Honeymoon Day 4 (21/8/08)

Bangun pagi tue, kami rasa cam daging ayam beku kat supermarket. Sejuuukk giler! Pagi tue kami keluar hotel lambat sebab tetibe kalut pasal urusan konvo. Kami baru dapat banyak info pasal konvo sebab before nie tak care sangat sebab fokus kat hal kawen jek.


So, pagi tue sangat busy transfer2 duit untuk urusan gambar, wat surat wakil, calling2, ah banyaklaa.. Stress kejap pagi tue. Sangat berterima kasih banyak2 pada Tarabas yang tolong uruskan seme pasal konvo kami. Tenkiu2 Tarabas. Ko memang hensem dan best. Huhu... Lepas dah setel seme. kami checkout trus and then baru sambung jalan2.



Nie gambar terakhir kami di area hotel tue, berbackgroundkan bukit2 di Kundasang. We went to Sabah Tea Garden first. Mak mertua kirim beli teh sabah. Huhu... Ladang teh dia kecik jek, tak setanding Cameron Highland, tapi kedai makan dia sangat besttt!!! Owh we love eating food together! Haha!


Pintu masuk restoran


We ate chicken chop and Sabah lemon tea for lunch.

In the gift shop

Dalam ladang teh


Lepas tue kami sambung journey ke Poring Hot Spring. Besar area tue, bukan setakat tempat untuk air panas jek. Ade banyak lagi attraction lain kat situ, tapi kami tak pegi seme due to limited time. Kami plan nak balik Kota Kinabalu petang tue jugak.


Entrance of Poring Hot Spring

All the attractions inside it


We've been to hot spring and Kipungit waterfall only. I love waterfall!!!! I love the cold running water and the surrounding woods. As you can see, nak sampai ke Kipungit waterfall tu kene berjalan dalam hutan sejauh 665m. Route dia ala2 cam kat Sungkai dulu, ade la a few jurang2 bahaya. Haiihh tak pepasal lak kitorang explorace time honeymoon. Haha!

Sedar tak sedar, we already spent a few hours there. Luckily tak ramai orang kat waterfall aritu. kat hot spring ramai gile sebab tue kami pegi waterfall dulu. Kami mandi okayy!!! Sangat best main2 air!! Owh, dalam air tue ade ikan refloksologi. Nanti dia akan datang menempel2 kat kaki. They said ikan tue cam buat rawatan refleksologi, gigit kulit2 mati and lancarkan perjalanan darah seme. Huhu.. Nie antara gambar2 kami di Kipungit waterfall:


Haa.. nielah ikan yang suke gigit kaki tue. Huhu...


Lepas tue kami turun balik. Singgah rendam2 kaki dalam air panas lu kejap. Tak lama kat situ sebab dah petang sangat. Nak pegi satu tempat lagi before balik ke KK.

And then we went to our last destination - Kinabalu Park. Di sinilah tempat kaki gunung Kinabalu terletak. Kami pegi tue dah lewat petang sangat2 so dah berkabus dah tapi still leh nampak puncak gunung Kinabalu tue. Best2.. Nie antara gambar2 kami kat sana.



Background puncak gunung Kinabalu

Kinabalu Park


Tak lama kat situ sebab tersilap spent masa lama kat waterfall tue. Huhu.. Lepas amik2 gambar, pegi beli souvenier kat gift shop, and then kami bertolak ke KK. Thank god I found a husband yang terer jalan2. Kitorang tak pernah sesat kat sana. Ofismate orang Sabah pun kagum. Haha! Sampai 1 Borneo kami lunch kat Kenny Rogers. Pastu shopping2 sket kat 1 Borneo and then balik hotel tidur. Berakhirlah honeymoon hari ke-4 kami....

Honeymoon Day 3 (20/8/08)

Disebabkan enjoy dari pagi sampai malam masa 2nd day honeymoon tu, kami lambat bertindakbalas lagi pagi tue. Lepak2 je dulu dalam hotel sambil surfing2. Sebbaik bawak laptop. Kami plan nak ke Kundasang and nak sewa kereta sebab nak overnight kat sana semalaman.

