Long But Short Weekend

Fuuuuhhhh!!!! It's been a long weekend. Jumaat aritu cuti sempena ganti besday raja Sarawak yang pospon masa bulan puasa dulu. Isnin lak saya amik unrecorded leave sempena saya on ECC duty masa hari raya haritu. Dapat unrecorded leave 2 hari tapi saya amik sehari jek dulu. So, I had 4 days for my weekends. Best best... Hehe..

Hari Jumaat lepak kat rumah jek kemas2 rumah sepanjang hari sebab hubby nak datang ari Sabtu. Should be ade interview makeup via phone tapi they emailed me saying that they've been trying to call me many times but kept getting the busy signal. Sampai harini (Selasa) diorang try call tapi tak dapat. So, takde update lagi pasal nie. Biar2lah dulu. Malas nak pikir. Huhu.. But thanks for all the wishes ya!

Sabtu pagi hubby and adik lelaki saya sampai Miri. Sampai2 jek kami dah mulakan aktiviti berjalan2 dan shopping2. Kami pegi rumah Tpot sekali lagi sebab hubby nak tengok baby Tpot. Aritu saya pegi sorang2 jek after balik keje. Pastu pegi Emart. Beli banyak barang dapur sebab hari Ahad nak buat jamuan kecil-kecilan sedikit.

Jamuan hari Ahad tue actually sempena Sani (ofismate from HR department) yang nak datang rumah nak berkenalan dengan my husband. Dah lama dia nak jumpa tapi selalu tak berkesempatan. So alang2 Sani nak datang rumah, kami nak invite jiran kami Haniff and his wife datang lunch sekali. Pastu alang2 pegi rumah Tpot Sabtu tue, kami invite la dia sekali. Pastu alang2 dah ajak Tpot and husband, ajakla x-housemates, Pana and Ifa sekali (banyak tol alang2...) Tapi since Kuin and Kak Laily were not around, saya jemput 2 orang trainee to replace them.

Eh, sorang lagi yang datang nama Najiha, new staff from BRE tapi dah agak rapat dengan saya since kami pegi PMS course sesama dulu. So, total manusia yang ade dalam rumah tue adalah 14 orang termasuk saye, hubby, adik and baby Tpot. Huhu... Ni antara gambar2 diorang. 2 trainees + me + my adik yang takde dalam gambar.

The ladies + baby Tpot

The guys

Kelakar sebab saya invite diorang datang dalam kul 11.30 am tapi kul 8.30 am baru saya start masak sebab hubby suruh teman dia tengok TV dulu. Manje tol, nak tengok TV pun kene teman. Huhu... Sebbaik sempat masak . Hubby tolong2 jugak. Tapi dia banyak tolong kemas rumah sebab saya tak sempat. 2 kali hubby terpaksa ulang-alik ke kedai runcit untuk beli ais and pinggan kertas semua. Owh, saya ada 5 keping pinggan je kat rumah nie okay! Haha!



Nie lah hidangan yang saya masak. Tapi sayang btul gambar blur. BTW, disebabkan sangat penat masak and melayan tetamu, kami tak hirau sangat pun pasal amik gambar nih. Huhu... Saye masak ayam masak halia and pepper, telur masak lemak cili api, udang masak petai (fevret Pana!), sayur kubis, and sosej special. Pastu add on serunding daging yang mama pos masa raya haritu. And alhamdulillah ramai yang suke masakan aritu. Ramai yang tambah nasik dalam 3 pinggan. Huhu...

And hari Isnin, me and hubby ke general hospital untuk sessi fisioterapi saya yang terakhir. Seronok hubby teman. Bese pegi sorang2 macam orang tua terbiar. Haha! Nie antara gambar2 kami kat sana. Pakai kamera PDA HTC hubby. Nurse pun gelak2 tengok kami asek bergambar jek. Huhu..





Lepas tue ke Bintang Plaza plak nak anta my adik interview kat kedai komputer Apple. Alhamdulillah he got the job. The boss is so nice. Lepas tue kami survey2 motosikal plak untuk adik saya pegi keje. Petang baru sampai rumah. Malam tue hubby dah naik flight balik semenanjung. So sad... Sob sob... Sayang hubby.. Huhu...

Harini, Selasa cam takde mood nak keje sebab dah lama cuti and penat pun tak hilang lagi. Tapi sebbaik banyak event kat SKO harini membuatkan tak banyak masa spent untuk buat keje yang memang akan memenatkan lagi badan dan minda. Huhu.. Harini BWE joint venture dengan seme department level 2 to organize open house sempena hari raya. Lepas tue ade talk by Tan Sri Hassan Merican kat auditorium. Best2 walaupun 6.15pm baru leh balik umah. Huhu...

Again, I was having a very long weekends but it seemed so short. Rasa baru jek hubby sampai dah balik dah pun. Huhu... After this, cam susah sket nak update blog until my adik starts working. Sebab dia pakai broadband saya. 2 cerita penting tue masih pending tapi biarlah dia pending dulu. Wanna find the best mood before composing them. Hehe.. So, sekian dulu update untuk kali ini. Happy Deepavali. Daaa!!!


Makeup Opportunities

Ok, December is approaching where the world will be alarmed by continuous ringing of the wedding bells. And my week was a disaster since I got a lot of phone calls asking about my makeup services. So far I only accept 1 job, which is at Miri only. Hehe...

Bukan taknak, sian kat diorang nak kene tanggung my flight ticket mahal plak nanti. Lagipun this year, my focus is at my work. Next year bile dah stabil bleh lah nak use my weekend for the makeup purpose.

