1st Day in BOP

Tertido and terbangun ikut timing Sarawak. Kul 6 pagi tue dah setel seme bende. Bosan gila tunggu hari cerah. Haha!

Kul 7 turun breakfast. Dah lama mengidam nak makan dimsum, sejak dari UTP lagi and dapat makan tadi. Dimsum kat hotel nie ada macam2 jenis/rasa and sangat super gaban nyer sedap. Saya makan sampai 2 pinggan. Ade 1 jenis tue dia taruk udang saya suke sangat and makan banyak gile. Saya tinggal 4 bijik jek utk orang lain makan. Haha! Tak sabar nak breakfast dimsum lagi.

Menapak lbey kurang 400 meter before sampai KLCC. Abih terbakar seme kalori dimsum tadi. Yeahh standardla kan talk jenis cani, tadah telinga jela and I'm good in that. Masa kat UTP rajin jek pegi lecture walopun tak paham pape. Haha! So overall memanglah bosan tapi takdelah tahap bosan yang buleh stress. Bosan kecil-kecilan sahaja. Haha! Dapat makan 3 kali kat sini. Cam biasa, akan makan dengan rakusnya. Huhu...

Jumpe 2 orang from my batch yang pegi BOP jugak - Wawa dan Soul. Pastu ade lagi a few tapi juniorlah. Ada sorang junior tue dapat Miri and he got a nice advice from me regarding Miri. Haha! I don't know how to say it, but so far Miri is nice and fits me well.

Jumpa 3 orang budak PIPE - Ammar and Hamid the Sudaneese + She. Kami jerit2 bila jumpa. Seronok semangat ke-PIPE-an still kuat. Eh ha'a cite pasal PIPE belum abih lagi kan. Okay, nanti free2 saya akan sambung. Yeahh!!

Jumpe Fisza jugak masa nak balik. Pastu jumpe ramai junior jugak. Seronok bila dapat jumpe balik. Jumpe x-utpians tapi diorang buat2 tak nampak pun ramai jugak tapi saya dah tak kesah. Haha! Owh, chairperson untuk BOP is Anis, my batch jugak.

Yang paling dramatik, saya jumpe seorang yang pernah membenci saya sepenuh hatinya. But this time dia senyum and lambai tangan kat saya. Terharu. Yer, saya dah lama maafkan dia and dah lupakan segala sengketa. Cuma tunggu dia sahaja. Hopefully kejadian tadi akan jadi titik permulaan. Huhu...

Balik BOP pegi beli tiket bas untuk mak dan adik saya yang nak datang sini nanti and shopping barang sket dengan Sal. Ya rabbi, jam tak hengat! Sendat gila kat LRT tue. Saye cakap kat Sal "Uihh, sebbaik keje SKO" Haha! Balik shopping amik teksi jek naik hotel sebab jalan sangat banyak and kaki dah melecet2 sebab pakai heels. Oklah, nak tidur now. Gudnite~~~~

0 comments:

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.