Dipendekkan cerita, almost tengahari jugak baru dapat gerak ke Kundasang, after lunch kat Old Town (lagi!). Perjalanan dari 1 Borneo ke Kundasang amik masa dalam 2 jam lebih. Kami bawak slow2 jek sebab kete sewa tue tayar dah botak licin. Bahaya tol kasi orang sewa kete camtu. Huhu...

Kami book chalet kat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa sebab tue yang kami jumpe online. Rupe2nye berlambak lagi hotel and resort lain yang lagi lawa. If you happen to go there, maybe you can try staying at Kinabalu Pine Resort. Nampak cam best jek dari luar. Huhu..

Sampai2 hotel tetibe ade masalah sket. We booked a chalet, not a hotel room. Chalet tu rate dia RM100 lagi mahal dari hotel room tapi cantik ah. Suddenly they said chalet takde kosong walaupun kami dah book. Dia kasi kami hotel room, ktorang accept jelah. Nak tidur je pun kan? Tapi nak masuk hotel room tu pun kene tunggu dalam sejam sebab nak kemas bilik lue. Haihh..

Diorang rasa bersalah kot sebab lepas tu diorang kasi kitorang free dinner and breakfast. Sepatutnye kene tambah extra money for breakfast. Huhu... Sementara tunggu bleh masuk room, kami bergambar2 di sekitar hotel tue.



Bile dah masuk hotel kami terdampar keletihan. Eheh, cam saye lak yang drive. Hoho... Pening dowh, jalan pusing2 cam Cameron Highland. Huhu... Kebtulan plak tengah hujan, haa.. memang best ah berbungkus dalam comforter. Bila hujan dah reda, kami drove ke Poring Hot Spring tapi receiptionist cakap dah petang sangat, dah nak abih masa melawat dah. Kami beli cenderahati sket and then balik hotel, pagi esok plan nak pegi lagi.




Nie gambar masa kat gerai jual cenderahati tue. I swear to god I love this pic so much! Thanks sayang. Muaahs2! Huhu... Ok, sampai2 hotel kami rest2 sambil tengok TV. Astro dia ade Star Movie. Tengah ade cite saspen pasal zombie. Khusyuk gile saye tengok sampai muncung2 mulut. Haha! And then malam kami turun for the free dinner at the ballroom. Yeahh!!




Itulah dishes yang kami pilih. We were entitled for 2 main dishes, 2 soups, 1 vegetable, and 2 ice cream. Sayur campur dia subhanallah... sedap gile2 nak mampus!!! Nama masakan tue sayur Kundasang, memang sayur yang fresh kat area tue. Owh btw, Kundasang nie kawasan tanah tinggi cam Cameron, so sejuk ah. Tanaman pun gebu2. Haha! We really enjoyed the dinner. Sedapp!!!!

And then balik room sambung tengok Astro balik sambil2 praktis2 panggil hubby as abang. Haha!! Lawak gile ingatkan moments tue. Setiap ade kelapangan kat hotel, we would practice real hard to get used to it. Serius susah and lawak. Sampai abih honeymoon tak berjaya2 nak biasakan panggil hubby as abang. Tapi now alhamdulillah, dah terbiasa dah. Memang kene push sket bende2 cani. Huhu...

So tu jelah untuk hari ke-3. Tak banyak aktiviti cuma sepanjang journey ke Kundasang tue we enjoyed the triplah. Lalu banyak gile area Sabah. Kami lalu Menggatal, Ranau, Tuaran, etc.. Sekian..

Honeymoon Day 2 (19/8/08)

Pagi tue kami bangun lambat. Tobat penaattt!!! Rasa nak lepak jek kat hotel 1 hari tapi memikirkan akan rugi sebab dah spent banyak duit tetibe lepak dalam hotel jek, kami paksa rela keluar hotel tue. Huhu....

Plan hari ke-2 nak pegi Tunku Abdul Rahman Park. The park consists of 5 island - Manukan, Sapi, Sulug, Mamutik and Gaya island. If nak ke pulau should be kene kuar awal2 pagi so that xdelah panas and hitam muke. Tapi kul 10 camtu baru kami keluar hotel. Kire kul 11 ah waktu semenanjung. Tue pun pegi breakfast dulu.