Talking about makeup, got 2 good news today. 1st, I've passed the evaluation to become M.A.C Pro Member and got my membership card today. Hoorayy!! The membership is for the makeup professionals. Didn't put much hope when I applied it. But alhamdulillah...

And yesterday, I was shortlisted to receive a scholarship from one of the famous makeup school in Spain. I'm going to be interviewed via phone call this coming Friday. Nervous gak nih. You know lah kan cane English-Spanish nyer slang. Huhu...

And dah dapat a few offers to JV with a few parties. I know I'm not ready yet to re-involve myself in this makeup field. I'm so into my job right now. But opportunities keep coming and I can't afford to not to start. But not now. Next year maybe. But still slowly. I have many things to take care of at the moment especially the job and family matters. But I won't waste this gifted skill that used to be my periuk nasi. Huhu... Wish me all the best!

Benci Orang Pinjam Broadband!

Saya bukan manusia kedekut tapi barang yang paling saya berat hati nak kasi pinjam adalah my broadband modem!

Semalam ofismate dah pinjam, saya kasi ah sebab dia cakap nak buat PPA walaupun end up tak buat pun. Duuhh.. Harini plak trainee pinjam and lupe nak kasi. Saya dah sampai rumah baru sedar dia tak hantar lagi. Benci!

Being alone in this house, internet adalah nyawa saye! If saya jadi dia, dah buat salah tu, saya akan usahakan jugak anta modem tu ke rumah. Saya lak tak mampu nak arahkan suruh hantar walaupun dia hanya trainee. So now I hate myself for not being able to do that! Benci!

I pay RM99 per month to use it for 24 hours or anytime I like! Tadi rush balik umah nak main tenet coz I never use it during working hours. Kecewa gila.

Benci! Sangap! Nie update blog pakai henfon.


Hubby & Brother Are Coming!

Just knew that Sure Heboh concert will be held in Miri next week. Yeahhhh!!! Not yeah to Sure Heboh. Yeahh to my hubby who's coming here next week. So we can go to the concert together. Yeahh!! Best2... Bukan Sure Heboh yang best. Best dapat spend time dengan hubby. Hehe..

Owh btw, hubby is coming with my brother and he's going to work here and stay with me straight away. It was an old plan, soon after I've moved to this new rental house, he'll be staying here to accompany me. He really wants to work outside Terengganu since all his friends had already scattered away working outside Terengganu.

What I thought was, daripada dia keje ntah ke mana2 kat KL tue, better dia stay dengan saya. Dia dapat keje, saya pun dapat teman. Win-win situation. But after a few months staying alone in this house, I feel so comfortable being like this. Feel free to do anything and tak terikat dengan sesape. Seems like lepas nie I have someone to take care of. Aduuhh... Eh jahatnye saye... Haha!

Takpelah, instead of complaining, I'll try to adapt to the change. That's what I'm going to apply in my life from now on. Yeahhh!!! Hehe.. Actually, wanna update 2 important and serious topics but an ofismate nak pinjam broadband plak after this untuk buat PPA. Aduuhhh... Tengoklah, if sempat update saya akan update topik serius tue. Haha! Cam haper jek...

Owh My PPA~~~

I'm not feeling good today. Seriously. Rasa tak bersemangat and jiwa tak tenteram. Maybe sebab penat travel tak hilang lagi. Semalam saya sampai rumah kul 11.30 malam, letak badan atas katil jap, gayut2 dengan husband, pastu tertido sampai kul 5 pagi. Tido dengan baju kurung and contact lense pun tak bukak.

So today, I went to the office early but so "demoralizely'. Dahlah PPA baru nak buat arini. Esok dah dateline. Orang len punyela berminggu2 spent masa buat PPA nih. Supervisor lak takde. Sejak hari raya haritu till now, baru sehari setengah saya dapat jumpa dia. Confirmation forms saya dah hantar berminggu2 tapi dia tak review lagi till HR dah email sound2 cakap nak hold gaji bulan nih. Duuhhh...

Saye jadi moralize kejap bile pegi open house BME department. Bab makan otomatik aktif. Antara early birds yang datang tadi. Hehe...

Arini 6.30 pm baru balik rumah sebab buat PPA tu pun tak siap lagi. Lemau and slow gile arini. Plus moody2 lagi. Huhu... Saye tak penah dah stay back kat ofis sejak pindah rumah sewa baru nih. Love being in this house so tak kire keje tak siap, saya akan balik jek to spend my time here. Tapi arini terpaksa. Best jugak balik keje time2 dah gelap and lampu jalan dah nyala. Huhu..

Lepas publish entry nih saye nak sambung buat PPA. Malas gile. Penat. Rindu hubby lagi. Problematic sungguh saye arini. Haha! Hadoiilaa PPA. Takpe2, tinggal 50% lagi nak siap, tapi tue supervisor tak review lagi. Hopefully sempat send before dateline esok (before noon). FYI, semua BWEians baru start buat harini. Punyela dasat. Haha!

Bored Bored Bored

Now kat KLIA. Sampai kul 5.15 pm tadi. Next flight ke Miri kul 8.40 pm nanti. Nak muntah dah nie. Taktau nak update ape, and since dah kene tagged by Ieja, ade gak mende nak isi sementara tunggu flight nih. Huhu.. Ieja, sebbaik tag soklan sket jek. Keep it up! Haha!

Berapa helai baju raya anda tahun ini?

1 helai sahaja. Kaler hijau, kain hantaran kawen. Tapi saya tak pakai yang tue. Pakai kaler hijau lain so that leh match dengan baju hubby. Btw, baju hijau yang saye pakai tue pun kain hadiah dari mak mertua. Huhu..

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?

