Extreme June!!!

Fuuuhhhh!!! Month of June is a real murderer. Penat nak mampus! 1st week BOP kat KL. 2nd week Borneo Games. 3rd and 4th week macam2 jenis meeting and presentation. Ade SKO day lagi where I was appointed as the focal point of BWE department. Tengah2 meeting dengan BD pun boss Raymond call suruh turun setup booth. Huhu...

Since I got meetings and presentations almost everyday starting from the 3rd week, saya hanya prepare booth untuk SKO day sehari sebelum event tue jek. Stay back kat ofis till 11.30 malam untuk siapkan booth tue. Bear in mind that 11.30 malam kt sini is equivalent to 12.30 malam kat semenanjung. Duuuhh....

Me and Larissa at BWE booth

Pasal kawen tak sempat nak fikir langsung. Ofismate and kawan2 plak yang cuak2 untuk pihak saye. Entahlah, kerana kesibukan, rasa cam dah heartless nak kawen. Baju kawen takde lagi nie. Aduuhh... Tapi luckily 30 Jun till 2 July ade meeting kat PMO Kerteh. Terus amik annual leave 2 hari. My very 1st annual leave. Hehe...

And I'm in KL now. Sampai Jumaat malam. Sabtu pegi Nilai ikut parents beli barang2 untuk buat dulang hantaran. 1-2 kedai pertama saya teman lagi my mom tue beli2 barang. Pastu dah tak larat. Satu kedai paling kurang sejam dia lepak tapi bile riben jek selai. Haiiihh!!! Panas membara btul hati ini. Dahla cuaca panas gile kat Nilai. Penat lagi x cukup rest.

Last2 saya pegi jalan2 makan cempedak goreng la, lepak2 tepi jalan sambil sengih2 kat orang lalu lalang la, etc. Mama call banyak kali suh saya datang pilih mana yang berkenan and I just answered "Haa berkenan seme. Amik jek memanaaa..." Haha! Heartless gile.

Besfren mama and anak dia ikut sekali. Diorang pun cam aneh tengok saya yang tak amik kesah langsung pasal persiapan kawen nie. Diorang plak yang lelebey excited. Haha! The thing is, aritu saya dah bahagi2 tugas dengan my mom. Ade part yang saya kene wat and ade yang dia kene. Dulang hantaran tue dianyer scope so malas dah nak pikir. Banyak sangat dah bende dalam kepala otak nie. Haha!

Balik Nilai sambung gi Semua House lak. Beli sepasang baju songket siap sepasang lelaki and pompuan. Nak beli kain and upah jahit memang lecehla kan + masa dah suntuk. Nak sewa banyak yang tak available dah sebab lambat sangat book. Last2 beli jek baju siap. Haha! Tadi sempat beli baju songket jek. Nanti nak cari yang lace plak. Harga memang mahal la kan, tapi since I am/was a mekap artist, adelah dapat diskaun sket. Yuhuuu.. Hehe...

So lega dah sket dah ada baju sepasang. Balik meeting kat PMO nie hopefully dapat setelkan bab baju and barang hantaran terus dah before balik Miri. Sebab bile dah balik nanti memang konfem lagi sahih saye busy balik and tak sempat fikir lagi pasal kawen. Haiiihhh....

Sehari selepas SKO Day, BWE ade buat dinner kat Mega Hotel untuk staff2 BWE sahaja, sempena nak meraikan pemergian existing trainees and kedatangan new trainees + pemergian Doreen the technical clerk and kedatangan Lesslie the new clerk.


Tue gambar saye, Raymond the boss and the 3 clerks. Dari kiri pakai baju biru is Hasnila, Doreen and then Lesslie. Sangat sedih masa hari terakhir Doreen kat ofis. Kami berdua nyaris nak nangis dah. Huhu.. Tak sangka plak, baru 2 bulan kenal dah boleh mesra cam besfren. Doreen dapat better offer as a permanent staff kat Tanjung Offshore. Kat SKO nie dia as a contract staff only. Semoga dia akan gembira di tempat keje baru...

