Zakuan & August

Hadoooiii penatnye update blog. Nak upload gambar tue yang leceh tue. Haiihh!!! Reminder untuk diri sendiri, ade 3 bende lagi saye nak update - hantaran, honeymoon and convo. Tapi since dah penat nak stop iklan dulu.

Sempena my hubby nak datang japgi (yeayyy!!!) nak kene update pasal dia lue. My hubby's favourite number is 8. Kebetulan tahun nie banyak bende berlaku padanya dalam bulan 8.

1st, sah2 la our marriage kan.
2nd, gaji naik lagi upon his permanent status with his company
3rd, convocation and it was with me, his wife...
4th, today is his birthdayyy!!!!! He comes here right on time today. Huhu...
5th, 1st time dia naik flight and sampai ke Sabah & Sarawak. Haha!

Actually his birthday should be on 31 Ogos, hari merdeka. Tapi registrar surat beranak salah key in dulu. Normally, we will celebrate his birthday on the 31st August sebab memang cuti. So, tomorrow kami akan celebrate lagi as a husband and wife. Yeayy!! Hubby nyer flight kul 7pm japgi. Now kul 6.30 pm. Kul 9.15 pm nanti sampai ah insyaallah... Huhu...

Flashback : Mekap & Hadiah

Look at the pics in the previous entry. Hasil mekap yang berbeza untuk 3 majlis dari 3 mekap artist yang berbeza. Masa akad nikah baju putih, mekap sangat tahan lama and sangat cun dalam gambar. Real life nampak over sket especially tang mata.

Masa pakai baju pink, mekap dia natural jek real life tapi bile masuk dalam gambar nampak cam biasa jek. Memang camtu besenye. I remember one of my makeup instructor said, bese orang mekap untuk masuk gambar, so real life akan nampak over and dramatik sket.

Masa pakai baju hijau, both gambar and real life acceptable lah tapi sayang makeup tue tak long lasting. Less than sejam cam dah pecah2. Haiihh.. Sebbaik yang tue bayar paling murah. Huhu.. paling mahal yang masa pakai baju putih sebab dia memang mekap artist untuk TV program dah. Plan nak amik dia trus sampai kenduri 9/8 tue tpai orang lain dah book dulu. Heh.

Untuk mekap baju pink and baju hijau, my hubby said, saye nyer hasil makeup is much2 more better compared to them especially yang time baju hijau. Huhu... Tapi yang baju putih tue memang saya surrender ah. Memang cun ah dia mekap tapi saya tak berani nak buat camtu sebab masa real life memang nampak terlalu dramatik. 1st time tengok cermin terkejut tengok mata sangat hitam dan tebal. Huhu.. Overall, suke mekap masa baju putih sebab cantik dalam gambar. Hehe...

Pasal hadiah lak, yang dapat 1st ranking adalah set gelas dan pinggan mangkuk. Banyak tak terkata, bleh bukak kedai kopi. Huhu... 2nd, barang2 letrik. Dapat oven 3 bijik, periuk nasik 4 bijik. Haha! Barang letrik lain cam coffee maker, toaster, food steamer, lampu tidur, etc. 3rd ranking cadar. Banyak gak dapat cadar. Pastu diikuti frame gambar, towel, kain pasang, album, sejadah, telekung, toilettries Bodyshop, etc.

Orang cakap if buat kenduri kesyukuran hadiah akan dapat banyak gile. If buat walimatulurus, hadiah akan kurang sket sebab dah kasi duit. Abang saye dulu buat kenduri kesyukuran, hadiah dia dapat seratus lbey. Saye dalam 70-80 camtu jek. Tapi parents saya kaya wang ah. Hasil kutipan lebih RM10k. Siott!! Kitorang nak kumpul 10k tue punyela kempis perut2 tak makan, diorang kenduri sehari jek leh achieve. Huhu.. Takpelah, rezeki... alhamdulillah....