Saye pun suke rendang tok!!! Penah ngengada plan nak buat rendang tok masa kenduri kawen, tapi cane ntah buleh lupe. Haha! Bahaya nih kalo makan dengan Ieja. Gaduh2 berebut nanti. Haha! Btw, if balik kampung, saya suke makan tapai yang nenek saya buat only!

Apakah biskut raya kegemaran anda?

Saye suke chocolat chip + cornflakes cookie + mini popiah goreng yang family kitorang produce only + biskut kacang + almond london + tart nenas. Ade harapan dapat kencing manis jek nih.. Huhu...

Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?

Haha! Soklan nie tak valid untuk raya tahun nie. Since tak balik, takyah kasi duit raya kat bebudak. Alhamdulillah.. Haha! And sampai bebile pun takkan dapat duit raye dah kot except if saye pakse hubby kasi. Haha!

Apakah aktiviti malam raya korang?

Kami tengok TV + makan2 + borak2 + gelak2

Who to tag?

None yet, for the time being. Tunggu dapat tagging yang hot2 sket. Hehe...


A little update pasal meeting kat PMO. Jumpe ramai lak x-UTPians this time. Jumpe Sara and Fisza kat Awana Kijal. Jumpe Bunyamin kat airport KT. Pastu x-utpians yang keje kat Kerteh sah2 la akan jumpe kan so xyah listkan lah. Btw, so happy Kak Yati grupmate wastewater dulu dah pregnant 2 months! Congrats! Huhu...

Dapat makan nasik dagang masa bekfes kat Awana. Rasa nak menitik air mata masa makan. Terharu. Sedap sangat and lama tak makan. Huhu..

Still kelakar pengalaman transit ke Kuching aritu. 1st time kene transit memang tatau nak gi mana. Saye with other 3 Chinese passengers ke hulu ke hilir cari kastam. Haha! And rupe2nye the 3 Chinese are the contractors from Dayang Enterprise, contractor SKO under BME (maintenance department)

My room in Awana bebetul menghadap laut. Tidur dengan bunyi deruan ombak laut. Sangat best bunyi itu. Huhu...

Haihh, I think PETRONAS better come up with some choppers for each region lah, just to send the staff to attend the meeting. Penatlah tunggu kul 8.40 pm nih. Haihh... Huhu...

Update Dalam Teksi

Cube teka saye kat mane? Saye dalam teksi!!! Haha! Wohh!!! Pnat tak hengat. Flight saya dari Miri tadi kul 2 pm. Sebab last minute nyer arrangement, tiket seme abih, so kene transit ke Kuching dulu dari Miri.

Nie 1st time kene transit. Demm! Leceh nak mampus! Kene kuar flight angkut beg seme, gi kastam balik and then boarding the same flight again!! Kul 6pm camtu baru sampai KLIA. Next flight plak kul 8pm. Tue pun pegi Kuala Terengganu. Should be if nak ke Kerteh, airport Kuantan lagi dekat.

Now tengah on the way ke hotel Awana Kijal which will take about 2 hour journey from the airport. Dah keras berkematu dah bontot saya nih asek duduk jek dari tadi. Rugi tol. Book tiket last minit dah mahal tu satu hal dah. Pastu book Awana Kijal mahal2 hanya untuk tidur for a few hours. Saya dijangka sampai ke hotel kul 11pm and pagi esok dah kene check out. Huhu.. Takpelah, Petronas bayar..

Tapi sayang ah.. since saya yang keep track G&A untuk department nih. YEP dah memang konfem overspent, mostly banyak kat travelling. Eh ape saya merepek updet mende2 keje nih. Hmmm just nak isi masa 2 jam dalam teksi nih. Aduuhh...

Sebbaik abang teksi nie acceptable dia nyer topik2 perbualan. Haha! And esok he will pick me up from PMO to the airport again. Dia cakap dia bleh stop untuk saya beli kopok lekor wat balik Miri. Best best... Hehe..

Busy Monday

Started my Monday by being the chairperson for SKO morning assembly. Next, joined the morning meeting with contractor, tapi kejap jek. Need to go to general hospital again for my 2nd session of physiotherapy.

Baguslah fisio nih. I think my arm is getting better. I've underestimated the simple exercises before this. Senaman yang diorang kasi semua simple2 jek, but when you do it in a right way and constantly, it helps a lot! But I still don't like the general hospital. Because it feels so hospital! Tadi saya carik toilet tersesat sampai ke bilik mayat. Mangkuk hayun nyer spital! (padahal saye yang bongok tak reti cari. haha!)

Balik ofis ya rabbi, keje datang bertubi2. Telefon berdering2 non-stop. Then kul 3pm Iskandar told me that I have to attend a meeting in PMO, Kerteh and my flight will be tomorrow afternoon! Duuhh.. selalu jadi mangsa cover keje orang last minit. Tadi berserabut gile kepala otak kat ofis sebab pening tatau nak wat keje mane dulu. Last2 saya balik jek walaupun keje tak siap. Haha! I still haven't started my PPA for god sake! Screw me...

Tpot dah sampai Miri semalam. Plan after ofis hour nak pegi visit dia and the baby. Tapi since dah jadi cani, terpaksa postpone. Need to prepare a few slides for the presentation. Nie tengah buat slidelah nie, sempat lagi update blog. Haha!

Waaa esok pegi Terengganu tapi tak dapat balik rumah. Tak sempat. Abih meeting terus kene cau balik Miri. Thank god my parents are very understanding. Takpelah, my whole family will come to Miri on December. And my hubby is coming here this coming 25th. Tak sabanyer.. Huhu...