SBO, Kota Kinabalu

Now cite pasal KK Sabah lak. Before that lupe nak bitau, the meeting and presentation berjaya berlangsung dengan baiknye. Alhamdulillah...

KK sangat super best!! I wish akan ada peluang stay kat sana for a few months/years one day. Banyak shopping complex, nice city, banyak kemudahan, bersih, etc. Tapi sayang sungguh, selama seminggu saya kat KK tue saya takde pun peluang ke Pasar Filipino yang femes jual aksesori cam mutiara seme tue.


Masa pindah ke Hotel Meridian, malam tue Wan MSR and Soul belanja saya dinner. Makan ikan bakar lagi. Thanks Wan and Soul!! Hehe.. Lepas tue singgah apartment Soul kejap tolong dia angkat barang. Dia baru pindah masuk apartment tue. Look at my ugly face. Dah penat takley handle dah time tue. Huhu..

Keesokan lepas meeting kat SBO ada Team Building plak kat Kinarut Sabah. Tak hilang lagi penat Borneo Games and stay up untuk presentation dah kene buat aktiviti fizikal yang lasak straight dari 8am-4pm. On the way pegi Kinarut saya tidur jek dalam kereta. Huhu...


So tue gambar saya and groupmate saya before buat aktiviti high rope challenge, yang meniti2 tali2 yang ala2 kat Sungkai tue. Group campur2 orang PMO, SBO and SKO. Belah kanan sekali yang pakai baju grey tue is Eddy. Aktiviti lain yang kene buat ialah flying fox, wall climbing, bungee trampoline, kayak and lumbe transport yang cam motor and kete kebal tue. Ape ntah namanya tapi sangat enjoy lumbe kete tue tepi pantai.



Ha, tuela antara kenderaan2 yang kami main tue. Sila tengok lelaki yang botak tue. Itulah Raymond puan2 dan tuan2, my boss yang sangat kelakar dan best. Haha!

Saya sangat suke kayak!!!! Believe it or not, that was my 1st time main kayak. Kat laut pulak tue. Sangat super best. Disebabkan tak cukup partner, saya kayak dengan Mokhtar, staff dari SBO. Sangat saspen masa ombak kuat sebab canoe tue jadi cam huyung hayang. Owh please, saya tak mahu basah. Tengah period dowh... Huhu..

Overall team building tue berjaya mencapai objektif di mana setiap WIE (well integrity engineering) staff tanpa mengira pangkat dari SBO, SKO dan PMO dapat bergaul and built a good teamwork.

Malam tue naik flight. Esok terus sambung keje. Saya demam esok tue tapi tak dibenarkan amik MC sebab hari Isnin (esok) ada meeting dengan production and SSI people dari KL. BWE yang kene organize this time. Meeting Isnin tapi hari Khamis baru nak start seme bende. Kire ada Khamis and Jumaat jek untuk setelkan seme bende.

Saya kene jadi MC, tukang present, and tukang buat minute of meeting. Damn! So selama 2 hari saya bekerja keras di ofis dalam keadaan demam. Wish me luck tomorrow~~~

Borneo Games Bliss Part 3

Malam terakhir di Borneo Games ade closing dinner kat ballroom Sutera Harbour Hotel. Semua contingents yang bertanding datang. Jumpe banyak x-utpians. Velvet AF jadi artis undangan malam tue. Waahh dah kurus Velvet. Tinggi and cun gile bile tengok sendiri depan mata.

Food malam tue tak sedap langsung tapi sebbaik side dishes dia best2. Dah habis dinner terus balik Marina Apartment. Masa tu dah jam 12 tengah malam. Orang lain balik2 seme tidur tapi saya terpaksa stay up till kul 1 am lbey prepare slide untuk present kat SBO esok tue. Esok tue bangun kul 4.30 am sambung buat lagi. Pastu nak kene pack barang lagi sebab nak kene checkout before pegi SBO.

