Successfully Married!

Harini genap 4 hari jadi wife kepada insan tercinta, Zakuan. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar walaupun persiapan agak merepek. Haha! The wedding was a bit dramatic at the beginning sebab satu Besut tetibe blackout yang melampau selama 3 hari berturut-turut. Jalan jadi jam sebab traffic light tak function, takleh isi minyak, takleh withdraw duit, etc. Tapi blackout tue dalam a few hours jelah per day.


6 Ogos

Sampai umah 6 Ogos tue saya memang tak dapat berehat sebagai seorang bakal pengantin pun. Rush abih ke sana sini. Beli daging pun saya. Dalam masa 2 hari before wedding tue, saya hanya ada beberapa jam kat rumah sebab sibuk travel sana sini nak setelkan mana yang tak setel. Penat takyah cite ah.


7 Ogos

Malam 7 Ogos ada buat majlis solat hajat sempena wedding kami. Pastu ade wat makan2 sket. Masak gotong-royong - antara faktor penat. Masa tengah tahlil tetibe blackout. Bile dah blackout, bunyi tahlil jadi kuat gile. Ntahnyer diorang tetibe makin bersemangat tahlil dalam gelap tue sampai saye cuak. Haha! Tapi majlis tetap diteruskan. Kami pasang lilin satu rumah. Diorang candle light dinner reramai malam tue. Haha!


8 Ogos

Rombongan pihak lelaki sampai pagi 8 Ogos and kami sekeluarga sangat sibuk dengan persiapan. Akad nikah soon after solat Jumaat. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami akhirnya berjaya diijab kabulkan. Bangge tengok Zak sangat tenang lafazkan akad. Huhu... Majlis akad nikah panggil family2 dan jiran terdekat sahaja. Lepas tue ade makan2, gotong-royong jugak.

Petang sket pegi buat outdoor. Before tue tetibe blackout lagi. Sebbaik majlis dah setel seme time tue. Touchup mekap dalam keadaan blackout. Tudung untuk baju outdoor tak iron pon. Haha! Buat outdoor kat Pantai Bukit Keluang. Femes kejap sebab satu pantai tengok kami posing2. Huhu...


9 Ogos

Hari 9 Ogos memang tahap penat takleh handle. Dah selesai nikah rasa cam dah syukur and puas hati sangat dah. Rasa cam dah takmo bersanding dah. Huhu... Alhamdulillah, sangat ramai kawan2 yang datang. Dari sekolah rendah till UTP. Thanks everyone sanggup datang jauh2. Sori sangat2 sebab tak sempat kasi layanan yang best2. And sori jugak pada a few guys yang saya lupe nak kasi door gifts. To Lily, thanks sebab sanggup jadi pengapit bidan terjun. Haha!

Petang tue on the way anta fotografer ke airport, sempat buat outdoor lagi kat Pantai Air Tawar plak. Total 4 baju yang pakai sepanjang 2 hari nie. Ade lagi 3 helai tak sempat pakai. Tengoklah if sempat japgi kami posing sendiri pakai baju tue sementara pelamin still ade lagi kt umah nie. Huhuhu...


Conclusion

Kesimpulannya, alhamdulillah... after bertungkus-lumus for a few years and especially a few days before marriage, kami sekarang dah jadi husband and wife. Life feels so perfect now. Thanks for all the wishes, wedding gifts and to those who attended my wedding. Appreciate it so much. I love you all!

Gambar dalam 1-2 bulan baru siap fotografer cakap. And saya tak sempat amik even sekeping gambar pun gune my digital camera. Tapi my hubby's friend ade amik banyak video. If ade kesempatan saya try upload kat sini. Huhu..

2 comments:

nELLIE bEBEH August 12, 2008 at 10:10 AM  

hai kak! aiman nak congrats akak! kitorg tgh training PMS d eastwood nih. we all nak congrats akak!

~arin angel~ August 12, 2008 at 12:22 PM  

salam..

kakak..congrats from me n fariza@yong~...
maaf sesangat xpat g..

moga berkekalan + bahagia hingga ke akhir hayat..

nnt jgn lupa share pic n video..huhu..

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.