Takziah buat Ijad and the wife atas kematian baby diorang, Safia yang baru berusia seminggu. When I'm writing this, majlis perkebumian baby tue tengah berlangsung di Ipoh, Perak. Hubby is there right now. Hubby said the baby is cute, ikut muke mak. What a sad news... I'm so sad.. sob sobb.... Semoga Ijad and the family bersabar and tabahkan hati...

Ahhh what a busy Monday....


Sambungan Selamat Kawen!

Banyaklaa plak updet untuk weekends nih. Hehe.. Just came back from Iskandar's house (my supervisor). Dia buat open house. Saye cam bese ah, bab2 makan nih akan menyerlah lah sket. Haha!

Just read a comment by an anonymity in my previous post and the comment had rang me a bell. I remember I always wanted to say this before. Ok, before that let me extract some words from the comment:

"bajet tu depends pada kemahuan dan kemampuan. kalau x mampu buat cara tak mampu tp jgn sibuk2 nk ckp org lain membazir ke ape. pengalaman kawen dulu ade dgr komen ckp mbazirlah beli cincin mahal2, padahal diorang jeles zaman diorang tak mampu bli semua tu."

Hahaha! Yeahh, sounds too emotional but I think I understand how she/he felt when she/he wrote that coz I've used to feel the same way. Here we go people... In whatever you do, please do not expect or assume everybody would satisfy with it.

Cam saya kawen haritu, ade jugak dengar2 orang2 kampung cakap2 belakang pasal my wedding. Beselah, certain orang kampung, tak sempurna hidup if tak bercakap pasal orang. Ade jer mende nak komen. Kadang2, diorang datang majlis semata2 nak cari mana keburukan untuk diceritakan pada orang lain. Huhu... I was too tired to take it seriously about what they have said. Even I know that they were so wrong, I didn't put an effort to give any clarifications. Ah, lantak diorang lah! Saya memang suke dapat pahala tanpa buat pape. Haha!

And akan ade certain golongan jugak yang sangat tend to downgrade others just to make themselves feel better. They realize that they have a weakness, but they'll find other people's weaknesses so that they wont feel that weak. Ntahlah, human beings are complicated. If diorang happy dengan cara tue, let them be. Kite happy cara kite. Cuma bezanya, happy orang yang busuk hati cam tu temporary and duniawi sahaja.

So kesimpulan, do what you think the best for you. Don't care what others would think. And satu lagi nasihat untuk preparation kawen, don't wait that long to act. Contoh jangan tunggu sampai kite bebtul redi baru decide bile nak kawen. Set the target first and work towards it.

As I used to say, marriage is like an examination. We'll never feel that we have studied enough. Habis ke tak habis study, you still have to go for the exam. Exam date won't wait for you, you should work towards it. That's the beauty of setting a target first. It will make us strive towards it. Memanglah tension masa busy2 study untuk exam, tapi bile dah abih exam tue, memang lega tak ingat ah.. Huhu.. Once again, selamat prepare kawen! Hehe...


Selamat Kawen Semua!!!


Yeahh it's Friday night, the starting of every weekend. Can stay up all night long. You know what, there are only 2 best words that can describe our marriage - RELIEVED and followed by HAPPINESS.

Relieved comes first. Sangat lega tak payah penatkan otak pikir cane nak kumpul duit. Sangat lega tak payah penatkan badan cari duit. Teringat zaman UTP dulu, we spent most of our student life earning money for our marriage. Berniaga macam2. Penat takyah cerita. Mane nak fokus kat study, mane nak fokus kat bisnes. Orang boleh cakap macam2 tengok kami asyik berkepit, tapi kami berjaya kawen dengan hasil usaha kami sendiri...

Sangat lega tak payah berserabut dah nak pikir macam2 persiapan untuk kawen. Lega dah takyah pikir mekap artis and fotografer mane nak tempah. Lega dah takyah pikir design kad kawen mane nak pilih. Lega dah takyah pikir design baju cane nak pakai. Lega dah takyah pikir barang hantaran ape nak beli. Paling lega bila dah takyah pikir cane nak cari duit untuk hantaran and untuk majlis kawen...

Workload is getting higher, cam harini saya tak sempat lunch pun sebab buat keje, even hari Jumaat ade break 2 jam. Tapi saya lega sebab boleh fokus kat keje jek. Lega sebab dah takde major event yang mengganggu major concentration saya sekarang.

I've read through my previous entries regarding my works in BWE and I laughed alone. I was so new and berserabut by that time and I wrote rubbish. I love my job, it's just awal2 dulu cam tertekan sebab I felt like a baby who was forced to grow matured without proper guidance in a short time. The only way to learn was through making mistakes first and I hate that damn much. But, since everyone here was treated the same way, I have to change my mindsetting. Instead of blaming others, it's better for me to accept the fact and prepare myself for it.

And after marriage, glad that my learning progress getting better day by day. I still have a lot to learn and I'm working on it with a free mind now. Alhamdulillah... What a relief...

And, for sure, marriage = happiness. Bile dah lega dah abih seme masalah, happiness comes in return. So, kepada yang baru nak kawen, bersabarlah menghadapi dugaan sebelum kawen coz what you will get later will be much more better than what you are having now. But, please get married in a proper way. Perkahwinan tue tersangat suci, do what it takes to have a blessed marriage ever...

Since saya baru kawen, ramai yang consult2 pasal persiapan kawen especially how to get started. Soalan paling femes adalah pasal bajet. Honestly, we didn't keep track of our budget because we prepared phase by phase.

Contoh, bulan nie bayar deposit untuk mekap artist. Bulan depan deposit untuk fotografer. Bulan lagi satu, bayar deposit kad kawen. Next, beli 2-3 jenis barang hantaran dulu. Bulan2 depan beli lagi sket2.. That's how we did. Memang bleh jek nak buat sekaligus tapi nanti akan terasa duit hilang banyak terus sekaligus, cam yang kami alami masa hujung2 dekat nak kawen tue. Awal2 tersusun lagi perbelanjaan kami.