Photobucket
Lokasi 5 pulau tu. Nie gambar poskad amik pakai henfon


Pastu kami naik bas nak ke Jesselton Point, jetty tempat nak pegi pulau2 tue. Kene berdiri sepanjang dalam bas tue tapi takpelah, RM1.00 sorang jek tambang. If naik teksi diorang charge dalam RM30-RM40. Gile save bajet. Haha! Tapi enjoy gak naik bas, adventure sket. Teringat zaman2 1st year kat UTP lu. Huhu...

Kat Jesselton Point tu bolehlah nak pilih pakej2 nak pegi pulau mana. Seme pulau tue dekat2 jek lokasi dia. According to them, Pulau Gaya tue cam dah jadi pulau private, so nak ke sana ade separate package and it was a bit more expensive compared to the other islands. Sulug plak according to them pulau kecik jek yang masih kosong takde pape sangat lagi, nak privacy lehlah pegi situ.

We decided to go to Manukan island only since dah pukul 12pm time tue. Petang tue ade program lain lagi. Plus kami bukan penggemar pulau sangat, dah masuk gambar sama jek nanti nampak laut, pasir, etc. Huhu... We chose Manukan because it is the best island for snorkelling walaupun kami tak pegi snorkelling pun. Pegi jiwang2 amik gambar jek. Haha! Sementara tunggu speed boat sampai kami amik2 gambar di sekitar Jesselton Point tu dulu. Hubby bought me this gedik hat untuk ke pulau Manukan tue. Hehe...


Photobucket
Pintu gerbang Jesselton Point

Photobucket
Public fon merah...

Photobucket
Hikhikhik gedik...

Photobucket
Redi nak naik speedboat


Photobucket
Yeeehaaa!!! Seronok2....


Sangat besttt naik speed boat sesama. Teringat zaman2 kat Langkawi dulu. Huhu.. We were the only locals in the boat. Lelain tue seme foreigner. Thank god cuaca haritu mendung2 tapi tak hujan. So, kulit nie terselamat dari kesan sunburn.

Manukan island sangat2 cantik people! The seawater is so clean and crystal clear. Leh nampak ikan2 berenang2. The place is pretty much suitable for snorkeling but we didn't go for it. Kami nak jalan2 tengok tempat jek. But I really love the beach and the sea!! Here are some pics of us there...


Photobucket
Jeti Pulau Manukan

Photobucket
Cantik kan?

Photobucket
Entrance of Manukan Island

Photobucket
Salah satu chalet dalam Pulau Manukan

Photobucket
Pantai backside of the island

Photobucket
My hottest pose. Haha!


One of the unforgettable memory here was, boat kami tetibe kehabisan minyak. So, kami terdampar tengah laut sementara menunggu bot lain datang anta minyak.

Kul 2pm kami balik ke jeti and pegi pasar kraftangan plak. The locals call it as Pasar Filipino, syurga jual jeweleries mutiara. Datang Sabah, nak tak nak terpaksa wajib datang sini untuk bawak balik buah tangan kat family2 terdekat. Huhu... Habis almost RM300 kat sini untuk beli brooch and gelang mutiara/kristal only. Huhu...


Photobucket
Pasar Filipino

Photobucket
Tengah pilih2 gelang

Photobucket
Gifts for family and relatives


And then kami balik hotel letak2 barang and rest2 kejap. Pastu amik 1 Borneo nyer free shuttle untuk ke Tanjung Aru Beach. Gile syukur kami stay sini, dapat naik free shuttle pergi dan balik. Nak ke Tanjung Aru tue, paling murah RM80 if naik teksi pergi balik. Memang rezeki kami ah, 1 Borneo tengah wat promosi free shuttle untuk suruh orang datang situ. Btw, if tak naik shuttle pun, transportation memang teramat mudah kat area tue.

Since Tanjung Aru tue last destination untuk shuttle tue, kami berpeluang ke tempat2 yang shuttle tu stop - Warisan Square, Likas Square, Promenade Hotel, Sutera Harbour, Center Point, Kompleks Karamunsing, etc. walaupun tak spend masa kat sana, at least sempat singgah untuk kenal tempat.