Masa breakfast pun saya sibuk lagi prepare2. Penuh kertas atas meja makan. Pastu Imran (hoki player from HR department) and a few guys yang lain datang bekfes sama dengan saya. Mereka nampak saya kalut2 pagi tue. Banyak term dalam slide tue yang saya tak paham. Tanye Imran dia pun tak paham tapi dia cecepat amik kertas tue pegi tanye orang2 lain. Terharu gile diorang tolong saya prepare untuk presentation. Huhu..

Before pegi SBO dengan teksi, simpan barang kat receiptionist dulu. Habis meeting dalam kul 5.30 pm saya pegi balik Marina Apartment untuk amik barang before check in kat hotel Meridian. Masa tue rasa sayu and sedih gila tengok Marina Apartment. Sebab tue 1st time saya masuk situ sorang2. Before this ke mana2 pun akan gerak in a group. Kami window shopping sesama, pegi makan sesama, pegi farmasi sesama, jalan2 sesama, etc. Dahlah masa tengah meeting diorang sms saya cakap dah nak naik flight, saya dah syahdu mahdu dah masa tue. Huhu...

Sampai Meridian Hotel, the hotel was so big and luxurious. Nak tidur 10 orang pun boleh. But I felt so empty. Teringat2 kat kawan2 di Borneo Games. Teringat jerit reramai kasi sokongan kat SKO team. Teringat geng2 badminton. Teringat akak2, abang2, uncle2 yang sangat ramah and baik dengan saye. Kuat sungguh impak Borneo Games nie. Huhu..

Kesimpulannya, sangat bestlah pengalaman nie walaupun dapat kecederaan kronik. Huhu... Owh btw, next year Miri akan jadi tuan rumah untuk next Borneo Games plak. So sekian sahaja pasal Borneo Games. Nak letak gambar tapi takde banyak. Ade fotografer SKO tapi tatau cane nak dapatkan gambar2 tue. Huhu...

Borneo Games Bliss Part 2


Itulah 8 daripada 12 orang badminton players SKO. Nie gambar final training sehari sebelum competition kat stadium Likas. Dari kiri baris depan is Akbar, pakai baju biru. Paling muda and sangat energetic. He's the only one on earth who calls me as Shasha. Mengong.

Sebelah Akbar is Uncle Marli, lelaki yang bertanggungjawab bawak saya masuk Borneo Games nie. Umur dia sama dengan my dad and I love him so much. Sebelah uncle Marli is his sweet wife yang selalu teman dia ke mana2 sahaja. Dari kiri baris atas is Michelle, pakai baju merah. My partner. Sangat power main badminton walaupun umur dah 40++.

Sebelah Michelle is Fridy, umur 40++ jugak. Tak ramai boleh borak dengan dia sebab dia sangat super pendiam tapi saye sangat suke menempel dekat Fridy sambil buat lawak2 bodoh. Lepas tue dia pun dah pandai buat2 lawak sket. Haha! Fridy dulu pernah dislocate bahu macam saye and dia ade propose sorang tabib cina. Esok malam insyaallah saya akan pegi mengurut dengan tabib tue.

Sebelah Fridy is Haniff, bakal jiran saya nanti. Dia dah book rumah untuk saya after kami kawen nanti. The house is nice. Double storey banglo + furnished with RM600 jek per month. Susah wooo nak cari semurah tue kat Miri nie. Rumah saye now pun RM900 now. Sebelah Haniff is Zul Jagung, hasben Tpot tue.

Sebelah Zul is Harmony, reserve yang gantikan saya masa saya injured bahu. Yang takde dalam gambar are Kapten Chee, Q, Yap and Wong. Kapten Chee and Q main untuk kategori vateran. Yap partner Haniff and Wong partner Akbar. Kapten Chee suke usik2 saya and suke train saya macam train male players. Dia smash kuat tak ingat. Huhu...

Lepas balik SKO, direktor SKO ade buat welcoming ceremony untuk semua atlit. Sangat sedih tak dapat join sebab saya kene stay untuk meeting di SBO. Sangat terharu sebab direktor ade mention nama saya dalam speech tue. Dia cakap semangat saya tinggi, bahu dislocate pun still berjuang main untuk SKO. Cewaahh! Haha!