Sebab tue better start awal. Nie case if gune duit sendiri lah. If gune duit parents or totally serah kat bakal husband cari duit memang takyah risau ape dah, tunggu masa kawen jeklah. Huhu... And if nak lagi jimat, fotografer + mekap tu bleh amik 1 pakej dengan pelamin and baju kawen tue. Saye tak buat camtu sebab saya tau saye takkan balik untuk prepare, so saya taktau cane hasil keje diorang. So, saya tempah pakai internet terus sebab leh tengok portfolio diorang online.

And persiapan pun depends pada objektif kawen kite gak. If objective nak berjimat, preparelah accordingly ke arah penjimatan. Cam saya, objective saya nak simple tapi puas hati, so selagi mampu, saya buat ape yang termampu untuk rasa puas hati. Terkilan gak ade a few yang cakap saya membazir, contoh, buat kad lawa2 and mahal2 nanti orang buang jugakla apela.. Sebab tak mahal la saya tempah kad tue. Sebab saya pentingkan kepuasan, selagi within bajet, ape salahnyer...

Kesimpulannya, I'm not the best person for you guys to ask about the budget sebab budget nie sangat depends pada cane kita nak majlis kita tue berlangsung. Anyway, I'm always here to guide you lah. Just ask okay.. Yang saye tulih nie just based on our way.

And then ladies, after dah kawen tue, duit hantaran banyak2 tue janganlah kedekut sangat. Haha! Masa nie lah nak gune duit yang penat2 kite kumpul tue untuk kegunaan lepas kawen cam beli perkakas rumah seme tue. You can even use the money for honeymoon! Hehe.. I was lucky since parents cakap tak payah kasilah duit hantaran kat diorang sebab diorang dapat lagi banyak dari saya. Tapi kasilah jugak wat syarat. Kasilah 1-2 ribu kat diorang sket untuk amik berkat...

So, to those friends yang dah tengah plan nak kawen, congratss sangat2. Saye doakan semuanya berjalan lancar. Plan leklok ya! Jangan lupe inform awal2 so that I can book my flight ticket. Huhu.. Selamat kawen semua! Semoga berbahagia!!

Aidilfitri 2008 Part 2

Ok, mari sambung. After salam2 dengan hubby, kami bertukar2 kad raya. I wanted to buy the one with "Buat Suami" written on the card, but I couldn't find a nice one. It's either the design was suxs or the wordings inside were not satisfying. Yang bsar2 ade muzik tue adelah, but we wanna have small cards only so that we could keep them easily. So, terpaksa beli kad yang tulis buat kekanda. Yuukkss!! Haha!


Our kad raya


These are some of our pics. We were not in the mood untuk amik gambar banyak2 actually sebab both of us were too tired. Tapi amik gak a few since my mom wanted to see us in the green baju raya :


Salam & mintak maaf dengan hubby

We wore baju raya comot-ly


And then we called our parents. Sian lak... My parents said raya tahun nie kurang happy sket sebab saya takde. My brother pun cakap terasa bila saya takde. Yela, before this saya jek yang tukang buat kuih kat rumah tue. Haha! Tapi teruknye saya, family sedih2 kat sana saya hepi2 lak kat Miri nie. Haha! Takpe2, tahun nie jek. Tahun depan akak balik raya okay? Huhu...

Our only guests during hari raya were Pana and Nelly, my ex-housemates back in UTP. Pana tak balik raya sebab cuti dah habis gak. Lama gila diorang lepak kat umah kitorang. Lepas makan, kami lepak2 borak2 sambil tengok Astro.


Me + hubby + Pana + Nelly

Juadah raya pertama

Main dishes - udang masak petai


Juadah raya pertama ialah nasik mentega + udang masak petai + serunding daging + telur rebus. Glad that hubby loved my cook. Banyak gile dia makan. Sebbaik masak banyak. Cukuplah untuk jamu tetamu yang datang. Huhu...

Nelly has said something so heartwarming that day. Masa dia duduk atas kerusi time nak tengok Astro, she said "Ah.. homy.." God knows how happy we were. It was Nelly's first time being in our house and I feel so proud to hear that statement. Yess, honestly I think we have managed to create a homy situation in this house tapi tak sangka lak guest datang pun cakap camtu. Huhu...

After Pana and Nelly dah balik kami tengok VCD. Then kuar jalan2 pusing bandar Miri. Malam lak tengok TV sesama and masak juadah untuk esok plak. Juadah untuk raya ke-2 ialah nasik lemak ikan tongkol + kek batik + puding karamel. Tak amik gambar lak, hari raya ke-2 tak sentuh kamera pun. Huhu...

Hari raya ke-2 kami takde tetamupun and kami pun tak pegi beraya ke memane. Entahlah, kami rasa hanya mahu berdua. Yelah, hubby kat sini bukannye lama sangat pun so spent masa bersama bebetul.

Sepanjang hubby di sini, keje kami hanya jalan2, shopping2, tengok VCD banyak2 and makan2. Kami banyak shopping barang2 untuk rumah. Hubby bought himself a new HTC PDA kat Courts Mammoth. Sejak kawen nie, selalu sengat lepak kat Courts. Barang2 lektrik kat rumah nie mostly beli kat Courts. Huhu...

Overall, I did enjoy my 1st hari raya with hubby. Btw, I'm not a big fan of hari raya celebration. Most of my close friends are staying outside Besut. So tiap tahun keje saya hanya membontoti parents saya ke rumah kawan2 diorang sampai berhari2. Tiap tahun tak ikhlas ikut diorang beraya. Kene pretend2 mesra dengan kawan2 mama yang ramai tue. Haihh... bosan!

