Team Building + Bekam

Hehe.. Actually tajuk nie boleh disekalikan dalam entry "Minggu Dibuli" tue tapi since dah panjang sangat, sambung kat entry baru. Ok, program nie untuk players SKO yang bakal ke Kota Kinabalu nanti untuk Borneo Games. Dia cam nak kuatkan semangat berpasukan ah. Ade import trainer dari MSN untuk buat aktiviti.

Saya yang paling baru dalam group tue. Dahlah baru masuk SKO kene buli join Borneo Games, pastu kat Team Building nie macam2 lagi saya kene buli. Saya dipaksa jadi ketua kumpulan. Hampesss! Pastu kene buli jadi macam2 jenis volunteer. Kene kasi speech kat depan lah. Tak volunteer dah tue kene pakse tue. Haha! Salah satu aktiviti kene jadi ayam and others kene jadi pagar so that musang tak dapat tangkap ayam. Huhu..

Aktiviti2 dalam Team Building nie memang sangat memerlukan groupwork, so terpaksa open lah sebab aktiviti2 dia terpaksa libatkan lelaki and perempuan. Sepanjang 3 hari dalam program tue, saya dah banyak kali ternoda. Haihhh!! Sori sayang.. Haha!

Kesimpulan dari Team Building nie, semangat kesukanan takde langsung. Haha! Tapi seronok sebab aktiviti macam nielah yang boleh kenalkan saya dengan ramai orang. Sesuai untuk orang baru seperti saya. Yang paling kelakar, ade satu aktiviti tue saya ade marah sorang pakcik tue sebab lambat pass botol kat saya. Banyak kali lak tue saya marah. Tapi marah2 manjalah sambil gelak2. Haha! End up saya baru tau pakcik tue adalah manager untuk finance. Selamba saya marah dia. Kang tak dapat gaji setahun mampus saya. Haha!

Pastu dari segi semangat berpasukan tue memang tercapai. Seronok2. Lepas Team Building tue, semua cam jadi very sporting and supportive. Pastu jumpe pun dah boleh gelak2 tanpa mengira pangkat. Alaa.. SKO last year dapat nombor last Borneo Games nie. So diorang cam tak hirau sangat pertandingan nie. Diorang just nak enjoy2 keluar ofis.

Last day of the program (Jumaat lepas) saya telah injured masa training badminton. Bahu saya terseliuh. Perit bah! (Waahh cakap Sarawak. Haha!) Sakit sampai 2 hari takleh angkat tangan langsung. Pegi hospital doktor kasi 3 jenis ubat makan and 1 ubat sapu. Doktor cakap makan ubat and tunggu baik jek.

How can I wait. Isnin nie ade safety training plak 3 hari. Nie training untuk dapat passport pergi offshore. Memang fizikal kene fit. So holy crap! Disebabkan desperate nak baik cepat, Kuin bawak saya pegi urut and bekam kat 1 pusat rawatan Islam kat sini. Mahal siot! Total RM330. Tapi esok tue bangun tidur tangan saya dah boleh angkat and pusing2 tapi untuk smash shuttle cock tue saya cam tak berani lagi. Hopefully seme akan okay untuk safety training. Esok dah nie. Huhu...

I think this is a sign for me to take a break. Non stop beraktiviti and bekerja sepanjang sebulan kat sini. Huhu... Saya actually sangat takut buat bekam. Sebab penah tengok Zak, Capap and Ifa buat bekam. Cam horror jek kesan hiris tue. Tapi diorang okay sket. Saya nyer, 1 spot tue dia buat dalam 10 hirisan. And ade 22 spot dia buat kat badan saya semalam so ade dalam 220 hirisan kat badan saya now. Sangat pedih lah memula tue. Btw, 1 cup dia charge RM15, so 22 x RM15 is RM330. Mahal siot kat Sarawak nie.

Dan sekarang badan saya penuh dengan tompok2 bulat kesan bekam tue. Kuin and Pana panggil saya Kak Tompok sekarang nie. Mangkuk jamban nyer hosmet. Orang tengah kesakitan diorang buleh buat lawak lagi. Haha! So, doakan saya sembuh dengan cepat yer. Huhu...

1 comments:

sfbm222 June 5, 2008 at 9:21 PM  

tu bukan finance manager la akak. tu maintenance account manager..xde kaitan ngn finance dept..hehehe..tu boss dept sy.. :)

Blog contents © Stories of Heart 2010. Blogger Theme by NymFont.