Flashback : Wedding


This is going to be very long. Trust me people, marriage is one of the most wonderful event in life. Once it is blessed by Allah, no matter what comes in between, it will stay that way.

Take mine as an example. Just read through my previous entries. You guys now how difficult it was towards the wedding. It was harder than you could imagine. Bak kata orang, berat mata membace blog, berat lagi bahu penulis blog memikul. Haha!

But then, alhamdulillah semua berjalan lancar. I remember my mom said "Sian kat akak dengan Zak. Orang lain kawen rilek2 je, orang plain yang tolong buatkan. Tapi akak dengan Zak buat sendiri seme walaupun both sibuk and dok jauh"

Even the photographer pun cakap macam tue. Imaginelah, kami ke airport Pengkalan Chepa tue 4 kali untuk pegi dan amik mekap artist and photographer. Jarak dalam sejam stengah camtu sehala.

Sangat banyaklah tenaga yang kami gune. Majlis start kul 2.30pm, kul 11 pagi baru saya boleh mandi. Tue pun sebab nak kene mekap2. If tak, still ke hulu ke hilir setelkan ape yang tak setel. Itu jelah kekurangannya, agak penat di hari bahagia. Tapi tuelah pengalaman yang makin merapatkan kami.

Ada hikmah saya dok Miri and sibuk dengan kije. Bile terlalu sibuk and tak sempat fikir sangat pasal kawen, expectation akan kurang. I didn't wish for a perfect glamorous wedding. What I wanted was just a blessed marriage that went smooth. And I think I have got it and thanks Allah for that.


Akad Nikah
08/08/08





Flashback masa akad nikah - tak banyak perkara sangat, sebab majlis pun start lambat dalam kul 3pm camtu lepas solat jumaat. Jemputan pun keluarga terdekat jer. Malam sebelum tue saya tak cukup tidur, pukul 2 or 3 pagi kot saya tidur.

Dahlah malam tue blackout. Saye pakai inai bawah cahaya lilin jek. Tuepun inai Mydin yang picit2 je tue. Sebbaik ade teknologi instant henna now. Memang takde masa ah nak cari daun inai nak tumbuk2 lagi. Haihh.. Haha!! Tapi tuelah, inai Mydin tue tak tahan lama sangat lah.

Masa tok kadi tengah bace2 ape ntah, saye siap sempat terlelap lagi masa tengah duduk kat khalayak ramai tue. Tak senonoh btul. Haha! Mama cakap tok kadi tue antara yang terbaik sebab dia ade buat sesi penyerahan anak perempuan dari ayah kepada menantu. Event tue sepatutnye syahdu ah and selalu orang nangis2. Tapi saye kan tengah mengantuk time tue, sedar2 jek dah sah jadi isteri orang and sengih2 hepi. Haha!

Lepas siap majlis, makan2, amik gambar atas pelamin kejap and then trus salin baju nak buat outdoor kat pantai. Wohhh!!! Please laa consider kami yang baru jek kawen nie. Suh posing macam2 aksi maut yang buatkan kami blushing. Haha! Sangat lama kat pantai. Dahlah panas. Dah abih outdoor cecepat balik sebab nak hantar diorang ke airport and amik photographer lain untuk majlis esok tue plak.


Wedding Day
09/08/08








Yang nie pun samalah, lagi busy kot. Sebab masakan untuk kenduri tue seme gotong royong. Semua family terlibat, so bila ade add-hoc isu, terpaksa saya yang bergegas setelkan. Tak cukup kakitangan kerajaan aritu.

Dulu saya sangat tak suke gotong royong masa wedding sebab saya nak family saya concentrate bebetul pada wedding, bukan pada gulai kawah belakang rumah tue. Haha! Tapi bile dah selesai seme, baru rasa hikmah gotong royong tue cane. Masa nie lah nak kenal sesapa yang tak kenal sebab saya asek jarang dok umah. Dok asrama and belajar jauh2 jek. Sangat kelakar sebab mak bidan saya pun datang sampai photographer gelak2. Haha!