So this year bile dapat beraya cara sendiri with a loved one, I really enjoyed every moment of it. Kami takdelah sambut beria2 cam anyam ketupat, pasang pelita, etc seme tue. We did our own way. For us, hari raya is all about happiness, no matter how you celebrate it. And definately, we were so happy together throughout the week.

Hubby went back on Sunday night. Terasa seminggu tue terlalu pendek. Huhu.. Tapi saya puas hati. It feels so good to cook for the husband and to take care of him. Owh lupe, masa saya keje Isnin and Selasa tue, hubby anta and amik saya dari keje. Best best... Before this drive sorang2 jek hari2. Huhu... Lastly, it's still not late (I guess) for me to wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri. All apologies for every single thing....

Aidilfitri 2008 Part 1

As been told before this, I didn't take any leave for hari raya since I only have 4 days left for my annual leave, wanna save it till the end of this year. And luckily, I was on ECC duty on 1st and 2nd Oct. (during hari raya), so I'm entitled 2-days of unrecorded leave. So, lepas nie saye ade 6 hari lagi cuti. Hehe best best...

Hubby came here in Miri on Sunday night. I was still working on Monday and Tuesday, so nothing much we could do. Since everyone was going back hometown, I had to cover up a lot of other people's jobs, so there was no way I could curi2 tulang to get out of the office to be with my husband, except for Friday (3rd hari raya) where I've got my MC from my orthopedist. I requested it. Hehe...

After ofis hour baru kami dapat spent masa pegi shopping barang2 untuk raya. Kami bukak puasa kat kedai lalapan since my hubby loves nasik lalapan so much. 1st time dia datang sini saye penah ajak dia makan kat sana. Sekali makan terus jatuh cinta. Balik Ipoh pun asek teringat2 nasik lalapan. Hehe...




Yeahh, 1st night kami banyak beli "dry" stuff only. Look at the pic. We bought a new pan, stand mixture, jugs, cushion covers, and cookies container as well as the ingredients to make the cookies. I was planning to make 2 types of cookies for hari raya.

Mom had sent us some mini popiah goreng. Tue memang kewajipan setiap hari raya lah. Mini popiah tue homemade tau, dah jadi kuih tradisi keluarga kami. Dari sekolah rendah kami satu keluarga buat kuih tue and every year dapat tempahan banyak gile, especially during hari raya. This year saya takde kesempatan nak tolong diorang gulung2 sebab tak balik raya. Huhu.. Sori!





It was me making the kuih raya. Sorry, had to crop the upper part since I didn't wear my tudung. Who on earth wanna wear tudung when making cookies at home? Haha! So those are the 2 cookies that I made. Chocolate chip and aaaa, mom calls it as biskut dahlia. Hubby helped cleaning the house when I was working on the cookies.




2nd night, we spent most of our time at Emart untuk beli barang2 basah cam udang, ikan, sayur2, etc untuk masak time hari raya. Lepas tue kami ke Boulevard plak. We bought a new carpet and curtains. Sangat susah nak cari curtain yang sama pattern untuk 3 jenis tingkap kat ruang tamu kami. Finally jumpa walaupun corak dia tak berapa cantik sangat. Betterlah daripada langsir yang owner tu tinggal, which was like kain buruk yang tergantung already. Haha!




Tue gambar hubby tengah pasang langsir, while I was preparing bahan2 untuk masak raya keesokan tue. He also helped me kopek bawang and petai. Sayang abang! Haha!

We slept pretty late for both nights. Tetibe bersemangat kemas rumah. Sebagai akibatnya, kami bangun tidur lambat and tak pergi smayang raya (isskk...) So, nie adalah gambar2 rumah kami pada hari raya pertama:




FYI, set kerusi and meja makan tue owner memang dah tinggal kat situ. Old ones! But we don't plan to change them yet, at least for the first few years. Okay lagi, just they look old lah. Huhu... Haihh.. pnat dah update. So terpaksa buat part 2. Hehe... To be continued...

Owh My Shoulder....

Skip jap pasal raya, malas nak upload gambar lagi. Eheh! Orait, last Friday got an appointment with an orthopedist regarding my shoulder injury. Doktor kat klinik panel dah refer my case to orthopedic since tak baik2 lagi after 5 months.

Nama orthopedist tu Richard Chen. He's damn good! He examined me very thoroughly. Kene x-ray sebanyak 4 kali. Gile banyak! Lepas x-ray Dr Richard asked my husband to come into the room as well to listen to what he was going to say. Guess what, here's what the doctor said about my shoulder :

"Yours is not a traumatic case, it's natural for your condition - you're having ligamentous laxity. You are born with flexible joints. Not all people have such the ability. You are categorized as special species. We call it as mutant. Haha!. People with flexible joints have the capabilities to do many tricks, doing gymnastic is not a problem at all"

Then hubby menyampuk "Ha'a dia memang gymnast dulu doctor"

"No wonder lah. But, flexibility doesn't guarantee a stability. That's the weakness of the people like you. Chances to dislocate are always high, and it's just your time to get it. "

"Normally, I will do surgery to treat the problem, but for person like you who have flexible joints, I can guarantee that the surgery may fail. Your ligaments are lax, so the injury may always occur again in the future after the surgery. So the best way is to undergo physiotherapy session to strengthen your shoulder muscle. I will arrange it for you."