Photobucket
Tanjung Aru Resort


Kami plan nak kejar sunset kat pantai Tanjung Aru tue, tapi si drebar shuttle nie tetibe bawak slow2 and benti isi minyak plak. Lama lak tue. So terlepas nak tengok sunset. Sampai2 jek dah gelap gelita tak nampak pape. Terkilan jugaklah, tapi kami ganti dengan makan seafood dengan sangat dahsyat.


Photobucket
Foodcourt tempat makan seafood

Photobucket
Stall inside the food court

Photobucket
Hehehe....


Look at what we ate. Kami order ikan bakar, udang, sotong, chicken wing and sayur campur. Air yang kaler pekat tue jus avokado. Sangat lazat yer tuan2 dan puan2. Silelah minum jus avokado. Kami melantak sampai abih. Meje2 sebelah banyak tengok kami makan banyak, dahla 2 orang jek. Heh! Adik yang hantar food tue pun cakap "Banyaknya!" and even lepas abih makan pun masa nak gi basuh tangan, adik tu tanye lagi, "Habis semua kak?" Haha siott nyer budak.

Tempat makan kami tue bebtul sebelah pantai. The night was windy, so sangat best makan seafood sambil dibuai bayu laut. Hahaha ayat tak tahan~~~ Lepas makan kami jalan2 tepi pantai tue tapi tak dapat amik banyak gambar since dah malam and tak cukup lampu kat situ.

Lepas tue kami naik shuttle and balik ke hotel. Kul 10.30 pm baru sampai hotel. Berjaya habiskan 2nd day of honeymoon dengan cemerlang. Cam biasa, penat tapi bessttt!!! Huhu...

Honeymoon Day 1 (18/8/08)

Sambungan dari introduction honeymoon bulan lepas:

It's been weeks. Need help from the photos to recall back the memory. What I remember Since kul 4.30 pm camtu baru kami sampai hotel, we planned to have a rest only. Setup2 barang2 bilik and baring2 tengok TV. Rasa cam malas gile nak keluar. Rasa nak tidur jek seminggu straight. Penat tak hilang2 lagi - accumulated dari Miri campur penat kawen.


Photobucket
Kat LCCT

Photobucket
Waiting for boarding time

Malam tu pegi jalan2 and shopping2 kat 1 Borneo - the 1st and largest hypermall in East Malaysia. Best ah, ade kedai MAC kat sini and telah berjaya habiskan around RM300 for only a few MAC stuff. Haihhh...

Photobucket
Kene candid kat MAC...

Photobucket
Again...

Photobucket
The hotel we stayed

Photobucket
My favourite shopping complex ever sbb got MAC... haha!

Photobucket
Right on time. Tengah mega sale. Huhu...


Sangat tepat pilihan kami stay kat Tune Hotel walaupun bilik kecik jek. Hotel tu attached dengan 1 Borneo, so bebile masa rasa nak beli barang, just a few steps away dah setel shopping. Nak makan pun senang. Nak tengok movie ke ape ke, takyah jalan jauh2 dah. And kebetulan tengah ade sale. Best2. Huhu...

Photobucket

Selain MAC, ni barang2 yang kitorang shopping malam tue. We bought 2 pairs of shoes + 3 pairs of socks and get 1 free pink teddy bear. Huhu... Kasut tue nak pakai masa nak pegi Kundasang nanti. Pastu shopping kat Watson sesket.

Pastu dinner kat Old Town and then balik hotel. Tengok TV sampai tidur time. Plan nak pegi cinema malam tue tapi kensel sebab penat sangat. Takut tertidur masa tengah tengok movie, membazir jek. Huhu...


Bukak Puasa

Baru balik dari Eastwood nih. Arini contractor Neural banje lak. Semalam Eastern Energy banje makan kat Marriot. Kenyang cam ular sawa telan kambing! Darah tinggi laa saye ari2 makan lamb...

Actually, sepanjang bulan pose nih dah 4 kali dapat invitation dari kontraktor bukak pose kat hotel tapi saya dapat gi 2 jek. Sekali tak dapat sebab ade course (tapi bukak pose provided gak kat course) and 1 lagi time balek Ipoh.

