Adikku Piju


Adik lelaki saye Piju tue dah berada kat Miri nie for a week. Not bad gakla dia datang sini walaupun awal2 tue jadual hidup saya jadi berubah sket. Tiap pagi saye terpaksa spend time untuk masak 2 meal (breakfast and lunch) untuk dia sebab dia taktau masak. Masak nasik pun tak reti beb! And last week we still don't have extra transport for him to move around.

Kalau dulu 7.00 am to 7.15 am dah sampai ofis. Last week 7.15 am baru keluar rumah. Aiyoo! Tapi alhamdulillah everyday sampai paling lambat pun 7.30 am. Everyday saya jadi minah rempit Miri di awal pagi. Saye tak selesa datang keje lambat. I feel so bad doing that.

Tapi Jumaat lepas memang jadi sejarah sebab saya punch in jam 7.32 am! Sob sob... It shouldn't be that way. Saya dah estimate akan sampai paling lambat pun 7.30 am. Bas awam nie la... Seminit sekali berhenti. Kereta dari arah depan lak banyak so takley potong.


Tapi sebbaik ari Jumaat tue ade talk pasal attendance system nie cakap attendance akan rasmi start kire 3 November (tomorrow). Yess! No 'red' record yet. Huhu... Before this it was just a testing phase.


Here are a few things about my brother, Piju. Piju ade kembar tak seiras nama Piji. Piji lahir kat rumah kat Terengganu, Piju lahir kat HUSM Kubang Kerian Kelantan. Saye syak dia tertuka kat spital tue sebab muke tak sama dengan family kitorang. Haha! Cabul tul mulut saye nih. Haha!


Walaupun kembar, perwatakan mereka sangat berbeza. Piji now dah kat UPM. Piju nie jenis malas belajar and tak perform dalam study. Standardlah kan dalam family akan ade sorang yang ala2 blacksheep of the family. Tapi tak sesuailah term blacksheep tue sebab Piju nie bukan jahat tapi dia terlalu nakal before this. Selalu keluar malam, smoking, ponteng kelas, tak semayang, tak dengar kata, etc.

Mama dulu selalu nangis sebab tak dapat handle budak sorang nie. FYI, adik beradik kami baik2 and selalu ade good records and reputations kat sekolah.
Dulu, saye pernah kasi dia sepucuk surat untuk nasihatkan dia. Tak payah saya huraikan isi kandungan surat tue tapi memang cukup melukakan sampai dia koyak semua surat tue. Piju dulu keras hati tapi dia terasa dengan isi kandungan surat tue. I purposely did that. Memang lepas tue berbulan2 kami tak bertegur sapa but now we are living under the same roof. Only two of us. Air dicincang takkan putus. Huhu.. Berbalik pada surat tadi, lepas bace surat tue nampak dia dah mula berubah. Everyone in the family noticed that. But the only problem was his friends.

Pengaruh kawan memang sangat kuat sampai kadang2 family jatuh nombor 2. Dia dah terlalu attached dengan kawan2 yang kurang bagus tue. Saye tak sedar bila dia dapat kekuatan tinggalkan semua kawan2 dia tue and berkawan dengan kawan2 baru yang kami sekeluarga suka. Then dia jadi makin better but he till needs a lot of guidances.


Since SPM dia tak berapa bagus and dia pun tak minat nak further study, dia amik sijil kemahiran komputer. Lepas tue keje dengan abang saye jage kedai. Lepas tue dia ade keje kat a few tempat lain lagi. Then, bila sorang demi sorang kawan dia dah kuar keje jauh2, dia pernah mintak kat my mom nak keje kat luar jugak.

Mama berat nak lepas. Takut nanti salah jumpe kawan lagi and jadi nakal balik. And I said why not dia datang Miri. Dia pun dapat keje kat luar, saya pun ade teman dok sorang2 nie. Alhamdulillah, dah nak dijadikan rezeki saya tetibe ter-kenal director syarikat Optiprimus, Apple Reseller kat Miri nie and dia nak amik adik saya keje. And tuelah tempat keje dia now.


Teringat mama pesan kat saya, saying that sayalah kakak, abang and parents pada Piju tue now. So I have the responsibility to shape him now. So far, nampak dia memang bebtul serius nak berubah. Dah start semayang. If tertinggal pun dia tanye saye cara nak qadak solat. Dressing pun dah berubah. Bos dia sangat sayang dia. And sepanjang last week, tiap kali balik keje, rumah jadi bersih dia kemaskan. Good boy. Haha!


Alhamdulillah, di saat dia mahukan perubahan, Allah kurniakan kemudahan kat dia. Dapat keje and bos yang best, dapat laptop, pastu dapat motorsikal baru dengan senangnya. Nie gambar saye with his brand new skuter Yamaha Ego. Kebetulan tengah promosi if beli motor dapat percuma basikal berharga RM268 + voucher RM200 + helmet + original Casio watch. Pakai loan AEON atas nama saya tapi dia yang bayar bulan2. Senang gile proses, arini apply, esok proses, lusa dah bleh amik motor. Huhu.. Best best..



Me and the Yamaha Ego S (kat compound umah)

Me and the free bicycle. Hehe...


Last week was a fun week lah dengan adenye dia kat sini, pegi shopping2 and makan2, beli perabot untuk bilik dia, etc. Cuma 1 je yang tak best. Terpaksa share broadband!!! Waaaaa!! Tak best nyer!!!! Tapi lepas nie dah okay sebab dia keje 10am-9pm everyday, 6 days a week. So, saye bleh gune broadband lama sket.

So, saye now cam dah berjaya habiskan adjustment period untuk menanggung satu lagi kehidupan manusia dalam rumah nie. Bagus gak ade Piju nie, leh jadi platform untuk practice new responsibility. I cook a lot here for him (before this I don't really care what I eat for myself) so my cooking skills have improved. I learn how to sacrifice, sacrifice broadband tue salah satu contoh! Haha! Takpelah, anything kalau pasal family, I don't mind. Coz saya nie jenis family type. So sekian pasal Piju. Nie tak termasuk dalam 2 entry penting yang saya nak cerita okay! Hehe...

1 comments:

piju May 24, 2009 at 4:53 PM  

tak sangka ada jgk senama aku
hehe. terjumpa blog ni. saje main2 dengan google

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.