Honeymoon Day 5 (22/8/08)

Rasa nak story pasal raya tapi abihkan jelah topik ni since dah last part dah pun. Ok, hari ke-5 merupakan hari terakhir kami di Sabah. Pagi2 sibuk packing barang. Beg dah makin penuh sebab beli banyak gifts untuk bawak balik rumah. Disebabkan takmo beli extra bag, kami pegi pos 1 kotak besar barang ke Miri (my stuff only) so that ruang yang tinggal bleh replace dengan gifts tue.

Flight kami kul 9.15 malam tapi dah kene checkout kul 12 pm. After dah setel lunch seme, kami check out and drove to Karambunai!!! Our earliest plan was to spend our honeymoon at Karambunai only, but end up jadi last destination kami. Huhu...

View in Karambunai was superb! Nexus Resort Karambunai tue tersangatlah lawa, sesuai dengan tagline resort tu "Some says it's heaven". Huhu... Resort tue famous di kalangan golfers. Kami tak amik gambar kat resort tue sebab kami drive through jek sambil amik video.

Kami banyak spent masa kat area pantai dia. Bestt!! Banyak bende boleh buat kat situ. Bagi yang suke camping dia ade park untuk camping. Bagi yang suke water sports, kat situ ade speedboat, kayak, etc. Bleh naik kuda jugak kat situ. Tempat makan ada. Toilets best dan bersih, so okaylah!!! Tapi cam biasa, pegi jiwang2 amik gambar jek. So nie antara gambar2 kami di sana;




After dah puas dok kat Karambunai, kami drive balik town KK and ronda2 kat KK tue. Singgah Pasar Filipino sekali lagi sebab nak beli extra gifts untuk bawak balik. Since ade banyak masa lagi, kami ke Pantai Tanjung Aru lagi sekali sebab aritu tak sempat tengok pantai dia sebab dah malam.

Sampai2 sana, kami makan dulu. Kami makan satey dengan jus avokado. Lepas tue pegi solat. And then baru lepak2 tepi pantai. Ramai orang kat pantai time tue. Sedar tak sedar dah almost 2 jam kami kat sana. Janji dengan owner kete sewa nak anta kete kat airport and tinggal a few minutes lagi. Kami rush cecepat ke airport. Tapi nielah antara gambar yang sempat kami amik.




Glad ade gak chance amik gambar dengan sunset. Dipendekkan cerita, kami sampai airport on time and after dah anta kete seme, kami menghembus nafas kelegaan.

It has been a wonderful honeymoon. Penat takyah ceritalah tapi kami tersangat gembira. Rasa puas walaupun terpaksa spent banyak duit during the honeymoon. Tapi ade rasa tak puas jugak sebab kami rasa 5 hari sangat tak cukup untuk kepuasan honeymoon yang maksima. We felt that we need another 5 days. Huhu... Sabah is big. Best if dapat pegi semua tempat.

Papepun, I really love the experience. I love the honeymoon. I love Sabah. All in all, I love my husband much more... - The End -

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.