Kawan2 agak ramai yang datang. Terkejut and terharu gak. Saya estimate dalam 10 orang je maximum yang akan datang sebab semua jauh2 and saya pun agak lambat send kad seme tue. Tapi alhamdulillah ade dalam 30 orang kot kawan2 kami yang datang. Nak kene tunggu gambar siap baru leh recall sape yang datang.

Paling terharu dak2 civilrawk datang reramai buat surprise. Ramai yang keje kat KL tapi still datang. Lepas tue kawan lama masa kat MRSM yang study kat oversea pun ade datang. Rase tak best lak tak dapat spend masa lelama dengan diorang tapi saya sangat tak sempat masa ari wedding tue and hope diorang faham. Papepun, time kasih sangat2 sebab sudi datang dari jauh.

Kawan2 sekolah lama Zak masa kat Jasin yang saya tak pernah kenal pun ade datang. Diorang sangat bagus. Buat video untuk kami. Diorang call seme kawan2 yang tak dapat datang and rekodkan ucapan diorang. Pakai loud speaker and gune video cam untuk record. Unik. Thanks sangat2.

Masa kenduri kawen tue, sangat kelakar sebab saya langsung tak control. Kain sempit pun langkah laju2 cam kuda belang. Tengah dok atas pelamin pun bleh buat lawak bodoh lagi and mulut dok bising macam2. Siap lambai2 excited kat orang bawah khemah lagi. Hoho.. actually, we don't take it as bersanding. Just for the sake of the photo jek. So tak payah control2 ayu. Huhu...

Petang tue buat outdoor lagi sebab photographer nak buat. Kitorang macam dah lembik cam taik lembu dah petang tue. Buat kat pantai lain lak. Kat rumah saya banyak pantai. Lepas tue terus ke airport anta photographer tue. Anta dengan baju2 pengantin. Sepatut dah exceed waktu check in, so saya masuk gi kaunter nak nego. Dapat jek. Kelantan je kot the only Air Asia yang tak close kaunter 45 mins sebelum tue. Bila masuk airport pakai baju pengantin, abih satu airport tengok. Haihh, belasah lah. Huhu...


Reception at Jitra
16/08/08




Majlis sambut menantu nie memang tersangat2 simple. Jitra tue kampung parents my hubby. Abah dia baru bersara and plan nak balik dok kampung. So this time, banyak orang kampung kat Jitra tue request buat kat sana so that diorang boleh datang. 2 majlis untuk abang2 my hubby yang buat kat Perak dulu diorang ramai takleh datang sebab jauh.

Rumah kat Jitra tue agak keciklah berbanding kat Perak. Rumah teres and perumahan tue agak congested. So memang kene buat simple2 jek. If kat Perak lu rumah banglo and compound besar. Tapi takpelah, majlis dah selamat semua pun. Just nak meraikan famili2 belah parents my hubby kat Jitra tue.

Dak2 UTP yang datang dalam 10 orang camtu. Pastu banyak ofismate my hubby yang datang. Haiihhh, FYI my hubby tersangatlah jadi orang penting now. Tengah bersanding and honeymoon pun diorang call tanye pasal keje. Almost hari2 ade orang call tanye pasal keje sampai terpaksa off handphone berhari2. Huhu...

Kejadian yang paling memorable kat sini bile fotografer (sepasang suami isteri) puji kami dapat A1 sebab cooperate and sporting gile masa sesi photoshoot. Huh!! Nak patah pinggang posing untuk diorang. Kain dahla sempit, tilam empuk and goyang, susah gile nak posing atas katil. Huhu... Nampak diorang sangat seronok and excited aritu. Kamilah yang terpaksa layan excitement diorang tue. Huhu...

Maka selesailah 3 majlis perkahwinan kami. Semua gambar belum siap lagi. Nanti saya letak dalam online photo album tue and announce bile dah siap. Next events after wedding adalah honeymoon and convocation. Will update later. Daaa....