Borneo Games Bliss Part 1

Being a part of the Borneo Games community is one of the best experience in Miri so far. The game ended yesterday. So sad. I don't want it to end. I wanna it to be repeated forever. Saya sanggup turun training hari2. Waaaa!!! Sedihnya sedihnya sedihnya.....

Skuad badminton dapat pingat gangsa. Overall score, SKO dapat tempat ke-2. Last year tempat last, so pencapaian yang sangat membanggakanlah. Masa 1st game, uncle Marli reminded me kalau bahu saya sakit jangan sampai pihak lawan realize sebab nanti diorang akan amik kesempatan. So saya tahan sakit sepanjang main. Menang straight set. Abih jek game, saya keluar court and menangis kesakitan. Malu gile nangis depan orang tapi sakit takley cerita time tue. Huhu...

Next game saya direhatkan. Setiap perlawanan akan hantar 5 team. Kami kalah tipis jek 3-2 dengan MLNG and ABF. Their male players are so powerful and ours couldn't beat them. Tapi kalah pun a few points behind jek. Takpe next year leh cuba lagi. Hehe...

Winning the 1st game was so sweet. Getting the medal was so great, walaupun gangsa jek. Rasa cam lebih bersemangat untuk practice harder for next year. But, on top of all, the experience being in the team is so memorable. Saya sangat sayang dengan orang2 Borneo Games terutamanya team badmintonlah.

Since saya baru kat SKO nie, they treat me so nice. Semua offer macam2 jenis kebaikan. Seronok dapat hang around dengan diorang. If takde Borneo Games, memang takde chance saya nak kenal semua orang. Games ni bukan staff jek yang join. Pakgad, managers, etc seme join. My big boss Raymond pun ada. Lawakla pakcik tue. Dahlah muka dah macam badut, pastu dia gi buat perangai sarkis plak sepanjang seminggu kat Sabah nie. Tak larat dah nak gelak. He's so energetic and it was so fun laughing and jumping with him. Haha!

I'm Screwed Up!

Tomorrow I'll be leaving Miri for Kota Kinabalu. Lusa dah start Borneo Games. I was having a very long rest, 2 weeks tak silap tak turun training langsung. Saya pepandai jek assume saya akan jadi reserve since my shoulder condition is so bad. Doktor pun tak kasi main. If jadi pape, dapat ke tak ntah claim insuran sebab doktor dah kuarkan surat jangan main.

Tapi, yesterday and today saya turun court badminton tue, for the sake of teamwork only. Cam tak best plak dah dapat banyak barang2 free + elaun lagi saya tak turun langsung. Yesterday was okay sebab saye main dengan sungguh sopan santun. Saje nak test bahu okay ke tak. But today, I dropped my shoulder again. So painful, Tuhan jek yang tahu.

And I don't understand why do I still have to play for the competition even ade sorang lagi yang sihat walafiat yang boleh ganti tempat saya. The choice they gave was just I have to play bahagian depan net jek. Kire main bola net jelah (which saye tak pakar langsung) and let my partner do the smashing. If saye terpaksa ke belakang pun, I have to do the "drop ball".

Duhhh.... I was so good in smashing. I feel so feminine if I have to play in front all the time. Bajet masculine betul. Ahaks! Tapi betullah, dah kondisi macam nie, what I have to do is playing smart rather than playing hard. But it's always better if I don't play at all. Haha!

Last 2 days nie kami practise half day start dari pagi. Kire Lepas lunch hour baru balik ofis. Japgi saya nak gi ofis dah. Semalam saya tak sempat bukak komputer pun lagi, Eddy dah datang kasi keje macam2. Saya Borneo Games 13-16 Jun. 17-18 Jun sambung meeting kat ofis carigali Sabah plak and I have to present on that day. Semalam kelam kabut cari material.

So tiring. Tatau bleh handle seme nie ke tak. Tatau cane competition nanti. Tatau cane meeting nanti. Saya sakit bahu tapi still kene main. Saya tak tau pape bende yang nak present tapi kene gak present. Time is so limited and I'm not sure sempat prepare ke tak seme bende perfectly. Owh I'm so screwed up!! Just wait and see jelah ape yang terjadi bile saya balik dari Sabah nanti. Huhu...