So, harini merupakan hari 1st saya mengikuti sessi fisio nih. Holy crap! I was the only young person there. Yang lain semua datuk nenek yang tua and lutut dah terketar2. Seme ade anak cucu datang teman. Saye jek sorang2. Walaupun saya yang paling cun di kalangan pesakit2 veteran itu (hahaha!) I felt like an abandoned grandma. Hahaha! Seme orang pandang2 saya angkat dumbell tu sorang2. Hissss!!

And I need to attend this therapy for 3 more times this month before being reviewed by Dr Richard again. Lepas fisio sebulan, dia akan decide on the next way forward. He's going to watch my progress for 3-4 months. Waaa lamanya!!! Malas laaa nak ulang alik gi spital!

Btw tadi lepas 1st session, my whole arm rasa lenguh semacam. The nurse said dia risau if my injury affects my nerve system, which I hope not. Need to finish the other 3 session 1st. Seminggu sekali.

So, officially, I cannot complete my offshore training yet. I cannot go to offshore yet and I feel so bad about that. And currently, I'm not feeling well. Lepas xray Jumaat lepas, I felt so dizzy and nausea everyday. My heartbeat runs so fast. I'm not pregnant okay (cakap sesiap. haha!) Ofismate cakap maybe sebab kesan xray. And harini sebelah tangan lenguh abih. Eloklah tue, sekali sakit complete set terus. Haha! Haihh nasib badan....

Convocation 2008 in Memory


Fuuhh!!! Sampai Ipoh dari Sabah-KL subuh hari 23 Ogos. 24 Ogos dah konvo. I only had 1 day to do what it takes for the convo ceremony. To start with, sah2 kami bangun super lambat pagi tue sebab lepas Subuh baru kami tidur.

Bangun tidur dalam kul 10 pagi, sedar2 mak mertua tengah basuh baju saya masa honeymoon by hand, since washing machine diorang dah bawak balik Kedah. Mak basuh 1 baldi, then hubby sambung basuh 1 baldi. Saya tolong bilas and jemur jer dalam keadaan super mamai. Tak cukup tidur maaa!!!

Then, spent time with parents-in-law for a few hours, then tengahari tue kuar town shopping baju untuk konvo. Haha! Esok nak konvo arini baru nak beli. Heh! Petang dalam kul 4 pm pegi UTP since my family dah kat sana. Diorang bertolak dari Terengganu pagi tue, janji nak jumpe kat UTP.

Sampai UTP, kene pegi mekap 4 orang junior untuk dinner. I didn't bring a complete makeup set, so makeup jer dengan serba kekurangan. Haha! Disebabkan sangat mengejar masa, tak sempat amik gambar untuk letak dalam fotopages. Malam baru boleh bertolak balik ke Sungai Siput.

Sampai Sg Siput, parents-in-law + adik bongsu hubby dah tunggu kat kedai makan untuk makan sesama 1 family, hubby yang belanja. Kitorang gabung sampai 3 meja makan kat kedai tue. Huhu... Abih makan diorang balik rumah but kami keluar jumpe Tarabas dulu untuk amik robe + frame + documents seme. Kul 12 tgh malam camtu baru balik rumah. Hubby tidur terus, but I stayed up for almost 2 hours untuk iron baju untuk esok. Dalam kul 3 pagi camtu baru saya tidur.

Esok pagi, seawal subuh dah kene kuar rumah, and sempat sampai UTP kul 7 pagi as requested. Penatttt!!!! Sangat seronok jumpe member2 lama. Rakan-rakan PIPE pun ada especially the Sudanese. Masa dok dalam hall tue punyelah ngantuk takleh cite tapi since saya dok paling tepi, sebelah team orkestra tue, saya selalu tersentak sakit jantung dengan bunyi2 alat muzik tue. Haha! Thank god we were in the morning session! Can't wait to finish the event sebab nak balek tido. Heh!


Receiving scroll from Tun Dr Mahathir. He smiled so fartherly at me!


Kenangan paling sweet adalah bersama Dr Shark - the psycho-but-wonderful lecturer ever! Heh! Lepas majlis konvo, ade announcement suruh seme Civil Engineering students berkumpul untuk amik gambar dengan semua lecturer atas arahan Dr Shark. We went there a bit late sebab jumpe family + amik2 bunge + amik2 gambar dulu.

Sampai2 jek, Dr Shark menjerit "Haa!! Pengantin baru dah sampai!" It was so loud people and the whole crowd were looking at us. There were about hundreds of people there. Huhu... Lepas tue bergambar dengan lecturer2.


With Dr Shark


We realized that Dr Shark kind of acknowledge us as friends. Aritu, banyak kali dia datang and cam nak ajak borak, tapi kami sangat kelam kabut nak handle family lagi, tak sempat borak lama. Even masa nak balik pun sempat jumpe Dr Shark kat masjid and dia cam nak ajak borak2 lagi.

Sori sangat2 doc, we were running out of time that day but we really appreciate you a lot! There's no way we could forget you as a hot and memorable lecturer ever. Thanks a lot Dr Shark! Hope to meet you again in the future and we could spend all day long bergossip2 ok! Haha! We love you!



With Dr Fadhil


And to Dr Fadhil pun, thanks a lot for all the advices. You are like our 2nd dad. Thanks sebab selalu doakan jodoh kami. May Allah bless you and your family forever.

Lepas tue, kami pegi makan. Lepas makan pegi amik gambar studio. Huh! Sangat irritating! Panas and crowded! If tak bayar awal2, memang saya takkan pegi ah amik gambar tue. Kesian kat family gak sebab seme dah penat sampai terlelap2 kat kerusi batu.


My bro took this pic! When my mouth was full with food!