Hubby Datang!

Hubby is coming here in Miri tonight!!!! Balik sempena cuti merdeka jek till Monday. Yesterday baru decide nak datang, tiket bapak mahal ah. He said he misses me a lot till tak dapat wat keje. Can't wait to meet him. I do miss you too sayang... Aiihh, sempat ke update blog weekend nih? Haha!!

Back to Miri

Waaahhh!!!! Arini 1st time dapat online after my last entry. Rasa cam banyak gile nak update, nak kene buat marathon lepas nie. Huhu.. before saye cite details pasal wedding and honeymoon, baik update yang paling latest dulu.

Saye sampai Miri kul 10 am pagi semalam. Arini 1st day masuk keje. Sesampai ofis jek kene masuk miting. Siap kene jadi chairperson and secretary at the same time lagik. Haha! Sebbaik meeting WIE jek, dia inter-region nye Well Integritity nye meeting (SKO, PMO, SBO). Kami dah kamcing and miting pun xdelah formal sangat. Huhu... Arini ramai gile panggil saya Puan Nazuha. Seronok dapat jumpe balik ofismate.

Almost 3 weeks tak bukak inbox, emel berlambak2. Berjam2 saya abihkan bace email, tapi roughly jeklah. Latest update, fitness test untuk ke Mount Kinabalu aritu saya berjaya terpilih!!! Ajaib sungguh. Tak perform pun masa test tue. Tatau nak hepi ke tak, sebab pegi aritu teman Kak Laily jek tapi dia tak dapat lak. Haihhh...

Berbalik pada rumah, sesampai jek rumah semalam, saye terus kemas rumah. Pastu beli barang2 untuk buat door gifts untuk member2 kat SKO - telur, gula2 and small towel. Yang lain mama dah provide dari rumah. Lepas tue kemas rumah sampai malam tapi still tak setel2 lagi. Barang sangat banyak.



Tue gambar door gift untuk orang2 SKO. Malam nie baru bleh mulekan aktiviti pack door gift. Goody bag sama jek cam majlis aritu cuma isi dalam dia lainlah sebab dah habis masa majlis aritu. Malam nie saya siapkan 10 jek dulu untuk BWE staff. Periuk kecik jek, tak muat nak rebus telur banyak2. Huhu.. Pastu wat simple2 jeklah, dah abih dah mood menggubah hantaran nih. Haha!

To those who are waiting for the rest of the updates, I promise you, weekend nih saya akan try habiskan update pasal kawen + honeymoon + konvo sekaligus. Cannot find the right time yet. Tapi lepas nie memang pulun update pasal mende alah nie jek. Fuuuhhh!!! Lega seme dah setel. Kawen dah, konvo pun dah. Lepas nie leh fokus pasal keje jek. So, see ya!


P/S : To my hubby, miss you a lot sayang... Love you...


Honeymoon

We just arrived Kota Kinabalu Sabah at 3.15 pm just now. Flight Jitra-LCCT kul 8.30 pagi tadi. Bapak mertua anta pi airport. LCCT-KK lak kul 12.50 pm tadi. Kami amik pakej under Air Asia, currently staying at Tune Hotel. Murah gaban2 tapi bilik kecik ah and accomodation pun kurang sket. Takpelah, kami pun banyak berjalan nanti. Balik tidur jek. Now tengah rest2 kat hotel tengok TV. Malam nie kuar jalan2 kat 1 Borneo. Esok baru start journey honeymoon kami. Will update later. Daaa~~~


Marriage : Week 1

Hai! Haha! Me and hubby kat Ipoh now. Isnin malam aritu kami naik bas pegi Jitra untuk buat fitting baju pengantin untuk majlis belah pihak lelaki Sabtu nie. Petang Selasa tue drive balik Ipoh. Rinduuuu sangat kat Ipoh.