Saye malu. Tiap kali saya amik makanan sure penuh pinggan dengan food. Saya amik jek seme bende yang dia hidang. Tak kire perempuan mahupun lelaki, semua terkejut tengok food saya. Saya makan lak cam serigala jadian tengah pregnant. Tak control langsung. Habis lak tuh seme. Haiihh buruk tol perangai. Ah peduli aper! Makan free... Huhu...


List Hantaran + Promo CD Mekap

Waahh makin ramai kawan2 yang mau kawen. Bagus2.. Since ramai yang tanye pasal hantaran, nie lah list barang hantaran kami aritu:


Pihak Lelaki to Perempuan

1. Duit Hantaran
2. Cincin (Habib) + Potpourri
3. Kasut (Vincci) + Handbag (Giossardi)
4. Perfume set (Tommy Dreaming)
5. Skincare set (Clinique)
6. Kain pasang
7. Al-Quran
8. Telekung + Sejadah
9. Jam (Alba) + Handphone (Sony Ericsson W910i)
10. Bunga telur
11. Towel

Pihak Perempuan to Lelaki

1. Kamera DSLR (Nikon D80) + Kit
2. Cincin (Habib) + Potpourri
3. Jam (Polo)
4. Kasut (Hush Puppies)
5. Kemeja + Seluar + Necktie
6. Wallet + Belt + Pen
7. Perfume set (Tommy)
8. Buah
9. Kek
10. Bunga telur
11. Al-Quran


Okay, semoga boleh dijadikan idea semasa pilih barang2 hantaran. Kami dah tak kasi tepak sirih dah sebab masa tunang dulu dah kasi. Memule memang ingat nak kasi barang keperluan jek seme, tapi bak kata mama, kene ikut adat sesket kasi Al-Quran and telekung seme tue walaupun dah ade banyak. Huhu..

Sangat2 nak update pasal honeymoon tapi baru lepas transfer gambar. Nak kene tengok balik gambar2 tue untuk recall detik2 manis semasa honeymoon. Huhu.. Try weekend nie lah.

Okay, nie ade iklan sket. Kepada sesape yang minat nak belajar makeup tanpa perlu attend course, bolehlah order CD MAC Cosmetics Training Manuals sebab kat dalam tue ade berlambak2 panduan makeup dalam bentuk video dan PDF files. Untuk keterangan lanjut bleh visit http://deartistry.fotopages.com

Okay, mahu berbuka puasa sudah. Next update most probably weekend nih. Selamat berpuasa semua!!

My New Lappy


Sorilaaa lama tak update. Alasannye adalah saya kene attend course 3 ari Isnin till Rabu lepas. Lepas tue saya fly balek Ipoh Khamis malam. Nie sultan Sarawak nye pasal lah nie. Sepatutnye besday dia hari Sabtu lepas so, Jumaat cuti. Dah beli tiket flight dah tetibe Isnin dia announce cakap pospon lak. Dia xmo celebrate besday masa bulan pose. Betullah tue, tapi kot yer pun bitaulah 2 minggu awal at least. Kang dah terpaksa tolak annual leave. Dahla dah tinggal sket jek annual leave. Huhu..

Tapi takpe, berbaloi cuti. Yelah, jumpe hasben, sape tak hepi kan? Huhu.. We spent a very high quality time together. Ade PC Fair kat Ipoh and I bought myself the above mini laptop. Actually dah lama dah nak ade laptop kecik tue sebab sangat menyusahkan tiap kali pegi miting outstation. Nak galas laptop punyela berat. Pastu masa shopping kat KL leceh gile kene bawak selalu.

Dulu berkenan dengan Fujitsu Lifebook. Kecik, comel, skrin buleh putar2, etc. Ingatkan tue jek brand laptop kecik. Nyaris nak suh hubby beli tue as barang hantaran tapi hold dulu sebab harga dia 3k lbih. We already spent a lot untuk barang hantaran. So, memang pasang niat nak beli gak cane2 pun one day for mobility purpose.

Tapi bile pegi PC Fair aritu, mak aihhh!!! Gile banyak mini laptop now. Macam2 brand. The smallest yang jumpe brand Asus. Kecik sangat and harga RM1399 jek. Memule nak bli yang tue tapi end up amik Acer yang berharga RM1699 tue sebab harddisk dia 120GB compared to Asus, 30GB jer. Ntahlah, maybe sebab dah terbiasa dengan Acer tapi dari segi kecomelan memang Asus tu lagi comellah.

