot. Tau nak marah2 and cakap kasar jek. So during morning meeting memang masa kontraktor kene bambu ah. Kadang2 saya yang tak sampai hati nak dengar, rasa nak keluar je meeting tue, tak sanggup tengok and dengar. So, saya memang dah decide takkan pernah cuba nak carikan keje untuk hubby kat any contractor companies under BWE.

It all started after kawen bila almost seme orang kat BWE tue kesian saya hidup tanpa suami kat Miri nie. Haha! Puan Lily yang suruh saya apply Delcom since next year seme kontrak wireline dapat kat Delcom, so for sure banyak vacancies. Memula tue tak termakan lagi. Then, Larissa apply gak on behalf of her boyfriend, and our secretary pun apply for herself. She said Delcom ade buat opening keje besar-besaran.

Kat Delcom, ade sorang General Manager yang baik dengan saya. Jarang jumpe dia, time ade makan2 jek baru jumpe dia. Saya pun tatau nape kitorang baik. Wife dia pun baik dengan saya. Diorang memang species mesra alam kot. So, saya pun pass resume hubby kat dia one day after Larissa anta resume boyfriend dia.

Nama GM tue En. Fadzli. Dia reply cakap job opening yang besar-besaran tu baru habis last month and dah selesai recruit orang dah. The same email dia reply pada Larissa. Cuma kat email saya dia cakap dia nak jumpe my hubby untuk pre-interview, just in case ade other vacancies in the future. Then, hubby pun pegilah pre-interview tue middle last month.

And then last week dah dapat offer as Operation Engineer. Alhamdulillah. Delcom suruh start segera on January 09. But then hubby kene kasi 2 months notice kat current company, if tak , kene bayar 2 bulan gaji and Delcom tak tanggung bayaran penalti tue. Tapi bila pegi nego dengan boss kat Slim River, dapatlah sebulan jek notice. So hubby will start working in Miri on February 2009. Yeayyy!!

FYI, hubby merupakan orang penting UEM untuk Ipoh site. Sesibuk2 saya kat BWE nie, hubby lagi sibuk and lagi penat badan. Selalu balik keje malam2. Teringat masa atas pelamin kat Kedah dulu pun ofis call tanye pasal keje. Masa honeymoon pun asyik kene kacau. Huhu... So sepanjang January nanti kesibukan dia may be doubled sebab nak setelkan ape yang tak setel and nak handover keje seme before quitting.


UEM Builders vs Delcom

Both company ade benefit tersendiri. If kat UEM hubby dapat gaji + site allowance + handphone allowance + free petrol + free car + free double storey house. Kire dapat gaji memang solid boleh buat saving and belanja untuk diri sendiri. Yelah, kete takyah bayar. Sewa rumah takyah, petrol takyah. Best kan?

Cuma yang tak best hubby kene keje 6 hari seminggu, jauh dari isteri and banyak kene spend kat flight tiket. Annual leave hubby dah habis, dah banyak dia cuti pakai unpaid leave semata2 nak balik jumpe saye. Huhu...

Kat Delcom plak dapat gaji lebih kurang sama dengan yang UEM offer (starting salary) + offshore allowance + car maintenance allowance + petrol allowance. Benefit yang dalam bentuk wang ringgit, akan dapat lagi tinggi kat Delcom. Just takde free car and free house jek. Tapi yang paling best, hubby keje 5 hari seminggu jek.

Overall memang berbaloi. Dapat dapat keje sini pun dah syukur sangat2. Susah bukan local Sarawakian nak keje sini. Tapi tatau ah cane nanti. If Delcom suruh hubby jadi representative morning meeting, memang dramatic ah kehidupan kami nanti. Or maybe saya kene request to exclude one of us from the meeting.

For sure if ade problem dengan Delcom, saya orang pertama yang Zul akan kutuk. Dah bleh assume dialog dia nanti "Apelaa company laki ko nih. Lembab!" Lembab bodoh bangang takleh harap tue bahasa kebangsaan Zul lah tue. Heh!


Future Plan

Takde buat proper future plan pun lagi. Cuma dah start plan2 cane cara nak isi masa bersama during weekend. Antara aktiviti wajib adalah jalan2, masak2, gardening, shopping, tengok movie, pegi swimming, main badminton, etc. Waaahhh seronoknyer!!!

Saye dah beli tanah baja berkurun dah tapi takde mood nak bercucuk tanam sebab takde hasben. Tak seronok buat sorang2. Huhuhu... Belakang umah kitorang dah ade pokok serai and daun pandan. Nanti nak tambah koleksi lagi. Yeah!

I need to catch up much much more faster now (keje BWE) so that boleh rilek2 bile hubby dah datang nanti. By the way, after completing the SSI presentation haritu, I felt that I have reached a minimum level required by BWE. Tinggi sungguh expectation BWE nih. Saya dah cover almost all parts cuma kat surface jek baru. Nak kene details pasni. Insyaallah bleh kot.

So, setakat nie jelah. Dah nak kul 11 malam. Esok keje. Ok plan terdekat hubby and my whole family akan datang Miri 25-29 December nanti. Hubby akan stay sampai 1 Jan 09. Saya pun start amik annual leave starting 25 December nie. Will update later. Doakan yang terbaik buat kami di Miri ya! Thanks!

5 comments:

~lalala~ December 22, 2008 at 9:03 AM  

wah! congrats to zak! beshnye akhirnye korg leh dok same2 kt umah korg yg besar gabak tu! haha.. :D

kunaz December 29, 2008 at 3:29 PM  

ala intan, sweetnyer ko. tharu habes nie. thanks intan. weh, aku dh lama xdgr cite ko. blog ko pn xsmpt singgah. nnt kte gossip2 k. huhu... have a good life intan!

Nizam Mahmud January 7, 2009 at 5:22 PM  

Saya pon baru 3 bulan kat miri nie. Keje dgn vendor gak.

Dulu saya keje dgn sorang supplier kat KL lagi dahsyat. Kalau meeting kat KLCC tue, takyah cakap la bahasa kebangsaan dia camner.

Tapi tak semua gak camtue. Kadang2 I pikir diaorg yg camtue maybe psal pressure keje gak, maksudnya dia kena dgn boss dia camtue so dia wat camtue la balik kat yg bawah dia.

Bawak rilek2 jer.

kunaz January 11, 2009 at 12:50 PM  

hi nizam, ha'a btullah tue. seme org dapat tekanan dari atasan, kite yang tertekan. huhu..

btw which vendor you're working in currently?

Anonymous February 1, 2011 at 10:59 AM  

Ahoy
I found this excellent prog dRm-Removal and used it for removing drm from itunes protected musics a years ago, it did the job well, btw. Then I bought mp3 player and it could't play my wma files so I decided to [url=http://drm-removal.com]convert wma to mp3[/url] with drm-removal. It works like a charm! Just some moves, you only need to click "Add" button and choose the folder of wma files. They will convert all the tracks in parallel at a really high speed. If you have the same question and need to convert wma to mp3, you should try drm-removal!
I am big lovers of audiobooks and actually wonder, if it legal. I bought a book (now its mine!) from napster, but may be its drm and I can't copy it to my MP3 player!! Thats dick!! I can remove drm - but what about legacy?

thanks in advance!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.