Sampai2 Ipoh jek, kami pegi JJ tengok movie Susuk. Pastu overnight kat rumah Sungai Siput. Malam nie saya naik bas untuk ke Besut semula. Jumaat nie reramai pegi Jitra balik naik kete. Penat kan kawen? Tapi best... Huhu...

Sori pada seme yang hantar SMS. Tak sempat2 reply lagi. Banyak yang tanye life after marriage cane. So, saya brief sketlah kat sini. Huhu...

Actually, saya masih tak dapat fully digest lagi the fact that we are already married. Rasa macam zaman bujang2 jek lagi. Pernah sekali masa jalan2 kat bandar Jerteh, Zak pegang tangan saye masa nak lintas jalan and saya tarik secara automatik. Pastu lupe lak saya dah jadi isteri dia and cecepat grab tangan dia balek. Huhu...

Banyak lagilah kejadian yang lucu tapi sweet. We are still in the learning process sejak dah transform jadik hasben and wife nih. And we really enjoy the process. One thing yang saya masih fail lagi ialah nak panggil him as "abang"

Yoshhhh!!! Parents saya dah sound saya selama setahun suruh panggil Zak as abang tapi saya tak reti2 lagi. Zak pun selalu tanye bile nak panggil dia abang. Dulu saya cakap bile datang Miri saya akan start practice. Tapi hambik ko! Dah 4 bulan kat Miri tak buleh langsung. Haha!

Ntahla, susahlaaa... rasa cam geli2. Rasa cam weird. Anehnye perasaan tue bleh disamakan macam panggil Dr Shark as sayang or darling. Hahaha! Dulu pernahlah jugak sesaje panggil Zak abang 2-3 kali setahun, tue pun time2 nak mintak duit. Haha! Sori sayang, nanti saya try lagi yer.. (bile laaa)

Cane2 pun, it's really nice getting married, especially dengan orang yang kite dah memang sayang. 2 hari kat Besut haritu memang wonderful. Kami bangun awal pagi and jalan2 amik angin kat pantai naik motosikal. Pastu shopping2, makan banyak2..

Oklah, Zak is sleeping next to my laptop right now. Dah submit entry nie nanti nak kejut dia nak pegi Gopeng beli tiket bas plak. Kami masih terlalu penat but we enjoy doing things together. To all friends, thanks bebanyak atas doa2 kalian. Semoga korang akan dikurniakan nikmat kebahagiaan jugak suatu hari nanti. Amiin....

Successfully Married!

Harini genap 4 hari jadi wife kepada insan tercinta, Zakuan. Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar walaupun persiapan agak merepek. Haha! The wedding was a bit dramatic at the beginning sebab satu Besut tetibe blackout yang melampau selama 3 hari berturut-turut. Jalan jadi jam sebab traffic light tak function, takleh isi minyak, takleh withdraw duit, etc. Tapi blackout tue dalam a few hours jelah per day.


6 Ogos

Sampai umah 6 Ogos tue saya memang tak dapat berehat sebagai seorang bakal pengantin pun. Rush abih ke sana sini. Beli daging pun saya. Dalam masa 2 hari before wedding tue, saya hanya ada beberapa jam kat rumah sebab sibuk travel sana sini nak setelkan mana yang tak setel. Penat takyah cite ah.


7 Ogos

Malam 7 Ogos ada buat majlis solat hajat sempena wedding kami. Pastu ade wat makan2 sket. Masak gotong-royong - antara faktor penat. Masa tengah tahlil tetibe blackout. Bile dah blackout, bunyi tahlil jadi kuat gile. Ntahnyer diorang tetibe makin bersemangat tahlil dalam gelap tue sampai saye cuak. Haha! Tapi majlis tetap diteruskan. Kami pasang lilin satu rumah. Diorang candle light dinner reramai malam tue. Haha!