Heh. Owh, takleh lupe ade 1 peristiwa yang menyakitkan hati. There were 3 counters for the photo studio. Memule saya pegi kaunter 2, kat situ kene letak kupon sesiap then nanti dia panggil. Tetibe orang kaunter 1 panggil suruh ke sana sebab kat situ queau dah tak banyak. Saye pun amiklah kupon balik and nak pegi letak kat kaunter 1. Rupe2nye sistem kat kaunter 1 lain plak where we have to queau 1st and when it comes to our turn baru kite kasi kupon tue.

Saya baru jer tanya orang kaunter 1 tue "Letak kupon kat sini ke?" tetibe ade sorang pakcik sound saya "Beratur laaa.. sesia dapat ijazah tak reti beratur" Lebih kurang camtulah. Saya taktau nape saya masih mampu senyum and terus pegi beratur. Tapi dalam hati, nie yang saya nak cakap...

"Pakcik, kot yer pun nak sound orang sedarlah diri tue sket. If taktau buat cara taktau, jangan suke2 dok sound orang tanpa usul periksa. If saya jadi anak pakcik, sure saya malu nak ngaku pakcik ni bapak saya!"

Tapi serius dowh, nampak muka anak dia pun cam malu2 ayah dia berkelakuan camtu. Muke dahla tak hensem, buat perangai bangsat camtu lagila horrible. Haa amik ko! Puass hati walopun hanya mampu sound kat sini jek. Kate stories of heart kan... Haha!


My complete family + parents in law


Akhirnya berjaya amik gambar dengan family. Jimat duit sebab dapat amik gambar family 2-in-1 terus. Haha! Rasanya family kami paling ramai kot. Tu pun nasib baik parents hubby jek yang dapat datang. If the whole family dia yang datang, mau tak muat gambar tue. Haha!


Lega semua dah setel.. hehe...


After that, kami semua berpisah. Parents hubby balik Kedah. My family balik Terengganu 2 kete. Saye and hubby lak balik Sungai Siput. Keesokkannya 25 Ogos tue pegi UTP balik untuk hantar robe seme. Pegi jumpe staff library jugak sebab one of them ade nak pass wedding gift.

Maka berakhirlah satu lagi aktiviti penderaan fizikal. Heh! Lepas tue kami bertolak ke KL. Overnight kat hotel kat Nilai 1 malam and pagi esok 26 Ogos tue terus naik flight balik Miri. 27 Ogos terus masuk keje. Haha!

Again, I wasn't regret at all when I decided to extend my semester. Pointer idaman pun dapat, grad dengan hubby pun dapat. This happiness pays enough. I could feel how hubby was so proud walking hands in hands together during the convo. He was so proud introducing me as his wife. He was so proud to graduate together with his wife and watched by our own parents. And nothing else can make me proud except making him happy and proud of himself....


- Married & Graduated -




Honeymoon Day 5 (22/8/08)

Rasa nak story pasal raya tapi abihkan jelah topik ni since dah last part dah pun. Ok, hari ke-5 merupakan hari terakhir kami di Sabah. Pagi2 sibuk packing barang. Beg dah makin penuh sebab beli banyak gifts untuk bawak balik rumah. Disebabkan takmo beli extra bag, kami pegi pos 1 kotak besar barang ke Miri (my stuff only) so that ruang yang tinggal bleh replace dengan gifts tue.

Flight kami kul 9.15 malam tapi dah kene checkout kul 12 pm. After dah setel lunch seme, kami check out and drove to Karambunai!!! Our earliest plan was to spend our honeymoon at Karambunai only, but end up jadi last destination kami. Huhu...

View in Karambunai was superb! Nexus Resort Karambunai tue tersangatlah lawa, sesuai dengan tagline resort tu "Some says it's heaven". Huhu... Resort tue famous di kalangan golfers. Kami tak amik gambar kat resort tue sebab kami drive through jek sambil amik video.

Kami banyak spent masa kat area pantai dia. Bestt!! Banyak bende boleh buat kat situ. Bagi yang suke camping dia ade park untuk camping. Bagi yang suke water sports, kat situ ade speedboat, kayak, etc. Bleh naik kuda jugak kat situ. Tempat makan ada. Toilets best dan bersih, so okaylah!!! Tapi cam biasa, pegi jiwang2 amik gambar jek. So nie antara gambar2 kami di sana;




After dah puas dok kat Karambunai, kami drive balik town KK and ronda2 kat KK tue. Singgah Pasar Filipino sekali lagi sebab nak beli extra gifts untuk bawak balik. Since ade banyak masa lagi, kami ke Pantai Tanjung Aru lagi sekali sebab aritu tak sempat tengok pantai dia sebab dah malam.

Sampai2 sana, kami makan dulu. Kami makan satey dengan jus avokado. Lepas tue pegi solat. And then baru lepak2 tepi pantai. Ramai orang kat pantai time tue. Sedar tak sedar dah almost 2 jam kami kat sana. Janji dengan owner kete sewa nak anta kete kat airport and tinggal a few minutes lagi. Kami rush cecepat ke airport. Tapi nielah antara gambar yang sempat kami amik.




Glad ade gak chance amik gambar dengan sunset. Dipendekkan cerita, kami sampai airport on time and after dah anta kete seme, kami menghembus nafas kelegaan.

It has been a wonderful honeymoon. Penat takyah ceritalah tapi kami tersangat gembira. Rasa puas walaupun terpaksa spent banyak duit during the honeymoon. Tapi ade rasa tak puas jugak sebab kami rasa 5 hari sangat tak cukup untuk kepuasan honeymoon yang maksima. We felt that we need another 5 days. Huhu... Sabah is big. Best if dapat pegi semua tempat.

Papepun, I really love the experience. I love the honeymoon. I love Sabah. All in all, I love my husband much more... - The End -

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.