Towards Marriage - To Do List

Nie antara to-do-list menjelang kami nyer wedding. Persediaan adalah untuk 3 majlis sekaligus. 8/8 nikah, 9/8 kenduri and 16/8 sambut menantu. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.


1. Choose date - setel
2. Book tok imam - setel
3. Kursus kahwin - setel
4. Choose wedding theme - setel
5. Set amount of dowry - setel
6. Pelamin - not yet (parents handle)
7. Baju pengantin - not yet
8. Makeup artist - setel
9. Photographer - setel
10. No. of guests - setel (belasah jek)
11. Wedding card - in process (tunggu print jek lagi)
12. Hantaran - in process (tak abih shopping lagi)
13. Food/catering - setel (parents handle)
14. Canopy - not yet (parents handle)
15. PA system - setel (speaker umah jek + no MC + pasang lagu jek)
16. Door gifts - not yet (parents handle)
17. Chalet untuk pihak lelaki - not yet
18. Flow of event - not yet
19. Honeymoon - not yet


Masa zaman budak2 dulu pernah lah ngidam nak buat majlis grand2 cam artis. Tapi bila difikirkan balik secara mendalam, the most important part in a marriage is we are together as a husband and wife. Abih berjuta2 pun if tak bahagia or tak berkat sesia jek.

Tapi for the sake of satisfaction, kene lah prepare jugak for the best kan. Jadi tak jadi tu belakang kira. Kita manusia nie hanya layak merancang. Moto perkahwinan kami "Simple But Memorable" dan juga "Meriah Dalam Kesederhanaan" Hehe...

End of BOP

4hb BOP dah habis. Sori tak update sebab cam sama jek aktiviti untuk 3 hari tu, tadah telinga dengar ceramah + makan + jumpe orang + balik hotel + breakfast dimsum. Hehe... Malam tue amik bas pegi Ipoh. Sampai Ipoh makan kat White Coffee dulu dengan Zak. Dalam kul 1 pagi baru sampai umah sewa Zak. Saya terus tidur, Zak tidur dalam kereta depan kedai mamak. Sian dia..

Subuh2 esok tu my mom + adik bongsu sampai dari Terengganu naik bas. Tue 1st time diorang naik bas datang Ipoh so terlajak sampai ke Lumut. Zak suruh pakcik bas drop kan diorang depan UTP and kami pegi amik naik kete. Balik umah sewa semula rest2, pastu keluar makan and shopping kat Tesco, Jaya Jusco dengan Greentown Mall. Plan nak pegi semua shopping complex kat Ipoh tapi tak cukup masa sebab kene tidur awal sebab esok nak drive gi KL. Kat Ipoh tak shopping barang hantaran langsung. My mom jek beli barang untuk dia.

Esok tue dalam kul 8 am bertolak ke KL. Check in hotel lepas tue terus mulekan aktiviti shopping. Mama pegi shopping dengan adik saya and saya pegi shopping dengan Zak. Banyak shopping complex kami pegi tapi mostly banyak beli kat Sogo sebab tengah sale. Esok tue (Sabtu) awal pagi dah checkout hotel + hantar mama and adik ke stesen bas + dating and sambung shopping berdua dengan Zak.

Next2 entry saya akan try cite pasal barang2 hantaran and persediaan2 lain. Plus nak abihkan cerita pasal PIPE yang dah basi tue. Haha! So today I'm back in Miri. Semalam masa berpisah dengan Zak kat balai perlepasan saya nanges. Sob2.. Manje cam itik.

Kesimpulannya, sangat gembira tak terkata. After having a rough life kat Miri nie seronok dapat jumpe orang2 tersayang, shopping2 + makan2 + gelak2 sesame. Huhu... Owh, thanks to Pana yang amik saya kat airport semalam. Hehe...

1st Day in BOP

Tertido and terbangun ikut timing Sarawak. Kul 6 pagi tue dah setel seme bende. Bosan gila tunggu hari cerah. Haha!