8 Ogos

Rombongan pihak lelaki sampai pagi 8 Ogos and kami sekeluarga sangat sibuk dengan persiapan. Akad nikah soon after solat Jumaat. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami akhirnya berjaya diijab kabulkan. Bangge tengok Zak sangat tenang lafazkan akad. Huhu... Majlis akad nikah panggil family2 dan jiran terdekat sahaja. Lepas tue ade makan2, gotong-royong jugak.

Petang sket pegi buat outdoor. Before tue tetibe blackout lagi. Sebbaik majlis dah setel seme time tue. Touchup mekap dalam keadaan blackout. Tudung untuk baju outdoor tak iron pon. Haha! Buat outdoor kat Pantai Bukit Keluang. Femes kejap sebab satu pantai tengok kami posing2. Huhu...


9 Ogos

Hari 9 Ogos memang tahap penat takleh handle. Dah selesai nikah rasa cam dah syukur and puas hati sangat dah. Rasa cam dah takmo bersanding dah. Huhu... Alhamdulillah, sangat ramai kawan2 yang datang. Dari sekolah rendah till UTP. Thanks everyone sanggup datang jauh2. Sori sangat2 sebab tak sempat kasi layanan yang best2. And sori jugak pada a few guys yang saya lupe nak kasi door gifts. To Lily, thanks sebab sanggup jadi pengapit bidan terjun. Haha!

Petang tue on the way anta fotografer ke airport, sempat buat outdoor lagi kat Pantai Air Tawar plak. Total 4 baju yang pakai sepanjang 2 hari nie. Ade lagi 3 helai tak sempat pakai. Tengoklah if sempat japgi kami posing sendiri pakai baju tue sementara pelamin still ade lagi kt umah nie. Huhuhu...


Conclusion

Kesimpulannya, alhamdulillah... after bertungkus-lumus for a few years and especially a few days before marriage, kami sekarang dah jadi husband and wife. Life feels so perfect now. Thanks for all the wishes, wedding gifts and to those who attended my wedding. Appreciate it so much. I love you all!

Gambar dalam 1-2 bulan baru siap fotografer cakap. And saya tak sempat amik even sekeping gambar pun gune my digital camera. Tapi my hubby's friend ade amik banyak video. If ade kesempatan saya try upload kat sini. Huhu..

Cuti Kawen!!

Daisypath Wedding Ticker



Semalam saya MC. Last week almost everyday saya rasa dizzy and mild headache tapi sebab terlalu sibuk bergerak terpaksa lupakan rasa sakit tue. And Ahad malam lepas berhempas pulas mengangkut perabot, peti ais dan mesin basuh seme tue, malam tue badan saya cam shaking especially kat area lengan.

Maybe sebab dah teroveruse energy. Bangun tido pagi Isnin tue, saya masuk toilet nak amik wudhuk. Bukak jek lampu toilet tetibe pandangan saya cam blackout for a few seconds, sedar2 dah terduduk di lantai toilet. Saye pengsan ke? Tak sedar pun pengsan sebab beberapa saat jek. Pastu saya solat terhuyung hayang.

Masa tengah iron baju nak pi keje dah rasa tak best. Decide nak pegi klinik and doktor kasi MC 2 hari, tapi saya nak sehari jek. Need to be in the office today sebab dah last day. Malam nie my flight. And harini kepala saya masih berdenyut2 walaupun dah makan beberapa bijik Synflex. Mungkin dah tak cukup kuat kesannya untuk saya. Isskk... lagi 3 ari nak kawen ade jek sakitnye. Semoge tak pitam atas pelamin nanti. Haha!

Haa! Semalam dapat free facial and massage dari salun yang saya selalu pegi. Hadiah kawen katanya. Memalukan btul sebab after dah habis facial, saya main rempuh jek sliding door lutsinar salun tue. Kepala tengah pening2 lagi time tue, pastu tetido lak time wat facial. Bangun2 mamai langgar pintu. Adoihh...

