New Housemate : Kak Laily

The past 3 days had been very dramatic. Hari Jumaat tensen dengan one of the BWE-mate, so abih jek ofis hour ajak Kak Laily pegi fitness test untuk ke Mount Kinabalu. Kak Laily dah pujuk rayu saya selama 3 hari 2 malam suruh teman dia pegi fitness test tu but I declined sebab kondisi bahu belum elok. Last2 saya plak yang ajak dia, tak sempat pikir pun, tensen nyer pasal.

Kesannya, sakit2 badan yang kronik selama 4 hari 3 malam. Orang lain pegi fitness test seme at least adela jogging2 wat preparation. Saye selamba monyet jek abih keje pakai baju kurung pegi. Haha! So selama 4 hari tak mampu berjalan dengan normal. Pegi supermarket seme gunakan kemudahan untuk orang cacat. Kami naik tangga macam anjing. Kaki tangan seme pakai untuk naik tangga. Haha!

That was Friday. Sabtu lak, keluar shopping dengan Kak Laily lagi. Tak sedar diri badan sakit semangat shoping masih utuh! Yeahhh!! Pastu pegi Courts. Bajet nak survey barang elektrik utk rumah baru. Dah survey online and cam dah plan nak spend around RM2.5K untuk beli mesin basuh, peti ais and camcorder. Last2 atas hasutan Kak Laily, total harga untuk 3 barang tue jadi RM4k.

Lepas tue pegi satu butik pengantin. I was offered a joint-venture with one of the local wedding boutique here. Ahad depan kene start mekap dah untuk 1 wedding fashion show kat Miri nie. Kind of big event I guess sebab banner ada di mana2. One day before tu (Sabtu depan) maybe kene buat demo mekap untuk Petronita plak. Cuak jugak sebab dah lama tak polish skill nih. Adeh2...

Hari Ahad keluar lagi, this time sorang2. Balik dahla lambat, nak dekat kul 7pm and tetibe kunci bilik tertinggal dalam bilik. Bertungkus lumus dengan Kak Laily cube nak bukak pintu. Last2 panggil Syahnaz and Faizal jiran kami. Kami jadi McGyver malam tue and berjaya keluarkan kunci tue. Lepas tue banje diorang makan.

Isnin attend 1 workshop handled by BPI dari pagi sampai petang. 3 orang jek budak baru dalam workshop tue. Sangat terharu sebab tue 1st time saya dilayan seperti budak baru. Tak macam certain staff dalam BWE tue yang terlalu pushy. Nak suruh pandai cepat2 tapi tak ajar. Bile kite nak belajar kene marah2. Hissss!!

Abih workshop stay kat ofis jap. Sekali Courts call cakap dah depan umah sewa baru. Kelam kabut saya. Kene balik umah dulu amik kunci umah sewa baru. Dah sampai umah sewa baru baru perasan salah amik kunci. Kambing sungguh. Pusing balik gi amik. Dahla jauh. Sebbaik Kak Laily tengah drive area2 umah sewa baru tue. Mintak tolong dia entertain orang Courts tu sementara tunggu saya sampai. Huhu..

Kak Laily is our new housemate (current house). Dia dah 30 tahun tapi tak kawen lagi. Awet muda lagi. Nice lady and dia asek ade jer untuk jadi penyelamat tiap kali berlaku mende2 di luar jangkaan pada saya. Heh! Pastu skarang saya dah ade orang yang saye bleh tanye pendapat untuk macam2 perkara. Thanks akak!

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.