Kul 7 turun breakfast. Dah lama mengidam nak makan dimsum, sejak dari UTP lagi and dapat makan tadi. Dimsum kat hotel nie ada macam2 jenis/rasa and sangat super gaban nyer sedap. Saya makan sampai 2 pinggan. Ade 1 jenis tue dia taruk udang saya suke sangat and makan banyak gile. Saya tinggal 4 bijik jek utk orang lain makan. Haha! Tak sabar nak breakfast dimsum lagi.

Menapak lbey kurang 400 meter before sampai KLCC. Abih terbakar seme kalori dimsum tadi. Yeahh standardla kan talk jenis cani, tadah telinga jela and I'm good in that. Masa kat UTP rajin jek pegi lecture walopun tak paham pape. Haha! So overall memanglah bosan tapi takdelah tahap bosan yang buleh stress. Bosan kecil-kecilan sahaja. Haha! Dapat makan 3 kali kat sini. Cam biasa, akan makan dengan rakusnya. Huhu...

Jumpe 2 orang from my batch yang pegi BOP jugak - Wawa dan Soul. Pastu ade lagi a few tapi juniorlah. Ada sorang junior tue dapat Miri and he got a nice advice from me regarding Miri. Haha! I don't know how to say it, but so far Miri is nice and fits me well.

Jumpa 3 orang budak PIPE - Ammar and Hamid the Sudaneese + She. Kami jerit2 bila jumpa. Seronok semangat ke-PIPE-an still kuat. Eh ha'a cite pasal PIPE belum abih lagi kan. Okay, nanti free2 saya akan sambung. Yeahh!!

Jumpe Fisza jugak masa nak balik. Pastu jumpe ramai junior jugak. Seronok bila dapat jumpe balik. Jumpe x-utpians tapi diorang buat2 tak nampak pun ramai jugak tapi saya dah tak kesah. Haha! Owh, chairperson untuk BOP is Anis, my batch jugak.

Yang paling dramatik, saya jumpe seorang yang pernah membenci saya sepenuh hatinya. But this time dia senyum and lambai tangan kat saya. Terharu. Yer, saya dah lama maafkan dia and dah lupakan segala sengketa. Cuma tunggu dia sahaja. Hopefully kejadian tadi akan jadi titik permulaan. Huhu...

Balik BOP pegi beli tiket bas untuk mak dan adik saya yang nak datang sini nanti and shopping barang sket dengan Sal. Ya rabbi, jam tak hengat! Sendat gila kat LRT tue. Saye cakap kat Sal "Uihh, sebbaik keje SKO" Haha! Balik shopping amik teksi jek naik hotel sebab jalan sangat banyak and kaki dah melecet2 sebab pakai heels. Oklah, nak tidur now. Gudnite~~~~

BOP, KLCC

Dah kat Semenanjung. Esok ade Business Orientation Program (BOP) 3 hari kat KLCC. Orang lain excited nak balik tapi saya heartless jek nih. Petang flight, pagi baru start packing2. Tadi pegi airport Miri Sani tolong hantarkan. Sani tue orang HR yang dah banyak tolong memudahkan hidup saya kat SKO nie.

Sampai KLIA naik limo ke Hotel Concorde. Now dah kat hotel. Tengah lalok dah nie ngantuk tapi nak update jugak. Tadi bukak fridge. Wohoo ade Tiger dengan Heineken. Ade coke jugak tapi RM8 setin. Cekik darah sungguh. Huhu...

After 3 hari kat KL, nak balik Ipoh sehari. Nak pegi urut bahu dengan makcik yang pernah urut saya masa saya injured teruk waktu industrial training dulu. Pastu mak dengan adik saye akan ke Ipoh jugak. Lepak kat Ipoh sehari utk shopping barang2 hantaran kahwin then esok tue pegi KL semula sambung shopping kat KL pulak. Tidur kat KL 1 malam and then kami caucincau. Mak dengan adik naik bas and Zak anta saya gi KLIA.

Btw, according to a lot of people, BOP adalah satu program mendengar yang amat membosankan. Takpe2, I'm a good listener. Haha! Hoping to see some good faces in KLCC tomorrow.

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.