Yezza! Malam nie dah nak naik flight. Overnight kat KL 1 malam then esok baru flight ke rumah. Harini dapat banyak call kat opis cakap tahniah, especially orang2 Borneo Games. Thanks everyone. Saye tak bawak balek laptop so tatau sempat update ke tak blog nie, but I'll try my best. Tapi nie tentative jadual saya:


6/8 - Sampai umah

8/8 - Akad nikah

9/8 - Kenduri

16/8 - Kenduri belah Zak

18-22/8 - Honeymoon

24/8 - Konvo

26/8 - Flight to Miri



Eh, saya takde pengapit lagi nih. Sape2 free nak jadi tukang kapit SMS me okay! Haha! So, I'm leaving on a jet plane tonight. Doakan kami yer. See you later!

Last Weekend Before Marriage

Daisypath Wedding Ticker



Wahh!!! Weekend nie saya sangat energetic! Sabtu pagi lepas subuh kul 5.15 am terus mulekan aktiviti pack barang sebab pukul 10 am lori nak datang angkut barang2 saya ke rumah sewa baru. Bile dah transfer barang, rasa cam excited nak decorate rumah. So, saya telah ke 3 bijik kedai perabot and end up beli 1 kabinet dapur + 1 kabinet tv. Pastu pegi Courts beli TV and DVD player.

Hari Ahad jam 7.30 am pegi rumah sewa baru lagi sebab nak gi bayar duit sewa rumah kat landlord. Pastu pegi buat spa. Giler ah spa nih, cam kene santau. Saya tido tak hengat bile buat aromatherapy massage tue. Pastu pegi 2 shopping complex tapi kandas almost sejam cari parking. Ramai gile orang. Beli vacuum dengan kettle. Pastu pegi kedai perabot lagi. Beli lagi 2 kabinet. Excited lak and tengah ade sale gila2.

Pastu saya mulekan aktiviti kemas rumah sewa baru tapi tak banyaklah. Setup mesin basuh dengan peti ais, susun kabinet, etc. Peluh turun mencurah2 sampai basah kuyup baju. 5 hari lagi nak kawen saye pegi sibuk buat urusan lepas kawen lak. Takpe2 exercise.

Owh this is my last weekend as a single lady. Huhu... Tetibe excited di luar kawalan. I'm going to meet my fiance soon and then we'll become husband and wife. Canelah kehidupan kami lepas kawen, sebab before this we were so close as family/best friend. So takleh imagine cane kami bile dah bergelar husband and wife nanti. I assume it may take some time for the readjustment period, but we'll learn together, same as what we did for the past few years. Learning to grow love and develop a life....

3-4 hari lepas kami baru decide lokasi honeymoon. Lawak tol, dah waktu kecemasan baru plan honeymoon. Tiket flight sah2 mahal gaban. Takpelah, for the sake of love. Haha! Gelinyer ayat~~ Tak sabar nak pegi honeymoon. Teringat zaman2 kat UTP kami suke melancong, jalan2 cari makan, amik2 gambar, etc. This time, we'll be having the same activity but with a different status. Hehe... Wish us luck all!


7 Days Before The Wedding

Daisypath Wedding Ticker



Got my 1st wedding gift today. It's an oven from the BWE department. Thanks a lot! Hehe... Mom's friends keep asking "Anak makku tokse kawen ke, dok balek2 lagi nih?" Hadoihhh!! Sabarlah makcik. Kate raja sehari. Sehari before kawen balek laa. Haha!

Mama dah serik call saya tanye pendapat saye tentang persiapan sebab end up jawapan saya akan sama jek "Ikutlaa cane2 pun. Tak kesah" Aritu mama cam tensen tanye set katil nak warna ape tapi saya jawab camtu jugak. Haha! Sorry mom.

I bought 2 wedding dresses in KL but never try wearing it. Nampak berkenan terus bayar. The pelamin that mama tempah comes with 3 free dresses but I never choose which to wear. Hopefully buleh fit in baju2 tu. Haha! Merepek sungguh saye nih.


Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.