Tapi yang Acer tu ade kaler biru and putih jer masa beli tue. Sepatut ade 3 kaler lagi: coklat, hitam and pink. Saye suke hitam kot tapi biru pun not bad. So alhamdulillah, tercapai hajat nak ade laptop kecik yang ringan dengan harga yang jauh lagi murah dari bajet asal masa nak beli Fujitsu Lifebook tue. So lepas nie takyah membebel and pening kepala pasal laptop dah tiap kali nak pi travel. This mini laptop fits my handbag. Huhu...

To hubby, thanks a lot for the wonderful weekends. See you again next 2 weeks ok? I love you sayang...

Hantaran Kawen Kesayanganku

Ok, back to the 3 issues yang saye nak updet aritu. Memula yang simple2 lu ah - barang hantaran. Kami aritu 11 dulang berbalas 11 jugak. Taknak cite details pasal barang hantaran, just nak share barang2 yang saya paling sayang out of 11 dulang tue.

We decided to buy our favourite things for the hantaran. Hubby beli barang yang saya suke and saya beli yang dia suka. Except for the handphone, since beli last minute before naik flight ke Miri, kami main amik jek. Lagipun so far I'm not a heavy user of grand and high-tech handphone. Bleh call, sms, tengok kalendar, buat reminder and set alarm dah cukup. Huhu.. So, my 4 favourite stuff are:


Tue set skincare Clinique. Seriusly my skin is getting better pakai set nie. Hubby pun cakap camtu. Tapi sejak balik Miri nie tak sempat buat proper routine lagi sebab tak setel down bebetul lagi kat rumah nie. Tunggu kemas rumah seme lu kot. Huhu..



Nie lak set perfume Tommy Dreaming. Hubby yer perfume pun saya kasi Tommy jugak. We both love the fragrance! Saya cerewet sket bab perfume sebab saya cepat pening bile bau perfume. Kene bau yg soft2 and floral base jek. Another perfume yang kami suke adalah Sean John. Seriusly best! Pegilah try kat kaunter. Perfume tu dapat award best winning perfume ke ape ntah. Tengoklah dah kaya sket nanti kami beli yang tue plak sebab kami pun bukan jenis manusia perfume sangat pun. Haha!



Of course cincin kawen ni bende fevret jugak. Huhu... Both of us beli cincin kat Habib. Hubby's ring harga dalam RM500 ++ camtu jek. Mine hoho... Casing cincin tu RM900 ++ jek after 50% less, but the diamond costed RM2k ++. Diamond tu yang under Hearts on Fire. Nanti if pegi Habib cakap jek nak tengok koleksi Hearts on Fire nanti dia akan bawak ke kaunter khas. Bile beli, nanti akan dapat sijil untuk diamond tue cam dalam gambar dia atas. Cincin risik and tunang dah emas kuning, this time rasa nak pakai emas putih plak. Huhu....



And lastly this Sony Erricson W910i handphone lah even though this is not my favourite one. Saya takde henfon idaman pun btw. But since my old henfon tu sangat2 perlukan pengganti so this one is more than enough. Henfon lama saye takde kalendar (boleh takkk...) + memori untuk save nombor handphone pun dah full. Huhu.. But I still love it for its alarm function. Bunyi kuat. Yang baru nie bunyi mendodoikan sangat.. Huhu...

Barang-barang lain sayang jugak tapi bese2 jelah, sebab wat syarat hantaran jek. Contoh: handbag Giossardi, kasut Vincci, etc. Hmmm btw, barang hantaran fevret untuk hubby lak of course lah DSLR Nikon D80. Dah lama dia nak kamera DSLR. Dulu dia presiden kelab fotografi and sangat minat fotografi cuma tak pernah ade masa untuk berhobi camtu now.

Barang lain stended ah: set perfume Tommy, kasut Hush Puppies, set baju kemeja, cincin, set wallet and belt, etc. Waahh seronoknye update blog depan Astro. Dahla weekend, takley pose lak tuh. Best best.. Haha!

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.